Thursday, 19 November 2009

Adik is finally home!

Alhamdulillah.. what a relief!

Fateh was admitted to the hospital on Monday evening. He didn't wet his diapers much (only 2-3 diapers per day), and his pee was bloody. We went to his paedetrician immediately. After a blood test, his bilirubin level is at 22.4 (normal reading for babies at 8 days should be 0-10).

Only Fateh was admitted, and I cannot logged in due to very bad eyes infection. That day marked my pumping session for every 2-3 hours till today. I cried and cried wholeheartedly when I saw him under the UV lights.



Adik on his first day of admission



My VERY bad eyes infection


His birilubin level dropped to 17 on the next day, and we were relieved. On Wednesday, it dropped to 12.5 and I breastfeed him at the hospital for 2 sessions (I have an appointment with Dr Rahman BTW). I have to tell the nurses that I want cup feeding when I saw them bottlefeed him (yes, Tawakal Hospital is not a baby friendly hospital yet).

And it really hurts when they keep asking should they top up with formula when I delivered Fateh last week. I even asked for a lactation consultant, but they didn't send one. And what do you expect when the lactation nurses are only around 20-22 y.o., unmarried and could not understand a mother's feeling about naturally feeding her OWN baby?

Since I am at home (3 nights without Fateh), I keep pumping my milk to be send to the hospital. Yes, he was topped up with formula at the hospital, but I am also trying my best pumping every 2-3 hours to pump out milk for him. Takkan nak biarkan anak kelaparan pulak kan?

But then I noticed when I breastfeed him yesterday at the hospital, when I went back, I got double the output than usual. Yes, baby is still the best stimulator for me.

Alhamdulillah, the senior nurse called me this morning and said he can be discharged today. His bilirubin level dropped to 10.2, yey for that!

And he is sleeping peacefully after feeding from me :).

Tuesday, 17 November 2009

My little warrior was diagnosed with neonatal jaundice yesterday. Can't logged in the hospital due to very bad eyes infection. Please pray for the speedy recovery. Can't go to the hospital today because of high fever. Only hubby keep sending my milk to the hospital. Later will update. I am not in high spirit.

Wednesday, 11 November 2009

The birth chronology: Fateh Aqmar

Fateh Aqmar on his 2nd day

Huah, sebab dah ada orang request nak tanya kronologi bersalin, bolehlah nak update sekejap. Maklumlah, dah sampai rumah, alhamdulillah.. heheh.

Ok la, birthday Aqmar sama dengan Fawwaz tau.. Aduh, rupanya adik Aqmar nak tunggu birth date sama ngan abangnya. November babies lagilah, jimat maknya nak beli kek. Kongsi tiga orang (due date Aqmar sama dengan birth date Amni ;) ). Fahri jer special, bulan 4.. ekekek.

9 November tu, dari malam sebelumnya, asyik nak terkucil jer.. Tawaf habis dah shopping complexes kat KL nie, sebab last check up hari Jumaat lepas, baby belum engage. Apa lagi, terus pergi sambung berjalan kat Lake Garden, kawasan sekitar Jalan TAR dan Jusco Wangsa Maju. Malam 8 November, dah masuk toilet ulang alik 2 jam sekali.

Pagi 9 November pula, bangun-bangun je, rasa sakit perut kat lower abdomen. Dok aduh la, tapi sebab tak turun tanda (darah/air ketuban), buat relaks jer la. Pagi-pagi dah telefon kak Tini tanya kalau sakit perut kira contraction ke.. tapi timing lari-lari la. Siap kak Tini pesan jangan tak jadi pulak gi jumpa geng penguin, hahaha. Mujur En Suami insist kalau nak ikut Aini, bawa beg hospital siap-siap. Temankan Aini for personal matters.

Dah tengahari tu, gi MV pulak, last trip jumpa Gang of 4 the penguins. Maklumlah, aku tau kak Tini tu mesti tengah boring kat rumah. Lynn nak ambil aku, dia cakap dia nak suruh Lynn ambil dia kat rumah (ish, mengada betul). Pergi makan kat Popeye's. Sebelum tu, telefon dulu En Suami siapkan GL, kot-kot false alarm dan doktor suruh balik rumah dulu.

Tunggu lama betul Lynn & kak Tini, kitaorang ngap dulu. Lynn kerja hari tu, so dia kan pekerja cemerlang, takdelah nak mengelat tau... Sambil makan tu, ada 2 orang anak dara tengah makan sebelah meja kitaorang. Bila kak Tini & Lynn datang, I told her, "Rasa macam nak bersalin ni, sakit kat perut 20 minit sekali." Yang anak dara 2 orang tu, muka horror tengok aku, and cringed when they heard I am actually in labour... hahaha. Camna la yer dieorang kahwin dan nak bersalin nanti (hmmmm).

Lepas tu gi solat Zohor, Aini & kak Tini kata nak gi MPH. Lynn dah masuk office masa tu, jadi aku pun ikut la.. Kak Tini, as usual, memang semangat beli buku. Siap tanya kitaorang kot-kot ada buku yang dia terlepas nak beli. Sambil dok timing contraction jam 2 petang tu, bagilah pendapat untuk dia beli The Time Traveller's Wife. Dok sok-sek kat deme, rasa nak bersalin dah ni.

Aini pun zoom hantar kak Tini jam 3 petang. Aku call En Suami untuk tunggu kat klinik Dr Rahman. Bila datang jer, dengan meredah hujan lebat (Aini, jangan laju sangat bawa kereta), aku jumpa kak Ros, insist nak jumpa Dr Rahman. Dr Rahman lak muka dah monyok, agaknya nak tutup klinik kot sebab masa datang tu dah jam 4 petang.

Sekali doktor scan, "Dah engage ni.."
"Yelah doktor, tawaf dari hari Jumaat sampai Ahad."

Then doktor seluk, "Dah 4 cm ni.. Admit terus ke labour room."
Aaaaaa? "Tapi tak turun tanda pun?"
"Tak perlu turun tanda nak bersalin, mujur awak cepat, takut bersalin dalam kereta je."
"Doc, nak request epidural."

Terus kak Ros bawa aku pergi labour room, Aini jadi kuli angkat beg dan En Suami pun masuk kat labour room sekali.

Jam 4.30 tu, siap call Ummi, orang office cakap nak bersalin. Siap gelak-gelak lagi. Maklumlah, memang tak rasa sakit lagi.

Jam 5, Dr Rahman suruh suntik epidural terus. Sebab dia tau history tumpah darah lepas bersalin with Fawwaz and Fahri, memang confirm la duduk dalam labour room tu lama. Dr Hakim pun datang suntik.

Jam 5.20 Dr Rahman datang, dia seluk lagi, dah 8 cm. Muka serius terkejut sebab tak sangka cepat sangat. Yelah, baru 1 jam dari checkup ngan dia kat bawah, dah terbuka lagi 4 cm. "Nurul, tak sakit dah. Kan pakai epidural." Rasa nak tendang je doktor masa tu, sebab epidural tak ambil effect lagi. Dia terus pecahkan air ketuban. Hadoi, sakitnya mak ai..

Siap Dr Rahman pergi buat D&C dulu kat OT. Nurse timing contraction. Jam 6 petang dah terbuka 9 cm. 6.10 petang tu nurse seluk, dan ada training nurse pun seluk sekali.. adei la.

Sekali jam 6.20 rasa cam nak meneran, apa lagi, nurse suruh push dulu kasi buka jalan sementara tunggu doktor. Doktor turun sambil suruh push, siap cakap "Mimik muka jer lebih tu, push lagi." Time ni pun rasa nak tendang Dr Rahman lagi, berapa kali mau push daa.. Lebih 10 kali push (same as Fawwaz & Fahri, tak terkira dah).

Jam 6.30 petang, selamatlah Aqmar keluar. Alhamdulillah, rasa lega sesangat. Dan cepat benar bersalin, sakit betul-betul lepas dia pecahkan air ketuban tu 1 jam lebih jer.

Sambil doktor menjahit tu (wah cam jahit baju pulak kan.. kakaka), dia cakap "Awak ni, pakai IUD pun terlepas."
"Takpelah doktor, ada orang susah nak dapat anak, alhamdulillah, kami ni senang pulak."

Masa ni En Suami takde dah. Time doktor jahit, memang dia selalu takde, sebab dia fobia lepas tengok time Fawwaz keluar dulu, teruk sangat koyaknya.

4 stitches only, alhamdulillah. Badan pun rasa sihat dari bersalin sebelum ni. Cam biasa, duduk kat labour room tu sampai jam 12 tengah malam sebab darah keluar banyak. Rahim jer rasa sakit lebih, sebab dah beranak ramai.

Nih gambar penaja bersalin saya *muahs*, bersama anaknya (yang penting, kena pakai jaket company tu, pekerja cemerlang katakan)...

Eh bang, sengih lebar tuuu :)

Tuesday, 10 November 2009

New baby

Selamat melahirkan Fateh Aqmar pada 9 Nov jam 6.30 petang.

Sunday, 8 November 2009

Buasir oh buasir

Remember this post?

Huah, kupergi klinik hari Rabu lepas pun, masih tak surut sakitnya. Nak duduk tak boleh, nak baring telentang tak boleh.. aduh sakit-sakit. Tapi perjalanan ke toilet lancarlah pula, sebab ku hari-hari minum jus prune Sunsweet. Yang doktor kat klinik tu pun satu, tak tengok pun tahap kecederaan buasir tahap mana.. Dah kronik sesangat dah.

Hari Jumaat pergi jumpa Dr Rahman. Haha, Dr Rahman pun just prescribe ubat je (takde nak tengok-tengok ni). Dia cakap nak bagi ubat peluru, tapi seramnya nak sumbat. Lepas tu doktor pun cakap, ubat peluru untuk mengecutkan buasir.

Gel Xyloproct kena tekan masuk dulu kat situ, lepas tu baru sumbat ubat peluru.

Kupula dok imagine ubat peluru ni dari kapsul la, sakit la adoi la. Rupa-rupanya, macam ubat tiub bentuk kapur, lembik jer... hehehe, suspense. Tapi serius tak boleh pakai sendiri, kena minta tolong En Suami.

Lepas doc prescribe ubat, terus balik sumbat kat rumah.. Lega rupanya, ubat peluru tu untuk kecutkan buasir.

Alhamdulillah, hari ni masih buasir lagi, tapi dah kuranggg sangat sakitnya.

Friday, 6 November 2009

Wednesday, 4 November 2009

Sang Pemimpi



Anda teruja? Saya SUNGGUH teruja... Laskar Pelangi saya dah ulang tayang banyak kali. Rugi kalau filem sekuelnya tidak masuk pawagam Malaysia.

Tengoklah siapa yang memerankan watak Arai? Ariel Peterpan!

Tuesday, 3 November 2009

Aduh, dah nak due ni boleh lak buasir

Penjagaan Kebersihan: Atasi masalah buasir

Prof. Madya Mohamed Isa Abd. Majid
Pusat Racun Negara

Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Jenis kedua ialah buasir luaran di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak.

Dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.

P/S: Bilalah baby dalam perut ni nak keluar?