Monday, 18 January 2010

Ulasan buku: Jaja & Din


Cinta pandang pertamakah ini...

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung
anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:
Abah dan uminya rasa [♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...
Ini bukan buku sambungan Nyanyian Tanjung Sepi.

Ini cerita Faiza, anak sulung Dr. Badrul Hisyam dan Dr. Haslina (rakan baik Dr. Aqmar Aziz) yang berambut perang selurus pembaris, berkening cantik, seorang media planner, jatuh cinta kepada seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar, Burhanuddin al-Helmy.

Aduh-aduh, panahan cinta membuatkan jantung Jaja melompat ke kepala rupanya! Novel ini sungguh menarik, kak Noor Suraya lari dari kebiasaannya. Ditulis kisah ini dengan bahasa santai-santai, dari perspektif Jaja (iya, novel ini kelakar!).

Alahai, Jaja, yang sembahyangnya celum-culam, mewarnakan lagi rambut, bertudung jauh sekali, jatuh cinta kepada sekeping gambar Ustaz Din yang diambil rakannya di persimpangan jalan. Ustaz Din sedang berteleku dengan penuh tenang di tepi kubur seseorang.

Bermulalah pencarian Jaja, kerana nanar dengan cinta. Siapakah di dalam sekeping gambar itu? Lalu Jaja mengusung gambar itu di dalam dompetnya ke mana-mana, dengan alasan membayar royalti gambar yang digunapakai untuk iklan yang diterbitkan olehnya.

Pencariannya memakan masa bertahun-tahun, dan disamping itu diselitkan dengan insiden secara ketidaksengajaan, menyatakan betapa hampirnya Jaja dalam usahanya untuk bertemu dengan Din, tetapi seringkali tidak terjadi.

Lantas, apabila Jaja sudah mengetahui butir-butir Ustaz Din dari Hatim (sepupu Din), secara kebetulan pula, kerana Hatim memasang perabot kayu di rumah Jaja (lantas terjumpa dengan iklan yang menggunakan gambar Din dibingkaikan), bermulalah misi Jaja menambat hati Din.

Jaja memohon Dr. Aqmar Aziz dan ibubapanya meminang Ustaz Din untuknya. Aduhai Jaja!

Novel ini santai, tetapi menyentuh perasaan. Ada ketika kita akan ketawa, dan sedetik kemudian menangis. Jaja, yang sanggup menerima Ustaz Din yang tidak punya apa-apa, bersuamikan seseorang yang inginkan syahid. Lalu kisah ini diuntaikan dengan kisah-kisah wanita Islam gemilang, kisah para nabi, kisah dari al-Quran.

Din menerima Jaja dek dilamar Dr. Aqmar Aziz, dengan syarat, Jaja harus melepaskan dia ke Afghanistan untuk panggilan syahid! Lalu Jaja tersenyum-senyum, menyimpan nanar cinta 2 tahun lamanya, apabila Din sanggup memperisterikannya.

Bermulalah kisah Jaja belajar jadi zuhud, yang agak-agak seringkali lucu, tetapi menginsafkan. Insiden Jaja membakar kepingan kitab lama tulisan Jawi Din juga, agak tulus dan kelakar, akibat Jaja tidak pandai membaca tulisan Jawi. Ataupun ketika Jaja di rumah mertua, tertidur sehingga ke tengahhari buta, dek kepenatan, ditegur Din.

Jaja oh Jaja!

Dan kisah Din yang menawan hati Jaja, yang biasa-biasa (tetapi diluar biasakan). Din membawa ikan sawah untuk Jaja bela atau Din membelikan peha ayam goreng apabila Jaja menyatakan teringatkan ayam goreng mamanya.

Din, menyifatkan Jaja seorang yang bersifat kebudak-budakan, walaupun beliau merupakan kakak sulung.
Din, mempunyai tanggungjawab berat, apabila perlu melentur Jaja dari rebungnya.
Din, yang meninggalkan Jaja untuk menunaikan tanggungjawab mempertahankan Afghanistan.

Insya Allah, kisah ini, Jaja + Din = We live happily ever after, insya Allah.

Tapi jangan sekali-kali menyelak ke bab akhir untuk mengetahui penghujung kisah Jaja & Din ini, kelak dimarahi Jaja kerana skip-skip membaca.. hehe

25 musings:

me01my said...

waahh best best..ulasan yg sempoi buat sy tertarik nak cari buku ni..sure citer dia sgt menarik kan...akak kalau buat novel sure best!

Nieza Ishak said...

tadik aku nak pi cari buku ni kat mph s.parade .. takde lorr .. kalo idok malam ni gigih baca smp mata bengkak hihihi ( tak tdo mlm ..hihi)

Asu Bahiyah said...

Uiks...beli kat mana?? Nak jugak....

Ummu Auni Afif said...

wah dah ada book review gitu :P
promo promo

الوردة الشوكية said...

Salam Kak Aida,
penah baca dafodil untuk insyirah? suka kalau Kak Aida kumen :)

CT said...

uwaaaa i wanna read too......xpe xpe...will find d book n read...:)
rasa2 bleh bertahan nak tunggu sampai pesta buku...ehehehe

aida said...

fathiah.. dulu dulu dulu, ada menulis. tapi idea kering la dik. kalaulah ada idea macam kak su, oh seronoknya. mungkin jantung akak akan melompat ke kepala (bak kata jaja!)

nieza/asu, korang tayah susah-susah gi kedai buku, tengok sini... http://www.jemariseni.com/01/senarai-buku/96-disember-2009-jaja-a-din-noor-suraya.html (harga online murah lo = rm 18 saja)

syira, dafodil untuk insyirah? pernah telek, tapi kenapa la ala lembap tak berminat. akak ni, walaupun mak budak, suka baca buku ain maisarah yang siri aku mahu tu (heheheh)

kak ct, yer ke boleh tahan sampai pesta buku? ermmm ermm *nanti jantung kak ct pulak jatuh ke perut, teringat dr aqmar aziz dalam novel ni, hiks*

aida said...

ops aini, nampaknya dah nanar dengan ustaz din ke atau dr aqmar aziz? hiks

CT said...

eh mcm nak banya nts balik aaa huhuhu...ku harus miliki buku ini..bukan setakat membaca sahaja...

aida said...

buku NTS dah takde tau kak kalau cari kat mana-mana kedai (even kedai CESB!). kalau nak beli, try directly contact puan noor suraya :)

CT said...

wohohoho sampai gitu sekali..okeh..thanks for ur info

puterikiut said...

aidaaaaa... buku ni mmg dah msk dlm list KLIBF2010..tak sabarnyerrr...

aida said...

Loh k nieta, tadi call kak ct, kiteorg ingat akak dah beli. Maklum la, akak kalu beli buku, kan kena bawa troli pasaraya satu. Hiks

Nida said...

so interesting, dah cover gambar kartun..I like!

aida said...

best kak da... buku ni buku ala-ala novel islamik, tapi tak all preaching, very santai

ieka said...

aida, ko mmg peminat kak suraya ni kan.. hehe Dr Aqmar? aduhai.. ku hampir2 beri nama nur khulida kat anak, dengan harapan dpt menantu cam Aqmar.. ahhaha tapi abah dia plak tak setuju... hehehe

CT said...

alamak....x bleh tahan aaa...aida..nak pinjam balik NTS bleh? huhuhu

Aidura Sofiee said...

adoiii akak pernah ternampak buku ni tapi tak terfikir la pulak nak membeleknya masa tu... :P

Ummu Auni Afif said...

untuk kawan2 di TM tu, apa susah, saya tolong belikan buku tu di minerva, dapat 20% off lagi. jangan beli di pustaka mukmin, tak ada diskaun ok??

Ummu Auni Afif said...

ops tolong beli kat orang hari tu. ingat nak pi minerva lagi. tapi tak sempat tadi, dah beg berat mcm batu. oh ya, minerva tutup masa solat jumaat ye. lepas ni nak usha minerva lagi, hihihi

CT said...

mana lagi murah, beli 20% off from minerva ke masa KLIBF 2010 nanti...eheheh

ecah said...

adoi...adoii...mesti beli!!!!

Puan Hanis said...

Dasatnya ulasan puan limau nih membuatkan hatiku bagai digaru-garu untuk membaca kisah si jaja dan din ini.

Aduhai dik aini..minerva tuh di mana yek?

the author said...

bestnyer ulasan aida,
buatkan diri ku tergedik2 nak baca. hehe
-kaknajah-

Ummu Auni Afif said...

kak CT, masa KLIBF esok, mesti 20% juga. percaya tak? sebab buku ni hot from the press gitu. selalu novel lama dpt 30% off. minerva tu di jalan TAR, lepas sogo sikit, menghadap pustaka mukmin (branch besar)

minerva pun ada 2 branch. pergi second branch, sebelum jumpa coliseum

ye, saya sudah beli buku ini :P

Post a Comment