Friday, 29 May 2009

Oh duit, oh duit, di mana engkau duit?

Just found out from the UK education consultant that I need 400 pound per person per month if I want to apply for dependant visa (and I have to show the proof that I have the money).

So, the total cost for one family member to follow me would be:

1 person * 400 pound * 12 months * RM 5 (katalah exchange rate RM 5 la kan)= RM 24,000

Tu baru satu orang???

And this morning, I heard on the radio, an Australian woman won AUD 30 mil lottery because she cleaned up her jeans pocket yesterday.

Stresssssss.....

Macam nak evaporate jer dream aku nak bawa family ni.

P/S: Bukan taknak sambung kat sini, tapi T* tak bagi cuti tanpa gaji kalau sambung dalam Malaysia.
P/P/S: Yes, I have rejected all the Masters offer.

Monday, 25 May 2009

Jiwa kacau

Hati masih berbelah bahagi.
And I feel so alone...

P/s: Scholarship untuk ACCA bukan Masters.


Tuesday, 19 May 2009

Don't you feel you want to kick your own self when you could not believe you secured all the 5 universities for Masters (and the 4 universities are in the top 10 for Accounting & Finance courses)? Tu lah, lain kali percaya dengan diri sendiri hokayyy?

Oh where oh where should I go?

Exeter.
Loughborough.
Strathclyde.
Lancaster.
Leeds.

Considering all of the above, I am not so keen in thesis write ups.. hahaha :P

As for ACCA, I haven't started anything yet. I think I have to arrange a date with MABECS about it.

Saturday, 16 May 2009

Maryamah Karpov dan DVD Laskar Pelangi

Terima kasih, lof! (kubilang seperti orang Edensor ya Aini :P)

Perkara pertama yang diminta bila Aini kata dia akan ke Bandung, tolong belikan Maryamah Karpov ya! Sudah termimpi-mimpi menghabiskan tetralogi Laskar Pelangi. Yang telah membuatkan kuterinspirasi untuk menggapai mimpi sambung belajar itu. Iya, dalam application untuk setiap universiti yang dibuat (I applied for 5 UK universities for Masters and SECURED all, but then the MARA scholarship offered was for ACCA.. Hehehe, kiasu tak?), akan ada ayat ini dalam karanganku :P

"I was inspired by the children of Laskar Pelangi, a novel that put hearts on education and wholeheartedly believe that with education, there is a window to a much better future."

Cuma novel ke-4 ininya sahaja masih belum ada tandatangan Andrea Hirata.

Sudah 2 kali ulang tayang tengok filemnya (produser Malaysia tak beranikah membawa masuk filem ini ke negara kita?). Semalam dan hari ini.. Thanks for such a beautiful film. Walaupun lari sedikit dari novelnya, tetapi semangat SD Muhammadiyah masih kental! Sebenarnya, tak terpesan pada Aini pun, hanya tahu ada DVD selepas Aini ke Bandung (rasa menyesal masa tu tak sempat nak order).. Wah, strong instinct gitu kembarku :)

Friday, 15 May 2009

Alhamdulillah...

But I have to discuss further my options with the family.

Thursday, 14 May 2009

Silence.

Can someone get exhausted when brain is overthinking?

Yes.

Sorry if I ditch the blog.
Sorry if I forgot to answer the SMS.
Sorry if I do not reply to the comments.

I am having overthinking / overworking days right now.

Monday, 4 May 2009

Kita ke MPH Distributors Warehouse Sale!

Anak-anak sudah tersengih lebar semalam. Lepas menemani ibu mereka di pejabat (iya, ada kerja semalam!), saya ingat mahu pergi berdua sahaja dengan suami di MPH Distributors Warehouse Sale.

"Kita bawa budak-budak ni nak?"
"Alah bang, tak susah ke? Panas dan ramai orang."
"Kita bawalah, diaorang kan minat buku."

Itu hasrat suami untuk mengulat bukukan anak-anak dia. Sebenarnya, mereka bertiga dah ikut perangai ibu mereka yang suka suka suka membaca. Yang kita pula risau tak sudah! Lupa mereka semua minat buku, hatta si Fahri itu pun.

Semalam memang Fahrilah hero. Sampai kami pula tengok dia sibuk membelek buku kulit tebal motivasi. Ada sekali tangan dia sempat juga mencapai buku resipi kek.

Tertunduk-tunduk dia memilih buku di dalam kotak yang berlambak-lambak sambil mencangkung. Tersenyum melihat telatah Fahri.

Amni pula sibuk membelek buku Dora The Explorer. Fawwaz sikit-sikit menjenguk dalam bakul yang diambil di kaunter untuk melihat buku Star Warsnya.

Kiranya trip ini, untuk menebus diri tidak ke Pesta Buku.

Oh, sudah pass zaman-zaman James Patterson (terlalu banyak CSIlah), Jodi Picoult (topik berat ni, walaupun tangan dah capai satu novel), Meg Cabot (kenapa tiada siri selain The Princess Diaries?) dan seantara dengannya. Buku untuk diri sendiri, Enid Blyton! (hahaha, makcik ni walaupun dah anak 3, memang peminat Enid Blyton dari zaman hingusan sekolah rendah tau!)

Anak-anak satu buku seorang.

Oh, sebelum balik, sempat Fahri pegang buku Jutawan Azizi Ali.. Doa sikit bang, insya' Allah kita pun boleh jadi jutawan sambil bekerja makan gaji macam En Azizi Ali nih! (ya, kami memang peminat buku Azizi Ali, jutawan yang makan gaji dengan hanya bekerja sebagai pilot!). Hasil rembatan semalam, sebuah buku Azizi Ali untuk kami yang nak bersara jadi jutawan.. Aminnn!