Friday, 30 June 2006

The one with the baju tidur

Selambanya!

The project team was laughing hard when we saw her.

She came to Bangsar wearing a long sleeved baju kelawar. She told us she was wearing her kain batik and t-shirt before she decided to don the baju kelawar. It did crossed her mind to just wear her kain batik and meet us? HAHAHAH..

I should anticipate this much earlier, since we have to stay there till 2.30 a.m. Mata pun dah tak boleh buka masa tengok PC kat depan mata.

Wednesday, 28 June 2006

Whosshhh... breathless

I am going to Bangsar at 10.00 p.m. today

(No, I am not going clubbing, ok?)

In case you guys spotted me, bring me a nice blanket and a fluffy pillow, eh? I need my beauty sleep tau!!!

Tuesday, 27 June 2006

Bicara Agama: Pereka 'hadis Melayu' dibalas neraka

Source: Bicara Agama Utusan Malaysia

AL-SUNAH dari segi bahasa bermaksud perjalanan, amalan, metod atau cara hidup. Ia juga bermaksud membuka atau merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk. Al-Sunah dari segi istilah ahli-ahli hadis ialah apa-apa yang terbit daripada Nabi Muhamad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat, kejadian, akhlak dan sejarah sama ada sebelum diutuskan menjadi Rasul atau selepas diutuskan menjadi Rasul.

Malangnya masyarakat Melayu sering disogokkan dengan perkataan atau ungkapan yang didakwa sebagai hadis sedangkan ia tidak mempunyai hujah yang kukuh. Ini dilabel sebagai 'hadis Melayu'. Yang membimbangkan, 'hadis Melayu' ini seolah-olah diterima pakai dan menjadi pegangan agama oleh sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto IZHAM JAAFAR menginterviu pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Roslan Mohamed untuk mengupas persoalan ini.

Apakah maksud 'hadis Melayu'?

ROSLAN: 'Hadis Melayu' adalah perkataan yang bukan bersandar atau disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.. Ia adalah ungkapan mengenai sesuatu perkara yang kebanyakannya diambil daripada kitab-kitab Jawi lama ataupun banyak merujuk kepada buku terjemahan dalam bahasa Melayu tanpa merujuk kepada naskhah asal bahasa Arabnya.

Dalam konteks masyarakat Malaysia, ia memang mempunyai pengikut dan semakin sebati tetapi orang tidak menyedari kesan buruknya. Walhal ia ibarat barah yang jika dibiarkan akan membahayakan umat Islam.

Bolehkah ustaz jelaskan contoh-contoh 'hadis Melayu' yang sering dianggap sebagai hadis Rasulullah s.a.w.?

Ada beberapa contoh 'hadis Melayu' seperti melarang anak-anak kecil yang belum baligh berada dalam saf yang sama dengan orang dewasa semasa bersolat. Alasannya kerana kanak-kanak itu masih najis kerana masih belum berkhatan. Ini bermakna takrifan najis itu amat berat sedangkan dalam Islam, kanak-kanak walaupun belum berkhatan adalah bersih jika pakaiannya bersih kecualilah jika kanak-kanak itu kencing atau buang air besar. Dari segi bahasa, najis ialah sesuatu yang kotor dan mengikut syarak, najis ialah kekotoran yang menegah daripada sahnya ibadat.

Saya ingin menarik perhatian kepada satu peristiwa di mana Rasulullah mendukung cucunya iaitu Hassan semasa mengimamkan solat. Apabila sujud baginda meletakkan cucunya di tepi dan apabila bangun semula, baginda mendukung semula cucunya. Logiknya, jika kanak-kanak najis dan tidak boleh berada dalam saf dewasa, tentu perbuatan Rasulullah itu tidak boleh dilakukan.

Begitu juga dengan ungkapan 'tuntutlah ilmu sampai ke negeri China', 'cintakan negara adalah sebahagian daripada iman', 'kemiskinan itu menghampiri kekufuran' dan kata-kata sahabat bukan sabda Nabi iaitu 'bekerjalah kamu seolah-olah seolah-olah kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu mati esok hari'.

Semua ungkapan ini tidak ada sandaran sebagai hadis. Persoalannya kenapa kita tidak menggunakan hadis-hadis sahih yang diketahui sanadnya kerana banyak lagi hadis yang turut membicarakan soal-soal yang disebut itu. Perbuatan begini boleh membawa kepada permulaan bidaah atau bidaah saiyiah yang boleh membuat seseorang itu terkeluar akidahnya.

Mengapakah penyebaran 'hadis Melayu' ini berlaku sedangkan kita tahu kesan daripada beriman kepada hadis palsu adalah berdosa besar?

Perkara ini berlaku kerana beberapa sebab. Sebab paling utama ialah kurang kefahaman tentang ilmu Islam yang membawa kepada tidak berapa kukuh punca nas dan tidak menapis punca ilmu. Ia juga akibat kesilapan penceramah, ustaz dan ustazah yang kurang cermat apabila membuat rujukan ilmu. Ada juga yang hanya menerima bulat-bulat sesuatu ungkapan yang diwariskan kepada mereka.

Penyebaran 'hadis Melayu' ini juga berlaku kerana taklid semberono tanpa dipastikan kesahihan nas hadis tersebut. Masyarakat pula menerimanya kerana orang yang menyampaikan perkara itu adalah ustaz, ustazah dan orang alim. Ia juga berlaku disebabkan kekurangan ilmu dalam bidang hadis kerana hadis juga mempunyai pelbagai martabat ada yang hasan, mutawatir, mauduk dan juga daif.

Satu lagi sebab ialah ketiadaan pengawalan dan tapisan dari segi penerbitan buku-buku agama dalam bahasa Melayu. Ini menyebabkan banyak buku hanya merujuk kepada tulisan kitab-kitab rumi semata-mata sehingga tidak membuat semakan kepada kitab yang asal dalam bahasa Arab.

Rasulullah pernah memberi amaran dengan sabdanya, 'Barang siapa yang berkata sesuatu yang aku tidak kata, bersedialah tempatnya di neraka.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini adalah natijah kepada mereka yang mengada-ada atau mereka sesuatu dan mendakwanya sebagai hadis Rasulullah. Lebih buruk lagi, ada sebilangan masyarakat yang memperjuangkan falsafah biar mati anak jangan mati adat walaupun adat itu ada yang melanggar syariat.

Apakah kesan hadis Melayu terutama yang melarang kanak-kanak berada dalam saf dengan orang dewasa dalam konteks mendidik anak-anak bersolat?

Kepentingan solat telah ditegaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya, "Suruhlah anak-anak lelaki (dan perempuan) sembahyang apabila mereka berumur tujuh tahun dan apabila berumur 10 tahun pukullah mereka jika tidak bersembahyang." (Riwayat Abu Daud)

Namun, 'hadis Melayu' ini membantutkan usaha mendidik anak-anak dalam bersolat. Membiarkan anak-anak dalam saf dengan rakan sebayanya tidak akan membetulkan solatnya. Kerap kali kita melihat kanak-kanak yang berada dalam kumpulannya bukan bersolat sebaliknya lebih kepada bermain-main, menyiku rakan dan sebagainya. Sebaliknya, jika mereka diletakkan di sebelah bapa mereka akan dapat belajar cara sembahyang yang betul dari segi perbuatan rukuk, sujud dan sebagainya. Solat bersama bapa atau dalam saf dewasa lebih mudah mendisiplinkan anak-anak supaya mereka mencontohi kaifiat solat yang betul. Malah di negara-negara Arab, kanak-kanak ini dapat dilihat bersolat dalam saf dewasa.

Mula-mula mungkin kanak-kanak ini bermain tetapi lama-kelamaan apabila sudah terdidik mereka akan bersolat dengan betul. Apabila hal ini sudah tertanam dalam diri, sudah pasti mereka akan menjadi generasi yang mengimarahkan rumah-rumah Allah apabila dewasa kelak.

Barangkali 'hadis Melayu' itu timbul akibat sikap ibu bapa yang tidak mengawal anak-anak semasa membawa mereka ke masjid dan surau?

Ada kemungkinan juga tetapi pokoknya jangan berpegang atau beriman dengannya kerana ia bukan hadis. Ibu bapa yang hendak membawa anak ke masjid dan surau pun kenalah bijak. Kalau anak masih kecil pakaikan lampin pakai buang supaya tidak menjejaskan kesucian rumah Allah. Kalau anak masih terlalu kecil dan nakal serta tidak dapat dikawal janganlah bawa kerana ia boleh memudaratkan jemaah yang lain. Tetapi yang jelas, Islam tidak pernah melarang meletak anak dalam saf dewasa.

Bagaimanakah kita hendak membetulkan persepsi masyarakat tentang 'hadis Melayu' ini?


Pertamanya ia memerlukan kerjasama semua pihak terutama pihak berwajib dalam membezakan antara adat dengan ibadat. Penjelasan ini perlu disusun rapi untuk memudahkan masyarakat Islam. Semua pihak kena berlapang dada dan hikmah kerana perselisihan memang dibenarkan dalam agama tetapi ia hanya terhad kepada hal-hal yang furuk (cabang) bukan perkara qat'ie atau pokok. Ini dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud, Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunah) Rasulnya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. (An-Nisaa': 59)

Pendakwah juga mesti amanah kepada ilmu. Sesuatu yang diterima itu perlu ada kajian dan jangan diterima secara semberono. Ini menunjukkan kepentingan berfikir. Imam Ghazali pernah berkata, sesaat orang alim berfikir adalah lebih baik daripada bercakap beberapa patah perkataan. Dengan kata lain, kita perlu kembali kepada rujukan asal yang muktabar iaitu al-Quran dan hadis.

Khalayak atau para hadirin juga mesti berperanan sebagai check and balance dengan bertanyakan soalan semasa mencari ilmu. Dalam kitab Tanbihulghafilin karangan Abu Lais Samarqandi ada disebutkan adab menuntut ilmu iaitu orang belajar mesti mendapat sesuatu yang betul daripada orang yang mengajar kerana adab belajar jangan menerima sahaja.

Kita juga perlu menerima hakikat yang kebenaran itu hanya satu dan tidak berbilang-bilang sebagaimana yang dinyatakan oleh Saidina Ali r.a.. Kalau ulama bertelingkah, masyarakat akan menjadi mangsa.

Komen Ummu Amni Fawwaz:
Sebelum mengulas dan menyebarkan sesuatu hadis, pastikan sanadnya. Masalah orang Melayu kita sendiri, terlalu fanatik dengan penyebaran hadis, sehingga tidak memeriksa sumber hadis itu sendiri. Akibatnya, kita mungkin beramal dengan apa yang dikatakan 'hadis Melayu' ini. Mahukah kita tersalah ajaran?

Friday, 23 June 2006

Hmmm...

"Akak pregnant lagi ke?" tanya aku.

Dia sengih dan mengangguk.

Dia sudah ada 2 anak, kes sama macam aku. Bersalin secara pembedahan untuk anak pertama, beza seminggu dengan Amni. Nama anaknya pun dekat-dekat dengan Amni.

Anak kedua pun rapat, Fawwaz dilahirkan pada November 2004, anak lelakinya dilahirkan Januari 2005 secara normal.

Sekarang dia sudah mengandung yang ketiga. Dijangka bulan September ini.

Aku bila lagi?

P/S: Mungkin tulisan minggu depan akan bernada panik. Aku tengah semput nafas. Sistem nak launching, tiba-tiba CEO nak datang. Ada sesiapa nak kirim salam? Kalau nak jumpa aku, aku mungkin jadi tukang buka pintu di sebuah kedai yang agak 'glamour'. Jangan lupa bergambar dengan aku yang terpacak di pintu dengan senyum yang menampakkan gigi yang kuning *hehehe*

Ketua hasil kedai yang 'glamour' itu sudah terketar-terketar bila tahu orang besar nak datang. CEO mungkin datang tengok dia dari belakang semasa dia tengah test sistem. Kalau CEO sergah, aku yakin kemungkinan untuk pengsan adalah 99%.

Tuesday, 20 June 2006

My blog has a DNA!!!!

websitesasgraphs

What do the colors mean?
blue: for links (the A tag)
red: for tables (TABLE, TR and TD tags)
green: for the DIV tag
violet: for images (the IMG tag)
yellow: for forms (FORM, INPUT, TEXTAREA, SELECT and OPTION tags)
orange: for linebreaks and blockquotes (BR, P, and BLOCKQUOTE tags)
black: the HTML tag, the root node
gray: all other tags


The link to check your blog's DNA is here: Websites as Graphs

Monday, 19 June 2006

Bangkok pictures : 26 - 31 May 2006

Due to much laziness and being busy, I am unable to upload the pic. Hence, please enjoy! :)



Day 1: KL
IA check-in. The best siblings in the world! (kononnya...). And the first picture that showed how Amni can be really kind to her brother (HOHOHO).



Day 1: Tersesat kat Bangkok city centre. Priceless pic, baguslah tu ada expression lost sambil baca peta Bangkok.




Day 2 & 3 (precisely, Day 3): Me at Chatuchak market. Looking at rows and rows of earrings priced at RM 1.90 each.




Day 4: Enjoying our day at Dreamworld (sort of Disneyland). Amni on a train ride.




Day 5: At the floating market. Fawwaz testing his (err..) music skill. (Need I say more?)



Day 5: The infamous floating market. Isn't it nice to shop without needing to flex your foot muscle? (Dad made the remark)


Friday, 16 June 2006

Meditating me?

I am not meditating right now.
Am having a harsh breakdown for my mind and body.

Since no one missed me (assuming that I did not even have the time to post something over here), I would like to update.

But there is nothing new for me except for, I am really busy getting holed in the Taipan exchange that I forgot I didn't even enter my OWN office for one whole week.

And I have to work on Saturday? Gosh, that would be a NO-NO. I am thinking of collasping right now.. ARGHHHHH

And yes, still having a nervous breakdown due to the new system which will be rolled to the pilot outlet.

Yes Kak Tini, I am interested to join your unit. Tapi aku jadi kuli jelah, biar kau jadi manager. BOLEH TAK?

Siapa nak ganti tempat aku?

Friday, 9 June 2006

Kakak jatuh

Tok Ayah ambil kakak & Fawwaz dari nurseri semalam.

Ibu balik jam 6.30 petang, dan ambil Fawwaz dari rumah tok ayah. Ibu jumpa kakak menangis di bilik menggosok, sambil kepala di usap-usap oleh Che Ya. Ibu tak tahu apa yang jadi, tapi bila ibu tanya, Che Ya cakap kakak jatuh dan terhantuk masa bermain dalam bilik.

Tok Ayah masuk dan bising-bising kat Che Ya dan Che Su. Ibu senyap saja, sebab masa tu Nek Ummi pun dah mula naik suara. Lagipun ibu nak balik memasak dan bila ibu tanya kakak nak balik atau tidak, kakak geleng kepala sambil mata masih berair.

Tok Ayah hantar kakak jam 9.30 malam. Kakak panggil Fawwaz nak ajak makan biskut keju, tapi Fawwaz dah tidur. Tok ayah cakap kepala kakak luka dan berdarah. Abah terkejut sebab bila selak rambut kakak, luka agak besar. Tok Ayah balik dan abah ambil ais dengan ibu.

Rupanya dah bengkak besar!

Ibu tak panik lagi, sebab kakak pun OK aje, tapi malam ni, ibu janji bawa kakak pergi klinik. Kakak jadi good girl ye?

Wednesday, 7 June 2006

Anak bongsu

Bila sudah bercuti panjang, menangislah si bongsu bila si ibu menghantar mereka ke nurseri sepanjang 3 hari ini.

Mujurlah si sulung tak buat hal, kalau dua-dua menangis, memang ibu minta berhenti kerja terus.. [INI HINT UNTUK SUAMI YA :P]

Tuesday, 6 June 2006

The rivalry between sepupu sepapat

After the pipe incident, and we said goodbye to RM200 due to the plumbing works done by 'Cina beriman', we decided to balik kampung.

We are on our way to Malacca on Saturday and decided to drop by at Aini's house to deliver the goodies from Thailand. Selamat bergaya dengan pashmina masing-masing yaaa! :P

Auni was screaming excitedly when she saw us.

Fawwaz took a ball and played and Auni came and cried. And she grabbed the ball and gaduh-gaduh with Fawwaz and Amni came to the rescue. But Auni still insist to gaduh-gaduh some more with Fawwaz.. hadoii la!

Fawwaz RAN ALL THE WAY AND AS FAST AS HE COULD to me when he saw Auni came stalking him (because of the ball). He is out of his breath when he reached me and I STILL COULD NOT BELIEVE he can run THAT FAST. Siap sorok belakang aku lak tu!

Lain kali, boleh TAK jangan gaduh-gaduh atau bercakaran kalau jumpa sepupu sepapat? Letih la nak leraikan, lepas tu tak boleh lama-lama lepak kat rumah Cik Aini sebab anda berdua (or in Amni's case: bertiga) asyik bergaduh?

I know it's a cousin's love.. tapi letih la kalau nak pastikan anda semua tak bergaduh.
I still could not understand the rivalry between Fawwaz and Auni or Amni and Auni.

Boleh tak main sama-sama in harmonious loving environment?
*BIG SIGH*

Friday, 2 June 2006

Yes, we are back for good

And it was one hell of a good time.

This is the first trip for us and the second trip for my dad, mom and sisters.

Mom nailed it for good and confirmed that she is a shopaholic, hari-hari menjarah pasar.
She went to Chatuchak Weekend Market on Saturday and Sunday. And we went to the weekend market thrice for 2 days.. Siap ada morning and afternoon trip. And the Muslim vendor who operates there was smiling when I came back to buy take aways from her.

And mom went to Pat Pong night market on Monday and Tuesday.

We arrived at Bangkok on Friday and we walked for I-don't-know-how-many-kilometres (I suppose more than 5 km) during the first day. Yes, sakit kaki with two kids. I told hubby this is considered as intensive training for our Hajj trip. We walked from the hotel to station N5: Ari of Bangkok Skytrain (don't get fooled by the map, it is more than 5 km to reach that station).




And we got lost in the city centre (my family, yep). Anyhow, on the first day, Fawwaz broke a hotel's lamp. Bertuah betul anakku :D

On Saturday, we went to Chatuchak. It is a VERY VERY VERY big market, lenguh kaki nak khatam semua kedai, we only khatam 1/4 of it (after 3 shopping trips)!!

And yes, we went to the city centre again, and mom insist we do not have to use the Bangkok Skytrain (LRT in Bangkok), so we have to walk to and fro from CS (Central Station) to E1 (Chit Lom) to save 10 baht! (RM 1).. The bast part is, every shopping complex is situated next to each other, and we went to at least 4 shopping complexes. Bayangkan kalau KLCC dok sebelah je dengan Midvalley.. hehehe :D

Our days were filled with shopping trips again.

We get a break and went to Dream World (which is alike to Disneyland) on Monday, situated 40 km from Bangkok and mom went for her shopping trip again.

We went to Damnersaduak floating market on Tuesday, and mom did some shopping (sigh!) on the boat. Ok, so it's called a floating market, of course we have to do our negotiations in the boat.

Another trip to Bangkok city centre, but only me and dh (dating pulak).

We were exhausted and want to get home. The kids were excited to be inside an airport.

We are back on Wednesday.