Tuesday, 27 May 2008

7 facts

Sebelum pergi bercuti-cuti luar Malaysia esok, dan dah kena tag dengan Abu Amiir dengan perkataan referred to me "orang yang nak gi bercuti minggu depan".. silalah baca kalau ada masa lapang :P

My 7 facts

1. Masa kecil dulu, sukalah sangat baca majalah Gila-Gila. Minat ni timbul balik sebab minggu lepas pergi CESB showroom dan mata dah terbuntang tengok komik koleksi GG yang lama-lama macam 3 Dara Pingitan dan koleksi kartunis Rejabhad.

2. Mempunyai saudara kembar. Seriously masa kecik dulu, tak tahulah kenapa orang kecoh sangat kami ni kembar.

3. Cita-cita nak jadi penulis masih ada. Tapi nak tulis pasal apa ye?

4. Sebelum beralih arah ke perakaunan, sebenarnya pernah bercita-cita nak ambil bidang arkitek. Ini pun sebab minat sangat melukis dan mewarna. Kalau subjek Pendidikan Seni, memang suka sangat! Terima kasih untuk Cikgu Faridah sebab fire up my interest in Arts. Kalau dia suruh lukis potret tu, siap boleh buat beberapa contoh, bagi dia komen baru buat lukisan yang betul.

5. Fakta suka baca buku tu memang tak boleh dinafikan la kan... :P Tapi sekarang ni dah makin tua, bahan bacaan very diversified. Seriously, dulu boleh tertumpu satu dua genre je, sekarang ni punyalah banyak genre boleh baca. Non fiction pun taram.

6. Hobi baru, suka mengumpul pam susu. Pam susu baru dah sampai Ahad lepas untuk meningkatkan minat memerah susu dan mengelakkan penyakit malas bertimpa-timpa, ahaks.. Medela Freestyle. Setakat ni dah ada 3 biji breastpump; Medela Mini-E, Medela Swing dengan Medela Freestyle. Medela Harmony pinjam SIL punya. Tapi tak boleh challenge seorang kawanku yang ada lebih dari 5 pam susu :P

7. Susah nak keluar fulus. Tapi kalau bab buku tu, sanggup ikat perut untuk beli buku. Bak Aini tulis, macam ganja pun ada. Tarikan buku tu memang lah tak boleh challenge. Tanya suami, dia tak marah ke kita dok habiskan duit beli buku? Dia kata OKlah hobi baca buku daripada hobi gi memancing :P

Nak tag sapa yer?
1. Dali :P
2. Yatipruzz
3. Huneydew (lama tak update blog)
4. Zueika (ok tak?)
5. Siti (lama gak tak update blog)
6. Aishiteru
7. Kak Ummi Ina yang ada anak 4 tu :P

Silalah buat tag yer...

Thursday, 22 May 2008

OMG!


David Cook wins!
(and I am still expecting David Archuleta wins :P)

YOU ROCK!


p/s: Yes, this is my other surprise. I did watch American Idol this season! Best finale I have ever witnessed! Both of them deserve to win :P

Tuesday, 20 May 2008

Bowling, bowling

The 3 days break was spent with us going back to Malacca. My husband's cousin is married last Saturday.

Since all of his siblings were at home (except my younger SIL), they decided to sweat themselves by playing badminton at 10 p.m. (yes, you read it right, 10 o'clock at night). They have come to a late unanimous decision when they said they are going to play badminton that most of the sport halls were fully booked. So 10 p.m. is a nice time to play since no one will be playing late at night, except them :P

Since I already told dh that he would 'selfishly' forget me every time he met his siblings (tengok tu, buat projek main badminton bukan tanya kita yang berhempas pulas dengan 3 anak.. ekeke), he promised to bring me to the bowling alley.

Wohoo, lama makcik tak main bowling. Kalau ingat-ingat lupa, masa Fawwaz kecil-kecil dulu. Dan masa tu tengah tunggu nak tengok Spiderman 2 (tiket dah habis, hanya ada show tengah malam), sambil tunggu gi main bowling dulu :P. Keluar dari tengok Spiderman 2, tengkuk dok sakit sebab dapat seat paling depan.

Sunday was spent with 2 games of bowling. As usual, the first game I fared REALLY bad, siap 2 frame pertama masuk longkang (telur ayam je memanjang). When it came to 2nd game, I got my pace back, and got 2 strikes with one frame, I got all spares. Tapi jatuhan pin frame lain agak membanggakan dengan 8-9.. HEHE

And first time in history, I managed to get better scores than my hubby :P
Jangan marah ye bang!

Monday, 12 May 2008

Walking Fahri

When you have 3 childrens at home, you tend to forget to update about your 3rd baby milestone.

Fahri has been practising walking these past 2 or 3 weeks.

Fahri, jangan merajuk dengan ibu okay sebab lambat update :)

Friday, 9 May 2008

Yang mana satu?

Aduh aduh, semalam kak Lily jumpa Aini dan berikan novel-novel yang dia minta kami kritik. Ingat 2 buah novel dia aja, sampai novel Rose Harissa dengan Norzailina Nordin pun ada. Semua novel ada tandatangan (sukanya!).

Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir
Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir
Berikan Cintamu - Rose Harissa
Menanti Kasih - Norzailina Nordin
Arjuna Hati - Norzailina Nordin


Setiap satu novel berharga RM 19.90.. tapi kami dapat percuma semuanya!!!!

Yang tak tahan tu, kak Rose Harissa siap tulis "harap dapat memberi komen". Huhuh, 5 novel kena review ni, tak tahu mana nak mula. Sebab sekarang baru mula baca Laskar Pelangi, tapi hati dah ditarik-tarik untuk mula baca novel kak Lily.

Tulisan kak Lily kemas, macam budak sekolah menengah! Malunya bila tengok tulisan dia dan bandingkan dengan tulisan kita yang selalu menulis laju nih.. Memang nampak beza tulisan seorang novelis dengan seorang akauntan :P.

Borak-borak pasal novel, frankly speaking, baru nak berjinak balik dengan novel Melayu. Kalau tanya tahun lepas baca novel Melayu tak, mesti boleh bagi jawapan "nearly non existence." Tapi, sekarang ni rasa macam tercabar betul nak habiskan novel-novel tulisan orang kita, sebab kualitinya yang makin baik. Refreshing ideas, nampaknya novelis kita makin berani mengutarakan isu-isu yang makin berat dan membolehkan pembaca berfikir. Semalam saya dok belek novel Moga Kau Mengerti, dan saya dapat kesan buku ini berkisar tentang keganasan rumah tangga.

Kecek-kecek pasal buku, suami ada bertanya kenapalah saya ni minat sangat membaca. Azam dia nak memupuk minat membaca di kalangan anak-anak kami. Sebab dia selalu kata, ayah dia kena rotan adik-beradik dia, barulah sibuk mereka buka buku dan membaca. Heheh, dalam kepala dok fikir, ayah mertua saya ni garang orangnya, mesti dengan rotan panjang dia tunjuk depan anak-anak, baru bertempiaran mereka mencari buku.

Adik-beradik saya dibesarkan dengan reading culture di kalangan keluarga kami. Bukan sekadar keluarga kecil kami, tetapi keluarga besar kami. Arwah datuk, nenek, pakcik dan makcik kami memang kuat membaca. Makcik-makcik kami kebanyakannya guru-guru sekolah, jadi banyak sangat bahan bacaan di rumah nenek kami. Kalau masuk dalam rumah nenek, pandang kanan, ada satu rak besar yang dibina untuk menyimpan segala buku di situ. Kami balik kampung, mesti melekat di rak buku itu, sibuk memilih buku. Sifat membaca keluarga ayah kami, menurun kepada kami dan sepupu-sepupu kami yang lain. Siap boleh borak novel mana yang sedap ke tidak.

Ayah dan ummi, kalau pasal buku, memang tak lokek langsung beli. Masuk kedai buku, pilihlah buku mana, biasanya ummi letak syarat beli sebuah buku seorang. Dan kami pun akan sibuk memilih, dan akan menunggu di kaunter untuk membayar buku pilihan kami.

Masa kecil, hmm.. kami membaca siri Tidurlah Intan, kisah-kisah nabi, Kisah dari Al-Quran, koleksi Ceritalah Lagi!, siri Salma (Nancy Drew versi BM), siri Hardy Boys, siri Empat Sekawan, Himpunan Cerita Rakyat Asia dan Cerita Dongeng Rakyat. Kalau buku bahasa Inggeris, kami akan pilih tulisan Enid Blyton. Sibuk bertanding dengan rakan sekolah pasal koleksi masing-masing, ada siri berapa eh? Buku Tidurlah Intan dalam koleksi ada yang nombor berapa? Kalau kat sekolah tu jangan ceritalah, macam pertandingan lumba-lumba baca buku. Siapa yang pertama dapat baca, boleh 'bangga diri' dengan budak-budak lain.. Hahaha.

Naik darjah 5, antologi cerpen DBP dan novel remaja pun dihentam baca sama. Siap ulit-ulit buku itu bawa ke sekolah. Bila sampai sekolah, bagi kawan lain baca, lepas tu kami pun akan sama-sama borak, best kan buku tu..

Kalau orang tanya tip memupuk anak membaca, mudah saja. Mulalah dengan diri kita dahulu sebab anak-anak akan meniru apa yang kita lakukan. Kalau mak bapa sudah mula membaca, saya percaya anak-anak akan membaca! Reading culture should start at home!

Thursday, 8 May 2008

Oh, sukanya hati!

Semalam, dalam nada yang masih terkejut, saya tidak sangka dapat e-mel daripada Lily Haslina Nasir, penulis novel tersohor dan mantan MPR (Minggu Penulis Remaja DBP). Saya memang membesar dengan karya beliau, dan adiknya, Rosie Haslinda Nasir. Masa kecil dulu, bila beli Dewan Pelajar, selalu ternampak puisi kak Lily dan kak Rosie terpampang dalam majalah. Bila masuk sekolah menengah, terjumpa novel-novel mereka yang diterbitkan. Aini suka beli dan kami akan sama-sama baca. Lenggok bahasa kak Lily memang indah dan sesuai untuk kami yang sukakan ketertiban dalam menyusun ayat.

Rupa-rupanya, kak Lily terbaca tulisan saya bahawa saya akan mengkritik novel Damya Hanna secara terperinci; bab ke bab, watak, plot, tema dan persekitaran. Saya pula baru sahaja melangsaikan hutang mengkritik secara terperinci novel Lili Buat Najah karya Nazurah Aisyah. Memang ramai yang tidak setuju dengan saya, tetapi ramai pula yang secara terbuka berani mengkritik novel tersebut selepas saya. Yang kelakarnya, ada yang sampai tak mahu beli novel tersebut. Aik, janganlah sebegitu, kritikan saya itu janganlah dijadikan platform sampai membunuh bakat sang novelis.

Novel-novel Damya Hanna, tidak pernah saya baca. Novelis tersebut akan poskan 2 novel kepada saya. Saya tidak pasti bila dapat, tapi mungkin saya akan bagi kepada sesiapa yang mahukan novel Damya selepas saya habis melakukan ulasan kritikal.

Berbalik kepada kisah kak Lily, kak Lily akan hantar sebuah novel dan sebuah manuskrip untuk saya nilai dan kritik.

Saya katakan pada suami, seronoknya saya dapat e-mel daripada seorang penulis yang saya membesar dengan karya-karyanya. Sekarang ini, saya hanya mampu memberikan penilaian kritis kepada novelis-novelis yang inginkan pendapat saya secara telus.

Oh, oh, kak Lily, saya sangat berbesar hati dengan tugasan yang akak berikan.

Hmm, bilalah agaknya saya dapat bekerja sebagai editor? Seronok tau mengulas buku!

Tuesday, 6 May 2008

Rubik's cube

Do you still remember this? It was a craze way back in my primary school. I remembered that all of my friends got engaged with this thing. My mom and my aunt (Cik Ana) even think about the solution when they were at their work place. When they came home, they would start solving the Rubik's cube. Eventually, they managed to solve it for quiet a few times. Me? Huh, I can't remember whether I solve it or not with Aini.

Last Friday, we went to Amcorp Mall and I saw this cube for RM 3.90. It sure evoke memories of cracking my head solving it. I got addicted to it these past few days. Now, with the tip of my finger, I can find the solution on the Internet, but I still haven't started to solve it.

Anyway, 2 days of MC tend to make me feel really ill, indeed. I got a bisul on my right tight, and it hurts when I sit down.

However, since our Indonesia's trip is looming nearby (it's end of this month), I took the opportunity to bring Fahri to Jabatan Imigresen Malaysia. Yesterday, we took a passport photo shoot at a nearby shop, and he could not sit still. Amidst trying to get him sit straight and a few words to cajole him to look at the camera, the picture turns out well (as you can see below..).

Isn't it cute? I gave one of these photos to my father :P

The service is really quick, we managed to get Fahri's passport in less than 2 hours. They even set up a special counter for kids below 2 years old, pregnant moms, disabled persons and golden citizens. Isn't it nice to know the government service had improved tremendously these past few years? Last time, it took 3 days for a passport to be processed.

Friday, 2 May 2008

Happy birthday nek ummi

[1]

Happy 52nd birthday nek ummi!
From: Fahri, Fawwaz & Amni

Some quotable quotes from the kids:

"Dulu masa kecil-kecil, ibu main kat padang ni," when tok ayah told Amni where her mom played.
"Abah jaga ibu yer masa main?" *grins*

"Tok ayah, masa ibu dengan abah kahwin, Fawwaz duduk dengan tok ayah, kan?" *grins*

Aaah.. the joy of being a kid :)

[2]
Sometimes I wonder, why it was so hard for most people to give bad reviews about a book that we have just read? I noticed that most reviews (particularly Malay novels), is always glowingly praised. I suppose, we, as Malaysian, are still a reluctant lot when saying something that is not good for the writers, in the content, that we know the writer himself/herself. I find this amusing though, that when it comes to overseas writers, it was so easy to criticise their works because geographically, we are not in the same country as them.

Oh well. Why did I mumbled about all these stuff?

I have given a very critical review on a Malay novel a few days ago. I do not hesitate talking about the good and the bad about the plot and the characters. As you guys would guess, the book had receive good reviews from all people in the reading board.

And then, came my review. I did critically reviewed her novel, and as the novelist herself called it- sesi bedah siasat. I know she was waiting with bated breath (she told me she was in panic mode) about my review.

NOW, after I finished reviewing her novel, I find it amusing that actually other people were thinking in the same line with me. They criticised the novel openly after I did the unthinkable - giving a mixed (good and bad) review of the book.

Hmm..