Monday, 28 February 2005

My hobby is reading

I spent a whopping RM 600 on MPH warehouse sale last Saturday. Girls, girls.. do not freak out yet.

This is the list of breakdown of the money:

Kak Tini's books RM 100
Halim's books RM 100
Izan's book RM 25
Kak Leila's books RM 35

TOTAL : RM 260 [which all of them owes me.. hehehe]

Dh's and my books RM 160
Alyaa and Fiqah's books RM 180

TOTAL : RM 340

All in all... based on the receipts... I saved a whopping RM 200+ for the books. We brought boxes [just like Aini said] before we enter the hall. I looked around the hall and noticed, as usual, the Chinese outnumbered the Malays and the Indians.

OK, OK, where is the quest for knowledge???
I know, I know, I mean, gosh, our siblings REALLY REALLY REALLY love books. When I was small, I used to think all of my friends are just like me.. and when they wrote their hobby as reading, I truly believe they love books like me. And my favourite place is, of course, book store!!

Back to the story, since the most popular author right now is Dan Brown, I saw lots of people just came and scooped all his books (which totalled to 4 books) just like that. I mean, who can resist the 30% discount on paperbacks? It was like heaven sent from God.

And the Ladybird series is like 40% off! And there is a markdown corner where everything they sell is under RM20.. Oh gosh! I think I want to faint, this is truly a bargain..

First, I attacked Meg Cabot's section - on Puan Dewi's request. Well, she did left a message to me saying to grab all the books written by Meg Cabot. It was fun! I saw a rack full of Meg Cabot's books and I grabbed all the chick lits books like they are going out of stock really soon.

We did pick up some Lemony Snicket's series and I bought myself a Dilbert book. The book is good because it teach me how I can look busy even though I actually do not have much work to do.

Dh bought himself Azizi Ali's book on property investment and I searched high and low for chick lits books [with exception of Meg Cabot, of course]. And Alyaa, to my shocking discovery, bought Shakespears and Oscar Wilde.. OK? I mean, who on earth would buy books from those authors? It's like you are a geek or something. But my sis is not a geek and she totally is not SO into them. I think Alyaa had some exception though, she is studying English Literature.. hehehe. I bet it is REALLY boring.

Last, I did grab books by Jeffrey Archer and John Grisham for Halim's sake.

On our way to the counter, I saw the cashier smirked at us [the cashier is a Malay, BTW] and asked the person next to him, "Buku tak habis-habis lagi ke walaupun ramai dah orang beli?" and point at our books which totalled to 30 books [I guess].

I just smiled [and was trying to tell myself not to smack him].
The deal was good.

Next on the list is PWTC Book Fair, this better be good! :)

Friday, 25 February 2005

I should have not laugh at the last sentence of my last entry

BIG TIME!

Then my stomach had to answer the nature's call at such a critical time.

Aiseymannn! EMERGENCY DING DONG DING DONG.

And considering I was the first staff that have to go to BSKL.

I was asking loudly in the office, "Who wants to go to the toilet?"
It seems no one wants to do their business at all.
Then suddenly one of my staff said, she also had to answer her.. er... nature's call.

"Boleh tahan tak ni?"

Alamak, my stomach is K-O and you ask some more? "Err, boleh boleh. What do you want to do?"

"Nak check gaji dah masuk ke tak. Sat aa.."

And I urgently said, "Gaji dah masuklah. Aku baru check online tadi."

We actually RUN but in a lady way to the BSKL which is just shy 1 km away.. [considering that our office is situated at the highest floor and we have to cross some big roads and enter BSKL's hall to find a toilet].

"Tak buat business ke pagi ni?"
"Pagi ni je tak. Kalau tau takde air kat office, dah lama melabur kat rumah."

Eepp.. thank God I managed to control my urge.

And after we have finished our business, there are 2 more staff from our building enters the toilet.

It sucks that our building has no water.

Hehehe...

There is something interesting at Kak Najah's blog today :)

On a much different note, the building has no water for today [and I hope it does not lasts!]. If anyone wants to answer the nature's call, you can run straight to BSKL building (which is behind ours). To cheer up: It's only around 1 km away.. hihi

Thursday, 24 February 2005

Zikra' RMKL : Pernikahan antara jin dan manusia

Diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengemukakan sebarang dalil membenarkan pernikahan antara manusia dan jin. Dan Rasulullah s.a.w. tidak pula mengatakan apa-apa mengenai halangan pernikahan antara manusia dan jin. Maka di sini, diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak memberi kata putus dalam menghalang atau membenarkan pernikahan jenis ini.

Tapi Imam Malik pernah menyuarakan, "Aku bimbang. Aku bimbang."

Atas dasar apakah yang dibimbangkan Imam Malik itu? Imam Malik bimbang sekiranya ada anak gadis yang tiba-tiba bunting dan berkemungkinan sebenarnya berzina akan menggunakan alasan "Suami saya adalah dari golongan jin." Risau alasan yang diberikan itu adalah untuk menutup ke'aiban diri.

Pesan ustaz, jika boleh, tidak perlulah sampai ke tahap kita ini perlu bernikah dengan jin.

Bukan mudah hendak mengekalkan perkahwinan sebegitu. Kerana manusia berada di alam lain, dan jin pula berada di alam yang lain.

Wallahu'alam.

Update at 9 a.m., 25 February:
Ustaz Malik menceritakan bahawa kebiasaannya pernikahan antara jin dan manusia ini hanya berlaku di kalangan jin bukan Islam dengan hajat untuk menyesatkan manusia. Jin Islam memandang berat pernikahan antara jin dan manusia ini kerana perbezaan alam.


P/S: Zikra' RMKL jam 6.45 pagi. Ustaz Wan Sohor Bani Leman masih lagi bercerita tentang jin.

P/P/S: Nampaknya dah ada 'golongan pemikir Dan Brown', bagus bagus :) .. boleh diambil iktibar untuk kemashalatan ummah. Nanti boleh la round table pasal perbandingan Kristian dan Islam ye?

NOW... this is interesting!


Source: Rakaman Untuk Dunia

Wednesday, 23 February 2005

Edisi Pening: Jamaah ahli punah wal ranah

Kadang-kadang hairan bila melihat adanya di kalangan kita yang berbicara dan berlagak gah dengan tingginya maqam yang telah dicapai. Di kalangan teman, kami lihat mereka ini sebagai Jamaah ahli punah wal ranah kerana perkara-perkara yang dikarang dan diutarakan dapat memesongkan aqidah seseorang.

Kalau klik masuk dalam Bicara Aqidah, Bicara Al-Qur'an dan Hadith dan Bicara Siasah dan Haraki, jadi makin pusing kepala. Saya sendiri tidak pasti macammana pengendali di situ menangani duri dalam daging. Ada seorang yang saya perhatikan sangat gah dengan maqam yang telah dicapainya. Umurnya, lebih muda daripada saya. Tapi lagak tulisannya, seperti orang yang sangat berpengetahuan luas dalam bidang agama sehingga sanggup menolak pandangan ahli-ahli panel BMC sendiri. Si dia bercerita tentang 20 Sifat Allah yang utama. Pandangannya, berselirat sana sini. Dan dicampurkan pula dengan jemaah yang dikira punah ini, maka makin rancaklah ceritanya.

Kadang-kadang saya terfikir, adakah mereka ini sudah dikira syirik? Kerana sanggup berhujah mengenai zat-zat Allah. Saya sendiri pasti, rasanya mereka ini golongan yang cerdik pandai juga. Perihal zat-zat Allah ini dikira salah satu perkara yang Allah sudah tetapkan sebagai ghaib.

Saya petik satu tulisan daripada ahli bicara sendiri:

Wahai Abdullah Syarafi, jangankan hendak menemui wujudnya Zat Tuhan itu yang memang sudah sengaja dighaibkan olehNya kepada kita semua sekarang ini. Entah mungkin nanti dizahirkanNya di akhirat, kalau memang hijab sudah diangkatNya. Bahkan sesuatu yang ada dalam tubuhmu yang kamu sendiri pasti akan adanya dan kamu dapati bekas-bekas dan kesan perbuatannya, itupun tidak dapat kamu melihatnya. Yakni ruh kamu sendiri.

Maka apatah lagi Zat Dia yang telah mengadakan segalanya itu!

Jikalau Allah SWT menzahirkan ZatNya kepada kita ummat manusia sekarang ini... maka apalah gunanya lagi tugas kami sebagai Rasul utusanNya ini. Sedangkan kami ini menyampaikan khabar-khabar ghaib yang wajib diimani dipercayai itu?

Nah, lihatlah sendiri betapa tidak perlu kita membicarakan perihal yang ghaib itu secara khusus sehingga sanggup bertanya melebihi kewarasan akal fikiran sendiri. Ada rahsianya bila Allah menciptakan Alif-Lam-Miim di dalam al-Quran. Tidak perlu berfikir kenapa Allah tidak menerangkan maksud Alif-Lam-Miim secara halus. Itu rahsia Allah.

Begitulah juga sifat Allah, nama-nama Allah.. cukuplah sekadar kita tahu bahawa kita perlu percaya dengan khabar-khabar ghaib ini yang wajib kita sebagai umat Islam beriman.

Dan ada pula jemaah yang rosak ini melihat Al-Quran sahaja sebagai pegangan dan menolak pula Hadith. Ilmu apakah ini? Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri telah menyatakan bahawa umat Islam perlu berpandukan kepada Al-Quran dan Hadith. Ada juga jemaah ini yang menolak tulisan Yusof al Qardhawi. Astagfirullah. Saya kira, perlulah kita menilai diri apabila akidah diri sudah terpesong jauh dari landasan yang benar.

Ada kalangan jemaah rosak ini pernah mengeluarkan kenyataan ini:

Pendapatan saya kurang memuaskan setakat ini. Ini masalah kena tanya geng Hizbut Tahrir aje, pasal mereka ini handal dengan hujah yang kebanyakan orang lain takada hujah.

Saya mohon janganlah mendabik dada dengan maqam yang dicapai. Apalah yang nak digahkan sangat. Dalam bidang kuasa saya di bicara itu, saya mohon beliau tarik balik kenyataan itu. Beberapa minggu kemudian, tiada tindakbalas dari tuan empunya, saya sendiri memadamkan kenyataan beliau.

Mungkin ada yang akan berkata, "Aida ni, bercerita pasal agama, macam cukup sahaja ilmu di dada."

Tapi saya ini hanyalah hambaNya yang lemah, cetek lagi pengetahuan. Saya amat takut jika akidah terpesong dan mengharapkan husnul khatimah daripada Yang Sentiasa Hidup dan Tidak Pernah Mati itu.

Nah, inilah coretan saya. Agak panjang. Cuma satu yang saya pinta, jika hendak mencari ilmu, jangan gah dengan ilmu yang sedia ada di dada. Kerana kita hanyalah seorang hambaNya yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

DON'T WATCH WHITE CHICKS WHEN YOU ARE EXERCISING

I was using the exercise cycle when I watched it.
Ok, cycle.. one two three.
Ops, forgot to on the DVD player. Ok, time for White Chicks while exercising.

One two three
HAA HAA HAA

One two three
HAA HAA HAA

One two three
HAA HAA HAA

It goes on off like that for about 30 minutes while I keep exercising
Semput nafas, fuh fuh fuh... then HAA HAA HAA some more, then fuh fuh fuhh.. then HAA HAA HAA again.
Tengah exercise yang gelak kuat-kuat tu buat apa? Now I am so tired because I use my energy to exercise and laugh out loud when I watch White Chicks.

Maybe next time I should watch Hindustan. Fancy crying while exercising..
Mesti jadi camni,

One two three
WAA WAA WAA
[sob.. sob] runny nose

Tuesday, 22 February 2005

Skincare FAQs

FAQ #236
What is my skincare emergency tool?


Fruit of the Earth 100% AloeVera Gel which costs my sister RM 2.90 :D
Good when your skin is at its worse because it heals.
Use at night to get clear skin in the morning.

FAQ #237
What is good for people with oily skin, acne, uneven tone or dry, flaky skin?


BioMedic Retinol Cream 30 which costs RM 202 [if any of you wants to buy the cream, please tag me].
Not good for people who do not have problem skin.
Not recommended for pregnant women.

Monday, 21 February 2005

Mental note for book lovers

Date : 23 & 24 Feb 2005 (MRC members preview), 25 to 28 Feb 2005 (open to public)
Time : 9:30 am - 7:00 pm
Venue : Dewan D'Kelana, Kompleks Sukan MPPJ,
Jalan SS 7/5, Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya
(Near Kelana Seafood/MAS Training Centre)

1 member can bring 3 guests for the preview sale.
Helpdesk: 03 - 7781 1800 (Mon - Fri) 9am - 5 pm

They are selling everything under the sun! Lots and lots and lots of books :drool:

Aini, Lynn, Kak Tini, remember last year's incident? Kita ni macam orang terlepas dari zoo :lol:

Belilah barangan buatan Malaysia!

This morning, when I used the BodyShop Tea Tree Oil Facial Wash, I was like ouch-ouch-ouch, it hurts! Owww.. Apalah punya cleanser ni, buat pedih kulit muka aku jer.. [which deserve me right, because I was the one who keep finishing my husband's cleansers].

I think my skin will have another bersalin kulit session. Like a snake.. euwww. And last time I have it, I want to hide inside the house. But alas, my wish has not been fulfilled and I have to attend a meeting at Wisma of all day. Drats, drats, drats! And in the meeting, I have to meet my old classmate [I have not seen her for 2 years, to be exact] and sat beside her while she looks at my face which had generously mengelupas all over the face. Some kind of impression! Stupid stupid Finance to hold a meeting when my face is at it WORST!!!! Arghhhhhhhh!!!!

Maybe it's because of the effect of using that tube of BioMedic Retinol 30 cream. I should stop using it for a while and let my husband use it instead of me.

My staff told me last week, that the unit will have a session with her cousin on Sri Mawar's products this coming Friday. That's when I found out 80% of my staff are using Sri Mawar and THEY REALLY have nice glowing skins.

I have been vying for Dermalogica actually. But right now, I can't wait for Friday. Belilah barangan buatan Malaysia!

Friday, 18 February 2005

The Shawshank Redemption

Since our dear aunt wrote in her blog about her favourite movie [which I also consider Sleepless in Seattle really romantic], I would love to talk about The Shawshank Redemption as dh's and my favourite movie of all time.

The story is timeless, the performance astounding and it shows that not all bad people is really bad, it's just a matter of being at a wrong time and place. The dialogues are just so beautifully written. This is a movie about the power of friendship. Who would have guess the film was adapted from a Stephen King's short stories? [err, mind for those who didn't know the writer, his famous novels are from horror genre].

Maybe some people complained about the nearly 3 hours screening, but it seems critical for the movie to unfolds its story. Each scene is perfect, continuing the flow of the movie. Well, I would never have guess that I am going to fall in love with this prison movie :)


"I have to remind myself that some birds aren't meant to be caged. Their feathers are just too bright. And when they fly away, the part of you that knows it was a sin to lock them up DOES rejoice. Still, the place you live in is that much more drab and empty that they're gone. I guess I just miss my friend." - a quote by Red (Morgan Freeman)

Wednesday, 16 February 2005

Air mata

I have noticed for a few days that our dearest Amni keep rubbing her right eye. The eye is watery all the time and it looks like she was crying but with one eye only [hehe, imagine that]

We went to the clinic yesterday and asked Dr. Noraini to look at her eyes.

"Saluran air mata dia tersumbat."

Eh, saluran air mata pun boleh tersumbat ke? Teheheheh...

Some pics from Shima's blog during makcik-makcik trip to my house.
Pstt..note the BOLD on the word. Korang dah tua-tua yek :P



Clockwise from top left: Firzanah Amni, Auni Syifa' and Fawwaz Amin

Tuesday, 15 February 2005

Angels and Demons

I have just finished reading the book 2 days ago and underestimated the prequel before.
Reading the book, I keep comparing it with The DaVinci Code. I was like, the premise is the same, the story is the same and the list goes on and on.. It's like a feeling of "been there, done that." The excitement wears off.

But the second half? Now, that's really interesting. More gorish murders and the twisted mind of killers (I don't like the hassasin though, Dan Brown make the killer a Muslim - a misconception on Islam, again!).

But my, my, shock after shock makes my mind goes reeling here and there.

I definitely underestimate this book! It's fabulous and still move at a break-neck speed :). So Aini, when can you buy the next Dan Brown book? *lol*

P/S: I have lots of updates but couldn't think any of it right now!

Monday, 14 February 2005

Ya Allah!

[1]
Seronoknya, seronoknya!
Blog Allahyarhamah Kak Nuun dah hidup kembali dan disambung nukilan tintanya oleh Abu Amiir :)

[Maaf lambat dapat info, ada meeting hari Selasa lepas. Thanks Siti :)]

[2]
"Tahu macammana pakcik ketumbuhan?"
"Lepas laser operation batu karang hari tu, balik rumah, pakcik cakap dia susah nak bernafas. Lepas scan, nampak ketumbuhan dekat jantungnya."

Allah!
Dan ketika melawat hari esoknya pun, pakcik masih tidur dengan badannya masih bergantung harap kepada mesin-mesin yang canggih itu. Bunyi nafasnya dalam corong itu pun seperti tersekat-sekat.

"Kenapa doktor drug dia?"
"Nak kecilkan ketumbuhan. Nanti ada second operation."

Ya Allah!

Monday, 7 February 2005

Marvelon

This is the method that I choose for family planning - Marvelon pills. As Dr. Rahman said, this is the third generation contraception pills and does not interfere with the period cycle as the fourth generation pills like Mercilon or implantation under skin like Implanon.

Some information to be shared about Marvelon:

Marvelon, introduced by Organon in the early 1980s, is a monophasic combined low-dose oral contraceptive containing 150 microgram desogestrel (one of the first modern progestogens to become available) and 30 microgram ethinylestradiol.

In 1998 cumulative sales of Marvelon and other oral contraceptives containing desogestrel exceeded one billion worldwide, confirming its acceptability and safety.

Marvelon was approved for use in the USA in 1992, under the trade name Desogen. It was among the first modern pills to be available to women in the USA.

Source: Organon

Since I have been a regular patient at Dr. Rahman's clinic, the cost of one pack of Marvelon is just RM15 compared to Mercilon which costs around RM 21.

I will start eating Marvelon only this month. So if there is any side effect, I will post it over here. Kenapa ye lelaki tak perlu family planning?

Ummu Fawwaz: Adik Fawwaz? Tunggulah lagi beberapa tahun yek. Kalau ikut abahnya, lambat lagi. Mungkin umur 30 baru anak seorang lagi :)

Friday, 4 February 2005

The jamu

I am eating jamus to cleanse and detoxify my internal organ nowadays.
But my, my, this jamu... It makes you go kaput one day and very hyper active the next day.

On Saturday, I eat 3 pills [which is overdose by 1 pill] and went to the toilet every 2 hours.
On Tuesday, I got a really bad headache from morning till night.

And everyday, toilet has become my second home. Sampai takut nak makan. Kalau makan, asyik nak kena mengadap Cik Tandas je.

At one time, I have to bertapa inside the toilet at 5 a.m. On another occasion, it is 2 a.m. And on each early morning trips, I have to be inside the toilet for one hour.

I have to go straight to the toilet when I have the urge. Cannot wait wait anymore. Haiyoh. I have to remember not to eat the jamu the day before a meeting or I would have to excuse myself from the meeting lots of time.

Now, I think this is stupid. But what a woman would do to slim her own body.
And BTW, since eating the jamu [which I only started last Saturday], I have lost 1 kilogram. Hehehe...

And did I say, I eat this same jamu during my confinement period? Good for people with sembelit.

Recovery Crisis : Some characteristics

6. Solid wasted evacuation system
[no wonder Cik Tandas is my second home]

But this part, cannot tahanlah. I wonder if in an urgent meeting, I have to RUN [you cannot walk, seriously] to the toilet for 4 times...

Thursday, 3 February 2005

Thanks to Abang Faizal

I have just grabbed a copy of February 2005 Perempuan magazine.

Thanks to AbuAmiir [husband to Allahyarhamah] for mentioning to me about this yesterday.

A 2-page article on Allahyarhamah appeared under Inikah Suratannya column page 156 and 157. And the plus part is, there are pictures of Kak Shiqin with her family and her wedding.

For those who is in the same building with me [note to Cik Siti and Puan Hany], you can borrow it from me. I didn't have the time to scan the pages, but if any of you requested to see the article, I will make an effort to scan it.

[+] Ode to Nor'ashiqin Mohd Ali
[+] Husnul khatimah
[+] Melarik kenangan

Pap smear

"Jadi hari ni, buat pap smear ye."

My face turned bloodless. Mana suami terchenta ni?

"Alamak, saya ni doktor. Cuaklah. Sakit buat pap smear last time."
"Awak kan bersalin normal. Takpe, kalau sakit, saya abort ye?"

I nod. Slowly I turned to the bed. The nurse prepared me for the test. And seeing those metal thing that will open our ..err... our.. our.. make my mind boggles. I was trying to fake death.

The test began. But it takes such a long time that I was feeling restless.

"Sakitlah, doktor."

Then the Doctor started striking a conversation with me. Eh eh, tengah buat pap smear pun ajak borak juga ke?

Okayyy! Let's start talking.

We had a chat on family planning. I am actually enjoying a conversation done during a pap smear? Wow, I am so amazed of myself.

And as what my husband said, we will be singing praises to him again. Hehehe.

"OK, lepas ni open appointment ye. Mungkin tahun depan untuk ambil Hepatitis B booster injection."
"Oh, lepas ni dah takde appointment ke?"
"Takde. Kecualilah kalau isteri awak mengandung balik, bolehlah jumpa."

Buat joke lagi dah tua-tua pun doktor aku ni.

On our way back, we were talking about his expertise, as usual.

Ok, cukup-cukup, memang Dr. Rahman tu bagus. Ngehehehe.
Ops, I forgot to tell the Doctor don't be confused if suddenly a lot of patients come chasing after him.

Wednesday, 2 February 2005

Melarik kenangan

Pagi ini, aku kira, sepatutnya aku menceritakan tentang pengalaman aku ke hospital dan lawatan sekeluarga ke rumah Alang.

Hmmm....

Apabila ada pembaca blog ini bertanyakan mengenai Allahyarhamah, terasa bendungan air mata seperti hendak tumpah. Sudah lebih sebulan Allahyarhamah ke alam sana, tapi aku rasa dia sentiasa hampir dengan kami. Aku kira, dalam konteks kami ini, terdiri daripada kawan-kawan bloggers MMU [kalian tahu siapa diri kalian].

Minggu lepas, sedang aku terkenangkan Allahyarhamah, tiba-tiba ada seorang sahabat baik bermesej kepada aku.

Kau terkenangkan kak Shiqin juga? Aku pun sama.

Aku terdiam. Terus saja melarik kenangan bersama sahabat. Aku tahu, bukan aku seorang saja yang terkenangkan dia, tetapi masing-masing menyimpan dalam hati, kelu di lidah untuk diucapkan. Bercerita tentang keletahnya, kenangannya dan anaknya. Tidak cukup mengadap komputer, terus saja menyambung di gagang telefon.

Dan mungkin apabila mendengar luahan hati sahabat maka hati aku menangis bersama. Setiap kali bercerita, tertahan-tahan suara di hujung talian, kerana menangis. Ya, mungkin kenangan bersama Allahyarhamah cukup istimewa di kalangan kami.

Baru sebulan lebih kan dia tiada? Tapi macam lama sangat.

Aku tergamam. Tubir air mataku seperti ingin mengalir, tapi aku berada di hadapan pekerja-pekerja aku yang 12 orang. Hai hati, di manakah hendak dicari kekuatan ini. Mendengarkan suara sang sahabat tidak dapat menahan perasaan, buat aku jadi pendiam.

Kami terus saja melarik kenangan. Kadang-kadang tersenyum, kadang-kadang menangis. Tapi terpempan juga di situ, apabila kenangan yang manis-manis memungkinkan kita menangis. Hati mudah terusik kalau bercerita tentang Allahyarhamah.

Belum 40 hari lagi, kan Aida? Insya' Allah, dia masih melawat kita tu.

Mungkin kerana itu, aku rasa Allahyarhamah begitu hampir dengan kita. Mungkin kerana itu, kenangan Allahyarhamah pada masa-masa ini sangat mengusik jiwa.

Dan mungkin kerana mengenali Allahyarhamah [dan sudah rapat], kami tidak henti-henti bercerita tentang dia.

Ya Allah, Kau tempatkanlah Kak Shiqin di kalangan hamba-hamba yang mencintaiMu.
Amin.


Kau, ceritalah lagi! Biar saja hati kami menangis pabila kenangan menjenguk lagi.


picture credit: Ieka

[+] Ode to Nor'ashiqin Mohd Ali
[+] Husnul khatimah