Tuesday, 29 September 2009

Fawwaz oh Fawwaz

He bought a container full of biscuits last Sunday, courtesy from his Tok Ayah (who, BTW blogged and FBooked).

"Ibu, nak makan biskut!"
"Fawwaz dah makan kat rumah nek ummi?"
"Dah."
"Fawwaz makan apa?"
"Erm, Fawwaz makan mee, biskut dan burger je."
"Ni perut Fawwaz buncit ni. Nak biskut lagi?"

"Dah, dah, simpan biskut," abah said.

Quite a few people commented Fawwaz looked chubby.
Kalau dia tak makan, lagi kami susah hati kot?

Sunday, 27 September 2009

Full blast Raya!

Tahun ni full swing beraya sebab:

1. Tahun 2007, anak-anak kena demam campak. Ya, gambar Fawwaz beraya di hari pertama dengan chicken pox masih lagi tersimpan sebagai kenangan raya. Bawa jalan raya pun tak boleh, jadi atuk dia belikan anak itik buat dia main kat kampung time orang lain keluar pergi jalan raya. Itik tu, wallahualam, dah jadi apa tah. Masa balik kampung dulu, ada gak Fawwaz tanya pasal itik dia.. Agaknya atuk dia dah bagi orang kot?

2. Tahun 2008, Fahri demam berhari-hari. Dok muntah sampai dehydrated badan. Bawa pergi jalan raya, sampai habis baju raya spare, kena pinjam baju saudara. Seriously kills the mood 2 tahun sekali baru dapat balik Kelantan. Ada lagilah cerita di sebaliknya, sampai rasa macam mak yang sangat teruk, walhal bila pergi klinik, doktor cool jer tengok Fahri. Orang lain yang bising bukan-bukan.

Tahun ni, yehaaa... walaupun boyot, dan jadi chef de mission basuh kain baju berlonggok-longgok (berlonggok ni refer kat entire household, aku buat kerja amal jariah tolong mak mertua), rasa sangat bahagia sebab anak-anak sihat dan tak sakit. Tengok diaorang main dari pagi sampai ke petang time raya pun dah rasa seronok. Sampai tak larat nak bising dah. Fahri sampai koyak baju Melayu, main lari-lari sana sini. Ada sekali tu, anak-anak laki lari pergi tengok ular mati, astagfirullah. Abah merekalah kena pergi hambat budak-budak ni masuk rumah balik.

Yang Amni pula, hari-hari dok main Chuzzle kat laptop adik ipar. Lagipun ada sepupu perempuan yang melayan sekali, apa lagi.. sakanlah main komputer.

Kalau TV channel kat kampung tu jangan cakaplah, budak-budak tu pergi hijack remote control tengok Astro Ceria dan seangkatan dengannya.

Sampai ada sekali tu aku bising, "Ish, asyik tengok channel ni jer, pening laa" - refer to Astro Ceria. Boleh pula Amni jawab balik, "Tadi channel 613, sekarang baru 611." Aik? Channel kartun gak tu..

Letih tu memang le letih, adik ipar perempuan tunggal shift kerja malam dari hari Jumaat sampai Isnin jam 9 malam - 7 pagi. Yang adik-adik ipar lelaki pulak boleh mengadap game bola PS2 dekat 24 jam kot, kuikui. Kalau ikut tak larat, memang lama dah flat sebab mengandung 8 bulan (yelah, I kan chef de mission basuh kain, adala 3-4 kali cycle semi auto washing machine tu baru habis baju sebelah siang, sebelah malam start cycle lain pulak dohhh), dengan nasihat doktor, jangan buat kerja berat-berat sebab air ketuban rendah, baby underweight etc. etc. sampai dah lali dengar warning. Doktor pun tahu aku stress kerja teruk sangat. Ala, raya... bukan selalu pun adik-beradik suami nak kumpul, time raya jelah riuh satu rumah. Kalau aku tak tolong, siapa lagi nak tolong. Kak ipar pun tengah mengandung (2 minggu beza dengan aku). Isteri adik ipar pun mengandung gak (7 weeeks). So yang last kopek, myself, kena tolong apa yang patut. Time adik ipar rehat sebab shift malam, kupun menolong ler susun kuih dan membasuh pinggan.. heheheh.

Hai, kalau ikut badan, lenguh tu jangan cakap ler, kuikui. Happy sebab keluarga semua sihat jer.. Apa-apa pun, gambar raya nanti dululah yer, tadi dah tanya cik abang mana dia letak kamera. Dia tengah layan bola kot kat bawah..

Esok MC. Jumaat lepas jumpa doktor, doktor senyum tengok berat baby dah naik.. Tapi MC tetap jalan.

Thursday, 17 September 2009

Kenapa saya suka Nur Kasih?

1. Sebab Aini promote (ya, baru mula tengok minggu lepas) :P
2. Sebab ayah Aidil & Adam tak mati disebabkan sakit jantung atau barah otak
3. Sebab mak Aidil & Adam tak sakit disebabkan sakit jantung atau barah otak, tapi darah tinggi
4. Sebab kalau order air, Nur tak beli air fresh orange
5. Sebab Aidil tidak bermenung di tangga rumah sambil emaknya menyampuk tanya, "Bila nak kahwin?"
6. Sebab kalau Adam & Nur di kampung, mak dia tak masakkan lauk kegemaran masak asam pedas
7. Sebab bila tulis e-mel, tidaklah buka MS Word dan taip besar-besar. Macam kami ni bodoh pula tak tahu beza MS atau Internet mail
8. Sebab bila Adam jadi boss Nur, dia tidak duduk dalam bilik mewah seperti drama dunia korporat ataupun terus jadi VP syarikat itu
9. Sebab masa Adam duduk kat Australia, dia tak pakai muffler atau baju sejuk macam sejuk sangat la kat oversea tu
10. Sebab saya seorang je kat office tak tengok Nur Kasih, orang laki kat office saya pun layannnzzz

Hehehhe.. mari tambah lagi klise drama Melayu yang tiada dalam Nur Kasih.

Thursday, 10 September 2009

Toys R Us Warehouse Sale


Date: 9 - 13 September 2009
Venue: Dataran Hamodal, PJ (in between Colgate Palmolive factory & F&N Dairies)
Ada seorang akan dapat dump truck Bob the Builder, seorang akan dapat lori sampah dan seorang lagi akan dapat coffee maker dan vacuum cleaner. Esok lusa jangan gaduh pulak berebut nak vacuum cleaner kak Amni korang yer...

Barang baby, ada baby wipes, tak nampak la kat dalam plastik sebesar gajah tu.

Baju baby walaupun dijual, tak beli. VCD dengan buku pun berlambak-lambak. Harga slash off sampai 80 % tu!

Tuesday, 8 September 2009

Mama buyung

Tadi kuterima panggilan dari Tinidewi jam 11.43 pagi
Oh, oh, rupanya member tu nak masuk labour room dah..

Padahal baru semalam dok borak dia cakap macam sakit-sakit. Kalau ikut history, semua anak dia on time / overdue dari tarikh jangkaan.

Agaknya baby no 3 ni tak sabar nak tengok dunia dah!

Terharunya dapat panggilan dari mama buyung nak meletup..

Lynn & Aini terkojat bila aku call tadi.. herher. Lynn kata just nice dia nak berbuka kat MidValley hari ni, boleh la gi jenguk kak Tini kot dah terbersalin malam nanti.

Selamat bersalin mama, moga selamat semuanya. Amin.

Monday, 7 September 2009

My bugging paid off

I have been bugging Kaplan Financial at Manchester for 2010 intake form (like 4 months already). Maybe because the customer representative got tired of me, they issued the form just for my sake.. HAHAHAH

extracts of the e-mails:

Dear Debbie,

May I ask you, can I get the enrolment form to enter Kaplan in Manchester for March 2010 intake?

I'm afraid you wont be able to get an enrolment form for 2010, the best time to request one is in December

Dear Claire, I forgot to ask you, is it possible if I fill the enrolment form for 2009, but I want to take the ACCA course in March 2010? ( I will mention inside the form that it is for the 2010 intake).

I have to get the offer letter from Kaplan first, before I can apply for my unpaid leave and inform my sponsor that I have secured a place to study ACCA at Kaplan Manchester. I will also be on my maternity leave starting November 2009, so I have to act fast.

Hi Aida

You can complete the form for 2009 for courses in June 2010. I have attached a copy of the form.
Hahah, form tu dah dapat hari ni, yeehaaa

Thursday, 3 September 2009

Suami cakap kena banyak bersabar bulan puasa ni.

As sabiron wa minal iman

Sabar.. sabar.. kang banyak kurang pahala puasa.

Wednesday, 2 September 2009

Asal bahagia, sudah laa....

Kerja budak-budak ni time abah dia curfew tak bagi tengok TV. Dah pening la dok tengok Disney channel, Astro Ceria dan seangkatan dengannya.

Fawwaz suka la sangat buat peace sign kalau tangkap gambar, macam takde idea lain.

Hah ni satu lagi, suka betul punggah bantal (hobi lain: suka baca buku, kalau ada 10 gambar fish kat dalam buku tu, ibu & abahnya kena la sebut 'fish' sebanyak 10 kali). Sekali ada pulak partner in crime tolong punggah bantal.

Fahri tampal sticker Transformers kat tangan dia semalam. Asal bahagia sudah la yer... Siap suruh ambil gambar tu.