Friday, 31 December 2010

Karipap sardin mudah

Percubaan keduaku berjaya!

Semalam macam makan kuih bom inti sardin, sebab pakai tepung hong kong (tepung naik sendiri), alang-alang tak ada tepung gandum biasa.

Hari ini, tengok banyak pula lebihan sardin yang digoreng semalam untuk inti karipap. Jadi harus dihabiskan.

Kat belakang ni Encik Suami tengah makan dengan bersungguh-sungguh. Rangup sebab masa uli tepung, kumasukkan minyak panas.

Terima kasih mama sebab bawakan pencetak karipap. Hihihi, saya tak reti nak kelim karipap. Kalau tolong mak mertua buat karipap di Melaka, mesti tolong dia buatkan kulit pakai pencetak.

Resipi karipap sardin mudah
Dari: MyResipi

Bahan-bahan ( 10-15 biji) (ikut saiz)

Untuk doh:
  • 500 g tepung gandum -no need to follow exactly the measurement, suka-suka sukat tepung
  • 1/2-1 cawan minyak masak yang telah dipanaskan
  • Semangkuk kecil air dan secubit garam (satukan air dengan garam)
Untuk Inti:
  • 1 tin besar sardin Ayam Brand
  • 4-5 biji ubi kentang dipotong dadu kecil
  • Sebiji bawang merah dipotong dadu kecil
  • 2 biji limau kasturi (ikut selera masing-masing)
  • Sedikit garam dan serbuk perasa (aji-no-moto)
  • Sedikit air (ikut keperluan)
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara-cara
  1. Satukan bahan untuk doh di dalam mangkuk besar. Uli menggunakan tangan apabila sudah sejuk. Campurkan sedikit tepung jika doh terlalu lembik @ sedikit air jika doh terlalu keras.

  2. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil untuk dilenyekkan (pastikan bentuknya bulat). Kemudian masukkan inti yang telah di sejukkan. Lipat dua dan kelim kemas-kemas.

  3. Tumis bawang dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau. Masukkan kentang. Masukkan kuah sardin dalam tin(kuah dan ikan diasingkan, ikan mesti di lenyekkan). Masukkan sedikit air supaya kentang mudah masak dan tidak melekat.

  4. Agak-agak kentang sudah lembut, masukkan ikan sardin. Perah limau, masukkan garam dan serbuk perasa.

  5. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak untuk meggoreng karipap. Pastikan karipap tenggelam. Minyak jangan terlalu panas (sehingga kuali berasap) supaya karipap tidak menggelembung. Masak hingga kekuningan.

  6. Angkat dan hidangkan. Sesuai di hidang bersama minuman panas. Selamat Mencuba.
Nampak tak dalam gambar tangan siapa yang mula-mula sambar karipap yang Ibu dia buat? Montok tak tangan budak itu? :P Mana taknya, kuat betul makan.

Sila abaikan karipap yang ternganga, hehe.

Wednesday, 29 December 2010

Manchester with my sisters

Activities that we did after we came back from Disneyland Paris. Taking my sisters to Manchester city centre.

Watched Winnie the Witch at The Dancehouse. The kids enjoyed themselves very much for the theatre! Very colourful and magical. Winnie the Witch is from a series of children books of the same name.

Found an 'antique' lift at the theatre.

In front of the building that I studied, St. James building. Kaplan Financial is on the 6th floor.

Saja berglamour dalam sebuah kedai di Manchester Arndale.

Next day, we watched Harry Potter and the Deathly Hallows.
Yeay, I got to watch it in the UK. Price of the tickets quite OK, and the seats were fantabulous!

Most of the outdoor scenes, I noticed, were shots in Scotland. Yes, Scotland is a very beautiful country, I would highly recommend to people to go there (if given choice to choose between Wales, England and Scotland).

Tak jumpa langsung poster Harry Potter. Tumpang je ambil gambar kat poster Kungfu Panda.

Bringing my sisters to the famous Old Trafford after the movie.

And then.......





Fateh helping us packing things to go back to Malaysia!

Monday, 27 December 2010

Boxing Day sale!

We went to Trafford Centre yesterday. Penuhnya umat manusia!

Boxing Day; the day after Christmas sale where price will be reduced to all time low. We have to park our car outside Selfridges, since the usual car park was full at 12 p.m. And that car park caters for nearly 2000 cars!

Saja-saja nak tengok, apa yang murahnya. Now the problem is, all shops are full with people. Went to Boots, and most gift set are half price! I think, people buy things for their one year supply till the next Christmas (which is in 2011!).

Habis berterabur perfume set, selamba je buka-buka dalam kedai.

And when I went to Clarks, I saw shoes all over the place, mostly on the floor. I did want to buy a pair of shoes (since Clarks offers are really crazy), but when I saw the queue to the cashier counter, I think I better save the next trip to Cheshire Oaks :P.

Kelakar pun ada, since I have never witnessed before how the Britons went crazy over this Boxing Day sale. Macam orang Malaysia pergi Jusco member card sale pun ye juga! Yang peningnya, semua kedai sale.. macam berpakat-pakat nak slash off habis-habisan harga barang. We even saw one couple carrying a 42 inch TV!

I think enough is enough for us now. But we also bought perfume for our one year supply (and that is the only purchase of the day).

The price? Cheap-cheap meh. Lots of people are buying perfumes like there is no tomorrow :)

Sunday, 26 December 2010

I am missing them already

Amni & Fawwaz playing at the park beside our house, using the 'fish box' as a sleigh, yesterday.

Buai laju-laju, sampai pokok pine!

With the sisters in front of departure gate last night.

Last picture as a family before flying back to Malaysia for good.
Amni & Fawwaz belajar rajin-rajin ye!


They will be arriving in Malaysia at 9.30 p.m. (Malaysia time) today. That's 1.30 p.m. UK time.

Friday, 24 December 2010

Snow play time

Disebabkan snow tak cair-cair, tiba-tiba pagi ni Fawwaz ajak main snow. Kami semua kesejukan, biar ajelah Tok Ayah yang layan dia. Sekali Fahri pun cakap, nak main juga. Fawwaz siap tukar baju, tanpa disuruh-suruh nak pergi beraksi snowball fight.

Fahri bersedia di hadapan rumah.

Fawwaz sibuk baling snowball depan tingkap rumah. Yer, ni kawasan perkarangan rumah kami. Boleh golek-golek main snow, punyalah tebal snow depan rumah.

Herristone Park. 2 minutes walk from our home.. Taman seputih salju, bayangkan budak-budak main playground ini masa spring, summer dan autumn. Sekarang sibuk main snow di taman yang sama.

Sempat main kat playground.

Tok Ayah bawa bekas yang kami pinjam buat beli ikan. Jadilah sleigh jadian.. Bekas ikan tu anak-anakku buat kaut letak snow kat dalam, hadoi bertuah!

Amni kata nak main snow juga. Ibu dia kata, "Pergilah, nanti lepas ni entah bila nak jumpa snow lagi." Lagipun 2 hari lagi Amni & Fawwaz nak balik Malaysia. Walaupun sejuk, mesti miss main snow kan?

Tok Ayah pun sibuk mencangkul di laman rumah, bersebelahan pokok ros yang mekar kembang di musim bunga dan musim panas.

P/S: Amni suka pakai cekak Minnie, bila tidur dipakaikan ke teddy bearnya.

P/P/S: Ops, this is actually my 1000th post

Wednesday, 22 December 2010

Happy 8th Anniversary!

To a wonderful man, who shares my ups and downs, with our 4 kids.
Thanks for the best anniversary present ever, the 3-hour tour to Paris city.


Last day in Paris, on our way to Val D'Europe, with non stop snow showering us.

Our family with the famous Notredame.

Louvre Museum! And when my sisters and I saw the very huge museum, "Finally, we arrived here!" Hahah, semua excited nak jadi Robert Langdon, the DaVinci Code hero :P

The Ritz Carlton hotel in Paris, where Princess Diana stayed during the time of her death.

Arrived at National Theatre, Paris!

Us, in front of Eiffel Tower. Kubaru tahu nama tower ini sempena nama arkiteknya.

The famous road, Champs Elysses.

The background of winter Paris from the top of the National Monument.

The National Monument of Paris.


And the best present ever, stranded for 3 hours at Paris Charles de Gaulle International Airport. Siap my dad buka kain pelikat dengan bawa keluar bantal Fateh untuk Fateh golek-golek. Kalau ada BBC datang buat rakaman, harus kami keluar TV dulu sebab kain pelekat yang mahal itu. Anyway, we arrived at Manchester on 1.30 a.m. after 2-hour drive from the East Midlands airport. I think we are in a much better position than other passengers.

Flight ke Ireland, semua cancel sebab snow lebat. Heard that Ireland's airports were closed for 4 hours!

And our flight consisted of 2 groups on standby since yesterday. 16 people (school children) and 1 family (parents & 2 kids). When they arrived on board, the 16 people were clapping to give support to the family, that finally they are going back to UK.

This entry is my 999th post!

Monday, 20 December 2010

Disneyland Paris: Walt Disney Studios

Hari ini kami ke Walt Disney Studios, bersebelahan dengan Disneyland Park yang kami lawati semalam. Snow turun dengan lebat, mujur juga servis bas masih disediakan untuk ke Disneyland.

Depan Walt Disney Studios, masa ni jam 9.40 pagi.

Menunggu main gate buka. Gigih ok gigih! Jam 10 pagi baru buka, kami semua dah kesejukan sebab snow lebat turun tak henti-henti. Afiqah the pharmacist dan Cikgu Alyaa memang memberi statement, "Nanti kita ajak ayah datang musim summer. No winter in wonderland for us!"
Ummi cakap macam duduk dalam peti sejuk. Ummi, masa Ummi datang musim luruh mungkin peti sejuk bahagian biasa yang bukan freezer tu kot. Nih musim winter kitaorang dalam bahagian sejuk beku peti ais.

Yey, Buzz Lightyear yang BESAR dan BERBUNYI-BUNYI! Ok semua, sedia memberikan aksi sekacak Encik Buzz Lightyear.

They all pergi main Toy Story Parachute Jump. Gigih walaupun snow setinggi buku lali.. hahah.

Encik Suami mencuba Scream-O-Meter. Jeritan terkuat dengan Scream-O-Meter menyala merah.

Monsters Inc. crew yang tidak berbayar (dan didatangkan dari Malaysia).

Mencuba melukis animasi di Walt Disney Animation Studio.

Goofy tengah sain autograf tu sebenarnya.. kehkeh.

Ambil gambar dengan Chip n Dale. Sebenarnya teringin nak pi ambil gambar Tigger, tapi ramai budak beratur nak ambil autograf dia. Takkan mak budak nak lawan budak-budak kan :P

Fahri trying to colour Nemo.

Playhouse Disney Live Show. Ada Mickey Mouse Clubhouse, Little Einsteins, Handy Manny & My Friends Tigger & Pooh. Masa ni dah berpecah dengan my sisters, destinasi kami lain-lain.

Depan Tower of Terror.

Dalam Studio 1 building.

Tak sempat masuk pun Disney Village. Kami nak kejar bas balik. Fateh kena tinggal dengan my dad, mujur juga tak bawa. Snow lebat seperti 'tiada esok bagimu', chewahhh...

Kebosanan tunggu bas tak sampai-sampai, ambil dulu gambar dengan bas Disneyland.. wiiiii!
Bus service disrupted rupanya, adventureous betul balik hotel. 2 jam lebih baru sampai OK? Sempat singgah beli Subway untuk my dad and for our dinner.

All in all, satu hari pun tak habis nak singgah Disneyland Park, Walt Disney Studios dan Disney Village.

Kami tak singgah semua pun, tapi Walt Disney Studios banyak show, which are kinda enjoyable sebab dapat melarikan diri daripada snow lebat yang turun macam hujan lebat di Malaysia.

Esok? Nak pi lagi ke Disneyland? Tengok keadaan snow dulu.

Menjawab soalanmu Azie, Disneyland ramai juga singgah masa winter, tapi tak ramai yang sanggup mengharunginya dalam keadaan snow yang tebal. Banyak flight disrupted dan jalan di Paris banyak yang tutup.

Tapi ada aku kisah? Hahaha, janji enjoy :P

Sunday, 19 December 2010

Bonjour Disneyland Paris!

Tiba di Paris semalam, jam 8.40 malam waktu Perancis (GMT +1 dari UK).

Menetap di Adagio City Aparthotel Val d'Europe, self catering apartment dan paling penting, dapat tiket masuk Disneyland selama 4 hari, wohoo. Punya ramai jumpa orang Malaysia tinggal kat sini. Masa kami sampai semalam, Fawwaz cakap, "Ini je ke Disneyland?", padahal baru sampai apartmen tu!

Hari ini, jeng jeng jeng, kami naik bas jam 9 pagi dengan gigih untuk masuk Disneyland Paris. Gigih hokay sebab cita-cita adik-beradik termasuk diriku yang hina ini, nak sampai Disneyland semenjak dari kecil (apa orang kata, childhood dream kami la ni :P).

Sebelum masuk Disneyland, harus ambil gambar dulu..

Dah depan Disneyland Paris entrance.

Depan pokok Krismas yang amat besar. Dok terbayang kalau dapat hadiah besar tu kan, kan?

Sibuk ambil gambar dengan Castle kat belakang tu. Kami lalu dalam castle tu, mesti, mesti! Childhood dream katakan...

First ride, Mad Hatter's Tea Cups.

Dalam Alice in Wonderland's Crazy Labyrinth, sangat pening.

Saja vogue duduk atas Queen of Hearts (bersama pengiring-pengiring dari Malaysia).

Harus ambil gambar Princess Belle (Beauty and the Beast). Siap sain autograf. Penat dia practice signature Belle.. (tu komen my sis).

Amni & Fawwaz dengan cekak idaman semua!!!

Inside the shop selling all kind of Disney's merchandise.

Jalan di Swiss Robinson's home.

Pemandangan dari atas, beku! Turun snow je memanjang satu hari. Komen adikku, "Macammana la Swiss Family tu nak makan, beku makanan diaorang?"

Balut Fateh habis-habisan. Siap letak cekak idaman atas kepala. Sejuk, sejuk... brrrr.

Depan Pirates of Carribbean.

Sempat tengok Disneyland Parade di Main Street.

Stranded depan Val D'Europe shopping complex. Kami balik ke apartmen sebenarnya untuk solat, lepas tu tunggu bas nak datang Disneyland balik. Tahu-tahu bas berhenti kat sini, rasanya ramai juga stranded di Disneyland. Mujur dekat je dengan apartmen nak patah balik.

Sibuk membincangkan strategi membina snowman.
Jangan tak percaya, ramai betul orang France dok lalu tengok kami dengan muka pelik. Menjerit-jerit anak-anak dan adik-adikku main snowball fight. Lepas kami tinggalkan snowman, ada pula orang France nak sambung buat snowman.

Lebat betul snow turun..

Ok, esok nak sambung berjalan di Disneyland! Tak habis explore lagi, besar ya amat!