Thursday, 30 September 2010

A hadith about knowledge

Dari Muaz bin Jabar r.a Rasulullah SAW bersabda: “Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya merupakan satu kebaikan, mengkajinya adalah tasbih, membahaskannya merupakan jihad, mencarinya laksana ibadah, mengajarkannya bererti sedekah, memberikannya (dengan kemurahan hati) dianggap mendekatkan diri kepada AllahSWT, berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan muzakarah mengenainya adalah laksana melakukan ibadah solat.

Tuesday, 28 September 2010

What a cracking day out!

6 August 2010.

Our last stop before we finished our holiday in Glasgow, is a trip to the Glasgow Science Centre. The centre was adjoined with an IMAX theatre and Glasgow Tower. Due to bad weather, we were not permitted to enter the tower. The kids had a cracking day out with their favourite characters, Toy Story 3.. hehehe

In front of the entrance, they have screenings for Toy Story 3.

The kids experimenting inside the centre. The building consists of 3 floors, and we started from the top floor.

Fahri was building blocks.

Trying to spin the wheels.

Playing an invisible harp (infra-red harp).

We found another section for the kids to enjoy. And I found a spot that is called baby playroom for Fateh.

Fawwaz experimenting with water movements.

In front of the Science Centre. We were there from 11 a.m. to 3.30 p.m. The kids enjoyed themselves, agaknya kalau parents tak suruh balik, mau tidur dalam tu.

At our next motorway stop (R & R), we found this beautiful gem, the Lake District, just 1 hour from Manchester. Lawa! Boleh feeling-feeling Jane Austen di sini. We already booked a holiday with my parents, who will be coming next month. The Lake District is one of the two well known England's national park. Another one is called the Peak District.

The view before we head home to Manchester. Yes, those are real ducks!

My next entry on our holiday is, Republic of Ireland! I got to go to the place where they shoot P.S. I Love You film, stunning, stunning Ireland!

Thursday, 23 September 2010

Arghhh!!

Kenapalaaaa dapat lecturer psycho ni?

"He looks fierce" I said.
"No, he is mad."

Yes, that's the comment I got from my classmates (80% of the class is repeating the paper back).

Can I fly somewhere else right now?? Fort Williams OK tak? (Fort Williams, Scotland is where they shoot the Harry Potter train railway and scenery).


I am dreaming of Scotland because I watched this Scotland autumn advertisement on daily basis on TV. Like my friend remarked, Scotland pergi musim bila pun lawa.

And look at this Visit Scotland winter advertisement.


Haish, mode mengada-ngada namanya ni.. padahal baru je balik dari Scotland kan.

Tuesday, 14 September 2010

Baris sedia!

Semalam hari pertama Fahri ke sekolah. Ya sekolah! Anak-anak di UK mula bersekolah pada bulan September sekiranya sudah berumur 3 tahun. Minggu ini Fahri mula berorientasi di sekolah.

Breakfast club. Fahri dapat sweat shirt dia semalam.

Baris sedia ke sekolah. Fahri masuk kelas nurseri.

Anak bongsu Encik Firdaus tidak ketinggalan untuk bergambar.

Saturday, 11 September 2010

Eid Mubarak di Manchester

Suasana pagi ini di Cheetham Hill Community School. Yang memandang kamera dan duduk di tengah ustaz kami.

Muda tak? Macam Kang Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih. Perwatakannya, lenggok badannya. Tapi tak tahu terror ke tak buat bakso :P. Sesiapa berkenan untuk casting KCB versi Malaysia, sila e-mel suami saya, hehehe. Ustaz pelajar Al-Azhar tahun ketiga.

Ni gambar adik-beradik berempat. Fahri buat posing tak mengadap kamera.


Orang pertama dan terakhir di dewan, sebab Encik Firdaus tukang buka dan tutup dewan. Tahun ni tak boria baju dengan anak-anak.

Eid Mubarak dari kami!

Thursday, 9 September 2010

Sambal petai udang & ayam percik di Glasgow

Met my ex-schoolmate, Iwe when we went to Glasgow for our holiday. We were stunned with the dishes he prepared for us since it was so Malaysian and delicious! We have never ever found anywhere in Manchester the existence of petai, and of course, we ate wholeheartedly since we know it will be a long time when we eat petai back. He also made ayam percik (a Kelantan delicacies, and that is my starting point, learning to cook ayam percik Kelantan, which is yummylicious!).

Iwe was in the same school with me during our secondary school (form 1 - 3) at MRSM Pasir Tumboh. Thus, our batch are close knitted with each other, since there are only 150 of us, and we were living in terraced house as our hostel accommodation, and shop lots as our school building. My, my, those old memories.

Iwe, will be finishing his PhD this December, insya Allah. How far you have come my friend..

And the next day, our first stop, is of course, the 4th oldest university in UK, University of Glasgow. Entrance is free, like University of St Andrews.

The beautiful arches inside the university. As I spoke to Iwe the night before, this is why visitors come to the university, because of the beautiful arches.

And then we went to Kelvingrove Park, a park situated next to the university to chill out.

Next stop, the Glasgow Exhibition and Convention Centre, and the interesting architecture of BBC Scotland building, opposite it.

To The Tall Ship.

The kids working hard to scrub the ship's floor :P.

On the way to George Square, which is situated in the heart of Glasgow, there is a signboard for University of Strathclyde.

The view at George Square.

Still at George Square, it was worth the visit driving in the city centre for this.

Along the way back to the car, the old architecture of Glasgow.

Our next day at Glasgow, we spent our time visiting Glasgow Science Centre, as a treat for the kids.

Monday, 6 September 2010

Anak lelaki saya..

Sudah berumur 3 tahun 5 bulan Jumaat lepas. Mengandungkan dia membawa kenangan manis menunaikan haji dengan dia di dalam perut.

Tidak pernah mengadu kalau kami tak sambut harijadinya dia sehebat harijadi kakak dan abangnya, kerana dia seorang sahaja berlainan bulan (April) berbanding adik-beradiknya yang lain (November).

Beberapa minggu lepas, "Fahri pakai baju sendirilah", katanya. Rasa nak terjurai air mata bila sedar anak saya meminta untuk memakai baju sendiri.
Semalam, disuruh tidur dengan abang dan kakaknya, hari ini, "Fahri nak tidur dengan kak Amni lagilah", katanya. Rasa nak terjurai air mata bila dia kata nak tidur berlainan bilik dengan kami.

Minggu depan, dia sudah masuk sekolah. Sama dengan sekolah kakak dan abangnya.

When your kids are smaller, you wish they will grow up.
When your kids grow up, you wish they have never grown up.

Isn't a mother's feeling a wonder's mystery?

*sobs*

Dear Fahri, who still calls himself 'Adik', if you are reading this in 10 years time, I want you to know that you are always loved by us.

Sunday, 5 September 2010

Syurgamu Ramadan



Semenjak Semah promote drama slot Samarinda di blog, aku pun dah terjebak dengan Syurgamu Ramadan. Taste Semah ni lebih kurang je dengan aku, tu bila dia promo, aku yo-yoan pergi tengok.

Sanggup pergi register kat tonton.com.my semata-mata nak tengok drama ni. Canggih betul sekarang, orang Manchester pun boleh catch up dengan drama Melayu. Nih kes kempunan nak tengok drama Melayu yang berkualiti lepas Nur Kasih.

Cerita ni quite slow juga la, nak tunggu sampai klimaks tu, rasa nak lempang si Eira Syazira yang berlakon jadi Marlia tu pun ada. Asyik-asyik terjerit macam orang gila. Hahah (tu time flashback la masa dia bergaduh dengan mak dia).

Elly Suriati mantap berlakon jadi mak Marlia, Datuk Halimahton. Dia ni bagi watak apa, semua menjadi. Yang paling tak sangka, Zarina Zainoordin (Aisyah) berlakon dahsyat, harus menang Villian Award of the Year. Bila dah sampai episod 10 dan ke atas tu, kasihan pula tengok si Aisyah ni.

Bila cerita ni dah sampai kemuncak, harus merembes air mata tak sudah. Penulis skrip ni pun boleh tahan connect the dots dalam kisah ni, mula-mula macam tak nampak relevannya suami Marlia angkat telefon masa Marlia tengah nak jumpa adik dia, brilliant idea juga la.

Pelakon kanak-kanak yang jadi anak-anak Marlia, sangat brilliant acting they all!

Hai bilalah nak habis drama ni?

P/S: Dengan anak-anak tengok, merembes air mata

Thursday, 2 September 2010

Ramadhan di UK

Orang Malaysia mungkin ada yang sudah bercuti raya agaknya. Di sini masih biasa. Tenggelam timbul seketika dengan kisah percutian (yang masih tidak berupdate; Glasgow). Baru melepaskan lelah tika tiba dari Dublin, Ireland pagi tadi.

Sebelum datang ke bumi UK, sudah mengagak akan masa puasa yang semakin panjang tika musim panas. Alhamdulillah, ujian Allah tidaklah sehebat mana seperti yang rakan-rakan lain sangka. Hari pertama berpuasa, sahur berakhir pada jam 3.00 pagi dan berbuka jam 9.00 malam. Bila di Malaysia, aduh dengarnya, harunya ingin berpuasa berpanas-panasan begini. Kini sudah 23 hari dalam bulan Ramadhan rupanya. Kali pertama suami bertarawikh di masjid, jam 10.30 baru bermula solatnya. Mujur juga mata dapat ditahan dari mengantuk.

Terharu sekali, kisah Amni dan Fawwaz belajar berpuasa. Pejam celik pejam celik, anak-anak hanya tinggal beberapa hari puasa. Itu pun ditanya samaada ingin berbuka atau tidak? Kes kami ke kedai, mereka di rumah, tahu-tahu habis makanan di dapur. Bila tanya, yo-yoan mengaku puasa.. mujur tidak minum air paip dalam bilik air saja.

Bercuti ketika berpuasa, Amni dengan tabah berkata ingin puasa. Kami sebenarnya sudah berbincang untuk membenarkan mereka berbuka sekiranya perlu, kerana perjalanan yang jauh di negara orang.

Sepanjang di Ireland, Amni penuh berpuasa. Siap memesan supaya kejutkan dia untuk sahur. Fawwaz pula, bila tidak dikejut, marah-marah kami kerana ingin berpuasa. Alhamdulillah. Itu pun Amni sudah sibuk bertanya, bagaimana dia hendak berpuasa ketika ke sekolah. Jawapannya, bekal disediakan sekadar untuk dia makan (takut teringin sahaja).

Saya sendiri akan mula ke kelas ACCA minggu hadapan ketika Ramadhan. Perjuangan akan bermula rupanya. Kebetulan pula sekolah anak-anak bercuti dan saya tiada kelas bakal Syawal yang pertama.

Tika ini, terkenang Ramadhan di Malaysia yang menyeronokkan. Terkenang sanak saudara di kampung. Saya tidak dapat menghadiri majlis pernikahan sepupu saya di Kelantan. Saya tidak berjumpa nenek saya dan beraya di kampung di sempadan. Saya tidak bersama ummi dan ayah serta adik-beradik di Rantau Panjang.

Apapun, pengalaman berpuasa di sini mendewasakan diri dan anak-anak.

Sudah di minggu terakhir Ramadhan, tidak lewat diucapkan selamat berpuasa untuk mereka yang masih sudi menjenguk blog ini.