Wednesday, 29 June 2005

Cita-cita: antara yang terpendam dan tidak pernah padam

Kalau ditanya dengan saya daripada kecil, umur 8 atau 9 tahun sehingga ke dewasa, soalan 'Apakah cita-cita Aida?', maka sudah tentu diyakini jawapannya: 'Akauntan'. Seingat saya, dari kecil inilah cita-cita saya dan sudah diketahui umum bahawa Puan Aida akan bekerja menjaga akaun dan mengira wang.

Ada juga saya bercita-cita lain satu tika dulu. Inilah antara cita-cita yang terpendam dan tidak pernah padam.

[1] Pelukis pelan / lanskap

Memang amat minat melukis, tapi jarang mempraktikkannya. Semasa mengisi borang kemasukan ke universiti, saya pernah terfikir untuk mengikuti kursus senireka. Tapi hasrat itu terpadam buat seketika, mungkin kerana minat yang amat besar terhadap akaun. Bakat? Ada ke bakat melukis? Tak pernah ada pendidikan formal, saya sendiri suka melukis. Saya tidak pandai melukis bermula dari sehelai kertas lukisan yang kosong. Saya melukis berdasarkan gambar yang ada di depan mata. Itu yang untungnya kalau nampak gambar cantik-cantik. Saya akan ambil gambar itu dan lukis semula pakai pena pensel dan ditekap pakai pena hitam. Saya akui saya sangat cermat, kadang-kadang sebatang pen atas meja pun saya boleh lukis dengan begitu teliti sehingga nampak logo di atas pen dan bayang-bayangnya.

Ayah saya juga sebenarnya sangat pandai melukis (bakat terpendam seorang CFO!). Kemas kalau dia melukis pelan impresi, saya pula akan gatal tangan mewarna pelannya dengan cat air. Akibatnya, kena marahlah!

Dulu masa pre-u, saya duduk sebilik dengan seorang pelajar Media Arts & Science (atau sekarang dikenali sebagai Creative Multimedia). Semasa rakan sebilik saya sibuk dengan projek menangkap gambar pemandangan di sekitar bandar Melaka, saya pula sibuk melukis semula gambar-gambar yang diambilnya -salah satu lukisan yang tertampal di papan saya adalah lukisan lampu antik di tepi jalan. Rakan sebilik saya tersengih melihat saya, kagum katanya, sebab saya teliti menyalinlukis gambar yang diambilnya.

Kala rakan sebilik saya sibuk dengan projek akhir semesternya, dia akan sibuk bertanya saya, elokkah warna ini diadunkan dengan warna itu. Saya akan bagi pendapat, dan biasanya (maklumlah saya orang ketiga selepas dia dan lukisannya) dia akan menimbangkan pendapat saya. Kadang-kadang saya pula yang menolong dia membancuhkan warna.

Dan kadang-kadang saya pula yang sibuk meminjam cat warnanya, pen warna-warninya dan segala peralatan melukisnya untuk saya pula mewarna. Saya suka mewarna dengan cat air, dan saya belajar teknik mewarna dengan betul daripada cikgu Senireka saya, Cikgu Faridah Paimin semasa saya di MRSM Pasir Tumboh. Saya kira, minat saya untuk melukis dicetuskan oleh beliau, kerana beliau tidak pernah mengutuk karya seni pelajar malahan memberikan kata-kata semangat untuk pelajarnya membuat yang lebih baik.

Saya sekadar melukis untuk suka-suka. Ingat juga masa di universiti, kawan serumah minta melukis, saya akan buat dengan percuma. Agaknya kalau sekarang ada orang minta melukis pun, akan saya lukis, tapi saya lebih suka melukis menggunakan pena hitam tanpa sebarang warna.

Sebab itu agaknya cita-cita saya hendak menjadi pelukis pelan / landskap. Mudah.. kadang-kadang lukisan impresi artis mengenai sebuah rumah pun akan saya salin balik. Saya suka garis-garis panjang dan halus, nampak kemas sangat.

Sekarang? Suami saya paksa saya lukis impresi kabinet pasang siap di rumah kami (yang saya angan-angankan). Habis banyak helaian idea saya lukis. Saya simpan, tak ada duit lagi nak capai angan-angan saya.

Dan kalau bosan sangat bermesyuarat, saya akan mula menconteng idea-idea barang kemas. Minat juga kalau nak mereka lakaran barang kemas - hehe, sebab tak mampu nak beli :P.


[2] Penulis / Kolumnis suratkhabar

Ini pun terkubur begitu sahaja. Saya suka mencoretkan pendapat pendek, jadi rasanya sesuai kalau jadi kolumnis majalah atau suratkhabar. Saya banyak pendapat mengenai sesuatu isu, jadi bila menulis, saya suka pakai logik akal bersama rujukan lain. Pendapat saya pernah terpapar dalam Dewan Siswa (saya hanya salin karangan yang saya tulis semasa ujian) dan tulisan saya berkaitan minat membaca dan Harry Potter terpapar dalam The Star Online.

Kalau menulis, saya suka cerpen pendek-pendek. Banyak cerpen ditulis dan saya bagi kepada rakan-rakan. Dulu kalau menulis, saya akan buat kisah tragis sampai rakan sebilik sekolah menangis membaca. Entah mana perginya satu fail coretan saya. Sekarang, hah, tak tahulah bila nak sambung balik cerpen-cerpen saya yang kebanyakannya sekerat jalan. Agaknya kalau ada orang nak membacanya, tentu geram dengan saya sebab tak sambung cerpen tu. Itulah kelemahan saya, kalau sudah mula menulis.. ideanya banyak, tapi tak terlukis dek mata pena. Mesti berhenti sekerat jalan, sebab saya memang cepat hilang tumpuan. Akibatnya, segala cerpen saya hanyalah draf pertama tanpa proofreading. Hehehe...

Agaknya kalau cikgu BM saya tahu saya malas menulis, mahunya dimarah dek kerana saya antara pelajar harapannya menulis karangan pendapat atau cerpen yang sangat baik. Saya memang tidak pernah dapat markah tinggi untuk Kertas 1: Pemahaman tapi saya akan dapat markah yang baik untuk Kertas 2: Karangan. Sampai sekarang saya musykil, tapi saya memang bebal kalau kertas 1 diajukan, padahal kebanyakan rakan sekolah lebih suka Kertas 1 daripada Kertas 2. Kalau orang lain dapat markah 70 dan ke atas untuk kertas 1, saya akan dapat 50 sahaja. Tapi, kalau diberi kertas 2, 70 dan ke atas itu memang keutamaan saya. Orang lain pula bising tak dapat 70.

Agaknya bakat menulis itu tersalur di sini buat tatapan. Tapi sekadar catatan harian.

Kalau saya mula semula menulis cerpen-cerpen saya yang terbengkalai, ada respon tak? Saya pun kurang pasti, tapi jangan marah kalau cerita terkandas di tengah jalan :)

Tuesday, 28 June 2005

Salah satu contoh kegunaan office mail

Message 1
From: Aida
Sent: Tuesday, June 28, 2005 4:54 PM
To: Mama Yot
Subject:

Mama, nanti pinjam JCard.. mufis amikkan.. aku dah pas minyak Vit E ngan Tea Tree Oil yang kau nak hari tu kat dia..

Message 2
From: Mama Yot
Sent: 28 June 2005 17:00
To: Aida
Subject: RE:

Bila mufis nak amek?

Message 3
From: Aida
Sent: Tuesday, June 28, 2005 5:02 PM
To: Mama Yot; Abah Amni
Subject: RE:

Aduan kecemasan [over]
Bola satu bola dua bola MU
Sila ambil JCard dengan Puan Hartini untuk berpoya di JJ Wangsa Maju [over]

Message 4
From: Ayah Fawwaz
Sent: 28 June 2005 17:17
To: Aida; Mama Yot
Subject: RE:

ambil lunch esok, insyaAllah kerana tini kerja malam ni, pam tayar LRT

tq

Message 5
From: Mama Yot
Sent: 28 June 2005 17:19
To: Aida; Papa Limau
Subject: RE:

Mama Yot calling Mama Limau [over]
Atas persetujuan bersama, Papa Limau akan ambil Jcard esok masa lunch [over]


-END OF E-MAIL TRANSACTION- [OVER]

Friday, 24 June 2005

The office girl

Ayah had a new office assistant at his office

....my sister.

She had been working there starting this week.
I bet she is photostating documents right now.

The best part is, she can have her lunch with the CFO everyday. And it's free of charge.
Cool eh?

And if the CFO didn't come to work, she also didn't have to come to work.. hehe :)

Thursday, 23 June 2005

I don't have enough oxygen in my lungs

Stop reading blogs.
Stop figuring about the Star's puzzle.

:breath, breath, breath:

I am now meditating..

Our CFO seriously looks like Hanif Basree (Noritta's case), only way much better ..oooowwww :swooning:

Sorry girls, I forgot about the scattered cut outs puzzles on my desk. Hope the handsome CFO didn't notice it.. harapnya dapatlah tempias angin CFO kat aku untuk menang RM30,000.. CFO beb, CFO!!! Ka-ching!!!

Wednesday, 22 June 2005

Last Thursday's list and what did I buy yesterday (modified)

After a one-day meditation and cycling in the house last Monday to prepare for yesterday's ultimate task..

* new purse
hoho, I bought a new purse at 70% OFF! Yehaaa!

* baby clothes for mama yot / kak Fauze
very very nice discounts for clothes, add on: photo frame for kak Fauze's baby

* baby clothes for my upcoming niece/nephew -ehem, dalam perut Aini lagi
raya clothes for Auni, not the upcoming baby

* bed sheets
70% OFF again! Siapa kahwin masa terdekat ni dapatlah bed sheets dari aku.. heheh

* baju raya for Amni

nice.. from Peter Rabbit, but last year's 50% discount is much better (compared to 30%)

* raya shoes for Fawwaz
mahalnye baju kemeja budak laki! kasut Fawwaz dah beli rupanya..

* HOHO.. tadi kat suratkhabar aku nampak ada kupon diskaun Habib Jewels? Nak kalung berlian
ni aim next time ler...

* new shoes for myself

additional items that I bought:
* cushions (50% OFF)
* Koko Crunch and Kinder Bueno... very very cheap
* Larrie men socks - as requested by dh (50% off)


Yey, I am not a shopaholic! The Gang of Four proved that WE ARE NOT SHOPAHOLICS! At 1.45 p.m., I did witness a rush for handbags since new stocks just arrived.
And yes, we came at 9 a.m. yesterday and rushed to Jusco.. ramai betul umat Nabi Muhammad s.a.w. tunggu kat pintu masuk.

MISSION ACCOMPLISHED!
SEE YOU NEXT YEAR GIRLS @ JUSCO CARD SALE!


Should I prepare the list of things to buy next time?

I am really grateful for all those mental preparation.. ngee :D. Another plus factor: I have my free exercise!!!

Friday, 17 June 2005

Perkara baru yang saya tahu hari ini

Baru tahu yang tingkap nako sebelah tempat duduk sendiri boleh ditarik pakai tali putih kat hujung sebelah sana.

Baru tahu tingkap nako ni boleh adjust buka atau tutup.

Itupun sebab tengok technician dok buka tutup tingkap nako sebab nak baiki tingkap bahagian luar bangunan.

Maklumlah, kat rumah kan pasang langsir.. mana pasang tingkap nako <- alasan cover line baik punya... ngeee :D

Thursday, 16 June 2005

Itinerary of Aida's Jusco day

Mesyuarat Finance dengan bank

MENTAL ITINERARY (21 JUNE 2004)

.. ada isu lagi ke pasal signatory? Aida, bagi briefing sikit..
Errr..

7.00 A.M. GO TO WORK (AS USUAL)

..Pasal Hj. H tu, cerita dia macam ni..

8.00 A.M. ARRIVE AT MENARA

Oh, macam tu ke? I ingat issue ni dah lama settle

8.10 A.M. BREAKFAST WITH DH


Err, peliklah.. selama ni dengan bank tak pernah jadi macam ni. Kenapa kena reject ye?

8.30 A.M. DH AT WORK. STRATEGISING ABOUT THE SALE LAZING AROUND AT PLAZA PANTAI

Sebab bla.. bla..bla.. officer tu cakap bla.. bla.. bla...
(nodding.. nodding.. bored..)

8.45 A.M. MODIFYING LIST OF THINGS TO BUY

* new purse
* baby clothes for mama yot / kak Fauze
* baby clothes for my upcoming niece/nephew -ehem, dalam perut Aini lagi
* bed sheets
* baju raya for Amni
* raya shoes for Fawwaz
* HOHO.. tadi kat suratkhabar aku nampak ada kupon diskaun Habib Jewels? Nak kalung berlian
* new shoes for myself
* ...list ni pakai ke tak?
* ...kad kredit? CHECK!


Tapi... bukan JS yang sain, mmg Haji H. bla.. bla...

9.00 A.M. AINI ARRIVES AT PLAZA PANTAI. MARKET INTELLIGENCE TALK WITH AINI

Oh.. nanti you buat blanket approval

9.15 A.M. WAITING FOR MY DRIVER LYNN
9.30 A.M. ARRIVE AT MIDVALLEY
10.00 A.M. JUSCO OPENS ITS DOOR.. YAHOO!!!! RUN FOR YOUR LIFE, GIRLS! SHOP SHOP SHOP TILL YOU DROP! (still remember last year's scene! Ramai betul terlepas dari zoo)


..Issue lain? EFT?.. bla bla bla

12.00 P.M. GANG OF FOUR MEET BACK AND EXCHANGE FOR GIFT VOUCHERS AND SHOP TILL DROP AGAIN.

EFT? Tu bukan bank punya problem.. tapi AG koranglah..
Eh ye ke? bla bla bla...

2.00 P.M. MAKAN-MAKAN AT SOME THAI'S RESTAURANT (AMARIND'S KE GIRLS?)

Aida.. ada komen?
(huh? *blink blink*)

3.00 P.M. BURP, ALHAMDULILLAH... POKET PUN DAH KOPAK.. ER, KAD KREDIT LER DAH KOYAK..

Ok.. takda isu lagi, kita tamatkan mesyuarat ye?
OK. OK. OK.

3.10 P.M. BALIK!!!

GENDANG GENDUT TALI KECAPI, KENYANG PERUT SUKA HATI. GENDANG GENDUT TALI KECAPI, KAD KREDIT TAK BOLEH BAYAR SUSAH HATI.

Wednesday, 15 June 2005

To my husband.. Allah Knows Best

Allah Knows Best

Allah knows what's best for us,
So why should we complain ...
We always want the sunshine,
But Allah knows there must be rain.

We love the sound of laughter
And the merriment of cheer;
But our hearts would lose their tenderness
If we never shed a tear.

Allah tests us often
With suffering and with sorrow;
He tests us, not to punish us,
But to help us meet "tomorrow."

For growing trees are strengthened
When they withstand the storm;
And the sharp cut of the chisel
Gives the marble grace and form.

Allah never hurts us needlessly,
And Allah never wastes our pain;
For every loss Allah sends to us
Is followed by rich gain.

And when we count the blessings
That Allah has so freely sent;
We will find no cause for murmuring
And no time to lament.

For Allah loves us,
And to Allah all things are plain;
So Allah never sends us "pleasure"
When the "soul's deep need is pain."

So whenever we are troubled,
And when everything goes wrong,
It is just Allah working in us
To make "our spirits strong."

~ Helen Steiner Rice ~
+ modified by Aida for Islamic version

Tuesday, 14 June 2005

The loves of my life

Borang penamaan waris TM

Ayat rekaan sendiri untuk perkongsian bersama

Apa itu borang penamaan?
Borang yang menamakan pewaris insuran jika berlaku sebarang kematian atau kemalangan terhadap anggota TM.

Kenapa borang ini penting?
Untuk bayaran insurans kematian & kemalangan.
Jika tiada penama yang dinamakan, maka akan terjadi kes-kes lain seperti kes pewaris yang berebut harta.

Bagaimana jika saya ingin menukar penama?
Digalakkan sekiranya berlaku sebarang perubahan. Borang penamaan (pindaan) akan diberikan.
Penukaran penama penting sekiranya si suami bercerai dengan isteri pertama dan berkahwin lain. Ini penting untuk mengelakkan berlakunya kes di mana mereka yang tidak berhak menuntut harta kerana penama lama tidak ditukar ke penama baru.

Di mana saya boleh mendapatkan borang ini?
Melalui HR.

Monday, 13 June 2005

Al-Fatihah 2

Kak Timah's husband came to collect her belongings last Friday afternoon. When one of our staff asked whether we can take her telekung to wakaf to the surau, he just burst into tears.

He had never seen her workplace before. It was touching to actually come to the office and saw her desk for the first time - and it is after her death. Two of her children came to collect her belongings and clean her desk. The eldest cried silently, her back at us. She was wearing her mother's bracelet.

Another niece also helped the family to clean her desk. She is an orphan with an evil stepmother (am still shocked that evil stepmother still exists nowadays) and Kak Timah took good care of her after the stepmother disposed her off.

We hugged her kids and niece. Tears were flowing freely.

I hoped Kak Timah's kindness will always be remembered, insya' Allah.

Friday, 10 June 2005

Your Mother - Rasheed A Bhikha

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick - stay up all night
Holding you tight?
That's right, no other -
My mother

Who should I take good care of
Giving all my love?
Who should I think the most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell
Who'd pick you up?
Clean your cut?
No one but your mother -
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried
Who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank You Allah
Thank You Allah for my mother


Sekarang ni, Amni suka betul tengok TV1 sebab ada lagu Your Mother yang dipaparkan dalam kaset I Look I See edaran Saba Islamic Media. Masa ke KL Book Fair tu, ada juga tergerak hati nak beli kaset ni, tapi agaknya sibuk cari kitab Bahrul Mahzi sampai terlupa nak ronda balik kat booth Saba Islamic Media. Susah rupanya nak jumpa kaset ni!

*Waa, buku kat rumah tak khatam habis lagi*

Memang nampak TV memainkan peranan untuk mempopularkan sesuatu produk. Ingat tak masa raya puasa tahun 1996, TV2 selalu tayangkan video clip Raihan 'Alhamdulillah'? Terus booming nasyid market kat Malaysia. Ramadhan tahun 2004 pun menarik, kami sentiasa tertunggu-tunggu bacaan doa berbuka puasa Tilmiz yang kartunnya semua bermata bulat.. comel sangat. Sekarang ni pula, sibuk putar lagu 'Your Mother' kat TV1. Sedar tak lagu 'Your Mother' tu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.? Di mana nabi menuntut kita hormat kepada ibu sehingga 3 kali baru bapa.

Saya seronok sebenarnya bila produk Islam dipaparkan di kaca TV. Bermanfaat untuk ajar anak-anak. Amni dengan Fawwaz kalau tengok VCD Tilmiz kat rumah, mata tak berkelip-kelip. Memang sangat seronok anak-anak belajar secara multimedia. Nampak catchy dan menarik.

Kalau banyak inisiatif macam tu kat Malaysia, mungkin saya akan lebih tertarik nak tengok TV. Sekarang ni, hari-hari hanya tengok berita.

P/S: Oh ye, kalau nak dengar sample track 'Your Mother', rujuk kat blog Ida :) - posting 1 Jun

Thursday, 9 June 2005

Pics of the kids

Since I am lazy to alter each pic which is sized more than 1 MB, the father of Amni and Fawwaz gladly altered it for free :)



Hai, baru balik solat kat masjid ke? :>



Boring je nampak.. lain kali tak payah ler jalan-jalan kat KLCC ye kak?

Wednesday, 8 June 2005

Menjadi da'ie

Jazakallah atas pandangan rakan-rakan [atau rasanya peminat setia blog Aida.. HOHOHO] yang berterusan. Barulah sedar ramai yang membaca dan memerhati dan alhamdulillah.. suka dengan penulisan seorang isteri dan ibu yang insya Allah, akan cuba teruskan usaha menulis agar faedahnya dapat dikongsi bersama.

P/S: Saja nak test market ramai tak peminat setia blog ni :P

Ok, ini ada 2 ulasan daripada Haloscan.com yang sangat menarik dan membuat Aida terfikir akan impak kecil yang diberikan oleh blog ini kepada pembacanya :)

Assalamualaikum wbt.

It's just a humble opinion of mine... Jika blog itu boleh menjadi wadah untuk menyalurkan & berkongsi ilmu yang boleh dimanfaatkan bersama, so mengapa ia perlu ditutup?! 4 me, it's not a wise decision. Bukan ke ia sepatutnya diteruskan untuk manfaat orang lain? Ilmu yang kita salurkan dan kemudian dimanfaatkan serta diamalkan oleh orang lain bukan ke salah satu daripada amal jariah kita untuk bekalan hari akhirat kelak? Pahalanya akan terus mengalir walaupun kita telah berada di alam barzakh! Puan Limau, "Mata pena itu tampak sahaja tumpul tapi sebenarnya lebih tajam dari mata pedang!". So, for those who are thinking that blogging is only a waste of time... please think twice! Tanyakan pada diri sendiri... Apa peranan anda sebagai khalifah Allah di mukabumi ini??? Blog bukan hanya setakat untuk mencatat dairi harian semata tetapi lebih dari itu. Jika kita bijak mempelbagaikan fungsinya, maka ia akan menjadi wadah untuk kita berdakwah, menyampaikan ilmu dunia & akhirat serta mengingatkan orang-orang yang lalai dan alpa...

Semoga Allah SWT sentiasa merestui dan merahmati kita semua, aminn.

~Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri~ wallahu'alam.

Wassalam.
Aidura Sofiee | Homepage | 06.06.05 - 2:47 am | #


tabik spring kat Aidura Sofiee :D

ak ahhla..aida napa nak tutup blog..nie jangkit ngan perangai lama saya la nie

dulu sayapun nak tutup blog..dan saya dah tutup dahpun dulu (amoi.blogspot.com)..pastu on balik kat sodeeq..sib baikla webmaster understanding n bg support kat saya...(syahida.sodeeq.com)salah satu sebab mmg ada kena mengena mcm aida ckp tu..n satu lg sb time tu saya mabuk n x suka kat komputer :D ..n betul..kebebasan bersuara jd terhad bile org yg terasa adlh org yg kita kenali..

tp slagi niat kita adalah utk menjdkan blog nie medan utk berdkwh n menyampaikan ilmu, rasanya ia dah jd wajib hukumnya..amar maaruf nahi mungkar.kitakan nak mewarisi jalan Rasulullah saw (al-ahzab:45-46)

wallahu'alam
am0i | Homepage | 06.07.05 - 3:41 am | #


Maka, saya terfikir.. sesungguhnya hidup dan mati kita kerana Allah. Kita dilantik menjadi khalifah Allah di muka bumi, lalu tanggungjawab kita sebenarnya sangat berat untuk berdakwah mengenai keagungan dan keesaanNya. Allah sayang dengan umat Nabi Muhammad s.a.w. walaupun kita selalu sangat buat salah. Kita tidak pernah dihukum seperti kamu-kaum Nabi Luth a.s. atau Nabi Nuh a.s. walhal umat Nabi Muhammad s.a.w. ini, saya kira sangat-sangat beruntung kerana terlalu banyak membuat mungkar atas muka bumi, tapi Allah dan Rasulullah s.a.w. masih sayang.

Susah sebenarnya hendak menjadi da'ie [orang yang mempunyai kefahaman mengenai Islam]. Mungkin penulisan blog di sini hanya dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Cuma Aida harap tulisan yang tidak seberapa ini, mungkin dapat juga menyedarkan rakan yang terlena daripada mimpi dunia yang tidak seberapa ini.

Wallahu'alam.

Monday, 6 June 2005

Al-Fatihah

Kak Ani called at 10.49 p.m. yesterday.

My staff, Puan Fatimah Md Zain passed away yesterday after one week being admitted to HKL.
She complained of bad headache and the doctors assured her family it's nothing.
She is due for operation today.

Al-Fatihah.

Friday, 3 June 2005

Close the blog?

I have been thinking about this for some times. Maybe I will move to a new home. Maybe I will close the blog.

Some remarks by me may have hurt certain people.

And I do mind if people that I know in my real life snoop at my blog and they still hold images of my past life *believe me, I have been transformed in as many ways as possible, but some people couldn't get the picture that I have changed to be a much better Muslimah, insya' Allah*

I should just stick my knowledge sharing with BMC people.

Thursday, 2 June 2005

Tudung labuh & co. 2

Wah, panas nampaknya topik semalam :P. Bolehlah buat forum gaya bertudung yang menutup aurat, ye tak?

Semalam boleh lagi sambung berbincang dengan suami semasa dalam perjalanan balik. Bernas juga hujah di bawah yang diutarakan oleh suami.

Adakah anda selesa dengan cara anda berpakaian?
Adakah anda rasa pakaian anda sudah menutup aurat?


Jika jawapannya ya, maka adakah cara pemakaian anda boleh dibawa untuk terus menunaikan solat tanpa perlu memakai telekung sembahyang?

Jika jawapannya juga ya untuk soalan terakhir itu, maka sebenarnya anda sudah benar menutup aurat dan selesa hendak menghadapkan diri kepada Allah dengan pakaian itu.

Tapi aku teringat pula pakaian terakhir kita di muka bumi ni, kain kafan. *uhuk*

P/S: Sekarang tengah tanam azam nak cuba pakai niqab macam Ummu Anas :) - Siti, hang punya pasallah ni tertimbul niat ni balik :P

Wednesday, 1 June 2005

Tudung labuh & co.

Ulasan Siti pasal majlis perkahwinan Kak Aza dan Abang Amir dah mantap, jadi malas nak ulas lanjut-lanjut... hehe... tapi ulasan yang ini sangat menarik :)

Tapi sayang, saya bertahan pakai tudung labuh sampai second year jek, third saya dah malas nak gosok tudung labuh sbb besar sgt and takde iron board kat bilik. Susah nak gosok. Jiran bilik di kampus dulu pernah marah kerana dia kata saya tak constant pakai tudung labuh, kejap pakai tudung kejap pakai tudung pendek. Saya kata, takpelah, asalkan masih menutup aurat. Sampai skang dah tak pakai lagi hehe.

Source: Panadol's blog

Nak komen sikit, boleh kak? Itu cerita lapuk.. Orang bergendang tanya kenapa tak lekat tudung labuh? [hiks, layak ke nak komen ni, padahal patutnya aku ni pro tudung labuh :P]. Ok, patutnya aku pro tudung labuh sebab dah lebih 3 tahun tudung labuh lekat atas kepala [dan masih lagi sehingga kini].

Dulu, ingat lagi bakal suami [sekarang suami] suka betul membandingkan aku yang tak bertudung labuh dengan orang yang bertudung labuh.

'Sweet kan budak tu pakai tudung labuh..'

Alamak, masa tu rasanya macam nak pelakuk je bakal suami. Dia ni nak bercinta dengan siapa ni? Dengan aku ke dengan budak perempuan yang pakai tudung labuh tu? *sambil kepala tengah berfikir adakah tudung yang aku pakai ni tak cukup labuh, rasanya aurat dah tutup, dan tudung dah cukup besar*

Lekat tak lekat, itu cerita lain.. Tapi perlukah dibandingkan tudung labuh dengan tudung-tudung lain? Penjelasan masa tu, samalah macam Siti utarakan, terus cakap, insya' Allah, yakin masih menutup aurat.

Tilik lagi surah An-Nur: ayat 31

'Katakanlah kepada wanita yang beriman; hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya...'

Maka dalam konteks apakah tudung labuh itu masuk dalam konteks ini? Adakah dengan bertudung labuh sahaja, maka sudah menutup aurat? Maka fikirlah pula dari segi baju yang longgar, tidak menampakkan susuk tubuh. Baju kurung tak cukup elok lagikah untuk menutup aurat?

Definisi tudung labuh itu apa? Apakah tudung yang sudah bersaiz 60 inci masih lagi tidak labuh? Adakah orang yang sudah pakai tudung labuh sudah capai ilmu tinggi? *uhuks, terinsaf sekejap.. ilmu belum cukup dalam dada ni*

Sebab itu aku sebenarnya kurang suka kalau orang lelaki komen pasal tudung-tudung rakan aku yang aku rasa skala labuh sudah dicapai. Kalau boleh, rasa macam nak suruh orang laki cuba pakai tudung labuh kalau nak rasa bukan mudah nak capai azam setinggi itu!

Untuk suami yang dicintai dan sangat dikasihi, maka dia sudah faham bahawa tudung dipakai macammana pun tak apa, janji isterinya menutup aurat dan menjaga kehormatan diri. Maka konsep tudung labuhnya satu tika dahulu masih lagi ada, cuma dia juga faham jika si isteri memakai tudung lain yang masih lagi menutup aurat pada pandangan Islam.

Untuk Siti, ingat-ingat, aku sayang kau... janji kau puas hati komentar aku ni, seorang muslimah yang insya' Allah akan menutup aurat hingga ke akhir hayat [dan untuk menenangkan hati kau, aku pun takdelah pakai tudung labuh 7 hari seminggu :)].