Wednesday, 25 May 2011

Fawwaz berkaca mata

Pecah rekod ibu abah sebab kami pakai spectacles masa dah remaja.. hihih

Ini umur baru nak masuk 7 tahun, sudah berkaca mata. Selama ini, selalu juga notice dia tengok TV dekat-dekat dan neneknya pernah juga cakap yang Fawwaz baca buku dekat-dekat.

"Bila pakai spek, Fawwaz nampak pekat la bah," tu komen dia.
I think pekat refers to jelas/terang.

Yelah, kalau tak pakai specs, memanglah nampak blurry (kabur). Warna pun kurang jelas...

Ini pun dah pesan dengan dia, since he chooses the frame, kalau patah, confirm beli warna pink dan bendable frames.

Tu yang dia jaga cermin mata elok-elok.

Monday, 23 May 2011

Mommies' luncheon



Gambar semestinya diambil dari blog Farra, dan sudah tertayang di blog Yati. Entah mak buyung Zue je sempat update ke tak blog.

Makan-makan last Friday.

Some funny points:
Farra- rasa macam nak melompat sebab dapat keluar lunch hari Jumaat
Zue - katanya dah patah penyapu kat rumah
Yati - pintu kat rumah dah tercabut kot? hehehe

Tapi syiok syiok sebab dapat makan kat luar dari dok makan kat depan PC every time lunch. Rasanya kalau buat novel 'Malaysian Mommies' Dairies' ni pasal our revelations, mau meletup hangat novel tu.. akakak :P

Bahananya, hari ini beremel lagi membincangkan masa hadapan masing-masing :)

Friday, 20 May 2011

Akhirnya, kini pasti...


Nak marah lebih-lebih pun, countless e-mails dah hantar kat BMI ni. At this point of time, I would prefer to travel with Easyjet anytime!

Kisahnya macam ni:

Malaysia Airlines tak ada direct flight dari Manchester - London. Jadi, masa booking tiket thru Malaysia Airlines, ada sharecode dengan BMI. Jadi tiketku, kena naik flight BMI dari Manchester ke London, dan baru boleh naik Malaysia Airlines dari London - Kuala Lumpur.

Sebelum naik pun, sudah telefon pejabat Malaysia Airlines di London untuk confirmkan my baggage allowance (standard allowance is 20 kilogram), dan memang MARA dah bayar extra untuk additional 10 kg allowance. Jadi, my allowance is 30 kg from Manchester - Kuala Lumpur.

Bila check in, walaupun tunjuk ticket confirmation bagai, telefon my ticketing agent yang baik hati sampai dia pun kena explain dekat check in staff tu, BMI still charges me with my extra 10 kilogram. Siap cakap e-ticket yang aku print tu travel agent aku boleh alter. Hangin badan masa tu.. Mahal tu nak bayar, dari Manchester - Kuala Lumpur: GBP 332.

Sampai London, Malaysia Airlines check in agent pun cakap, "Yes, you are entitled for 30 kg". Touch down je kat KL, terus jumpa pengurus Malaysia Airlines yang handle pasal baggage charges ni. Siap pengurus tu tolong cetak my confirmation.

Tung-tang-tung-tang, e-mail on weekly basis kat BMI. Sampai siap tulis yang saya takkan recommend BMI to any of my friends. Better aku naik Easyjet, kalau tahu cam gini punya susah nak claim duit sendiri.

And my response to this guy's e-mail was:

Hi,

Thanks for your response.

However, I must say that I already shown my travel confirmation to the check in staff but they still insist that I have to pay for my extra 10 kilogram allowance and even have the gut to tell me that my travel agent may alter the baggage allowance from 20 kg to 30 kg.

I was so disappointed with this kind of remark, since I already got great help from my travel agent and Malaysia Airlines ticketing officer.

Thursday, 19 May 2011

Fahri and potty training

Starting last Tuesday, Fahri went to the toilet for his big time break. Before this, he only went to the toilet for his small time break. It has been countless of times that he had big time accidents that we were in the brink of giving up.

So no diapers for him anymore, except during nap time.

Of course, I was proud of his achievement since we started potty training him when he was 3 and 1/2 y.o. (the longest in our history potty training the kids).

Even Miss Hammer at school try to potty trained him, but failed miserably.

BIG claps to Fahri.

Biar lambat asal selamat (it is just the parents got stressed about it..).

Tuesday, 17 May 2011

Hantaran umpama bakso cinta

Hari ini dihabiskan dengan menggubah hantaran bertunang untuk adik iparku pula.

She has a very specific theme (maroon & cream) in mind and she shows me what kind of gubahan hantaran that she wants. Huhuh, pendek kata, ini ala-ala demanding customer. Ok, fine... kalau tak, mahu kakak ipar dia pecah kepala fikir konsep apa.

7 dulang hantaran:
  1. Baju kemeja
  2. Kain baju melayu
  3. Quran
  4. Kek
  5. Buah
  6. Coklat
  7. Sirih junjung


Ini saya namakan lapik dulang bakso cinta. Ahahah. Sebab saya teringat bakso cinta Kang Azzam dari Ketika Cinta Bertasbih. Dek kerana bentuk polisterinnya yang unik menyebabkan saya dan Aini berpeluh-peluh menyiapkan lapik dulang ini.

 
Ini kotak berbentuk hati untuk mengisi sirih. Sebab adik iparnya sudah ada ideanya yang tersendiri, maka kakak iparnya sudah tentu akan accommodate request adik iparnya. Customer is always right, eh?

 
Ini pula bekas untuk hantaran buah. Saya nak cadangkan dia bagi hantaran epal merah. Sesuai dengan tema merah hatinya itu :)

 
Ini pula kotak untuk mengisi baju kemeja, kain baju melayu, dan senaskah Quran.

 
Kotak untuk coklat. Katanya nak beli Ferrero Rocher.
 
 
Gubahan yang sudah siap. Cuma barangnya masih belum ada.


Thanks buruh paksa @ buruh kasarku, Aini kerana dikerah memberi idea dan membantu :P.

Oh kotak-kotak tu (termasuk kotak berbentuk hati)? Saya dan adik ipar beli di sebuah kedai Jepun bernama Daiso terletak di Jusco Bandaraya Melaka. Harga satu kotak hanya RM 5!

Soalan teka-teki; Berapakah jumlah mawar merah yang saya gunakan untuk keseluruhan hantaran?

Hadiah: Sebuah komik keluaran Gempak Starz.
P/S: Lupa, kalau buat teka-teki ni, biasanya saya bagi hadiah :P

Monday, 16 May 2011

Sakit itu penghapus dosa.

Selepas satu sakit, ke satu sakit yang bertimpa.

Abah Fateh suspected ulser di tonsil. Dia mula demam Sabtu lepas.
Fateh suspected chicken pox.

Thursday, 12 May 2011

I know, I know....


Even though Mike is not a Muslim, please do pray for his health.

He is really old (I think he is in mid 70s). His wife is already deceased (he is really loyal) and he is the only one who teached P2: Corporate Reporting in Kaplan Financial, Manchester.

He is really excellent in P2, that I think if we can give all the accounts in our company and he can consolidate it alone (inclusive the subsidiaries and parent companies, plus overseas subsidiaries).

P/S: Maaf lambat dikhabarkan, kerana kami memang sangat terkejut.

Tuesday, 10 May 2011

Hari yang produktif

"Kak Aida boleh buat kan?" tanya adik iparku.

Dah adik ipar tanya, takkan nak cakap tak boleh. Nikahnya bulan depan. Mujur bagitahu nak nikah, kalau tak, merajuk tak sudah abangnya - adiknya bertunang pun boleh tak dikhabarkan kepada si abang di seberang laut.

Hari ini hari produktif. Kena paksa cuti sebab ada AGM kat office. Jadi belilah segala perkakas menggubah barang hantaran. Mujur Aini tolong, kalau tak, mahu terbalik nak siapkan semua. Barang semua beli dekat dengan rumah je. Senang. Kalau tak cukup barang, boleh saja beli bila-bila masa. Lepas tu biasalah, dah habis gubah, mulalah idea Aini suruh tambah itu ini... adeh deh, penat tau.

9 dulang hantaran
  1. Jam
  2. Wang hantaran
  3. Coklat
  4. Minyak wangi
  5. Mekap
  6. Telekung sembahyang dan sejadah
  7. Gadget elektronik - kemungkinan telefon bimbit
  8. Sirih junjung
  9. Bunga pahar

dan (tidak termasuk 9 di atas): Mas kahwin dan cincin.


Ada 9 dulang semuanya, ada juga yang belum siap, macam telekung sembahyang belum lagi dibelikan. Pilih kombinasi warna kuning dan biru, sebab ada officemate Aini kahwin hari tu, cantik betul gabungan warnanya.

Sirih junjung nanti akan kugubah jua.. huhuhu..

Hantaran minyak wangi.

Hantaran mekap.

Hantaran jam.

Hantaran coklat (nanti masuk dalam mangkuk kaca).

Bingkai gambar untuk bingkaikan draf bank. Mudah dan praktikal.

Hantaran cincin dan mas kahwin. Nak terbalik menggubah bunga wang kertas 2 malam berturut-turut. Mujur komen suamiku dan anak-anakku serta Aini, "Cantik!" Alhamdulillah. Tapi kalau ada sesiapa nak upah suruh buat dengan upah yang berpatutan, bolehlah.. heheheh

Soalan teka-teki saja suka-suka: Berapakah nilai wang kertas untuk mas kahwin di atas?

Disclaimer: Aini tak boleh jawab sebab dia tahu berapa nilainya.. :P

Friday, 6 May 2011

Susah hati.

Minggu ini susah hati sebab Fateh demam panas.

Mujur juga sudah di Malaysia, kalau tidak pergi jumpa doktor pun kena buat appointment. Alih-alih, minggu depan pergi klinik, budak tu dah sihat.. ceh

Tolong doakan si kenit tu ye.

Tuesday, 3 May 2011

Hari terakhir di Pesta Buku KL

Haish, dalam banyak-banyak hari, hari Ahad yang dipilih untuk ke pesta buku. Hari terakhir. Dah berkurun tak jejak ok. Senarai buku, takde. Yang penting sudah aim buku Pak Latip.

First and foremost, saya bukan pembaca buku tegar BM. Mula baca balik selepas bekerja. Itu pun masih pilih-pilih. Kalau buku Faisal Tehrani, memang pejam mata angkut tanpa baca sinopsis. Tapi pesta buku, senang cari buku BM. Sebab publishernya semua dalam satu bangunan. Kalau booth buku Inggeris, tak apalah. Bila-bila saja boleh singgah di MPH.


Hasil pembelian di Pesta Buku kali ini, 70% adalah komik. Sebabnya, saya dah boring sangat-sangat baca novel. Bayangkan buku James Patterson yang nadanya sangat pantas dan plot yang tertarik, pun saya tak boleh habiskan. Itu pun siri novel Alex Cross yang dihidupkan oleh Morgan Freeman. Lama-lama jadi tukun.

Tapi komik boleh layan ya kawan-kawan.

Komik Ana Muslim - Sweet Ana Solehah dan Revolusi Satria Bulan Bintang. Beli 3 percuma 1, dan semua dapat harga diskaun. Balik-balik, mak dia serbu baca. Aci?

Komik Ana Solehah yang berwarna-warni dan banyak pengajaran. Kisah 3 orang beradik yang tinggal di asrama yatim kerana bapanya meninggal. Rasanya penulis dia pun mengalami pengalaman sama kerana komik ini sangat deskriptif.

Sebenarnya, minggu lepas masa Aini pergi ada buku Pak Latip PTS cetak kulit tebal dengan 4 novel dala satu buku. Murah lagi dari beli satu-satu. Tapi cari-cari tidak pula ketemu. Rupanya dah habis, waaa.... Sebagai pengubat hati, belilah buku ini dan Edisi Jimat.. ngehehe, jimat betul tau.

Kalau tanya pasal sejarah ni, mesti dibayangkan amatlah mendatar cara penceritaannya. Alah, macam baca buku sejarah zaman sekolah dulu. Tapi buku Pak Latip ni boleh baca sebab dia pakai dialog orang ketiga. Macam baca novel pengembaraan pun ada. Tahniah Pak Latip atas pendekatan menarik ini.

Nih komik sampingan. Gila-Gila, komik Upin Ipin. Sambil tu belilah buku Dinasour kat Fawwaz satu. Oh ya, CESB sudah ulang cetak Nyanyian Tanjung Sepi sebab permintaan yang sangat tinggi. Kan dulu CESB stop kejap production novel ni.

Ini komik sains kanak-kanak terlaris di Korea. Siapa punya? Maknya yang punya. Manalah tahu kot-kot mak dia tercampak di dunia dinasour, adalah skil-skil yang mak dia belajar untuk hidup di zaman purbakala itu. Ataupun ketika tangani krisis seperti dikejar anjing liar, adalah mak dia dah baca komik Ikhtiar Hidup Tangani Krisis untuk menghadapi situasi mencemaskan ini. Grafiknya berwarna-warni dan sangat komprehensif.

Tapi nak pergi beli komik ni, macam kena tawaf pun ada.. Punyalah ramai berhimpit nak beli komik keluaran Gempak Starz. Dah habis baca nak pergi swap komik dengan anak-anak Aini, sebab diaorang ada siri ikhtiar hidup yang lain.

Seronok juga baca komik ni!

Monday, 2 May 2011

Fahri dan ikan jerung

Datuk dan nenek membawa cucu-cucunya ke Ulu Yam Sabtu lepas.

[1]
"...tapi Fahri kena dukung dengan Tok Ayah," my eldest told me.
"Sebab apa?"
"Sebab Fahri takut sharks"

Manalah dapat idea ada ikan jerung dalam sungai ni?
Habis kena gelak dengan adik-beradik dan sepupu dia (termasuk mak ayah dia sebab Tok Ayah cerita semula kat kami)

[2]
"Kaki Fawwaz luka terpijak batu." (batu sungai)
"Ibu, ibu, lepas tu Fahri tanya sebab apa luka, 'Sebab kena gigit shark ke?' "

Adeh, ada sequel to the first joke rupanya.

Mana taknya, sebelum balik dari UK hari tu, ITV dok ulang tayang filem Jaws. Nih dah terlebih tengok filem Jaws la yang dia dok ingat ikan jerung hidup dalam sungai, hahahahah.