Friday, 28 August 2009

Terjemah je laa...

Aini and Lynn, very generous to me, faxed me a few copies of English novels to be translated. I am trying to test my skill as a translator. Manalah tau sempat berkursus menterjemah kan kan kan?

I got one copy from 'The Alchemist' by Paolo Coelho, and when I read the text, no wonder when I tried to read his books, it was to no avail. Bahasanya sungguh la bertingkat-tingkat!

My attempt at translating one of the paragraphs.

“Di sebalikmu, aku masih mencari seseorang yang kucintai,” jawab si budak. “Ketika aku memandangmu, aku sedang mencari si dia. Aku mahu kembali kepada kekasihku, dan aku perlukan pertolongan kau untuk menukarkan aku menjadi angin.”

Gurun itu bertanya lagi, “Apa itu cinta?”

“Cinta ibarat burung falkon terbang bebas di atasmu. Kerana pada si falkon, engkau umpama padang permainannya. Ia mengenali setiap inci dirimu – batuanmu, bukit pasirmu dan gunungmu. Engkau seorang dermawan.”
Huhu, I think I have to polish my Bahasa Malaysia.

Another text, that I tried, courtesy from Lynn is a bestseller kid's fiction (notice the keyword: kid?) entitled 'The Curious Incident of the Dog in the Night Time' (Kejadian Pelik Anjing di Waktu Malam?). I feel so lost.

Apa yang aku faham, ketika kita melalui saat kematian - sel-sel otak akan berhenti bekerja dan jasad akan mereput, seperti arnab keluargaku, si Rabbit, yang kami kuburkan di laman rumah. Molekul-molekul badan akan berpecah dan dimamah cacing, kemudian menjadi baja untuk tumbuh-tumbuhan. Dalam masa 10 tahun, mungkin hanya tulang belulangnya yang tinggal. Dan dalam 1000 tahun, tiada apa-apa lagi yang tinggal. Bagi aku, perjalanan kematian itu sangat indah kerana Rabbit menjadi sebahagian daripada tanaman di laman.
I tried another 2 books, Tuesdays with Morrie and Where Rainbow Ends, but I find it was much easier to translate The Da Vinci Code instead... HAHA, I am also surprised myself. Maybe for a simple fiction, the slang language is variable.

My attempt with Kod Da Vinci.. ahemmm (for anyone who has never read this book, please comment. Ada unsur saspen tak?)

Tanpa membuang masa, Sophie membuka kancing kotak itu. Dia menaikkan penutup berat kotak itu bersama-sama Langdon.

Mereka mengintai isinya.

Pada pandangan pertama, Sophie menyangka ianya kosong. Kemudian, dia ternampak sesuatu. Betul-betul terletak di bahagian dasar kotak hitam itu.

Peti kayu yang tercanai itu sebesar kotak kasut, dan mempunyai engsel yang terukir cantik. Kayunya berwarna ungu gelap dan uratnya jelas kelihatan. Kayu rosewood. Kayu kegemaran datuk Sophie. Terdapat ukiran mawar di atas penutup peti itu. Dia dan Langdon kelihatan bingung. Sophie mencondongkan badannya dan mengeluarkan peti kayu itu.

Beratnya!

Hehe, what do you think?

Wednesday, 26 August 2009

Selera Ramadhan

3 hari berturut makan nasi untuk sahur dan buka puasa, tekak dah naik mual.. Err, tak lalu. Sebab time tak masak, makan la roti dan segala benda lain. Nasi pun buat dinner tak selalu. Suami cakap, takpa, tahun depan buka puasa kat UK, boleh makan roti dan steak hari-hari (kahkah!).

Semalam pula Fahri cirit-birit dan muntah jam 4.30 pagi. Apa lagi, kena dok rumah la. Tinggalkan kejap kat rumah my mom, sebab nak withdraw duit kat TH. Dengar cerita adik-adikku, Fahri melalak sampai berpeluh (habis kebah demam). Masa pergi ambil semalam pun, dia dok nangis sebab ingat Ishu nak lock grill rumah. Padahal, Ishunya punya baik nak bukakan kunci grill.

Erm, sambung cerita selera Ramadhan. Semalam dah tak lalu nasi, kugoreng mee basah.. Boleh la tu, lari banyak dari makan nasi. Air pula, habis kukerjakan juicer buat air epal hijau.



So taraaa... inilah hasilnya menu buka puasa:

1. Mee goreng basah - suami cakap lama tak rasa mee goreng aku masak (yelah, tak mintak, mana nak tau orang tu teringin, hehehe)
2. Sosej
3. French fries
4. Air epal hijau

P/S: Nampak tak bantal biru kecil kat sebelah tu? Tu bantal doll Amni, tapi Fahri dah lama ambil buat harta dia untuk dipeluk.

Alhamdulillah.... hujung minggu ni nak buat roast chicken. Walaupun resipi Aini best, tapi kuharus consider anak-anak tak makan pedas. So confirm akan recycle recipe lama yang mudah dan cepat!

Monday, 24 August 2009

Hari pertama anak-anak saya berpuasa

Hmmm...

Kejut sahur, tengok keropok lekor atas meja pun macam nak / tak nak je telan.
Lepas tu baliklah kampung.

Sampai kampung, jam 10, dah ada budak menangis accusingly, "Abah tak bagi makan..."
Yang kakak pula, senyap-senyap dah ngap roti.

Aduh aduh.. puasa pun yok yak.

Esoknya, kejut sahur pun taknak bangun...

Wednesday, 19 August 2009

Terima kasih TM!

TAWARAN BIASISWA SEPARA PERINGKAT PROFESSIONAL (LUAR NEGARA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan / Puan,

TAHNIAH diucapkan kerana telah berjaya dipilih dan ditawarkan Biasiswa Separa Luar Negara secara sepenuh masa bagi mengikuti pengajian peringkat Program Proffesional. Kerjasama tuan/puan diperlukan bagi memberikan maklumat seperti di bawah sebelum 28 Ogos 2009 bagi penyediaan Surat Tawaran Rasmi.

Maklumat yang diperlukan adalah:

1. Unit/Bahagian:
2. Alamat Pejabat:
3. Alamat Surat Menyurat:
4. Nama dan Jawatan Pengurus Besar:
5. Kursus:
6. Institusi:

Tawaran ini berkuatkuasa mulai JULAI 2009 bagi yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana ipta/ipts (yang diiktiraf oleh TM).

Sila majukan Surat Tawaran dari universiti berkaitan sekiranya tuan / puan telah mendapat tempat bagi penyediaan surat tawaran rasmi. Bagi mereka yang masih belum mendapat tempat, tawaran ini sah sehingga JUN 2010.

Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi

Sekian dan salam hormat.

bp
Yayasan Telekom Malaysia

Tuesday, 18 August 2009

Nesting urge

I am pregnant at 27 weeks and 4 days with my 4th child.

Why I didn't announce the good news earlier?

  1. I got pregnant while I was on IUCD. Yes, I was the selected fews who is not in the 99.2 % success rate (on rarity, I was the one within the 0.8 % group). You can view the table here (courtesy of Mr. Wikipedia). Even the clinic's doctor was stunned when she scanned and saw my IUCD still intact and in working condition.

  2. I have non stop spotting for the first 2 months. Referred to Dr Rahman.

  3. I have complications approaching my third trimester. Shortness of breath, stomach pain.


Even the husband said it was different with this pregnancy, since my previous pregnancies were smooth sailing. Yelah, pergi haji tu time mengandungkan Fahri. And approaching my 30s, it was really tiring. I delivered my kids when I was 23, 24 and 27. This type of tiredness was associated with the 30s lah kot?

Last Friday, Dr Rahman gave me a type of asthmathic medicine (I am not an asthma patient, BTW). He said there is a possibility of the baby having a premature birth since I said to him my stomach hurts at night. He did warn me that my heart will beat faster as usual because of the pill. My emotion was strongly related to work stress.

The baby's umbilical cord is around his/her neck and shoulder. Found out about this when Dr Rahman scanned my baby. Even he explained the consequences of premature delivery (my baby is around 850 grams). Harapnya semua OKlah kan... Ibu mana yang tak sedih tahu anak dalam perut pun boleh stress bila ibu stress, kan?

Today, I went to the clinic, because I have non stop stomach pain since morning. From my urine test, the doctor said my protein level is on high side (protein ++) and she prescribed me ubat air kencing lawas, and I have to drink 3-litre of plain water a day.

My pain went away at 3 p.m.

Please do pray for our health.

Monday, 17 August 2009

The new juicer



Suamiku membawa balik juicer baru Jumaat lepas. Jangan risau, harga dah habis mark down. Hari-hari kami dok minum fresh juice sekarang kat rumah. Yang letih sikit, kena potong buahnya kecil-kecil baru boleh masuk dalam juicer. Tak kisahlah labu...

Hari Jumaat, minum air epal merah (sesi testing).

Hari Sabtu, minum air epal hijau.

Hari Ahad, minum air fresh orange.

Sebab mementingkan kesihatan, jus semua tak dicampur gula atau air hokay... hihihi. Semalam suami dah beli lobak merah untuk aku testing buat air carrot 'o' pula..

Monday, 10 August 2009

"Kamu masih mahu sama aku?"


Baru balik BTN - Kursus Kenegaraan Master PhD ke luar negara. Eh Aini, walaupun terlepas panggilan BTN pertama, sempat menyelit tau dengan mereka ni. I am the only one who will further study in professional paper. Lebih daripada separuh buat PhD, kurang separuh buat Master, dan ada 6 orang untuk sub-kepakaran (highest order medical specialist).

Masuk-masuk bilik hari Khamis, dapatlah pula dikelilingi orang bijak pandai. Sebelah kanan katil, Dr Shikin ditaja HKL untuk sub kepakaran paeditrician spine surgeon (nih bakal pakar bedah tulang / salur darah kanak-kanak) kat Liverpool Children Hospital. Yang sebelah kiri katil pula, buat PhD in Medical Information. Susah gak nak cerita kerja si Yati ni, dia ni antara orang yang buat pamphlet untuk orang awam tentang kesihatan. Jadi selalu jugalah kena meeting dengan doktor pakar untuk memahamkan medical information berkaitan to be translated to the public. Atas katil aku pula, budak TM gak (hehehe, walaupun pakai purdah tapi sangatlah blurrrr), sambung Masters in Biomedic Engineering kat Imperial College. Atas katil sebelah kanan, jumpa lak Sabariah yang dok sibuk nak sambung PhD in Mathematics. So bayangkan ler, kalau dalam bilik tu ada 12 orang; 9 orang buat PhD, 1 orang buat Masters, 1 orang buat sub kepakaran and myself.. yang ado sajalah niii.

Yang dalam bilik aku, semua yang dah berkahwin, suami bakal berhenti kerja jadi house husband. Rata-rata dalam umur 25-35 untuk yang nak sambung PhD. Kira ada seorang kakak umur 40, dah tua la tu di kalangan kami (bayangkan dia berpakaian seragam sekolah di umur ini :P).

Unexpected la bidang Masters/PhD/sub kepakaran deme-deme ni. Yelah, kalau bidang yang macam Engineering, IT, Management, kan macam common. In my LDK group, ada this one medical doctor yang akan sambung Masters in Medical Forensic. Hehe, kerja seriously macam CSI. Siap pergi crime scene investigate kes bunuh tu dengan mengukur jarak percikan darah etc. Kes pertama yang member ni dapat: seorang janda mati ditikam berkali-kali di bahagian leher dan tangan, dan anak perempuan beliau dibenamkan ke pasir sampai mati. Huhu, tu baru first case :P

Other than that ada buat PhD untuk mengkaji penyakit kentang, transportation economy. Masters pun bukan calang-calang deme ni, tak terfikir dek otak course yang diaorang ambil. Sampai ternganga gak la dengar tajuk course tu.. Only me yang ado saja la.. hahahah.

Masuk kem pun sengih-sengih, orang-orang berumur pakai baju seragam sekolah. Siap doktor dalam bilik aku tu cakap, time cari baju, "Akak nak beli baju sekolah anak ke?". Makan pun, alahai, serius terkenang zaman sekolah asrama. Makan dalam tray dan kena basuh sendiri. Masuk bilik air pun beratur.. hahahah. Tiap-tiap kali nak makan kena jerit "Terima kasih penghulu". Kalau dalam dewan pun kena jerit kursus BTN "kenegaraan ke luar negara".

Oklah BTN, seriously macam kursus sejarah. Time ceramah, ada tertidur gak, siap kakak belakang aku geram rasa nak baling pemadam sebab jealous tengok aku dapat tidur dengan tenang. Penat kalau hari start jam 5.30 pagi dan habis lepas jam 11 malam. Tapi my LDK facilitator is very excellent! Teringat mamat sorang ni, agaknya dah dekat time makan, muka monyok gila.. Bila fasi tanya dalam Parlimen ada dewan apa, member ni boleh jawab Dewan Makan dan cakap muka fasi tu dah macam muka ayam.. hahahaha.

Rasanya kalau dah susah nak faham Sejarah tu, boleh la meningkatkan kefahaman bila dah go in depth sambil baca Akta Perlembagaan (ya, kena baca Akta Perlembagaan stail pemahaman peguam). Siap tengok filem "1957 Hati Malaya" tu!

Erm.. tajuk entry ni.. apa kaitan yer? Di penghujung filem Hati Malaya, heroin (Maya Karin) tanya kat hero (Rusdi Ramli), "Kamu masih mahu sama aku?".. ehem ehem

Jadi ketua kem pun ceritalah, kalau dapat e-mail dari peserta BTN ni.. ayat paling lazim dia akan dapat sebagai mukadimah,

"Salam En Yunus,

Kamu masih mahu sama aku?"

Saturday, 8 August 2009

Aku adalah Raja!!

Memandangkan bini aku yg cantik jelita takda sampai senin, aku pun dengan muka tak malu mengisytiharkan akulah raja di rumah. Aku nak tengok tb cerita apa pun, takda sapa nak larang. Boleh laa aku layan dvd2 bola aku yang berapa kangkang anak kera kat atas. Right?? Wronggg. Bila ada gerombolan yg diketuai oleh Fahri, jawabnya pagi petang dok tengok GBS, Dibo, Kapten Boleh, Mickey mouse dan seangkatan dengannyaa.

Heaven

Bila cakap heaven, kat tv dok tayang kita berada di pulau/pantai yang tenang. Sambil mandi manda kat swimming pool, minum Fresh Durian, tersadai kat atas pasir. Tak semua orang camtu. Anak-anak aku suka gila naik motor, especially En Fahri & En Fawwaz. Kalau dok perati mata depa masa naik tu, kita dapat rasakan begitu syoknye dia naik motor tu, macam heaven . Bagi anak2 kecil, benda2 yg mudah camtu la, datangnye seronok, suka, gumbira. Tak perlu diberi kapal selam dan belayar kat Pulau Duyong. Yang simple gitu pun heaven bagi diorang. Beri laa masa sikit untuk diorang, tentu dia akan kata 'Dah besar nanti saya nak jadi cam abah'. Kita yg dok serabut pun tenang kembali bila melihat telatah anak2 kita. Heaven oohhh, bersyukur bebanyak. Mak aiii bau apa yg busuk ni? Aiyaaa Fahri berak lagi. 3 kali dah hari ni...... heaveenn.