Tuesday, 30 March 2010

New purchase for the month

Dah bawa berjalan ke carboot sales pun.
Aduh, kalau beli kat Malaysia ni.. mau kopak poket.



Anyway I love the countryside (where the carboot sales take place). Terasa macam duduk dalam cerita Jane Austen jer Aini (jangan jealous!) :P



P/S: Hari ni dapat broadband 10 MB. Jangan jealous noks!

P/P/S: Oh, carboot sales dapat 2 car seats jenama Graco 13 pound, stroller 2 seater 12 pound (boleh sumbat masuk Fateh dan Fahri dalam tu), booster 50 pence, seterika 1 pound.. hahaha. Tak kisah ler used items, janji murah :P (Buku jangan cakap la, 20 pence each :P)

Tuesday, 23 March 2010

Hujan emas di negara orang?


Semalam balik rumah, hujan remang-remang gitu. Padanlah rasa macam duduk dalam ice box, rupanya hujan air batu!


Tengok budak-budak ni, siap kutip air batu tu. Pagi tadi pun beku lagi, masih wujud ais kat luar rumah.

Sunday, 21 March 2010

Hello from the cold land!

 Untuk kawan-kawan ibu, kami selamat sampai di Manchester pada 17/3 jam 8.30 pagi.

Ibu saya tak ada masa nak berFB, berblogging dan seangkatan dengannya. Sejuk wooo.. Auntie Baiti ambil kami sekeluarga kat airport. Macam mana la auntie Baiti boleh tahan dengan kerenah kami berempat ni? Adik dengan abang Fahri dok nangis je dok dalam kereta auntie Baiti.

Lepas tu,  kami dok dalam rumah pun kena pakai sweater. Sejuk, sejuk. Tu pun, auntie Nabilah cakap dah tahan sikit. Kalau kami datang 2 minggu sebelum tu, confirm LAGIII sejuk... Brrr.

Ibu tak bagi kami mandi. First day mandi, terus kami selsema dengan batuk. Abang Fahri pulak boleh main baling air luar bath tub. Faham-faham jerla rumah kat sini, bilik mandi bukan waterproof macam kat Malaysia. Abang Fahri keluar rumah pun taknak pakai sweater, terus demam.

Kami semua tidur jam 7 malam, bangun jam 3 pagi. Jet lag punya pasal. Ibu? Mujur tak jet lag. Esok pergi register kelas, terus ada kelas. Ibu setakat ni dah 2 kali pergi bandar. Tapi semua sebab nak settlekan urusan kelas.

 Ni pula gambar kak Amni & abang Fawwaz naik tram. Tok Ayah bawa diaorang pergi. Adik dok rumah, ibu tak bagi keluar sebab selsema dengan batuk tak habis-habis lagi.

Adik baru pergi rumah auntie Baiti. Auntie Baiti tolong jaga time abah dengan Tok Ayah pergi solat Jumaat. Masa tu ibu dah kena pergi kelas.


Oklah, sebelum adik mengundur diri, ni posing macho dari adik untuk kawan-kawan ibu (especially auntie Baiti sebab dia nak baby.. hihihi). Jangan ditanya kenapa sweater tu warna pink, ibu recycle kak Amni punya :P

Friday, 12 March 2010

I know this sounded lame..

..but my husband got the first 1000 CDs with the special stamps included. Masuk waiting list tu. Booked by him yesterday, and got it by today. Siap tunggu orang tu hantar kat kedai muzik! MWAHAHA.

Paling penting setem special edition tu ^_^. He is SO into Faizal Tahir. Tapi.. tapi.. memang best lah lagu dalam CD ni.

Thursday, 11 March 2010

Fateh's first milestone


Dah boleh meniarap! ^_^

Tahniah adik!

Walaupun resultnya power, rupanya tak boleh lagi potong kak Aini.. hehehe.

Ingat pesanan kak Aida, hadiahnya claim ngan Ayah. Tiket gi London satu! Muakakaka

Tuesday, 9 March 2010

Mak borek, anak rintik


Ini Amni memakai tudung. Ini apa dia tulis penjuru sebelah kanan kertas (sempena kem motivasi):

Saya rajin membaca buku cerita

Oh anakku, anakku.. orang lain tulis 'Saya rajin pergi sekolah' atau 'Saya rajin buat kerja rumah', dia boleh tulis statement macam ini.

Versi malasnya - sama macam Ibu. Versi merajuknya - sama macam Ibu. Versi baca buku cerita - pun sama macam Ibu.

Oklah, sejuk hati Ibu. Menurun minat membaca buku kat anak-anak.

Oh Ahad lepas pergi tengok Alice In Wonderland (special screening before 11/3 -release date). Singgah Kinokuniya, tengok 2 hero dah sibuk angkat buku. Suruh simpan balik. Nanti kita cari buku murah kat carboot sales yer!

Friday, 5 March 2010

Basic Baked Macaroni/Spaghetti

Ada orang kata built in oven I tak berasap.. kahkah. Semenjak menjadi temporary housewife ni, rajin masak tau. Suka western cuisine. Lagipun kan senang cari barang kat Manchester. Tak payah susah-susah nak beli daun kesum dengan Baiti, betul tak? :P

Walaupun nampak cam hangit.. tapi sebenarnya overbaked sikit. Dialog petang tadi, sambil tukang masak tengah main game Mahjong Titan,
"Eh bau kat dapur ke?"
Dan suaminya pun menjawab, "Hah, betul."

Tau-tau jer dah hitam cheese layer kat atas baked macaroni. Huhu.. tapi "hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam tetap sedap" <-eh tak ryhme pulak! :P. Yelah, dah instruction kata 30 minit, rupanya 10 minit bake dalam oven pun dah cukup.. haha, tengah syiok main game katakan.


Rupa buruk, tapi isi sedap (boleh dimaafkan <-ni statement tukang masak angkut bakul sendiri)


Inilah rupanya kalau betul-betul time nak ngap. Suami menambah-nambah je kerjanya.

Resipinya mudah ajo, meh I pastekan kat sini:

Basic Baked Spaghetti

Ingredients
3/4 pound lean ground beef - tadi rajin terlajak, rebus ayam, lepas tu shred je ayam tu.
1 (16 ounce) jar spaghetti sauce
1 pound spaghetti - ganti with macaroni atau seangkatan dengannya
1 cup shredded mild Cheddar cheese - nih versi malas, beli je Kraft cheese keping, tak shred pun, tempek jer atas hidangan.

Directions
1.Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). In large skillet, cook hamburger until brown. Mix spaghetti sauce into skillet. Reduce heat and simmer.
2.Meanwhile, bring a large pot of lightly salted water to a boil. Mix in pasta and cook for 8 to 10 minutes or until al dente; drain.
3.Mix together spaghetti and meat mixture, pour into 9x13 pan. Top with cheese and bake for 30 minutes, or until heated through and cheese is bubbly.

Wednesday, 3 March 2010

Buah hati saya

Anak-anak yang lain pun buah hati juga :)

Monday, 1 March 2010

Rantings, here and there

1. Today I am salary-less. I am officially on unpaid leave till 28 February 2011. My MIL's reaction - what? you don't have salary anymore? how do you guys will survive?
And my answer is: Insya' Allah, Insya' Allah. It will not be easy. I don't have pocket money anymore. But we do save.

2. My husband's cousin was the one who was murdered in Australia recently. Wow, I didn't realise he became quite a celebrity in international news. We went back to Melaka just for his burial. Even the Chief Minister came.

3. Ah yes, the question on everyone's mind. What happened. Our visa were rejected, I forgot to include one documentation which is my ACCA membership no. and notice of exemptions. 1 visa processing is RM 849. * 6, you will know the total loss. I have not cried yet, except for one time. And that's because I remembered Fateh being warded last November. And to compare the test that we were in, it was not as hard as seeing Fateh in an incubator and I was crying there slowly, watching and praying that my baby is allright.

4. I have become a temporary housewife for the moment. Pray for me, UK border have a new ruling on offer letter for international student starting 22 February (the day our visa got rejected). We were waiting for that one letter only for us to proceed back with our visa. And this I mean SOS! SOS! SOS! since our flight is on 16th and we have not submitted our visa application yet (processing take 5 working days!)

5. Of all the rantings, this one tops the chart. No electricity at home yesterday. Frozen EBMs were thrown away (Hany, takde rezeki buat Fudhayl gamaknya). Aduh dugaan dugaan.

O Allah, we know You never deserted us. Help us during our trials and tribulations.