Tuesday, 9 September 2008

Ulasan buku: Nyanyian Tanjung Sepi

Kali kedua membaca karya nukilan Noor Suraya (karya pertama yang saya baca, awal tahun ini; Surat Ungu Untuk Nuha), saya sudah jatuh hati dengan lenggok bahasanya yang tersusun indah. Novel ini saya kira wajib baca untuk kita mengenal erti cinta, yang berlandaskan agama dan bersempadankan adat. Dinobatkan novel terbaik CESB 2006 (dan berasal dari e-novel), kisah yang mudah, tetapi dilatarkan dengan kerjaya kedoktoran menjadikan novel ini agak berat.

Syarifah Nuur Khalida, watak utama novel Nyanyian Tanjung Sepi merupakan seorang pelajar perubatan tahun kedua di USM. Beliau telah menarik hati seorang doktor bernama Aqmar Aziz ketika Khalida menjaga sepupunya di hospital.

Bahagian pertama menfokuskan kepada Khalida yang belajar di USM, dan kehidupannya sebagai seorang pelajar, sebelum 'dipaksa rela' berkahwin dengan Doktor Aqmar Aziz (dan terpaksa melupakan seseorang yang pernah diminatinya secara sembunyi). Jarak usia 11 tahun antara Khalida dan Aqmar tidak menghalang pernikahan mereka, dek kerana perjanjian keluarga yang mengikat mereka semasa kecil. Khalida harus pasrah kerana menghormati kehendak arwah ayahandanya, sama seperti ketika dia pasrah meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran, atas wasiat ayahnya jua.

Doktor Aqmar Aziz, watak yang sangat penyabar, dan lebih mengutamakan Yang Khalik daripada segala-galanya. Maka seharusnya perkahwinan ini menggembirakan beliau, kerana Khalida merupakan pilihan hatinya, tambahan pula direstui sebagai pilihan keluarga.

Bahagian kedua pula menfokus selepas Khalida tamat belajar. Imbasan-imbasan kisah bagaimana beliau jatuh hati terhadap suaminya sendiri, atau kisah dia menangis di malam pertama (agak menggelikan hati) menyebabkan kita sebagai pembaca memahami mengapa Khalida mencintai Aqmar.

Lalu kebahagiaan ini diserikan dengan cahaya mata mereka, Nuur Hannah, yang mereka tunggu-tunggu selepas 3 tahun bernikah. Tetapi, akan terjadi sesuatu terhadap Nuur Hannah, yang menggoncang keyakinan Khalida. Aqmar masih lagi bersabar dengan dugaan dari Yang Esa itu.

Kisahnya pantas, dan tidak menfokus kepada perasaan kecewa yang Khalida atau Aqmar alami. Malahan, jodoh mereka tidak pun panjang dek kerana terjadi suatu konflik. Walau bagaimanapun, sehingga ke hujung kisah Khalida-Aqmar, kita masih dapat merasakan ketulusan hati Aqmar. Mereka bercerai secara baik, dengan Khalida masih mencintai bekas suaminya sedalam mungkin.

Lalu kisah ini mempunyai kesudahan yang indah bagi Khalida dan Aqmar sendiri. Khalida bernikah dengan Doktor Zainur Arief, cinta pertamanya yang disimpan di dalam hati, dan Aqmar berjaya mendidik Tunku Dara Aida menjadi muslimah sejati.

Penghujung kisah, mata saya masih basah menghayati keagungan cinta Aqmar terhadap Yang Esa (Khalida sendiri berkata: "Dia hanya mencintai Islam, dan kita bukanlah apa-apa bagi dirinya").

5 musings:

CT said...

Alamak..mcm menarik je novel ni...pinjam buleh ke?? :)

By d way...i have awards for ya blog..sila la ambil ye..:)

aida said...

kak ct, ada waiting list.. ehehe, tapi bolehlah, kang aini & my staff dah abis baca, aida pass kat kak ct okay

awards? oh thanks kak :)

Ibu WA Alim said...

Kenapa tajuknya Nyanyian Tanjung Sepi..?

aida said...

sebab lepas khalida bercerai dgn aqmar, dia terasa sgt sepi.. kerana dia & aqmar masih mencintai antara satu sama lain

ena said...

limau,
ada soalan untuk mu di blog ku... mai mai tulun jawabbb...

Post a Comment