Saturday, 31 July 2010

Sekitar Colchester

Lepas balik dari Cambridge, Azie & Nazz bawa kami berjalan sekitar Colchester. Lepas makan-makan di Colchester town (bandar yang sangat aman untuk berkeluarga).

Ke Colchester Park, best managed park in the UK.

Bunga di sana sini. Nazz cakap masa datang musim salji, siap berski kat sini..

Depan Colchester Castle. Kurus betul la si Nazz.. mujur larat je melayan kerenah anak-anak instant.

Budak-budak beraksi di taman.

Main golek-golek di padang. Nih si Nazz lah yang mengajarnya.. hahah. Apa lagi, layan jela kan budak-budak ni. Mujur takde lagu Hindustan jer.

Gambar kami berdua yang entah bilalah nak dapat ambil lagi. Masa ni, Nazz tolong pegangkan Fateh.. hehehe

Bergambar depan taman.

In front of Roman ruins (masih lagi di Colchester). Colchester sangat cantik ok..

Esoknya, kami ke Clacton Pier bersama Azie dan Nazz

Merenung jauh ke dasar laut :P. Nazz rajin melayan budak-budak ni. Tambah-tambah time pasang filem Kungfu Panda :P

Lama betul tak jumpa kawan kami seorang ni. Rasanya kali terakhir jumpa tahun 2006, masa tengah mengandungkan Fahri. Nazz dengan Azi di Glasgow. Seronok juga jumpa both of them kat sini. Bukan apa, susah nak jumpa kat Malaysia nanti. Entah 5-6 tahun lagi agaknya jumpa balik. Yang pastinya, kagum dengan Azie, semenjak merantau, semua kuih tradisional Melayu dia pandai buat (hahah, dulu masa zaman universiti, mana nak reti masak kan Azie?). Memasak pun tip top kelas korang, kalah tukang masak kedai agaknya. Mana tak naik berat duduk kat rumah diaorang, kerja makan jer..

Last pic sebelum bertolak balik ke rumah Azie & Nazz. Budak-budak ni suka duduk rumah Azie sebab dapat makan semua kuih Melayu dengan main Nintendo Wii.. ishhhh (tak senonoh betul anak-anak I.. hehehe)


Thanks to both of you for the generosity :).. nanti turun Manchester aku ajak makan luarlah, tak reti masak lagi.. hehehe

Friday, 30 July 2010

Cambridge University; 24 July

After spending 4 days at London, we went back to Azie's house. (Azie & Nazz harus menang caretaker of the year award. Layanan 5 star.. makanan tak putus-putus sampai naik berat :P)

Our plan (suggested by Azie) is to visit Cambridge the next day. And what a wonderful university town. Such a beautiful scenery and beautiful university.

Alas, everything is expensive! Even the admission to colleges! Azie told us that this town has the highest living cost compared to other towns in UK.

In front of St John's College

Found Art & Craft market in Cambridge!

Amateur photographer yang berdedikasi tinggi wei. Siap anak dalam sling (kak Huda cakap Fateh duduk macam anak kangaroo), boleh tu I click-click here and there

The Cambridge layout (situated at the centre of town)

King's College (one of the many colleges in Cambridge). I was curious though Mynie, how do the colleges select the students to enter their colleges? Is it through your preferred field (eg: engineering etc.) or using a 'Harry Potter' sorting hat? HEHEH. I imagined that because Cambridge really looks like Hogwarts (or the other way around)

Inside King's College Chapel. The admission is expensive though. GBP 5 per adult. But it was worth it!

Inside King's College. I wonder how they maintained this in the winter? Wallaa.. kalau boleh golek-golek.. hmmm

The River Cam. This is where Cambridge got its name. And the colleges are adjoining to this river. Wonderful, wonderful. I can sit beside the river all day long watching the scenery

We went punting (boat riding) after this. Well worth it (nak tunggu bergondola kat Rom, sampai ke sudah agaknya tak pergi Venice :P). King's College from afar

Fahri wishing he was studying here.. hehehe (tengok tu feeling anak I)

Trinity College. The richest college in Cambridge. The punter told us the Trinity students have their clothes laundered and folded for free, because the college paid for it

The famous bridge (forgot its name)

Ahhhh... lastly, to Harry Potter fans, this is where they shoot the scene where Harry and his classmates practice riding broom sticks. At St John's College. Love the building which is covered with leaves or trees?

This trip is wonderful. Grateful to Azie for suggesting we visited this town in the first place. And Nazz was an excellent guide!

P/S: Mynie, I am still wondering about its application and admission process? Please do tell me they do have a sorting hat! :P (nih kes banyak sangat baca Harry Potter)

Thursday, 29 July 2010

Madame Tussaud's Wax Museum

Kalau datang London, jangan lupa singgah sini.

Purchase online ticket, it is much faster, cheaper and you are placed on advanced ticket holders. And the best part is, you don't have to queue in the hot sweltering sun far too long, since you are already in a queue buster. Panjang ok line nak masuk Madame Tussaud's!

So let's get started with a few selection of the wax mannequins:

Lynn, this one is for you. Cubalah tengok gadis yang tengah melentokkan badan kat Robert Pattz. Siap ada bunga-bungaan kat sofa kalau nak berangan jadi Bella. Hahaha. He is situated in the A-list room. Ramai yang dikenali kat sini, macam Nicole Kidman, Leonardo DiCaprio, Johnny Depp, Mel Gibson dan Will Smith.

Will Smith paling cun. Pose melentok kat tiang. Orang lain tegak lurus jer.

I suka! Orang lain buat tak endah je kat Aishwarya Rai. So bolehlah nak ambil gambar ngan member ni sepuas hati. Cantik betul dia, kalau ada Shah Rukh Khan, harus aku ambil gambar 20 kali kat situ. Mujur takde jer.

Hah, yang ni pula untuk mama Tini. Sherlock Holmes hang ni memang betul dok kat Baker Street, sebab muzium ni memang di Baker Street. Uh siapa itu? Robert Downey Jr. la.. Confuse gadis-gadis yang tengok mak budak ni nak bergambar dengan hero pujaan hati mereka.

Audrey Hepburn! Sukanyaaaa! Timeless beauty. En. Firdaus pun tak kenal siapa dia ni. Takpe bang, I maafkan you, I kenal apa Ronaldinho you tu. Famous pose of Audrey Hepburn. Dan seperti biasa, mereka tercengang melihat mak budak mengelek budak ambil gambar pose dengan dia ni.

Haha, Jose Mourinho. Sukalah pakcik ni dapat ambil gambar kat sport section. Tak ramai pun sibuk nak klik gambar kat sini.

Tahun 1993, ambil gambar dengan Princess Diana, ni dengan isteri baru Prince Charles pula. Depan diaorang, Prince William dengan Prince Henry. Takpelah, kasi can gadis-gadis tu nak bergambar.

Oh, inilah dia PM terbaru Britain: David Cameron. Cepat betul wax mannequin dia siap.

Budak-budak ni boring tengok ambil gambar dengan orang yang depa tak kenal. Sekali jumpa Shrek, terus suruh ambil gambar. Nih dah masuk kawasan Marvel Heroes... Apa lagi, semua hero disuruhnya ambil gambar termasuk Spiderman dengan Wolverine.

Yatta, Iron Man!!!!! Ganas Robert Downey Jr. 2 patung dari dia jer... Tuh si Fawwaz pakai spek hitam sebab nak pergi tengok Marvel 4D show (highly recommended!)

Orang lain yang kami ambil gambar tapi tak upload:

Leonardo DiCaprio, Mel Gibson dengan Nicole Kidman (ramai betul kat sini umat manusia)
Winston Churchill, Dalai Lama, Nelson Mandela, Yasser Arafat, William Shakespeare, Charles Dickens (suka section ni, takde orang nak ambil gambar pun)
Ronaldinho, Lewis? Hamilton (entah suami aku cakap dia pemandu F1 paling hebat)
The Queen herself :P
Marvel Heroes semua bantai ambil gambar..

Overall, worth it la untuk family. Budak-budak minat tang jumpa character dieorang la. Tapi time kiteorang sibuk ambil gambar, depa tak kenal pun sapa. Kalah budak-budak tang mak pak jumpa wax mannequin idaman hati diaorang (Oh, sungguh tak sesuai gitu melihat mak pak keseronokan melebihi anak-anak :P). Jumpa Shrek barulah excited nak bergambar

Wednesday, 28 July 2010

London.


London. Banyak yang berubah. Kali pertama ke sini pada tahun 1993. Terlupa hiruk pikuk London suatu masa dahulu (alamak, perenggan ni macam nak tunjuk diri dah tua sangat la).

Tapi, yang paling tak lupa tentang London: the tubes!!!

Maybe it will bore the readers if we show the pictures of London. And for something different, we took pictures at every tubes that we stopped. And we missed quite a few stations due to some foreseeable circumstances.

Tiap-tiap kali berhenti kat stesen underground, kami ambil gambar :P, saja nak cukupkan syarat dah sampai kat stesen berkenaan. Bak kata En. Suami, ada lagi XX stesen untuk kita jelajah dan ambil gambar. Bayangkan orang lain tengah hiruk pikuk keluar masuk tube, kitaorang sempat ambil gambar. Memang ada Britons yang tengok kami nampak tercengang.. hahaha, keluarga En. Firdaus sibuk ambil gambar dengan underground signs ;)

Gambar paling penting abad ini selain gambar di London Underground.


I dapat ambil gambar dengan Saddam Hussein, you all! Tahun 1993 datang, tak wujud lagi patung wax mamat ni..


Dan cik abang nak berAdolf Hitler.

Lynn, aku ada ambil gambar dengan Robert Pattinson (tapi dari kejauhan). Aku rasa kalau aku dapat peluk patung wax mamat tu, mesti kau jealous tahap gaban kan? (BTW, patung wax dia kena bayarlah kalau nak bergambar peluk-pelukan, tak kuasa aku :P)

Oklah, nanti next entry update gambar muka orang famous kat Madame Tussaud's.

Monday, 19 July 2010

Aini & kak Huda just went to London

and we are starting our holiday back, so here goes the itinerary

Manchester - London - Cambridge - Oxford - Manchester - Edinburgh

See you next week, peeps!!!

Monday, 12 July 2010

Strawberry picking

Ah benci, time pergi golek-golek dengan Fateh dan Fawwaz main Nintendo Wii (di rumah orang lain, ditekankan, di rumah orang lain), anak dara Amni ngan anak teruna Fahri pergi petik strawberi di Kenyon Hall. I nak pergi, I nak pergi!

Tu anak dara kerja part time petik strawberi...

Strawberi yang segar-bugar, manis dan besar. Meleleh air liur dibuatnya. Ada ke saja aku upload gambar strawberi? Saja buat naya orang Malaysia kan?

Nih kerja petik memetik lagi. Mujur ingat kat ibu kan, kalau ibu tak dapat makan strawberi ni, mesti korang kena sumpah jadi si Tanggang kan. Mujur korang ingat ibu kan, bawa balik 2 bekas BESAR strawberi lagi. Lepas tu ibu pun mengadap sorang-sorang sebab kelazatannya ah sungguh nikmat.


Gambar di bawah ni tiada kaitannn...








Adik: Sebelum kita mula makan, kena baca "Bismillah" kan ibu?
Ibu pun "Iyalah", tapi tangan adik dah sambar ikan bakar tu

Survival skill di UK; Belajarlah membakar ikan dan menyediakan pencicah kicap sunggah enak untuk menambat hati suami anda yang sampai terdiam tak terkata kerana kenikmatan ikan bakar :P (harus menangis korang kalau tengok skill memasak I.. atas sebab yang tidak salah lagi, "Eh bila Aida pandai masak?" Achik pun confuse japss)

Sunday, 11 July 2010

Fateh is 8-month old!

Happy 8-month old Fateh!

Mari ibu catat milestone Fateh kat sini ok?

Meniarap masa umur 4 bulan
Makan masa umur 5 bulan
Menyusur masa umur 6 bulan sambil angkat bum bum
Merangkak umur 6 1/2 bulan
Pandai duduk masa umur 7 bulan
Berpaut di kerusi, meja dan seangkatan dengannya pada umur 7 1/2 bulan
Suka explore pada umur 8 bulan

Fateh sukaaa sangat senyum, suka kerut-kerut dahi. Rasanya sebab masa ibu mengandung Fateh, ibu kena marah dengan big boss pun senyum, ibu dengar masalah orang pun senyum, ibu kena buat kerja orang lain (walaupun dalam keadaan tak redha) pun ibu senyum.

Dan paling penting, Fateh pandai sebut 'ibu' dahulu daripada 'abah'. Anak-anak ibu yang lain semua sebut 'abah' dulu, Fateh dah pandai sebut 'ibu'! :)

Dan yang paling kelakarnya, dah full breastfeed balik. Nak kata mogok minum susu formula pun tak tahu la, mujur ibu dah habis exam. Tapi Fateh kena minum susu botol yer sebelum ibu mula kelas balik bulan 9 ni yer sayang....

Kasihan anak ibu ni, anak-anak ibu yang lain ibu catat milestone sungguh-sungguh, tapi dengan Fateh dan Fahri ibu laidback sikit. Tapi ibu sayang semua yer, walaupun Fateh wujud dalam keadaan tak disangka.

Anak-anak tu kan rezeki ibu bapa. Penat-penat ibu mengandungkan Fateh, paling teruk pengalaman mengandungkan Fateh, tapi masa Fateh dalam perut ibulah ibu dapat peluang sambung belajar kat sini, dapat pula second scholarship dari company, dan dapat bawa keluarga untuk menikmati pengalaman di negara orang.

I love you, Fateh!

Teringat masa pilih nama Fateh Aqmar, walaupun ramai kata macam perempuan, ibu nak Fateh jadi macam Dr Aqmar Aziz. Sentiasa meletakkan Islam lebih daripada dirinya sendiri. Walaupun Dr Aqmar Aziz itu hanyalah watak di dalam buku, ibu nak Fateh berperibadi sebegitu.

Wednesday, 7 July 2010

Off to Cornwall

Yeay, caravan holiday! Booked with coupons off and we secured a great price for the holiday.

Sesi memasukkan biskut ke dalam mulut sambil ibu memasak nasi dan sardin di dalam karavan

We are at Land's End (kawasan terakhir di penghujung benua UK)

Enjoying the famous Cornish ice cream. Kelazatan sehingga menjilat sudu aiskrim (tengok Amni tu!)

Apakah ini tempat filming Harry Potter? Muahahah

The siblings love each other, auwww

Beautiful postcard picture of Minack Theatre (open air theatre, benches and props are carved from stones)

Ada juga berjalan ke St Michael's Mount, tapi kamera dah habis bateri. Seronok sebab dapat berjalan ke pulau dari daratan masa air surut waktu petang.

Next day, we went to Eden Project..

And acres and acres of flowers at the Eden Project

Susunan rumah di Newquay, comel-comel rumahnya

Bakal menggegarkan dunia golf sedunia, team En. Firdaus

Lambaian pantai Cornwall

Bye-bye Cornwall and the caravan (Fawwaz masih ingat kami duduk di hotel.. hehe)