Tuesday, 17 October 2006

I am feeling elated :D :D :D

:D :D :D :D :D :D :D :D :D :D

Monday, 16 October 2006

Selamat Hari Raya, okay?

Since I think I will be away from the office for a workshop cum briefing etc from Wednesday - Friday, this (I think) will be my last post before we are off for our balik kampung journey.

Last Saturday was nice, we had a gathering with my Pre-U housemates bunch. Unfortunately, Siti and Paie could not make it. The spread were delicious with mee bandung, nasi goreng kerabu, roti jala, and side dishes such as cheese cake and watermelon. Mak oi, makan berapa round, I tell you.. Even the husbands could not resist it, with their second helpings and above.

BTW, i t was nice having a meeting with the housemates. Lots of updates with each other. Ayu (at last) looked pregnant and Jie was 6-month heavy. Husna resigned from the co. and joined UiTM and Azie told us her story about being a janitor (much defined name for a cleaner.. ehem) at Scotland, and Siha got lost searching for the house - alhamdulillah, she managed to find us later.. hehehe. Anyway, we started recounting our Pre-U days, about ghost stories and the house etc, and it was nice having all of us together. Truly, this was the best bunch I've ever had, we were really, really, really close.

On Hari Raya, we are travelling to Kelantan, since my aunt (scream, scream, and don't ask why) is getting married on the 3rd day of Raya. My father will be joining our trip and we will be posting my mom and my siblings with a bus.. HAHAHA. Mom already called and asked me to take back the bunga pahar for my aunt and my sister's laptop. She queried whether there will be some space inside our car boot, and I said, YES (I think she will be plotting what other things she should pack for us to put in the boot).

The family baju raya, well, everything is in place. I managed to get new shirts and gowns for the kids. Our theme would be purple (exception for Amni: she will be dressed in green baju kurung since that was the piece my mom had chosen for her). Fawwaz will be wearing his last year baju Melayu, which he had outgrown. My MIL had to alter the baju Melayu, since he had grown a few inches taller. Dh will also be recycling the same baju Melayu, and I got to wear a piece picked by my twin and my sister.

So right now, I am still deciding what time we will be travelling back to Kelantan, whether it will be 9 p.m., 11 p.m. or 3 a.m.

Anyway, Selamat Hari Raya to all of you... maaf zahir dan batin

Generate Your Own Glitter Graphics @ GlitterYourWay.com - Image hosted by ImageShack.us
Generate Your Own Glitter Graphics @ GlitterYourWay.com - Image hosted by ImageShack.us
Generate Your Own Glitter Graphics @ GlitterYourWay.com - Image hosted by ImageShack.us

Friday, 13 October 2006

Padanlah...

Masa lepas iftar dengan AHM hari Sabtu lepas, tiba masa nak solat Isyak, suruh Fawwaz ikut abahnya sekali supaya tengok abahnya solat. Tapi bila balik dari solat, abah dia mengomel Fawwaz tengah sibuk main di tangga dengan geng terbarunya :P.


dengan caption dari Abu Amiir:
"ahli ahli majlis mesyuarat tangga" Penasihat kehormat ada berdiri kat belakang tu.

Siapa penasihat kehormat tu? Nanti balik rumah, jangan lupa angkat tangan :P

Tuesday, 10 October 2006

Bloated stomach

Fawwaz puked yesterday after a series of cough.
Dh got mad because he was tired.

The boy had been crying unnecessarily non stop these past few days. That explained his bloated stomach. Thank God for whoever invented Minyak Mestika.

Adoi, manjanya anak ibu.

I was wondering now, why do both kids always puked?

Monday, 9 October 2006

Kisah seorang ayah

Ayah budak kampung. Adik-beradik ramai, 10 orang. Kerja tok ayah pula hanyalah seorang petani. Ayah anak sulung lelaki dalam keluarganya.

Seingat yang ummi cerita, ayah tidak pernah suka belajar. Dia lebih suka mandi sungai, mengambil upah menggali tanah untuk menyemai benih pokok getah, menangkap ikan atau menangkap belalang. Jarang aku dengar cerita kesungguhannya dalam menelaah buku. Cerita ummi lagi, musim cuti sekolah, ayahlah orang yang paling seronok. Tidak perlu pergi ke sekolah.

Masuk zaman sekolah menengah, ayah gagal dalam LCE (taranya SRP/PMR) ketika bersekolah di kampung. Tok ayah hantar ayah bersekolah di bandar pula, tinggal di rumah nenek sebelah ummi aku.

Ayah pernah menulis dalam resumenya, itulah turning point dalam hidup dia. Dia tidak mahu gagal lagi dalam peperiksaan. Ayah kemudian ambil semula peperiksaan, walaupun sekadar lulus. Ayah kemudian dapat tawaran masuk ITM Shah Alam lepas habis sekolah menengah. Dia ambil akaun.

Aku tak pernah rapat dengan ayah masa kecil. Bagi aku, ayah sangat garang dan suka marah kami bila anak-anaknya tak makan sayur. Seingat aku, ayah masih lagi bekerja di Bank Negara sebagai kerani ketika itu. Kemudian ayah bertukar tempat kerja. Ketua ayah galakkan ayah ambil ijazah. Ayah menurut saja. Tapi aku pernah ingat ayah berkata, kalau bukan kerana galakan ketuanya (sekarang sudah arwah), ayah mungkin masih bekerja sebagai kerani.

Dalam 3-4 tahun kami tak dapat jumpa ayah pada hari biasa, sebab ayah akan balik bila kami sudah tidur. Aku selalu sedih bila tahu ayah buka puasa tepi jalan ketika berkejar ke kelas. Kemudian ayah sambung belajar lagi, untuk masters pula. Ketika itu aku sudah masuk sekolah menengah, jadi adik aku pula yang merasa kehilangan ayah kerana cita-citanya.

Minat aku terhadap akaun bermula sejak kecil. Kadang-kadang ayah bawa kami ke pejabat menemankan dia bekerja. Aku suka tengok nombor-nombor di atas kertas kerja ayah. Ayah sangat rajin dan menjadi orang kepercayaan ketua. Ayah buat kerja dengan amanah, mungkin ada orang akan kata ayah tukang ampu, tapi bagi aku tidak, ayah seorang yang proaktif dalam kerjanya.

Ayah naik pangkat perlahan-lahan. Sekarang ayah dah naik tinggi, sampai aku malu nak bercerita mengenai kerja ayah. Aku tidak mahu orang bayangkan ayah aku berkot dan bertali leher dengan kasut hitam yang bergilap. Ada orang pernah tanya, "Ayah Aida kerja keranikah?", aku menggeleng, tapi tak menjawab.

Aku sebenarnya bangga dengan ayah. Dia anak kampung yang pertama berjaya, tapi dia sangat rendah diri. Dia sangat amanah dalam tugas.

Bila aku makin besar, ayah cuba rapat dengan kami. Kami masuk sekolah berasrama semenjak di tingkatan 1, jadi masa bersama ayah semakin kurang. Ayah suka bergurau, dan ayah sangat senang memberikan duit sekiranya adik-beradik aku ingin membeli buku.

Ayah tidak pernah ucapkan sayang kepada kami, tapi gerak-geri ayah sudah cukup untuk membuktikannya. Ayah temankan kami semasa ke temuduga biasiswa sehingga giliran kami selesai. Ayah sangat gembira bila tahu artikel cetusan pendapat aku tersiar di Dewan Siswa (ayah minta setiausahanya fotostat artikel itu untuk ditunjukkan kepada ummi), dan ayah pakai jam tangan yang aku bagi bila aku menang hadiah pertama penulisan cerpen sempena Ramadhan.

Dia tidak pernah bercerita tentang kegembiraannya, tapi dia akan bercerita berhari-hari kepada kawannya yang anaknya berjaya dalam temuduga, atau dia akan membelek jam tangan yang diberikan.

Ayah orang yang terlebih gementar daripada suami semasa akad nikah aku. Suara ayah perlahan sehingga tok kadi minta ayah ulang semula akad.

Ayah jugalah orang paling gembira ketika aku melahirkan Amni. Ummi bercerita kepada aku betapa ayah menjaja berita dia mendapat cucu. Satu syarikat tahu betapa gembiranya dia dengan kelahiran anak aku.

Aku sebenarnya tidak banyak menggembirakan ayah ketika aku kecil. Aku rasa mungkin kerana aku seorang anak yang nakal :).

Untuk ayah, selamat harijadi yang ke 53

Friday, 6 October 2006

Resipi bihun sup

Saiz hidangan: 3-4 orang
Masa penyediaan: 1 jam

Bahan-bahan
1/2 peket Bihun sup

1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong biasa)
1 peket sup bunjut segera (boleh digantikan dengan rempah ratus biasa seperti bunga lawang, kayu manis etc.)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
Daun sup
Bawang goreng
Sayur-sayuran seperti kentang, lobak merah atau celery
Garam secukup rasa

Sambal kicap
20 biji cili padi (ditumbuk)
Kicap manis

Cara penyediaan:

Ayam
1. Rebus ayam yang sudah dipotong. Pastikan air menutupi ayam yang direbus.
2. Rebus sehingga air kering 1/2 daripada sukatan asal (agak-agak semua ayam sudah direbus).
3. Keluarkan ayam, kemudian disiat/kirai menggunakan tangan. Air rebusan ayam jangan dibuang.
4. Ketepikan ayam yang sudah disiat.

Sup ayam
5. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang merah yang sudah ditumbuk.
6. Setelah naik bau, masukkan rempah ratus.
7. Setelah rempah naik bau, masukkan air rebusan ayam tadi.
8. Masukkan sedikit garam.
9. Masukkan sayur-sayuran (saya masukkan lobak merah dan kentang terlebih dahulu, kemudian masukkan sayur yang lembut). Tambahkan air untuk sup, jika mahu.
10. Ketika sup menggelegak, masukkan ayam yang sudah disiat.
11. Biarkan seketika.
12. Setelah sup ayam siap, hidangkan dengan daun sup dan bawang goreng. (jangan lupa rendam bihun sup dalam air panas)

Sambal kicap
1. Cili padi yang telah ditumbuk ditambah dengan kicap manis (kalau nak kurang/tambah cili padi pun boleh).
2. Gaul dan rasikan.

Kan senang? Selamat mencuba!

Tuesday, 3 October 2006

Resipi apa pula ye hujung minggu ni?

Sabtu lepas, dah siapkan bihun sup yang sedap menjilat jari untuk berbuka, anak-anak menambah dan makan dengan roti.. Amni siap hirup sup ayam daripada mangkuk, dengan sound effect yang berbunyi 'slurppp, slurppp'. Fawwaz macam biasa, makan roti yang lebih, sup bagi kat kakak untuk dihabiskan. Ada kawan di pejabat menjual rempah untuk bihun sup, sedap jadinya.. Resipi bihun sup pula, bukannya susah, turun temurun dari keluarga.. alhamdulillah, tiap-tiap kali buat memang umphh!

Minggu sebelum, semasa menyambut Ramadhan, sempat jugalah memasak nasi ayam (yang still sempoi, dan masih lagi dikekalkan sebagai menu utama berbuka puasa di kampung). Kakak dengan Fawwaz makan salad dengan sangat banyak, sempat juga sediakan onde-onde gula Melaka (walaupun tiada warna hijau).

Minggu ini hendak buat mee kari pula kah? Aduh, jemu juga makan nasi campur hari-hari, nak tengok pun dah tak lalu.

Hari ini, lauk tunjuk dibeli di food court Maybank - ikan bakar dan begedel. Terserempak dengan beberapa orang Indonesia selamba menjamu selera depan mata. Eh, tak puasa ke? Kalau tak puasa, hormatlah dengan orang yang berpuasa. Bila berborak dengan teman sepejabat, bukan orang seberang saja makan depan mata orang lain, perempuan yang tidak boleh berpuasa pun sama! Aduh, tak malukah? Hormatlah sikit dengan orang yang sibuk membeli lauk untuk berbuka itu.. Punyalah ramai yang membeli, boleh buka port makan-makan di tengah bulan Ramadhan. Memanglah namanya food court akak, tapi janganlah menjamu selera depan mata kami! Yang dia agaknya tak takut kena cekup sebab ada alasan datang bulan.

Pelik betul. Kalau tak puasa, tolong jaga adab (makan) boleh tak? Malu kami yang berpuasa ini melihatnya!

Monday, 2 October 2006

Book review: Tuesdays With Morrie


I could never care more or less about biography or autobiography. It always read from one person's point of view. I have not realised this book is a biography till the end. I was crying when I read it, the book is really a personal biography of two people, instead of one.

Mitch Albom was a great writer, and Tuesdays With Morrie is about life's greatest lesson. He had a mentor, once. His mentor was Morrie Schwartz, his professor back when he was in the college. Morrie was dying, and after 16 years, Mitch met his professor on his death bed.

They started a lesson every Tuesday, it's about the meaning of life. The unique way it was presented was the fact the writer knew the person so well, that their life experience was entwined with each other. It teaches everything a person should know; about world, regrets, emotions, death, fear of aging, marriage and forgiveness. This was what Morrie called Mitch's final thesis with him.

Mitch was the person we all know so well, which reflects ourselves, of aiming to work harder, to have more money, a bigger house, a new car - these cravings are all materialistic in its' nature. Morrie was a great teacher who embraced life in his full potential. He could never care more about these things, but he cared about his relationships with people and God.

At the end, it was what Morrie cared that had more life value than what we, as a human, wants in our life.

I cried, I cheered, I feel triumphed over their achievements in life.

I was crying when Morrie died, and I was crying when Morrie told about his childhood and the death of his parents. On Mitch, I cried when he wrote about his cancer-stricken brother, but cheered when he tried to amend the bridge between him and his brother.

This is an excellent book, and true to its promise, it is about life's greatest lesson.