Monday, 29 October 2007

Kisah sedih di pagi Isnin

Pagi ini ada kisah sedih :(.

Saya kena buang 30 liners berisi susu 2 oz (jumlahnya 30*2 oz = 60 oz). Sebab saya tidak sedar pintu freezer tidak tertutup dengan rapat malam semalam.

Semalam sebenarnya, saya sibuk menyusun susu-susu Fahri di dalam freezer dan mengasingkannya mengikut bulan.

Dalam hati, dari minggu lepas lagi, saya asyik terfikir bagaimana hendak menyimpan EBM kerana peti ais sudah overstocked dengan susu perahan.

Fahri, selepas balik bercuti raya yang panjang, hanya minum 4- 10 oz di nurseri. Saya pula dapat hasil perahan 14 oz setiap hari. Sebelum raya, 16-20 oz habis licin dikerjakan. Dia sanggup tunggu saya balik dan buat reverse feeding. (Untuk Ayu a.k.a. Ummu Amin, terima kasih atas kata-kata nasihat ketika saya menyuarakan kerisauan tentang milk intake Fahri di nurseri, saya sebenarnya tiada rakan yang menyusu badan di pejabat untuk saya kongsikan masalah).

Pagi tadi, saya turun jam 6.45 pagi, ingin mengambil susu Fahri. Saya hampir menangis apabila tersedar pintu freezer tidak tertutup rapat dan saya terpaksa membawa keluar susu-susu yang sudah cair. Tengok gambar tu! Bukan sedikit 30 liners.. Hasil usaha berminggu-minggu saya memerah.

Nah, Allah dah makbulkan permintaan saya rupanya. Freezer sudah separuh kosong. Bolehlah saya hendak menyimpan ikan/daging selepas ini.

Dalam hati, walaupun terkilan, saya tidak terlupa banyak lagi EBM yang masih beku dalam freezer. Alhamdulillah, masih ada lagi rezeki Fahri.

Masuk yang ini, sudah 2 kali Allah uji saya.
Tidak mengapalah, untuk anak yang tersayang. Seperti saya tulis tadi, masih ada rezeki Fahri untuk minum susu ibu.

Ini kes tiada mainan yang sesuai untuk Fahri di kampung. Saya bagi dia 'makan' pinggan plastik kepunyaan nenek.

Fahri selepas bangun tidur di kampung. Tersenyum sebab puas minum :)

Wednesday, 24 October 2007

2nd person

Kakak kena chicken pox! :(

Sunday, 21 October 2007

How was my Raya?

Meriah! (on the first part)

Rabu, 10 Oktober/28 Ramadhan sudah balik kampung. Kena bertungkus lumus membantu mak mertua kemas rumah. Adik-beradik suami yang perempuan semua tak balik lagi. 3 hari puasa di Melaka, 3 hari jadi chef buka puasa. Kalau puasa 30 hari kat sana, mahunya bersilat kat dapur fikir menu untuk berbuka puasa hari-hari. 3 hari terakhir Ramadhan, dapatlah masak hari-hari. Mak mertua tukang supervise ajer, dia pun sibuk nak siapkan rumah sempena Syawal.

Balik kampung, terus bersilat kat dapur buat kueyteow bandung.
Khamis, buat nasi ayam, Jumaat, buat bihun sup.

Mujurlah orang kat kampung tu jenis makan tak kisah, jadi buat macam-macam eksperimen memasak pun, ramai juga jadi tukang mencuba masakan.

Tapi.. tapi.. tapi... (on the second part)...

Fawwaz terkena chicken pox @ cacar air pada 12 Oktober/30 Ramadhan (sehari sebelum raya). Jadi berayalah kami dengan seorang anak yang penuh badan dengan cacar air. Yang lagi 2 belum kena lagi.. fuh, minta dijauhkan. Fawwaz kena chicken pox pun, tersengih-sengih nak beraya sambil main bunga api. Tapi, kami berjalan ke rumah saudara, dia tinggal di kampung seorang. Atuk tolong belikan itik 2 ekor untuk menghiburkan hati. Sekarang ni, itik-itik ditinggalkan di kampung sebab tiada siapa nak jaga kalau dibawa ke mari..

Raya, chicken pox or not, memang meriah sebab adik-beradik suami semua ada. Riuh rumah mak mertua dengan jerit pekik cucu-cucu (mujur anak kakak ipar semua dah kena chicken pox).

Fahri pertama kali beraya pada umur 6 bulan. Amni dengan Fawwaz dah tak ingat kami sebab jumpa sepupu.

Ini sahajalah gambar kami sekeluarga dalam keadaan anak-anak tersenyum dan sempat disusun sebelum mereka melarikan diri bertempiaran dengan sepupu-sepupu.


Hari Rabu sudah balik KL. Tapi nak kemas rumah, huhuhu.. online connection memang tak jenguk langsunglah. Minta maaf kalau lambat dapat balasan e-mel. Err, terima kasihlah atas ucapan hari raya dari kawan-kawan online :).

Alkisahnya, si Fawwaz dah sembuh. Hari-hari kami sapu minyak gamat untuk hilangkan parut.

Tuesday, 9 October 2007

Mari kita beraya!

Baju raya
Sampin raya
Songkok raya
Kasut raya
Tudung raya
Butang baju raya

Bunga api belum beli lagi daaa

Tahun ni adik-beradik bertiga dapat persiapan dari hujung rambut sampai hujung kaki :)

Selamat Hari Raya semua
Maaf Zahir dan Batin

Daripada:
Firzanah Amni Muhammad Firdaus
Fawwaz Amin Muhammad Firdaus
Fahri Ahmad Muhammad Firdaus

P/s: Berkali-kali ibu bising sama abah anak nak tulis nama abah dalam borang peperiksaan panjang sangat :P

Monday, 8 October 2007

Fahri's milestone

Since he can sit on his own, he started to crawl (he skipped the melungsur ke depan part).

He is really attached to me. When he hears my voice, he wants me to hold him. When he saw me, he would get excited (abah pegang pun dah tak pandang :P)

He feeds little amount of EBM at the nursery. The caretaker said he only feeds when he is REALLY hungy. He would rather wait for me to get his daily milk intake.. :( (Tak lapar ke, sayang?)

Wednesday, 3 October 2007

Yayyyy!!!

Tuesday, 2 October 2007

6-month milestone

Tomorrow, I will achieve the 6-month milestone of breastfeeding for Fahri.

Yes, there are so many ups and downs in my breastfeeding journey. I could not say that Fahri had been exclusively breastfeed (2% formula), but I have upgraded from mixed feeding to the exclusive feeding.

It is quite an achievement for me, since my breastfeeding journey is not easy for my 2 elder child and I was quiet sceptical myself about my ability when I was pregnant with Fahri. And, come to think of it, since I am also a working mom, it was really hard to maintain the exclusive feeding relationship, but I managed to do it.. alhamdulillah.

I set my target slowly, and try to achieve exclusive breastfeeding in the first 7 weeks. Then slowly, I try to increase my target as the days goes by.

Fahri was formula fed in the afternoon when he was 3 months old due to the fact that his daily consumption increase from 12 oz to 20 oz. At that time, I started to pump at least 5 times per day and added another pumping schedule at 12 a.m. (yes, at midnight!). This night pumping was done till Fahri was 4 1/2 months.

Yes, it is worth it! I managed to exclusively breastfeed Fahri back when he was 3 1/2 months old. The key to increase milk supply is to add more pumping session :)

When Ramadhan came, I slowly decrease my pumping schedule, from 4 times to 3 times during the day. Alhamdulillah, I still managed to fast (I haven't had my menses yet). The freezer had been overstocked already, and I am so grateful with the nursery people since they are quiet pro when it comes to handling the EBM.

As of yesterday, I have already pumped, stored and used more than 800+ EBM.

Since he started on solid food last Saturday, I tend to be more relaxed in my pumping schedule.

I am actually SO glad that I achieved the 6-month milestone by tomorrow.

Monday, 1 October 2007

PMR starts today

Good luck Fiqah.. buat elok-elok yer ;)