Thursday, 27 December 2007

I *heart* the new template

Yes, I am still a child at heart.
And I love cute cupcakes :)

The kitchen cabinets

Untuk jamu mata... Kitchen cabinet saya pakai 100% solid wood material.


kitchen cabinet 1

Ini kitchen cabinet bentuk C-shaped. Quotation RM 2500 (built in oven not included *kena letak disclaimer, nanti orang ingat Alwi datang pasang dengan built in oven.. hehe*). Handle berbeza sebab nak yang canggih, saya beli di IKEA. Minta Alwi pasangkan melintang, daripada stail menegak yang biasa.


kitchen cabinet 2

Saya buat kitchen cabinet terus sampai ke atas.
Sebab:
1. Nak fully utilise space.
2. Malas nak bersihkan habuk yang bakal beranak pinak kalau tak buat kabinet sampai atas.


kitchen cabinet 3

Rak pinggan (tapi Alwi belum habis pasang). Quotation RM 750. Dalam kabinet ada segala macam ubat-ubatan. Sebelah kiri, letak barang-barang untuk membasuh. Mesin basuh terletak betul-betul bawah rak ini.


kitchen cabinet 4

Kitchen cabinet 7 pintu bentuk L-shaped. Quotation RM 1050.
Disclaimer: Harga tidak termasuk hob, sinki dan tiles.

Total spent for kitchen cabinets:
C-shaped kitchen cabinets RM 2500
L-shaped kitchen cabinet RM 1050
Rak pinggan RM 750

TOTAL RM 4300 (murah kan?)

Antara yang lain saya minta Alwi buatkan:
Built in wardrobe untuk 3 bilik
Meja belajar untuk 2 bilik (memang sangat cantik, saya pun tak sangka)
Rak buku
Kayu tangga

Stail kerja Alwi macam orang Cina, sebab dia dulu memang bekerja bawah orang Cina.

Monday, 24 December 2007

21.12.2007

5 years of marriage eh?
The good, the bad, the best!

Hmm, let me remember:
21.12.2002 - We got married
21.12.2003 - We got Amni
21.12.2004 - We got Fawwaz
21.12.2005 - Thinking to add another family member
21.12. 2006 - We went for Hajj
21.12.2007 - We got Fahri and a new house

Isn't it nice to have a family? Yes, I am not a melodramatic person, so please do not expect me to go down the memory lane. The summary should be enough for me for the time being.

19.12. 2007
We moved! Goodbye No. 34, you have served as well for the past 4 years. Yes, the long silence was because of moving, packing and unpacking the things cum spring cleaning the new house.

Anyway Kak Nita, thanks for the awesome Laksa Sarawak and the touchy touchy SMS I received from you before Aidiladha celebration. It was nice to catch up with the happenings :)

Monday, 17 December 2007

Ulasan buku: Ketika Cinta Bertasbih 2

Saya sebenarnya ternanti-nanti sambungan Ketika Cinta Bertasbih 1. Rasa terseksa jiwa apabila buku pertama tergantung tanpa menyudahi kisah Khairul Azzam, si penjual tempe dan bakso yang menghabiskan 9 tahun di Cairo untuk menyudahkan S1-nya.

Apabila seorang adik memberitahu bahawa buku Ketika Cinta Bertasbih 2 sudah keluar di pasaran Indonesia, saya jadi sangat teruja! Ketika itu, harapan tinggal harapan untuk mendapatkan senaskah buku KCB2 apabila saya mendapat tahu, hari pertama KCB2 diterbitkan di sana, sudah sold out.

Apalah lagi yang diharapkan? Disebabkan masyarakat Islam Indonesia di sana sangat besar, dan Habiburrahman El-Shirazy menyajikan kami dengan sebuah kisah Islamik yang penuh penghayatan. Saya tidak terkejut dengan sambutan sebegitu. Malahan, penulis fenomenal Ayat-ayat Cinta ini telah menandingi jualan Harry Potter di Indonesia (AAC diulang cetak sebanyak 24 kali!).

Saban hari menelefon sebuah toko buku yang mengimport buku-buku dari Indonesia untuk mengetahui status stok KCB2. Itu pun selepas seorang rakan memberitahu, KCB2 sudah masuk pasaran Malaysia. Saya kira, tidak ramai yang teruja seperti saya untuk mendapatkan buku tersebut. Habiburrahman tidak semasyhur JK Rowling atau JRR Tolkein yang didambakan oleh ramai peminat.

Menanti buku KCB2 seperti menunggu bulan jatuh ke riba gamaknya. Akhirnya, Selasa lepas saya pergi juga ke toko buku itu selepas tuan toko buku mengesahkan stok KCB2 sudah tiba. Sampai di sana, saya terpaksa berebut dengan 2 orang Muslimat Indonesia untuk mendapatkan 2 naskah buku KCB2. Muslimat itu mungkin agak terkejut dengan saya, apabila terus sampai di toko, saya terus menanyakan tentang buku itu di kaunter tanpa dolak-dalik lagi. Harus saya berbuat begitu kerana buku KCB2 hanya ada beberapa naskah di kaunter.

Sampai sahaja di pejabat, saya terus membaca. Begitulah terujanya saya dengan novel KCB2.

Harus diingatkan KCB2, settingnya bukan di Cairo seperti buku KCB1, tetapi di Indonesia. Jadi, haruslah kita lupakan kisah Fadhil dan cintanya yang tidak kesampaian. Atau kisah Hafez yang ingin menyunting adik Fadhil, Cut Mala.

Buku ini sebenarnya dilihat melalui kacamata mereka yang sudah kembali ke Indonesia seperti Khairul Azzam, Anna Althafunnisa dan Furqan.

Ternyata, penulis pandai menyambung rentak yang tidak berkesudahan di KCB1. Azzam hanya muncul dalam KCB2 bermula dari Bab 7. Bab-bab awal, dilihat melalui kacamata Ayatul Husna, adik Azzam dan Anna Althafunnisa. Pembaca akan mengetahui kerinduan yang dialami oleh keluarga Azzam yang menanti abang mereka kembali ke Indonesia selepas 9 tahun si abang berlelah dengan susah payah di Cairo untuk menyekolahkan adik-adiknya. Dan seperti ditulis sebelum ini, ramai menyangka Azzam hanyalah mahasiswa yang hanya menjual tempe atau bakso dan tidak lulus-lulus S1-nya.

Ada beberapa kejadian yang tidak dijangka berlaku. Penulis merungkaikan sebab kematian bapa Azzam. Ayatul Husna, adik Azzam diberikan ruang dalam kisah ini untuk berkembang. Azzam, seperti yang dijangka, dengan semangat keusahawanannya, akan terus berusaha sendiri untuk maju dan tidak mengharapkan kerja di syarikat-syarikat besar. Sebuah kisah teladan, si kambing dan si singa menyebabkan saya rasa tertampar kerana saya merupakan si kambing, bukan si singa yang bangga dengan jati diri dan mengenal potensi diri sendiri.

Ini bukan sekadar kisah cinta, malahan lebih dari itu. Pandai penulis menulis dengan susur galur supaya kita mengenal dan belajar Islam. Didampingi perdebatan Azzam dengan adik-adiknya, atau pengisian kitab Al-Hikam yang dijelaskan oleh Azzam di masjid.

Akhirnya, ini mungkin satu spoiler: Hati saya terasa sangat berbunga-bunga apabila mengetahui Anna bernikah dengan Azzam.

Tapi, jangan dijangka perjalanan untuk menuju ke happy ending ini sangat mudah.
KCB2 ternyata lebih hebat daripada KCB1!

*
Oh ya, bagi mereka yang ingin mengetahui kisah di sebalik filem 'Ayat-Ayat Cinta', bolehlah ke catatan si pengarah: Kisah di Balik Ayat-ayat Cinta

Thursday, 13 December 2007

My 27th birthday: 11 December

How was my birthday? No, we didn't celebrate it. It's normal in our household just to celebrate our kids' birthday. With Amni & Fawwaz not around, it does seemed much quieter than usual.

The SMS from my dad and mom came. My dad cheekily asked whether we will have a celebration and I said none. Anyway, thanks to both my parents for helping us a lot with our new house.

Hubby bought me a gift. I was actually surprised eventhough I already told him "Aini beli mixer." Maybe he tought Aini bought it for herself, and I conveniently (?) forgot to mention Aini bought it for me. Now I got 2! And after some bartering done with Aini, I settled with 2 books (Ketika Cinta Bertasbih & Dalam Mihrab Cinta).

Thanks to my hubby for my gifts: my Kenwood mixer, the plush toy and the card.

Oh yes, the scrapbook above summarise the gifts from my hubby. It did consume a lot of my time (tak boleh buat selalu, nanti kena marah dengan boss :P).

I was surprised to find a card inside my bag yesterday. The words were so touching.

Thanks for the love, the kids, the support, accepting me and everything.

So today, the kitchen cabinet people will be coming to our new house and install my built in oven. I will start my baking project by next month. I was brimming with ideas, and actually give the excuse of not having an oven and a mixer to make biscuits and cakes. Now, I have both, I cannot dilly dally anymore.

Anyway, I still have this boy for my next excuse of not cooking or baking... Ngeee :D

Tuesday, 11 December 2007

Anak-anakku

Semalam, masa hendak balik ke KL, dua-dua cakap nak duduk kampung. Sebab ada pakcik dan makcik yang nak melayan.

Ibu: Kalau nek ummi tanya kakak mana?
Amni: Cakap je Amni tak ada..

Semasa di telefon,
Fawwaz: Ibu, jangan lupa balik kampung ambil Fawwaz tau tau tau
(Siap sebut 'tau' 3 kali untuk emphasise kepentingan ayat di atas).

Abah dia cakap Fahri dah macam panda, nak bergayut dengan ibu je. Lagi naik lemak bila abang dengan kakak tiada.

On another note, happy 27th birthday Aini. And happy anniversary. Dah dapat bunga, jangan lupa tunjuk kat saya!

Saturday, 8 December 2007

Rutin seharian ibu di tempat bekerja

Inilah rutin harianku di tempat kerja. Curi masa sikit untuk anak tersayang. Alhamdulillah..
Alkisahnya...






1. Hasil sesi pengepaman pertama pada 10.30 a.m. Sesi pertama biasanya 4-8 oz.
Kiri: Medela Swingku yang sangat berjasa.
Beli pam dengan duit sendiri (sangat berbaloi).











2. Hasil sesi pengepaman kedua pada jam 3.30 petang. Sesi kedua biasanya dapat 5- 7 oz.











3. Susu sebelum dipek masuk ke dalam beg. Hasil tenusu nampaknya agak memberangsangkan :). Sudah lama tidak mengepam lebih 5 kali sehari. Susu Fahri banyak sangat dalam peti sejuk beku. Next production, mungkin kena beli freezer satu.









4. Susu dimasukkan ke dalam liners. Bersedia untuk disejukbekukan.
Kanan: Botol susu Fahri berisi susu ibu (daripada nurseri), dibuang begitu sahaja. Fahri 100% direct feeding di rumah.







5. Kisahnya, peralatan mengepam (barang paling berharga buat masa ini). Memang sangat-sangat berjasa. Sudah balik modal pun Medela Swingku. Harganya RM 768, selepas diskaun RM 652.80. Alah membeli, menang memakai (mungkin akan ada orang berkata saya membazir)! Jimat duit belanja susu.. heheh.










6. Pelakon pembantu. Sibuk di dapur kalau ibu mengemas susu Fahri.

Friday, 7 December 2007

Ayat-Ayat Cinta: The Movie

I love this part (I think this is where Fahri is getting married with Aisha).
I can't wait for the movie.

Thursday, 6 December 2007

Ketika Cinta Bertasbih 2

Dengar khabar kawan, hari pertama diterbitkan di Indonesia, sudah sold out.
Kalau mahu, kena book in advance.

Tapi, yang panasnya..

Ada kawan sudah telefon Penerbitan Fajar Ilmu, KCB2 sudah ada di bumi Malaysia!!!

Adakah Anda Mampu Tinggal Di Rumah?

by Sharon Davis

Beberapa tahun dahulu, selepas kelahiran anak kedua kami, saya dan suami memikirkan sama ada boleh atau tidak saya tinggal di rumah.

Pada mulanya kami sangka kami tidak mungkin dapat melakukannya memandangkan pendapatan kami berdua hanya sekadar cukup untuk perbelanjaan sekeluarga. Tetapi apabila kami membuat pengiraan dengan lebih terperinci dan mengambil kira pendapatan yang kurang tanpa gaji saya, kami agak terkejut dengan apa yang kami dapati.

Kami dapati bahawa kos sebenarnya lebih tinggi jika kami berdua bekerja. Walaupun ini mungkin tidak berlaku kepada semua orang, anda mungkin dapati bahawa pendapatan kedua sebenarnya hanya menyumbang sedikit sahaja kepada pendapatan keluarga. Menurut Jan MacGregor, seorang penasihat kewangan dan bekas juruanalisa, "Ramai orang yang menyangka keadaan kewangan mereka akan lebih baik (selepas mereka kembali bekerja) dan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya lebih rugi atau hanya menyumbang tidak lebih daripada $4,000 setahun (selepas perbelanjaan)."

Ini mungkin kelihatan sukar dipercayai, tetapi itulah hakikatnya jika anda mengambil kira perbelanjaan "tersembunyi" yang berlaku apabila dua orang bekerja. Perbelanjaan yang jelas termasuklah penjagaan anak dan kos perjalanan. Beberapa perbelanjaan tersembunyi pula termasuk perbelanjaan untuk makanan seperti makan tengahari, kos makan di luar dan makanan segera untuk hidangan makan malam, serta perbelanjaan untuk pakaian seperti kos cucian kering dan membeli pakaian pejabat.Kos perubatan anak-anak juga meningkat kerana mereka terdedah kepada penyakit semasa berada di pusat penjagaan kanak-kanak.

Sesetengah keluarga pula terpaksa menggaji pembantu rumah atau tukang kebun untuk membuat kerja-kerja di rumah kerana mereka tidak ada masa melakukannya. Faktor yang paling penting ialah pendapatan yang dikenakan cukai. Pendapatan kedua boleh mengakibatkan jumlah pendapatan yang dikenakan cukai menjadi lebih tinggi. Walaupun tidak kesemua pendapatan kedua itu digunakan untuk membayar cukai, tetapi apabila anda masukkan perbelanjaan-perbelanjaan lain, anda mungkin dapati bahawa tidak berbaloi bagi kedua-dua ibu bapa bekerja.

Wednesday, 5 December 2007

Fawwaz & Amni & the book

I know this event had passed, but I can't resist to post the pics with Fawwaz's cheeky smile and Amni keep saying "Kita pun nak tiup-tiup gak. Fawwaz je ada tiup-tiup."

Sorry dear, with Fahri in chicken pox mood, your birthday celebration had been delayed. Nek Ummi had been kind enough to order Sate Kajang Haji Samuri for your delayed birthday celebration (in spite of the fact, you don't have a cake for your birthday).

Both of you have grown up! I can't believe how times flies. Still, people keep getting shocked when I said Amni is going to enter the kindergarten next year :P

Fawwaz is smiling for the camera! (Auni suka interframe gambar Fawwaz)

Kak Amni can't wait to eat it. Auni also :P

Ahh.. lastly, my new book. Thanks to Mix.FM. I haven't started yet, but I am so excited since Kathy Reichs is the one who inspired Temperance Brennan in Bones. I will give a review later.