Thursday, 28 January 2010

Fateh oh Fateh


Dalam ramai-ramai anak, dialah yang paling menduga saya.

  1. Mengandungkan Fateh paling teruk, saya muntah siang malam. Berat tak naik walaupun dah 5 bulan mengandung. Sampai ke hujung kehamilan, badan asyik rasa sakit-sakit.
  2. Fateh sepatutnya dilahirkan secara C-sect, tetapi takdir Allah menentukan segalanya. Kalau ikut adik ipar, bakal si doktor, kemungkinan untuk kedudukan bayi songsang berpusing ke normal di hujung kehamilan hanyalah 1 %.
  3. Lambatnya Fateh keluar, pada 39 minggu 2 hari (dibandingkan dengan kakak dan abang-abangnya yang lain). Tetapi, time nak melahirkan.. tak sempat-sempat nak tengok dunia, anakanda ku oi.
  4. EDDnya sama dengan tarikh lahir Amni, tetapi dia dilahirkan pada tarikh yang sama dengan Fawwaz. Dan hanya dia dilahirkan pada waktu petang.
  5. Fateh dimasukkan ke hospital kerana bacaan tinggi untuk neonatal jaundice, kemudian bersambung dengan breastmilk jaundice.
Pasal penyusuan pula:
  1. Pemberian susu melalui botol ketika dia dimasukkan ke hospital, lalu saya terpaksa 'bergaduh' dengan Fateh selama seminggu untuk membuatkan dia suka semula kepada penyusuan ibu.
  2. Dia menyusu secara salah selama 50 hari lebih, lalu terpaksa saya bertemu LC kerana tidak mahu putus penyusuan.
  3. Susu pula, aduhai, mula-mula memang melimpah ruah. Tapi masa kesakitan sebab anakanda salah latch, tak pam sangat. Jadi kais mengais hasillah kerjanya.
  4. Nipple crack lama bila menyusukan Fateh. 2 minggu baru heal, biasanya. Saya sekarang perah pakai tangan. Hasil 3 botol, tetapi Fateh minum 5 botol! (Saya tak campur FM lagi).
  5. Fateh tersalah latch balik semenjak dia dihantar ke taska. Lalu saya kena ajar dia semula untuk menyusu secara betul. Ini masih lagi terjadi.
  6. Fateh tidak suka menyusu sambil baring, jadi saya kena menyusu sambil duduk.
Tetapi dalam kepayahan itulah, semangat saya turun naik turun naik dengan penyusuan ibu. Tukang tiup semangat hari-hari.. fuh suami lah! Suami saya memang bersemangat bab penyusuan ibu, jadi dia tolong hantarkan saya ke hospital untuk bertemu LC. Semalam pun mengagau memikirkan di mana nak cari lobak putih, untuk isterinya ni.

Tapi Fateh ni, dalam ragamnya itu, dia senang tidur malam. Jaganya sekali dua sahaja. Mungkin memahami ibunya ni keletihan :).

Dan saya masih lagi exclusive breastfeed anakanda Fateh ini. Moga panjanglah perjalanan kami kali ini..

Tuesday, 26 January 2010

Ada boleh lupa username dengan password internet banking Bank Islam?
Lepas tu telefon customer service, ya Allah, busy memanjang!

Monday, 18 January 2010

Ulasan buku: Jaja & Din


Cinta pandang pertamakah ini...

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung
anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:
Abah dan uminya rasa [♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...
Ini bukan buku sambungan Nyanyian Tanjung Sepi.

Ini cerita Faiza, anak sulung Dr. Badrul Hisyam dan Dr. Haslina (rakan baik Dr. Aqmar Aziz) yang berambut perang selurus pembaris, berkening cantik, seorang media planner, jatuh cinta kepada seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar, Burhanuddin al-Helmy.

Aduh-aduh, panahan cinta membuatkan jantung Jaja melompat ke kepala rupanya! Novel ini sungguh menarik, kak Noor Suraya lari dari kebiasaannya. Ditulis kisah ini dengan bahasa santai-santai, dari perspektif Jaja (iya, novel ini kelakar!).

Alahai, Jaja, yang sembahyangnya celum-culam, mewarnakan lagi rambut, bertudung jauh sekali, jatuh cinta kepada sekeping gambar Ustaz Din yang diambil rakannya di persimpangan jalan. Ustaz Din sedang berteleku dengan penuh tenang di tepi kubur seseorang.

Bermulalah pencarian Jaja, kerana nanar dengan cinta. Siapakah di dalam sekeping gambar itu? Lalu Jaja mengusung gambar itu di dalam dompetnya ke mana-mana, dengan alasan membayar royalti gambar yang digunapakai untuk iklan yang diterbitkan olehnya.

Pencariannya memakan masa bertahun-tahun, dan disamping itu diselitkan dengan insiden secara ketidaksengajaan, menyatakan betapa hampirnya Jaja dalam usahanya untuk bertemu dengan Din, tetapi seringkali tidak terjadi.

Lantas, apabila Jaja sudah mengetahui butir-butir Ustaz Din dari Hatim (sepupu Din), secara kebetulan pula, kerana Hatim memasang perabot kayu di rumah Jaja (lantas terjumpa dengan iklan yang menggunakan gambar Din dibingkaikan), bermulalah misi Jaja menambat hati Din.

Jaja memohon Dr. Aqmar Aziz dan ibubapanya meminang Ustaz Din untuknya. Aduhai Jaja!

Novel ini santai, tetapi menyentuh perasaan. Ada ketika kita akan ketawa, dan sedetik kemudian menangis. Jaja, yang sanggup menerima Ustaz Din yang tidak punya apa-apa, bersuamikan seseorang yang inginkan syahid. Lalu kisah ini diuntaikan dengan kisah-kisah wanita Islam gemilang, kisah para nabi, kisah dari al-Quran.

Din menerima Jaja dek dilamar Dr. Aqmar Aziz, dengan syarat, Jaja harus melepaskan dia ke Afghanistan untuk panggilan syahid! Lalu Jaja tersenyum-senyum, menyimpan nanar cinta 2 tahun lamanya, apabila Din sanggup memperisterikannya.

Bermulalah kisah Jaja belajar jadi zuhud, yang agak-agak seringkali lucu, tetapi menginsafkan. Insiden Jaja membakar kepingan kitab lama tulisan Jawi Din juga, agak tulus dan kelakar, akibat Jaja tidak pandai membaca tulisan Jawi. Ataupun ketika Jaja di rumah mertua, tertidur sehingga ke tengahhari buta, dek kepenatan, ditegur Din.

Jaja oh Jaja!

Dan kisah Din yang menawan hati Jaja, yang biasa-biasa (tetapi diluar biasakan). Din membawa ikan sawah untuk Jaja bela atau Din membelikan peha ayam goreng apabila Jaja menyatakan teringatkan ayam goreng mamanya.

Din, menyifatkan Jaja seorang yang bersifat kebudak-budakan, walaupun beliau merupakan kakak sulung.
Din, mempunyai tanggungjawab berat, apabila perlu melentur Jaja dari rebungnya.
Din, yang meninggalkan Jaja untuk menunaikan tanggungjawab mempertahankan Afghanistan.

Insya Allah, kisah ini, Jaja + Din = We live happily ever after, insya Allah.

Tapi jangan sekali-kali menyelak ke bab akhir untuk mengetahui penghujung kisah Jaja & Din ini, kelak dimarahi Jaja kerana skip-skip membaca.. hehe

Cuba teka apa saya buat?


Thursday, 14 January 2010

Nasi lemak

Semalam buat sambal ikan bilis. Konon nak buat nasi lemak (tapi takde santan).

Suami balik, sambil makan nasi, "Kalau buat sambal sotong ke udang ke lagi best!"
Sabar jelah, puji-pujilah masakan saya tu sikit.. hihi

Sunday, 10 January 2010

Of weddings and engagements

Attending your cousin's wedding makes you feel old. Seriously.

This cousin of mine used to play masak-masak with us, and when we were small, we visited her house every week. That's how close we were.

Oh, don't get me wrong. We are still close knitted as ever. When we met, we can talk about the highs and lows of life. Kadang-kadang cerita biasa pun gelaknya besar! Even my aunt worked in the same company as us. A loyal T* employee, I should say. Wonderful aunt, uncle and a bunch of crazy cousins.

So when our cousin got married, we do feel jaded. Cherishing the childhood memories, wishing we were young back again. Even when she was photographing with wedding suits, we were busy being self appointed 'artisitic directors', giving her pointers on how to act naturally in front of a camera, and even saying to the cameraman that he should shoot from this angle, or that angle.

'Ili, kenapa tak ambil gambar duduk? Suruh cameraman shoot dari atas.'
'Buat gaya macam ni - jumping for joy!'
'Hah, ni semua macam nak dera Ili jer..'

It was fun, meeting all the extended family from my mom's side. And heck, I haven't meet some of them in years! It's just, when we met, we just click all along. Updating about each other's life. Laughing merrily. Talking nonsense. Even updating Facebook with them.

'Eh Fatin, add kak Aida ok?'
'Ayah Mad ada Facebook, tapi Fatin taknak add. Ayah Mad garang.' I was rolling my eyes at that remark *lol*

And when I was sitting down in that hall, my cousin (the bride's brother), showed us his girlfriend.

'Kak Aida, yang duduk sana tu girlfriend Aizat.'
'Huh, yang mana? Tak nampak lagi nie.'

I was like, WHAT? Oh yeah, I forgot, we have grown up. Aini went to her table to gawk at her. *hahaha*

And when I saw my beautiful cousin with her turquoise dress entered the hall, sitting on her dais, I was smiling and thinking, 'Oh, how long we have come. '

To my cousin, wishing you many happy returns...

It is funny to be reminded on how time flies. We only noticed our kids growing up, but we never noticed that we are also flying in times.

Thursday, 7 January 2010

Luahan hati I

Kenapa bila dah semakin tua, aku makin sensitif?
Mungkin sebab ada soul mate yang sanggup mendengar luahan hati seharian aku?
Terima kasih ye bang!

Dalam hidup aku, aku selalu dibayangi orang lain.
Aku selalu mengalah.

Bila mak cakap macam ini, aku ikut.
Bila mak cakap macam itu, aku ikut.
Aku selalu menurut kata mak.

Bila mak bising-bising, aku diam.
Aku memang akan diam selama mak bercakap.
Sebab aku memang dikenali sebagai anak yang sentiasa mengalah.

Aku tak tahu nak cakap apa dengan mak kalau aku duduk berdua dengan mak.
Aku tak tahu nak cakap apa dengan mak kalau mak di hujung talian.
Aku rasa macam makan nasi berlaukkan pasir kalau nak mulakan butir bicara dengan mak.

Aduh hati, kenapalah payah benar?

Aku tahu mak sayang aku.

Cuma perasaan aku yang dipendam selama ini, mungkin orang lain tak faham. Kerana aku sentiasa mengalah.

Monday, 4 January 2010

Amni enters primary school

Masuk kelas 1 Maju buat sementara waktu.
Sama dengan kelas ibunya, makcik-makciknya masa kecil.
Apakah? Dejavu.

Ibunya tak pergi, jaga adik kat rumah.
Tapi abahnya kedengaran agak panik.

Gambar? Nantilahh.. dalam handphone abahnya

Nanti Amni umur 20 tahun, ibunya berumur 43 tahun.
Haha, senang, anak-anak dah besar masa tu.