Friday, 29 February 2008

Sediakan kubu pertahanan

Dalam banyak-banyak nasihat yang ayah saya bagi, dia selalu sebut tentang menyimpan.

Kami masa kecil pun ada tabung, kalau ada duit lebih belanja dari sekolah, kami akan masukkan dalam tabung. Saya hari-hari tidak bawa duit belanja, lebih sanggup bawa bekal dari rumah (saya sediakan sendiri bekal) dan menyimpan 50 sen dalam tabung.

Keluarga saya, ummi dan ayah merupakan pakar kewangan. Bukan dari segi teori, atau operasi pejabat sahaja, malahan meliputi bab-bab pelaburan. Portfolio mereka sangat pelbagai - saham, amanah saham, akaun simpanan, Tabung Haji, hartanah, dinar emas dan ada sedikit matawang. Ini yang saya tahu, mungkin ada lagi yang lain saya tidak tahu.

Tetapi, sebelum mereka melakukan pelaburan, mereka mempunyai satu konsep. Menabunglah dahulu sebelum melabur. Ummi dan ayah kami, jika perlu membeli barang, pastikan duit yang ada cukup. Tidak mahu berhutang (debt free) langsung. Jika perlu, kad kredit ada hanya sebagai justifikasi untuk tidak membawa wang yang banyak. Kalau merancang pelancongan ke luar negara, jarang sekali melihat mereka menggunakan kad kredit. Lebih mudah menggunakan tunai dalam tangan. Rumah ummi ayah kami, dibeli dengan cara tunai. Tiada langsung pinjaman di bank.

Sediakan kubu pertahanan - itu yang saya belajar dari buku Azizi Ali.
Entah berapa kali ayah saya sudah menyebut nasihat ini, sebelum bertindak menyerang (melakukan pelaburan), perlulah ada pertahanan (simpanan).

Menurut tulisan Pakdi, konsep inilah yang perlu diamalkan sebelum memulakan pelaburan.

Pendapatan - Simpanan = Belanja

dan bukan

Pendapatan - Belanja = Simpanan

P/s: Tapi saya tidak setuju dengan artikelnya, melabur di ASN/ASB. Kalau nak melabur, carilah berkat walaupun sedikit. Ayah, salah seorang perangka polisi ASN/ASB sebelum ASN/ASB ditawarkan, awal-awal lagi sudah menyatakan ianya haram selepas banyak berguru dengan mereka yang bijak pandai tentang kewangan Islam.

Keluarga kami amalkan potongan gaji tetap. Jadi, jangan terkejut kalau saya katakan saya menyimpan lebih RM 1000. Bila saya dapat slip gaji, duit saya yang berbaki selepas potongan gaji tetap itulah yang saya gunakan untuk belanja rumah.

Oh, saya memang perlu kepada potongan gaji tetap. Bahaya jika tidak berbuat demikian, kerana saya cepat juga rasa 'gatal tangan' kalau nampak duit banyak dalam akaun. Hehehe...

Mungkin Aini boleh tambah tips kewangan lain, sebab dia lebih hebat menyimpan daripada saya.

Tuesday, 26 February 2008

Financing for the kids' education

Yesterday, I had a talk with one of my staff.

I was actually impressed with her for such a long time in her financial planning for her children's education. I got to know that she financed her childrens' tertiary education without the help of any loans (PTPTN, scholarships etc.)

Her children's result during SPM are not that rosy, thus it was not easy for them to enter university. 2 of her childrens are currently pursuing tertiary education (my staff had 3 offsprings). Thus, her children had to enter politeknik to do sijil and diploma level before entering university. Her firstborn was admitted to a university (Universiti Industri Selangor) at the age of 21 (that is quiet late, assuming most Malaysians got to enter university at the age of 18).

I asked her secret in providing the funds for her children's education. Mind you, when she and her husband started saving, there is none whatsoever that we called Takaful Pendidikan or some education fund offered from the bank. Oh, before I continue, her husband also worked at TM (he started as a technician and worked his way up as executive).

She said, her husband opened an account when her first child was in primary school. The account was in her husband's name (since she said that her husband had more willpower and discipline to save money than her). It has no ATM card whatsoever for easier access to the account.

Her husband disciplined her and himself, that everytime they got extra money (through bonus, dividends, cheques), they have to save inside this account. Even when her husband made a claim and it was paid through cheque, her husband would deposit the money inside the account. Big or small the contribution, it does not matter. The key word here is discipline.

They got a cheque for RM 52,000 when her MIL passed away. Thus, the money also goes inside the bank account. She told me, she even asked her husband to give her RM 10,000 for her to buy golds, but her husband decline her wish. Remembering it, she admitted she was glad when her husband rejected her wish at that time.

Thus, when their firstborn entered college, their savings had ballooned nearly RM 100,000. Even if there is no money from MIL, they actually saved more than RM 40,000!

That money was used nowadays to fund their children's education!

I am writing this because I had been thinking of the future cost of educations for my kids. We had contributed some sums for Takaful Pendidikan (RM 100/child) and monthly auto debit for the kids' TH account (RM 100/child), but I still think it is not enough to cover the education's cost later in life.

I ought to have a further discussion with hubby regarding this. It truly helps my staff and her husband to fund their children's education (and with no debts whatsoever).

I am SO impressed!

Monday, 25 February 2008

Fawwaz is diaper free!

You know what?

I do not know it was so easy for Fawwaz to be diaper free.
Tak ade accident okay?

Alhamdulillah, poket ibu dah tak koyak untuk membeli diapers.

Sudah jimat duit susu - Amni & Fawwaz dah lama tak minum susu. Fahri minum susu ibu.
Sudah jimat duit lampin pakai buang - satu pek sudah RM30+! Kami baru aje cuba-cuba jenama Tesco dan Giant, jimatlah banyak juga. RM 24/pek.

Thursday, 21 February 2008

Breastpump reviews

Since Kak Tie asked me about Medela breastpumps a few weeks ago, maybe I should share my review here. These are the breastpumps that I have used.

Medela Harmony



This is a manual breastpump with 2 phase expression. I borrowed this from my SIL. Very useful during my confinement to initiate milk. The 2 phase expression really helps. Ideal for first time mothers. Another advantage is, you do not need electric or battery to operate it.

However, I found that the O-ring easily broke if it drops.
I also found it quite tiring (due to it being a manual).


Medela Mini-E



My first ever breastpump that I shared with Aini. I first tested it when I gave birth to Amni in 2003. Really excellent to release engorgement. For first time users, maybe you will find it a little bit painful to use. That should be OK after you familiarise with it. It can be operated using 2 AA batteries (I used rechargeables one) or electric.

I found this really easy to use even though it sound like a grass cutting machine (it was THAT loud).

Has been in the life span of 3 years when it suddenly broke down. Actually, this breastpump has a lifecycle of 60 hours (but I used it like 5-6 times per day). Borrowed it to kak Tini for a year when she got Zahra.

The parts are not much to assemble. Love it! Quite useful to use in the car. (Yes, I pumped in the car, people!)


Medela Swing



Heaven sent! It was a combination of Mini-E and Harmony. Quite pricey but I love the letdown button (when your milk suddenly leaks). Am expert nowadays with it. Usually got more than 2 letdowns with this pump. It increases my production and maintains it (ideal for full time working moms). It is shaped like a burger and light.

Disadvantage, it's a single pump. Use 4 AA batteries or electric.
My only complaint is the tubing! I didn't know how to clean it.

Yes, I am a brand loyal customer :P (Medela should pick me as their spoke person)

Monday, 18 February 2008

Panduan Memilih Pemimpin

Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali

Menurut ajaran Islam, perlantikan ketua negara adalah amat penting kerana ia merupakan tempat untuk mengganti Rasulllah s.a.w bagi melindungi agama dan mentadbir hal-hal keduniaan. Pemerintahan ketua negara meliputi aspek-aspek keagamaan dan keduniaan. Islam tidak memisahkan aspek-aspek tersebut. Menurut al-Mawardi, melantik ketua negara merupakan wajib secara ijma’. Cuma perbezaan sama ada wajib secara syarak atau akal.

Pandangan yang pertama menyatakan wajib secara akal kerana orang yang berakal pastinya memilih dan mematuhi pemerintahan yang boleh menghindarkan mereka dari kezaliman dan menyelesaikan perbalahan dan perkelahian. Jika tidak ada pemimpin, nescaya akan kucar-kacir.

Pandangan yang kedua menyatakan wajib secara syarak kerana pemimpin atau ketua negara adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan-urusan syarak yang mungkin pada pandangan akal tidak memikir soal-soal ibadat lalu akal tidak mewajibkannya. Ini ialah akal fikiran hanya mewajibkan seorang yang berakal untuk melindungi dirinya dari kezaliman tetapi sebaliknya syarak menyerahkan segala urusannya kepada penguasanya dalam agama.

Menurut Abu Ya’la al-Fara bahawa perlantikan Imam merupakan wajib secara syarak dan bukan secara akal kerana akal tidak mengetahui perkara-perkara fardu, harus, halal mahu pun haram. Beliau berdalilkan peristiwa di Saqifah Bani Sa’adah. Berkata Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, berkata al-Nawawi: “Telah bersepakat bahawa wajib melantik ketua negara, dan perlantikan ini wajib secara syarak dan bukan secara akal.” Manakala Muztazilah menyatakan perlantikan ketua negara secara akal.

Perlantikan ketua negara ini juga merupakan kewajipan yang merangkumi kewajipan secara syarak dan juga kewajipan secara akal. Kerana tidak ada tegahan untuk melantik ketua negara yang pada pandangan akal adalah untuk memelihara rakyat dan syarak menguatkan pandangan akal ini. Oleh itu, akal dan syarak telah mewajibkan perlantikan ketua negara.

Menurut Ibn Hazim al-Andalusi dalam al-Fasl fi Milal wa al-Nihal:-

“Bersepakat ahli sunnah, Marji’ah, Syiah, Khawarij atas kewajipan melantik ketua negara. bahawa umat wajib melantik Imam yang adil yang dapat mendirikan hukum-hukum Allah dan mentadbir urusan mereka dengan shariat yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w”.

Berkata Ahmad bin Abdul Mu’iem al-Damanhuri (w.1192) dalam buku al-Naf’u al-Aziz fi Islah al-Sultan wa al-Wazir: “Ketahuilah bahawa penguasa atas urusan manusia adalah fardhu kifayah yang merupakan sangat penting dalam kewajipan agama dan dalam urusan kaum muslimin, malah tidak akan tertegak agama dan dunia tanpanya.”

al-Mawardi menyebutkan bahawa ketua negara merupakan tempat pengganti Rasulullah s.a.w. dalam menjaga agama dan mentadbir urusan keduniaan dan membuat akad setia dengan mereka yang memegang tampuk pemerintahan merupakan wajib secara ijma’.Dari takrif ini bahawa ketua negara adalah pengganti Rasul iaitu pertama, menjaga kemuliaan agama dan kedua mentadbir keduniaan berdasarkan Shariat Ilahi. Menurut al-Mawardi, ketua negara merupakan amanah, tanggungjawab dan tugas yang semestinya pemerintah melakukan dengan sebaik mungkin.

Syarat-Syarat Menjadi Ketua Negara

Ketua negara merupakan amanah yang paling penting yang harus dipiku tanggungjawabnya. Ia bukan untuk sebarang orang untuk memegang jawatan tersebut. al-Farabi menggariskan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh ketua negara. Beliau menekankan konsep “Insan Kamil” bagi ketua negara bagi mencapai manusia sempurna hendaklah memiliki dua belas sifat seperti yang diterangkan di bawah tajuk al-Qawl fi Qisal Ra’is al-Madinah al-Fadilah. Dua belas sifat itu ialah:

1. Hendaklah sempurna anggota tubuh badan dan bertenaga atau berkemampuan supaya dengan itu ia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

2. Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang ia lafaz atau ucapkan serta tahu apa yang harus dibuat.

3. Baik hafalan (ingatan) sesuatu yang ia telah faham, lihat, dengar atau dapat (idrak). Ia juga bukanlah seorang yang pelupa.

4. Bijaksana dan cerdik apabila mendengar sesuatu walaupun dengan reaksi sahaja, ia telah faham.

5. Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu ibarat.

6. Ia sangat suka atau minat terhadap ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu tidak merasa atau kenal penat dalam menimba ilmu pengetahuan.

7. Ia hendaklah tidak bersikap buruk iaitu berlebih-lebihan dalam hal makan minum dan juga hubungan kelamin. Menjauhkan diri dari permainan yang hanya untuk bersuka-suka.

8. Memiliki sifat cintakan kebenaran dan orang-orang yang bersifat dengan kebenaran itu. Bencikan pembohongan serta orang-orang yang bersifat demikian.

9. Ia memiliki jiwa besar atau berhemah tinggi hingga mengatasi perkara-perkara yang rendah atau remeh-temeh.

10. Tidak berminat tentang pemgumpulan wang ringgit (dirham wa dinar) dan kekayaan dunia yang lain.

11. Ia bersikap pro keadilan dan anti kezaliman dan penindasan. Tidak mudah dipengaruhi oleh perkara oleh perkara-perkara buruk sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.

12. Ia hendaklah mempunyai keazaman yang kuat dan berani terhadap sesuatu hal yang dirasakan perlu ia lakukan dan tidak lemah semangat atau jiwa.

Islam telah menggariskan syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang yang ingin menjadi ketua negara. Antara syarat yang telah ditetapkan oleh para ulamak ialah:

1. Islam

Adalah wajib ketua negara seorang yang muslim. Ketua negara merupakan penjaga dan pelaksana shariat Islam sudah tentu memerlukan seorang yang beriman kepada Allah dan percaya bahawa ketentuan hukum adalah hak mutlak Allah.

2. Baligh

Islam tidak mewajib kanak-kanak yang belum mencapai tahap baligh menjadi pemerintah. Ini kerana ketua negara memerlukan kepada kematangan pemikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

3. Akal

Islam mensyaratkan akal kerana ketua negara memerlukan ketajaman fikiran dalam bertindak. Orang yang gila ia tidak dapat berfungsi sebagai pemimpin malah segala kewajipan ke atasnya terangkat. Malah Islam menggalakkan bahawa ketua negara seorang yang mempunyai kecergasan otak, kebijaksanaan dalam mengatur strategi dan menyusun rancangan untuk kepentingan umat.

4. Merdeka

Golongan hamba tidak dibenarkan menjadi ketua negara kerana golongan hamba ini mempunyai tugas dan hak yang mesti dilakukan terhadap tuannya dan tidak mempunyai kebebasan terhadap dirinya sendiri. Ketua negara memerlukan seorang yang mempunyai sepenuh masa terhadap tugas pemerintahan dan tidak terikat dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan pentadbiran seperti golongan hamba.

5. Lelaki

Bersepakat para ulamak bahawa tidak harus orang perempuan menjadi ketua negara berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan tidak akan mendapat kejayaan sesuatu kaum yang pada urusan mereka terletak pada perempuan.”29 Walaupun begitu, larangan tersebut dalam memegang jawatan khalifah. Al-Qaradawi mengharuskan wanita dilantik menjadi ahli parlimen atau ahli perwakilan dengan syarat menjaga adab-adab sebagai wanita muslimah.

6. Adil

Perlu diingatkan di sini bahawa maksud adil di sini bukan sehingga menganggap bahawa ketua negara itu sebagai “maksum” iaitu tidak melakukan dosa dalam perbuatan-perbuatan atau tingkah lakunya. Sifat maksum ini hanya terdapat pada rasul-rasul sahaja dan tidak terdapat pada golongan lain. Pendapat golongan syiah yang mengatakan bahawa Imamah mestilah seorang yang maksum adalah penyataan yang batil. Sebagai seorang muslim kadangkalanya mungkin berlaku kesilapan maka hendaklah kembali bertaubat kepada Allah. Maksud adil di sini adalah hendaklah kita memilih pemerintah yang sentiasa beriltizam dengan shariat Islam, melakukan amanah dan tidak melakukan kezaliman dalam pemerintahannya. Adil juga membawa erti seorang yang bertaqwa, warak, bercakap benar, menjauhi perkara haram, sentiasa redha dengan tuhan dan menjaga maruah dalam setiap urusan kehidupan. Ia juga bererti mendirikan segala tanggungjawab fardhu dan melaksanakan hukuman dengan adil.

7. Kemampuan Melaksanakan Tugas

Seorang ketua negara hendaklah seorang yang mempunyai kemampuan dalam melaksanakan tugas mentadbir, berani, dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan mudah, memikir mengenai kepentingan rakyat dan masa depan negara, jauh dari sifat-sifat lupa dan lalai.

8. Berilmu

Para ulamak bersepakat ketua negara mestilah seorang yang berilmu tetapi mereka berselisih mengenai tahap ilmu tersebut. Ada pendapat yang menyatakan bahawa ia mesti mencapai tahap mujtahid dan tidak harus melantik ketua negara yang tidak mencapai tahap mujtahid seperti pendapat Abu Hasan al-Mawardi, Abu Ya'la al-Fara’ al-Hanbali, Ibn Khaldun, Abu Mansur Abdul Qader al-Baghdadi, al-‘Iji dan al-Kardastani dalam bukunya Taqrib al-Maram fi syarah Tahzib al-Kalam.

Mereka berhujahkan bahawa ketua negara merupakan tempat rujukan umat apabila berlakunya perselisihan, maka sudah tentunya ia memerlukan seorang yang pakar dalam bidang perundangan dan hukum-hakam yang mencapai tahap mujtahid.

Golongan kedua pula menyatakan tidak perlu mencapai tahap mujtahid, cukup memadai berilmu kerana sekiranya untuk mencapai tahap mujtahid maka tidak ada yang mencukupi syarat-syaratnya disebabkan peredaran zaman dan kelemahan umat Islam kini. Para fuqaha kini mengharuskan melantik ketua negara walaupun tidak mencapai tahap mujtahid asalkan ia dapat melaksanakan hak-hak shariat dengan berpandukan tunjuk ajar dan nasihat dari orang yang lebih arif dalam sesuatu perkara. Berkata Sharastani: “Dan berterusan jamaah dari ahli sunnah kepada perkara ini sehingga mereka mengharuskan bahawa ketua negara bukan seorang mujtahid dan tidak pakar dalam soal ijtihad tetapi hendaklah bersama ia seorang yang pakar dalam bidang ijtihad yang menjadi tempat rujukan hukum dan mengeluarkan fatwa halal dan haram.”

Para pemerintah hendaklah cintakan ilmu dan ulamak serta sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu. Faktor-faktor ini menjadi pemerintah sentiasa berada di jiwa rakyat.

9. Tidak Cacat Anggota Dan Tubuh Badan

Ketua negara hendaklah seorang yang mempunyai kesempurnaan tubuh badan dan tidak cacat anggota yang boleh menjejaskan pemerintahannya seperti pekak, buta atau hilang kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki yang mana ia tidak dapat lagi berfungsi untuk bertindak secara cepat dan cergas dalam pentadbiran pemerintahan.

Abul Hasan Ali al-Nadwi membahagikan kepimpinan kepada dua kategori iaitu kepimpinan kebendaan dan pencukaian (al-jibayah) dan kepimpinan petunjuk dan hidayah (al-hidayah). Kepimpinan al-jibayah ini menjadikan kebendaan sebagai ukuran keberhasilannya. Kepimpinan yang mementingkan pembangunan material, tenggelam dalam kemewahan dan masing-masing berebut untuk mengaut kekayaan peribadi. Di samping itu, mereka memeras keringat orang miskin dengan kewajipan cukai yang mencekik leher. Mereka tidak mempedulikan pendidikan moral dan agama bagi rakyat. Sementara kepimpinan al-hidayah pula ialah kepimpinan yang menjadikan hidayah sebagai syiarnya dan tugas utamanya menyeru manusia kepada Allah, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kayu pengukur penghasilan kepimpinannnya ialah integrati moral dan sahsiah , zuhud terhadap kemewahan dunia dan berlumba-lumba dalam kebajikan.

Gambaran golongan ini seperti yang dirakamkan dalam al-Quran, “Dan orang-orang yang Kami perteguhkan kedudukan mereka di bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kejahatan”. (al-Hajj 41).

Al-Quran juga memberi panduan kepada umat Islam untuk memilih pemimpin berdasarkan ayat yang bermaksud : “ ikutilah orang-orang yang tidak meminta upah dan mereka yang terbimbing dengan hidayah “ ( Yasin :21). Ayat tersebut mengisyaratkan dua kriteria penting kepimpinan iaitu seorang yang menghayati hidayah Tuhan dan tidak meminta rakyat membalas budi dan baktinya. Disamping itu, beliau turun ke medan masyarakat bukan untuk mengaut harta kekayaan untuk peribadi dan keluarga atau untuk glamour peribadi tetapi semata- mata untuk memajukan masyarakat dan tidak rela bangsanya diperhambakan oleh mana-mana pihak.

Keunggulan seseorang pemimpin terletak kepada kemampuannya membina dan mendidik bangsanya. Kepimpinan sedemikian yang disebut sebagai pemimpin pendidik (al-qa’idu ‘l-murabbi) yang dapat merubah bangsanya menjadi lebih kuat, unggul dan bermaruah. Perubahan manusiawi atau human transformation ini yang telah dilakukan oleh para nabi. Nabi Muhammad s.a.w. misalnya telah berjaya merubah watak bangsa Arab yang serba rosak menjadi umat terunggul, dari umat yang berperang selama 600 tahun kerana seekor unta kepada pemimpin dunia. Oleh itu, pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang mampu membina dan membentuk generasi terunggul (jil al-farid). Mereka menggabungkan kepimpinan unggul dengan petunjuk Ilahi. Dengan kata lain, mereka sentiasa berada dalam naungan petunjuk Allah dengan mengikut sepenuhnya perintah Tuhan. Secara ringkasnya dalam konteks masyarakat di Malaysia, kita memerlukan kepimpinan berwibawa - berilmu, berakhlak, beramanah, berwawasan dan berintegriti moral, pimpinan yang mampu melaksanakan tugas besar, melahirkan daya saing dan daya juang yang tinggi pada bangsanya.

Friday, 15 February 2008

I am dead broke

But I still have the urge to splurge on new books.

Ish bahaya ni. Semalam keluar dengan Aini masa break. Cadangnya nak pergi Amcorp Mall. Lepas makan, Aini cakap nak pergi kedai itu ini. Sekali, terjumpa sebuah kedai buku. Harga buku paperback RM 18, hardcover less than RM30. The DaVinci Code pun dapat harga RM 17.90 (sampai dah rasa membazir bayar RM 34 untuk buku yang sama di Kinokuniya). Buku kraf, buku resipi yang tebal-tebal dan bersaiz besar pun dapat harga RM 25. Manalah tak jadi macam bookaholic possessed?

Padahal poket ni dah koyak rabak tak ada duit. Tapi ada hati lagi nak beli buku. Macam biasalah, kalau pergi sana, segala cadangan nak pergi kedai lain mestilah tak jadi,kan kan kan? Lagipun dah nama bookaholic.

Ni silap Aini lah ni. Dah kaput duit habis kat buku. Siapa yang suruh ajak masuk kedai buku yang murah itu? Siapa? Siapa? Konon nak pergi kedai yang jual handcraft kat bawah, sekali terjumpa kedai buku.

Faham-faham ajalah kalau kami ni dah nama gila buku, bila masuk je, ohh ahh ohh ahh memanjang. Sebab semua buku murah-murah. Tagline kedai buku pun mengugat jiwa "read more for less". Read more for less pun, masih lagi tak insaf bahawa tiada duit untuk belanja sesuka hati atas buku.

I couldn't say no to books!

Alang-alang membeli tu, bolehlah minta buat membership. Pesan kat Aini, lain kali dia boronglah puas-puas kat kedai itu. Macam biasa, mesti pergi cari buku James Patterson. Dah rasa nak pengsan sebab buku kulit tebal dia pun dapat harga RM 25. Masalahnya, rak chic lits yang berlambak-lambak pun dapat harga RM 18 untuk paperback. Buku motivasi atau buku IT macam Adobe Photoshop dapat harga RM 25. Manalah tangan ni tak gatal nak ambil itu ini. New arrivals pun harga macam tu. Harga durian runtuh oi!

Adeh deh, ikat perut lah sementara gaji nak masuk.

Huahua, inilah alamat kedai buku yang murah itu. Pesanku kepada ulat buku, janganlah lupa bawa duit banyak-banyak, you tend to overspend!

Book Xcess
L3-57, Amcorp Mall
18, Jalan PSN Barat
46050 Petaling Jaya

Tel: 03 7956 0455
Email: sales@bookxcess.com

Sunday, 10 February 2008

Holiday retreat at PD: 7-9 February

It was such a long time that we haven't had a holiday with my mom, dad and my siblings (inclusive of Aini). I have no idea 10-month old Fahri was like a fish when he was in the water. It was a delight watching the kids playing together.

Kamilah geng.. geng.. keluarga Firdaus (nyanyi ikut lagu tema Geng Bas Sekolah)
Gazing at the sea in the morning sun. Tengok kakak, lambat betul makan roti.



Johan kolam renang abad ini :P. Main air sampai tangan dan kaki biru.



Sesi membuat kuih di tepi pantai. Rajin Amni & Fawwaz buat cookies :)



Daydreaming in the sea....


Muka budak-budak semua merah. Akibat berjemur di bawah terik matahari.

Wednesday, 6 February 2008

First Child, Second Child, Third Child

How Motherhood Progresses as the Family Increases

Your Clothes

1st baby: You begin wearing maternity clothes as soon as your OB-GYN confirms your pregnancy.
2nd baby: You wear your regular clothes for as long as possible.
3rd baby: Your regular clothes ARE your maternity clothes.

The Baby's Name

1st baby: You pore over baby name books and practice pronouncing and writing combinations of all your favorites.
2nd baby: Someone has to name their kid after great-aunt Mavis, right? It might as well be you.
3rd baby: You open a name book, close your eyes, and see where your finger falls. Bimaldo? Sounds good to me!

Preparing for birth

1st baby: You practice your breathing regularly.
2nd baby: You don't bother practicing because you remember that last time, breathing didn't do a thing.
3rd baby: You ask for an epidural in the 8th month.

Clothing

1st baby: You prewash your newborn's clothes, color-coordinate them and fold them neatly in the baby's little bureau.
2nd baby: You check to make sure the clothes are clean and discard only those with the darkest stains.
3rd baby: Boys can wear pink, can't they??

Worries

1st baby: At the first sign of distress--a whimper, a frown--you pick up the baby.
2nd baby: You pick up the baby when her wails threaten to wake your firstborn.
3rd baby: You teach your 3 yr old how to rewind the mechanical swing.

Activities

1st baby: You take your infant to Baby Gymnastics, Baby Swim and Baby Story Hour.
2nd baby: Your take your infant to Baby Gymnastics.
3rd baby: You take your infant to the supermarket and the dry cleaners.

Going Out

1st baby: The first time you leave your baby with a sitter, you call home five times.
2nd baby: Just before you walk out the door, you remember to leave number where you can be reached.
3rd baby: You leave instructions for the sitter to call only if she sees blood.

At Home

1st baby: You spend a good bit of every day just gazing at the baby.
2nd baby: You spend a bit of every day watching to be sure your older child isn't squeezing, poking or hitting the baby.
3rd baby: You spend a little bit of every day hiding from the children.

Monday, 4 February 2008

Ouch, an acne!

Even Fawwaz already asked, "Apa kat muka ibu tu?"

Maybe it was a shock seeing his mom getting acnes.
Last time I got acnes when I was pregnant with Fahri due to hormonal changes (my mom noted on how horrible my face turned out).

OK, once in a while my acne pops out.
Excuse me my dear family, can't my face have an acne (only ONE) once in a while?

Speaking of Fawwaz, he got three stitches due to last week's incident. *SIGH*

One last note, I have become ibu susuan to Wan Insyirah Husna. Due to excessive EBM stocks, I have given 80 oz tu Husna's mom last Saturday. I must remember that! (Tiada harapan kita berbesan ye kak Aza ;>)