Friday, 26 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri to all blog readers
p/s: The above diasies' stalk was bought at Petaling Street for a mere RM 10 (real diasies!)
From:
Firzanah Amni
Fawwaz Amin
Fahri Ahmad
& their parents

Monday, 22 September 2008

It's a small world after all..

Since I have promised kak Nora to attend the SCC gathering, and was thinking of relishing the moments, I was elated to find out that Syed, T-rex, Atie and Afizan joined me. Of course, when one of the juniors said that we are going to do ice breaking, Syed said.. there is no need for the ex-SCC to do it, "Dah habis cair dah ais".

It was nice to relish the old memories, when one of the juniors asked us on how we uphold the SCC (during its first & second batch). Of course, Syed talked a lot, giving advice to them. Pakcik Poad & kak Nora were also there.

Bits and pieces were mentioned, about our friendship with each other. About the guys helping kak Nora when it's time for her to give birth, or when we cooked bubur lambuk to be distributed to hostel residents.

Tapi yang bab budak JKP panik time (esp Ramzee, jadi tukang bagi semangat minta kak Nora jangan bersalin di office hostel) kak Nora nak bersalin tu, memang tak boleh lupa la. Tambah-tambah pula takde orang tua. Pakcik Poad tengah outstation.

I forgot to bring the camera :(

Anyway, I just found out one of the staff here is a cousin to my father. Hoho, it is really a small world after all.

Friday, 19 September 2008

Majalah Gila-Gila


Masih ingat dengan Majalah Gila-Gila ini? Nostalgik sungguh rasanya. Saya rasa sangat antik bila mengenang zaman saya membaca GG. Sebuah majalah humor bersatira. Lawaknya sinis, dan relevan dengan kehidupan harian.

Saya jadi nostalgik apabila ke CESB beberapa bulan yang lepas, dan berjumpa koleksi kartun 'Tiga Dara Pingitan', 'Selendang Siti Rugayah', 'Tan Tin Tun' dan banyak lagi. Tiba-tiba saya terpandang majalah GG di showroom itu, walaupun saya tidak membelinya, saya agak terkejut majalah ini masih di pasaran.

Dibandingkan dengan majalah humor lain, GG masih tetap di hati saya. Mungkin kerana saya rasa lawaknya tidak canggung, sesuai dengan usia dewasa, malahan lawaknya lebih relevan kepada saya daripada majalah-majalah humor lain. Kecil-kecil saya sudah belajar membaca GG, dan sudah faham jenakanya yang bersatira. Makcik-makcik saya, ramai juga yang membeli majalah ini.

Ada beberapa orang berkata, seperti suami saya contohnya, bahawa majalah ini tidak 'best'. Tapi bagi saya, kalau tak kenal, maka tak cinta. Mungkin kartunnya tidak selawa kartun di majalah humor lain, tetapi isinya lebih bermakna untuk kita fahami.

Semasa saya ke CESB, saya ada membeli koleksi kartun 'Budak U' yang pernah terpapar dalam GG. Seronok bila membaca kartun-kartun lama ini, seperti kisah Budak U membuatkan saya nostalgik mengenang zaman universiti dahulu - kupasan tentang assignment, atau terlewat ke kelas memang seperti pengalaman sendiri.

Saya ingin menghidupkan semula zaman saya membesar dengan GG, jadi kemungkinan besar saya akan melanggan majalah ini.

Adakah perasaan saya sahaja yang majalah ini susah dijumpai di kedai-kedai? Saya masih rasa ada pasaran untuk majalah kesayangan saya suatu tika dahulu ini. Kalau tidak, mana mungkin CESB masih terus menerbitkan majalah GG, kan?

Hmm.. apa jadi yer dengan watak Profesor Serba Tahu? Dan dengarnya Ujang sudah berkarya kembali di GG?

Tuesday, 16 September 2008

Awards.. awards..

Sebelum dok soppy pasal kejadian minggu lepas itu (dan dah OK), marilah tengok award-award yang kudapat.

Kang lepas Maghrib nak melawat Aini kat Hospital Tawakal, admitted sebab demam denggi.

Pejam celik, pejam celik dah 15 hari ye kita berpuasa?

Dapat dari Mawaddah dengan Kak Siti.. thank you thank you

Dapat dari Erleyna dengan kak Siti also :)

Tuesday, 9 September 2008

Ulasan buku: Nyanyian Tanjung Sepi

Kali kedua membaca karya nukilan Noor Suraya (karya pertama yang saya baca, awal tahun ini; Surat Ungu Untuk Nuha), saya sudah jatuh hati dengan lenggok bahasanya yang tersusun indah. Novel ini saya kira wajib baca untuk kita mengenal erti cinta, yang berlandaskan agama dan bersempadankan adat. Dinobatkan novel terbaik CESB 2006 (dan berasal dari e-novel), kisah yang mudah, tetapi dilatarkan dengan kerjaya kedoktoran menjadikan novel ini agak berat.

Syarifah Nuur Khalida, watak utama novel Nyanyian Tanjung Sepi merupakan seorang pelajar perubatan tahun kedua di USM. Beliau telah menarik hati seorang doktor bernama Aqmar Aziz ketika Khalida menjaga sepupunya di hospital.

Bahagian pertama menfokuskan kepada Khalida yang belajar di USM, dan kehidupannya sebagai seorang pelajar, sebelum 'dipaksa rela' berkahwin dengan Doktor Aqmar Aziz (dan terpaksa melupakan seseorang yang pernah diminatinya secara sembunyi). Jarak usia 11 tahun antara Khalida dan Aqmar tidak menghalang pernikahan mereka, dek kerana perjanjian keluarga yang mengikat mereka semasa kecil. Khalida harus pasrah kerana menghormati kehendak arwah ayahandanya, sama seperti ketika dia pasrah meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran, atas wasiat ayahnya jua.

Doktor Aqmar Aziz, watak yang sangat penyabar, dan lebih mengutamakan Yang Khalik daripada segala-galanya. Maka seharusnya perkahwinan ini menggembirakan beliau, kerana Khalida merupakan pilihan hatinya, tambahan pula direstui sebagai pilihan keluarga.

Bahagian kedua pula menfokus selepas Khalida tamat belajar. Imbasan-imbasan kisah bagaimana beliau jatuh hati terhadap suaminya sendiri, atau kisah dia menangis di malam pertama (agak menggelikan hati) menyebabkan kita sebagai pembaca memahami mengapa Khalida mencintai Aqmar.

Lalu kebahagiaan ini diserikan dengan cahaya mata mereka, Nuur Hannah, yang mereka tunggu-tunggu selepas 3 tahun bernikah. Tetapi, akan terjadi sesuatu terhadap Nuur Hannah, yang menggoncang keyakinan Khalida. Aqmar masih lagi bersabar dengan dugaan dari Yang Esa itu.

Kisahnya pantas, dan tidak menfokus kepada perasaan kecewa yang Khalida atau Aqmar alami. Malahan, jodoh mereka tidak pun panjang dek kerana terjadi suatu konflik. Walau bagaimanapun, sehingga ke hujung kisah Khalida-Aqmar, kita masih dapat merasakan ketulusan hati Aqmar. Mereka bercerai secara baik, dengan Khalida masih mencintai bekas suaminya sedalam mungkin.

Lalu kisah ini mempunyai kesudahan yang indah bagi Khalida dan Aqmar sendiri. Khalida bernikah dengan Doktor Zainur Arief, cinta pertamanya yang disimpan di dalam hati, dan Aqmar berjaya mendidik Tunku Dara Aida menjadi muslimah sejati.

Penghujung kisah, mata saya masih basah menghayati keagungan cinta Aqmar terhadap Yang Esa (Khalida sendiri berkata: "Dia hanya mencintai Islam, dan kita bukanlah apa-apa bagi dirinya").

Al-Fatihah

One of my best friend's father passed away yesterday.
Al-Fatihah.

He passed away during the holy month of Ramadhan, alhamdulillah.

And to my friend, what a strong girl you are.

Thursday, 4 September 2008

Ramadhan.. the month I love :)

Sambutan Merdeka saya sambut di office. Saya standby untuk data migration seluruh Malaysia. 12 tengahmalam, meletup-letup bunga api di belakang office kami. Suami dengan Fahri jadi peneman. Jam 1.30 pagi baru balik. Of course, my office was situated at KL main, and I have to take the LRT to come. Semua jalan tutup, OK? Esok pagi terlajak tidur 3 beranak. Amni dan Fawwaz hantar rumah nenek & atuknya malam sebelum perjalanan ke pejabat.

Ramadhan

Setakat ni, resolusi memasak untuk keluarga masih berjalan lancar. Entah bertahan ke tak azam memasak sepanjang bulan ini. Alhamdulillah, office bagi pelepasan awal. Nak tebus masak-memasak kat suami dan anak-anak (ya, dah lama dapur kat rumah tak berasap). Rasa macam tiap-tiap kali tiba Ramadhan, banyak masa untuk kita luangkan dengan keluarga. Saya suka Ramadhan. Kalau orang terlebih sibuk masa bulan biasa, bila bulan Ramadhan, ramai pula terlebih sibuk nak balik awal untuk berbuka.

Hajatnya, nak ajar Amni (which is going to be 5 years old in November) berpuasa. Tapi bila terbaca kisah anak sulung kak Tie yang berpuasa dan dok tengok kipas berputar sebiji macam telur goreng, terus cancel perancangan. Agaknya tahun depan baru bole merancang balik.

Sambil-sambil tunggu buka puasa tu, suruh anak-anak selak baca Muqaddam. Alhamdulillah, dah banyak improvement. Masa nielah nak improvekan bacaan diaorang. Memang budak-budak ni belajar Muqaddam kat nurseri dan surah pendek-pendek. Tapi biasalah, ibunya ni ala-ala malas sikit. Baru nak mengajar.

Fawwaz pula, adui peningnya.. belum ajar lagi membaca (walaupun dia dah kenal huruf ABC). Tapi dia seronok kalau tengok buku banyak gambar, terutamanya yang ada gambar kereta.

Fahri, alhamdulillah, tak banyak kerenah time buka puasa. Tahun lepas, kena tunggu suami habis makan, baru saya boleh makan. Ni dah besar, dah faham arahan, tidaklah anak-anak menganggu kami. Masa azan Maghrib dah suruh dok depan. Awal-awal sebelum kami buka puasa, dah suruh anak-anak makan (hasil masakan ibu dia yang biasa-biasa ni). Tapi, kalau time sahur.. mesti nak bangun sahur sekali. Jam 5 pagi dah celik dengan saya.

Breastfeeding

Masih lagi full breastmilk @ 1 tahun 5 bulan. Tahun lepas mencabar sebab Fahri masih bawah 6 bulan. Setiap kali mengepam, tekak rasa perit. Saya telan kurma banyak-banyak, minum susu dan minum air. Lepas seminggu berpuasa baru OK. Hasil perahan masa tu dalam 16-18 oz sehari (sebelum puasa 20-24 oz sehari). Bila buka puasa, capai air dulu. Tekak rasa kering bila sampai rumah, Fahri terus menyusu. Oh yang part bestnya, saya dapat puasa penuh sebulan!

Alhamdulillah, tahun nie perut tak lapar semenjak dari hari pertama puasa. Mungkin sebab dah kurang makan (dan berdiet). Cuma saya pastikan jam 10 malam, saya kena minum susu segelas dan kurma 5 biji. Masa sahur pun sama, saya minum HL, minum air banyak-banyak, minum susu segelas dan kurma 5 biji.

Memanglah, anak teruna saya dah besar panjang. Jadi kalau orang lain masih dapat mengepam susu sehingga 20 oz, saya dapat 9-10 oz pun dah bersyukur sampai menitik-nitik air mata. Makan benda untuk naikkan susu pun dah tak jalan semenjak Fahri setahun. Stok dalam freezer dah banyak surut, tapi Fahri pun minum EBM makin kurang di nurseri. Dalam 9-11 oz.

Untuk ibu susuan sekalian, biasalah bila time puasa.. susu agak surut, tapi pastikan banyak minum air kosong, makan kurma dan minum air seperti Horlicks & Milo. Kalau boleh, makan kurma tu banyak-banyak.. memang rasa bertenaga, dan hasil perahan pun agak memberangsangkan.

Tuesday, 2 September 2008

How to handle EBM?

Question from Zue, so I just take this information from this website (thanks to An for the pointer). Of course Zue, if you want to know my experience, I will write another entry about it.

Credit to: Toronto Public Health
P/s: I love this article for its cute and very useful graphics :)

Storing breast milk/Thawing frozen breast milk

Storing breast milk
Freshly expressed breast milk can be stored at room temperature (less than 25°C or 77°F) for 6-8 hours.
Freshly expressed breast milk must be cooled if not used within 6-8 hours of expressing.

Containers for storing breast milk
Use glass or hard plastic containers with an air-tight lid (for example, small jars and bottles with lids).
Special breast milk freezer bags can also be used.
Do not use bottle liner bags. These are thinner plastic bags that may break when frozen.

Cleaning the containers
For healthy babies wash containers in hot soapy water and rinse well with hot water. Let the containers air dry on a dry clean surface away from where food is made.

Tips for storing breast milk
Cool freshly expressed milk within 1 hour of expressing.
Label containers with date and time.
Store in smaller amounts to prevent wasting milk.
Always cool freshly expressed milk before adding it to already cooled or frozen milk.
Leave a 1 inch space at the top of the container when freezing.

*If your baby is premature (born too early) or in the hospital, speak to your nurse about storing breast milk and cleaning containers. Sterilized containers may be provided by the hospital. Breast milk can be stored in the following ways:


Important:
Place containers at the back of the fridge and freezer where it is the coldest.
After the storage time has passed, throw out the breast milk.

Thawing frozen breast milk

Frozen breast milk that has been thawed can be kept in the fridge for 24 hours.
Do not refreeze breast milk once it is thawed.


Check the date on the stored breast milk. Use the container with the earliest date first.


Thaw frozen breast milk by leaving it in the fridge for 4 hours OR...


...place container under cool running water. Once it has begun to thaw, run warm water to finish thawing.


Never thaw at room temperature.


Warm breast milk by placing the container in a bowl of very warm water.


Do not thaw or heat breast milk on stove or in microwave. Do not refreeze breast milk once it is thawed.

Feeding tips:
Shake warmed breast milk and test the temperature on your wrist before using it.
Hold your baby when feeding expressed breast milk.
Make feedings an enjoyable time for you and your baby. Talk to your baby and give lots of smiles.
Burp your baby as needed.
Use warmed breast milk within 1 hour. Throw away leftover milk.