Tuesday, 30 August 2005

Ulasan buku: The DaVinci Code



Sepatutnya saya sudah lama menulis ulasan mengenai buku ini, tetapi asyik tertangguh dengan segala macam cerita. Hasil pujukan Shima dan Mas di Singapura, saya meminta Aini membelinya ketika saya dalam pantang tahun lepas. Lalu saya rasa menyesal saya tidak membacanya awal-awal.

Ini catatan tertangguh saya mengenai buku Dan Brown ini. Ya, sekarang tengah mabuk mengulas buku. Mungkin Ati akan bangga dengan saya, menambahkan koleksi ulasan buku (untuk Ati, akak kagum dengan semangat awak yang suka membaca dan mengulas)

Pendapat saya:

Buku ini memang cepat dan pantas. Sebentar sahaja saya membacanya. Menyelak dari muka ke muka. Ceritanya berasaskan Holy Grail yang masih lagi hangat didebatkan dalam Kristian. Tajuk buku? Hmm, mungkin ada yang tertanya apa kaitan DaVinci dengan Kristian? Ahaa.. apa lagi, silalah baca.. Kalau anda mula membaca, jangan lupa beli edisi khasnya yang berharga RM130. Kenapa? Kerana buku yang berilustrasi memudahkan kita lebih memahami cerita ini. Leonardo Da Vinci sebenarnya bukan penganut Kristian yang orthodoks. Memang cerita ini banyak memberi peranan kepada kerja Da Vinci, contohnya The Vitruvian Man dan The Last Supper. Jangan terkejut kalau-kalau The Last Supper mempunyai rahsia cerita di sebalik lukisan. Ataupun jangan terkejut kalau mengetahui versi lukisan Virgin of the Rocks yang asal bagaimana.

Kalau sudah terkejut dengan rahsia Leonardo DaVinci, bukalah lagi minda untuk mengetahui mengenai sebuah persatuan yang sungguh rahsia berperanan menjaga Holy Grail yang digelar dengan nama Priory of Sion. Persatuan ini pernah diketuai oleh Isaac Newton dan Victor Hugo, termasuklah DaVinci sendiri.

Yang menariknya, fakta-fakta yang dipaparkan dalam buku ini adalah fakta benar dan dikumpulkan oleh penulisnya sendiri.

Kalau hendak membaca buku ini, bukalah minda seluas-luasnya. Kalau akidah belum kuat, saya cadangkan, elakkanlah membaca buku ini. Mungkin terpaksa beristighfar sepanjang membacanya.

Saya berbincang panjang di forum lain mengenai buku ini. Tapi saya masih lagi menyokong DVC ini diterbitkan, kerana kehadiran buku ini telah menggoncangkan kepercayaan orang Kristian tulen mengenai agama mereka. Oh ya, lupa saya katakan, Dan Brown adalah orang Yahudi, jadi jangan terkejut kalau banyak tersedar mengenai tulisannya yang terselit keagungannya sebagai Yahudi.

0 musings:

Post a Comment