Friday, 29 September 2006

Jangan culas bantu isteri

Memang selalu berjumpa suami yang menganggap kerja di rumah adalah hak mutlak isteri. Isterilah yang buat seorang, suami tak boleh masuk campur.

Ops, bukan hendak mengata. Tapi hendak kata betapa tak adilnya si suami berpendirian sebegitu.

Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun lebih berkahwin, suami seorang yang ringan tulang dan tak banyak mulut (penting sebab masa aku membebel, dia senyap je, lama-lama malu sendiri). Orang sebelah pernah tegur suami masa dia mengebas karpet yang berpasir di luar rumah, "Rajinnya bang!"

Kalau minta jemur baju, laju saja dia membantu. Minta tolong kemas rumah, angguk saja tanpa membangkang. Kalau suruh masak, oh belum lulus lagi, tapi bersyukurlah dia rajin membantu untuk kerja lain. Dulu penat juga, tapi mula-mula, masa nak ambil maid, niat dia untuk kurangkan kerja rumah aku (tapi sama saja ada maid atau tak, kesudahannya maidless lagi mudah).

Apakah jatuh martabat suami jika membantu isteri dengan kerja rumah?

Kita bekerja sama-sama, isteri pun membantu ekonomi rumah tangga. Bila balik, isterilah orang pertama yang ke dapur, suami kepenatan di pejabat satu hari sambil duduk di atas sofa, isteri pun tidak penatkah?

Ada orang bising-bising kata isteri sekarang tak pandai memasak. Dah tu, janganlah diam nak tunggu isteri sampai pandai memasak. Pergilah usahakan cari guru memasak, kalau tak mencari pun, janganlah membebel sepanjang masa pasal ketidakadilan dunia kerana isteri tak pandai duduk di dapur.

Hai, entahlah, kenapa masa bercinta dulu tak ditanya "Yang, pandai tak memasak?" Lepas itu, kalau si gadis berkata tak, putuslah terus hubungan. Bukankah semasa berkahwin itu, kita sudah menerima pasangan kita sebagai yang terbaik antara yang di luar sana?

Agaknya mereka nak isteri yang 100% sempurna. Sempurna yang bagaimana ya? Pandai memasak nasi minyak atau nasi hujan panas agaknya! Takpun bila suami marah, isteri tunduk, diam tak berkata. Bila suami pukul pun, isteri senyap tak berkata.. Aduh, tak ke haru?

Ingat tak kata-kata pujangga ini,
"Janganlah mengharapkan isteri seperti Saiditina Fatimah r.a. sekiranya diri bukan Saidina Ali k.m.j"

Cermin-cerminlah diri sendiri, hai para suami yang culas!

P/S: Jangan guna tulisan ini untuk sesi bertekak dengan suami masing-masing pasal suami tak membantu isteri, ok? Gunakan kebijaksanaan akal masing-masing :)

Thursday, 28 September 2006

5th day of Ramadhan (insya' Allah)

As of today, alhamdulillah.. I still managed to cook when I am not going to work. I worked on Tuesday only, and yesterday took EL since Amni was on high fever.. demam kus-kus, sekejap demam, sekejap kebah, lepas tu demam balik. Dh was very patient, sebab ibunya ngantuk sangat, dialah yang tidur dengan Amni yang meracau malam-malam sebab badan sakit.

And this morning, unexpectedly, the car battery went kaput, so off we sent the kids by the motorcycle, kena buat 2 trip for the 2 kids. Of course Fawwaz had to be sent first, kalau tak meraung-raung anak teruna tu tengok kakaknya naik motor dahulu. I think after work, we have to pick Fawwaz first before kakak, to ensure he is not screaming on the top of his lungs.

Last week, I had to e-mail kak Ti about playschool age. I got panicked when I know some kindys even accepted a 3-y.o. to enter. And when I mentioned Amni's age to my neighbour, she said that Amni can enter the playschool by next year. After much deliberation, we have decided to enter her at age 5 for her playschool, which is still considered early for us, since dh and I entered our kindy at age 6. But nowadays, the demands of life, astagfirullah! And as what Kak Ti mentioned in the e-mail, certain schools expected our kids to know how to read even in Standard 1. I remembered that when I was in Standard 1, I can read, but certain kids, who is underprivileged, really need to learn from the start (which is ABC). Thank God masa tu cikgu very patient and undemanding...

Back to the Ramadhan month story, for sahur, we had our mee Maggi Ayam (I don't like the idea of eating rice early in the morning) and yesterday I prepared udang masak paprik, together with Kak Elin's delicious choc cake. And since on Monday, I was off, I made lots of sambal ikan bilis, in case we did not manage to buy any lauk for buka puasa.

I am still on track on what I am cooking everyday, at least budget nasi dan sayur memang dah save. Tapi lauk utama tu, beli yang tunjuk-tunjuk ajelah kan?

Tuesday, 26 September 2006

I look stunning on the TV yesterday, eh?
Hehehe..

Friday, 22 September 2006

Pra-Ramadhan

Pagi-pagi dah simpan perut, banyak betul jamuan sempena menyambut Ramadhan. Minggu lepas, tumpang menjamu dengan orang unit sebelah, lauk-pauknya menjamu selera. Makan sendiri, tak menambah, lewat musim ni, jadi tak lalu nak telan banyak-banyak.

Tengahhari ni ada trip pergi RSM. Duit daripada tabung unit cover untuk makan-makan, hasil menjual rak besi dan berbakul-bakul kertas A4.. Yalah, daripada buang sebegitu sahaja, kan benda-benda yang dijual itu boleh dikitar semula.

Minggu ini, sudah mula memasak balik. Entah berapa lama gantung apron kat rumah. Memang tak ada mood nak memasak, sebab kalau meeting meleret-leret, dalam hati, hai, cepatlah habis, nak masak ni, akhirnya tertunda sebegitu aja niat.. Rasanya dah sebulan lebih tak masak, beli luar saja. Orang kedai pun dah kenal suami, sebelum datang ambil makanan, order dulu ye melalui telefon! Tiba-tiba, entah mana datangnya semangat yang hilang, mungkin sebab syahdu melihatkan nasib anak-anak dan suami yang asyik bungkus makanan bawa balik, terus berasap dapur tu balik! Tapi diri sendiri masih tak lalu nak makan.. bagi anak-anak dengan suami sahaja yang menghadap lauk-pauk yang disediakan!

Yang kakak siap berpesan, "Ibu, nak nasi lagi!" atau "Ibu, nak sayur lagi!"
Jadi ibu pun semakin galak menanam hasrat hendak memasak. Semalam ibu janji dengan abah hendak buatkan tomyam, lama dah dia tak menjamu tomyam ibu yang pakai Maggi instant cube.. hehehe

Ramadhan ni, memang dah niat nak memasak.. insya' Allah!
Tapi kami ni bukan orang yang hendak makan pelbagai, dapat telur goreng dengan nasi pun dah cukup untuk buka puasa. Oh, untuk anak-anak dan suami, sayur wajib ada.

Wednesday, 20 September 2006

Seronoknya Ramadhan!

Mungkin sebab masa Ramadhan boleh mengeratkan keluarga.

Sebab masa Ramadhan boleh makan semeja sekeluarga, dapat bangun pagi (untuk sahur, kalau hari biasa, liatnya!), dan dapat baca Quran banyak-banyak (insya' Allah). Tahun ini kalau tak ada aral, walaupun tak sempat masak (kat pejabat ni semua tak sempat memasak) semasa hari kerja, harapnya dapat la juga memasak sayur dan nasi yang panas-panas. Dapat save budget sikit untuk beli sayur yang pelbagai tu.

Budget untuk anak-anak pun gamaknya perlu dimasukkan, sebab anak-anak dah pandai makan nasi dan demand nak fish/chicken. Selalu time bulan puasa, anak-anak pun nak buka puasa sama-sama. Kena siapkan tempat di meja makan untuk anak-anak atau buka tikar untuk makan sama-sama atas lantai. Yang tak tahan, mereka yang demand nak buka puasa, seorang baru nak masuk 2 tahun, seorang lagi 3 tahun, puasa pun belum reti lagi! Tapi gaya buka puasa tu, mungkin sebab anak-anak excited nampak kami makan sama-sama, jadi mereka pun nak join the fun :)

Perancangan Ramadhan sempena poket yang makin 'terkoyak':
  1. Hujung minggu buat masakan istimewa macam mihun soto atau nasi ayam (suami dah terliur ni)
  2. Budget untuk makanan tak lebih RM 10/hari.
  3. Beli lauk di kantin.
  4. Masak nasi dan sayur panas-panas sebelum berbuka puasa.
  5. Stok banyak-banyak telur dan sayur untuk memudahkan perancangan quick meal semasa sahur atau buka puasa.
  6. Beli kordial untuk bancuh air.
  7. Cari resipi for easy sahur/berbuka puasa meal (last year buat murtabak Maggi).
  8. Makan luar ada budget ke? Itu pun kalau berkesempatan. Ingat nak host satu malam berbuka puasa bersama keluarga.
Selamat berpuasa semua!

Saturday, 16 September 2006

Anak solehah

anak solehah

Kakak kalau jumpa kain sembahyang dia, mesti nak solat. Lepas dah pack untuk kemas, dia suruh buka beg dan nak solat lagi. Fawwaz pula, kalau tengok orang solat, mesti nak main atas sejadah. Suruh pakai kopiah, taknak pula.

Insya Allah, ibu doakan anak-anak ibu faham akan agamanya.. Membesar dengan ilmu yang cukup di dada, dan sentiasa bertawadu' terhadapNya.

P/S: Ikan dah berkurangan seekor? Tak sampai seminggu lagi ni :)

Wednesday, 13 September 2006

Our first pet

To make the children happy, dh bought fishes for them. Amni keep pointing to the fishes and Fawwaz, my God, Fawwaz, he put some french fries inside the bowl, then used his fingers to catch the fish and he even threw a small book inside (assuming the fish can read).

I think the fishes were calculating their escape when they knew Fawwaz is living there.

I just hope that the fishes can live for more than 1 week..

Tuesday, 12 September 2006

Penat-penat BlueHyppo

Perihal kerja: kalau boring nak baca, boleh skip paragraph ini :)

Hujung minggu standby untuk kerja office lagi, letih menelefon orang dah tunggu kertas yang berjela-jela di mesin faks. Siap 'bergaduh' dengan Kak Min sebab orang KL dengan Selangor queue nak faks dokumen masing-masing. Nama sahaja duduk kat Bilik Gerakan, tapi aku dapat duduk di kaunter perkhidmatan sahaja. Dapat tengok patung BlueHyppo yang berderet-deret dan sangat comel, buat nota mental untuk belikan kepada anak-anak.

Pukul 7 malam, masih lagi berani nak pergi bilik air di kawasan yang serba usang itu, balik-balik, Ketua Hasil buka cerita hantu. Taubat aku tak pergi dah bilik air tu lepas jam 7 malam.

Perihal anak-anak :D

+ Vocab Fawwaz dah jadi SANGAT banyak, dulu limited kepada perkataan yang membawa faedah (makanan/minuman) kepada dia, contohnya: "Nak air", "Nak makan", "Shu-shu", tapi sekarang dah pandai cakap kalau nak tengok TV, atau ajak main, atau ajak baca buku.
+ Dari dulu dah pandai berebut barang dengan kakak. Tapi semenjak dua menjak ni, dah jadi lagi pandai! Kalau dalam kereta, nak duduk seat depan. Semalam abahnya mengadu diaorang berebut nak duduk seat depan sambil pukul-memukul semasa mengambil aku di LRT.
+ Fawwaz dah manja sangat-sangat-sangat.
+ Kakak dah pandai angkat telefon, semalam masa telefon, dia cakap "Abah naik atas. Abah mandi." Tapi bila aku berpesan, tak boleh pula dia sampaikan pesanan.
+ Kakak & Fawwaz sukalah sangat tarik langsir. Kena jentik dengan ibu pun, buat lagi kerja tu. Habis tercabut segala rambu-ramba yang aku pasang kat langsir tu.
+ Kalau ajak mandi, terus cabut baju. 2 minggu lepas, pasang pool kecil kat depan, berendam sampai kecut urat tangan dan kaki. Bila ajak keluar, dua-dua taknak.
+ Kakak kalau buat 'business', mesti tak cakap. Tahu-tahu, dah berbau 1 km.

Friday, 8 September 2006

A response to ehem.. my sister

Well, had a brush with prominent figures during university years, shook hands with former PM, his wife and some ministers. I was even seated at the same table with the wife and which limited my eating skill. The foods were delicious, but wasn't able to take it as much as I wanted to since everyone else at the round table were quite 'malu-malu' type and there was a waiter waiting to serve us. Left the table as soon as I can and I was really envious with my sister and a bunch of others who are able to eat as much as they wanted to during that time *sigh*
You will never make me forget about that, do you?

And my point is:
[1] My post is actually ranked much lower than yours in the organisation
[2] I do not have the 'privilege' to eat with the prominent (refer to point no. 1 :P)
[3] I am a greedy eater
[4] I had fun with other colleagues *MUAHAHAHA*
[5] Bukankah Siti sudah ada untuk menemanimu di meja makan yang serba formal itu? (ngeee)

She's a beauty, isn't she?



And full of self confidence, I wonder how she survived the 8 1/2 years ordeal.

Tuesday, 5 September 2006

Yang pelik-pelik

Semalam, dapat rasa lagi yang pelik-pelik.
Bukan pelik-pelik sebab lain, tapi pelik sebab..

Orang Melayu kita kalau guru agamanya mengajar sesuatu itu A... maka sampai bila-bila sesuatu itu akan jadi A, tidak boleh B atau C.

Eh, eh peliknya saya berkata.
Beginilah, biar saya mulakan cerita.

Saya ketika di sekolah dulu, kalau ustaz/ustazah cakap perkara ini wajib, contohnya doa qunut, saya akan ikut baca doa qunut dalam solat Subuh. Jika tertinggal, hendaklah saya sujud Syahwi.

Jadi saya pun ikutlah, tak boleh tak tinggal, mesti kena. Kalau tinggal, kena sujud Syahwi.

Bila saya menunaikan umrah tahun 1996, saya pun jadi pelik. Saya pelik kenapa orang yang beramai-ramai solat Subuh di Masjidil Haram tidak pernah membaca doa qunut. Bila saya balik, saya fikir lagi. Kemudian saya masuk universiti, ada pula seorang ustaz menerangkan hukum doa qunut bukan wajib tetapi sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Ohhh.. maknanya doa qunut itu bukan wajib ya? Jadi tak perlulah kita ganti dengan sujud Syahwi, kan? Sujud Syahwi dilakukan apabila kita meninggalkan perkara yang wajib dalam solat, kan? Dan masa itulah saya faham, kita ini ada 4 mazhab di dunia, bukankah kesemua mazhab itu adab untuk kita mencemerlangkan diri kita ke arah menjadi seorang Muslim?

Kemudian saya masuk Bicara Muslim. Saya lihat rata-rata forumers akan rujuk kitab dan hadis dahulu sebelum menyimpulkan sesuatu hukum. Saya memang Islam ortodoks, satu ketika dahulu, kalau cikgu di sekolah ajar begitu begini, saya akan ikut begitu begini. Tapi, saya lihat cara ini lebih relevan, kerana dengan hadis sahih saya mudah melakukan sesuatu perkara kerana adanya dalil.

Yang saya peliknya, betapa ramai orang kita suka benar menghantar e-mel mengenai hukum sesuatu perkara TANPA usul periksa dahulu. Maka wujudlah hadis Melayu yang bila saya tanya siapa perawi hadis ini, mereka terkedu. Bila saya tegur dan mengatakan saya sudah rujuk kepada kawan-kawan dan minta tolong mereka tengokkan kitab mengenai sesuatu hukum itu, orang yang saya tegur melenting kepanasan kerana tidak mahu dengar apa yang saya ingin katakan.

Eh eh peliklah.. e-mel yang entah mana-mana percaya pula, tapi bila saya argue saya sudah jadi musuh pula?

Monday, 4 September 2006

Entah apa yang dibuatnya

Pagi-pagi lagi GM sudah datang dan minta buat kerja. Saya angguk.

"Mana pergi boss?"
"Dia di Bangkok."
"No wonder when I called him, he didn't answer." Itu sahaja jawapan GM.

Orang lain mungkin muak dengan GM kami. Terlalu banyak kerenah, mahu report itu ini itu ini, sampai mata pun naik juling.

Saya buat sekadar yang mampu, siapkan kerja lain dahulu. Oh, banyaknya kerja yang menghambat, gara-gara cuti selama 4 hari di rumah. Selepas short briefing kepada rakan sekerja, baru boleh buat kerja GM.

Tapi kadang-kadang saya terlupa, GM saya manusia biasa. Dia bukanlah orang yang patut disalahkan sekiranya kerja kita belum selesai. Dia juga seorang pekerja. Dia melakukan apa yang dirasakan terbaik untuk syarikat.

Dia juga berkorban masa dengan keluarga yang ditinggalkan setiap minggu di Johor. Tadi dia datang dengan senyumannya, membuka laptop dan menunjukkan gambar anak-anaknya yang 7 orang. Dengan penuh kasih sayang seorang bapa. Melirik senyumnya bila menunjukkan kepada kami gambar anak-anaknya.

Selalu sangat saya lupa, dia juga seorang bapa.
Dan dia juga hamba Allah seperti kita - yang sentiasa melakukan kesalahan. Jadi adakah kita layak menghukumnya apabila kerja kita belum selesai?