Thursday, 29 September 2011

Ulasan buku: aA + bB

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
  1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
  2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? - Benz

Source: Jemari Seni


Sejujurnya, ini adalah karya Hlovate yang pertama saya baca, walaupun novel ini merupakan novel tahun 2008 dan sudah cetakan keberapa kali.

Hlovate berkarya dengan bahasa basah dan santai, sesuai dengan remaja. Slanga-slanga yang agak selamba seperti yang dituturkan Addin, "Tarappappa" (Tak ada apa-apa) atau "Hailaaaa" (Alahai) menyebabkan saya tersenyum. Sudah lama tidak mendengar ayat-ayat remaja sebegitu.

Premis kisah yang biasa-biasa, kisah kahwin paksa, bercinta selepas kahwin, tetapi diluarbiasakan dengan pengolahannya. Banyak babak tidak terlalu meleret, dan kisahnya pantas. Malahan, hari pernikahan Addin & Benz diceritakan secara flash back, hanya selepas mereka berkahwin. Menyebabkan kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku sehingga Addin tidak begitu menyukai Benz.

Permulaan kisah membawa saya mengingati bumi Eropah, di mana Addin belajar (Edinburgh, Scotland) dan Holland. Lalu kisah ini disambung di bumi Malaysia, apabila Addin mula bekerja sebagai doktor. Benz pula, walaupun tidak disukai Addin, rapat dengan abang kembar Addin, Kurt.

Rancak membaca kisah Addin & Benz, yang merupakan musuh azali semenjak dari sekolah menengah. Addin, seorang Head Girl, dan Benz seorang gangster. Lalu apabila Addin dipaksa kahwin dengan Benz, terasa lucu pula melihatkan ketidakmatangan Addin dalam menangani situasi, tetapi Benz pula yang digambarkan sebagai seorang yang mempunyai kematangan.

Antara dialog santai yang dilukiskan oleh Hlovate:
Ketika adegan Benz memberikan Addin tulip kayu,

Tulip kayu di tangan kiri disentuhnya dengan hujung jari.
"Nak try tak?"
Addin ketawa. "Kalau tulip ni bercakap, I campak keluar tingkap la."
Kening Benz terangkat tinggi. "Kenapa?"
"Tulip berhantu la kalau dia bercakap sendiri."
Addin angkat kening double-jerk.

Benz, walaupun seorang yang dikenali nakal di musim persekolahan, bertukar menjadi seorang yang tegas dan pendiam. Benz, dengan wataknya itu, nampak super cool, tetapi seorang yang takutkan kucing.
Addin pula, seorang yang sentiasa tegas dan tidak suka mengalah, sukar memaafkan seseorang. Sesuailah apabila kedua-duanya bertemu lalu disatukan. Novel ini menafsirkan kematangan untuk mereka berdua.

Lalu, walaupun kisahnya mempunyai plot yang agak klise, rentak penulisan Hlovate membuatkan kita sentiasa ternanti-nanti apakah yang akan berlaku terhadap Addin & Benz. Hlovate tidak meleret kepada kisah-kisah seperti di hari nikah Addin & Benz, ataupun kisah yang berlaku di sebalik kejadian Addin membenci Benz.
Rentak novel ini pantas, dan usai saya menghabiskan mukasurat terakhir, saya tersenyum.

Monday, 19 September 2011

Mille Crepe @ Nadaje

I found this on TV last Thursday!

And when I saw the host talking to one customer who drives all the way from KL to Malacca just to get a taste of it, I know this is to die for.

Googled and found about the outlet (Nadaje is located at Mahkota Parade & Dataran Pahlawan), and the cake is a Mille Crepe cake. Went there on Saturday (and also window shopped at MP & Dataran Pahlawan).

Did you notice it consist of layers and layers of crepes? The left one is an original flavour and the right one is a double choc (handpicked by Fahri).

Then I found out that Humble Beginnings is also selling it at KL / PJ (which they reviewed are way better than Nadaje's Mille Crepe).

I would like to taste this Nutella Banana or Peanut Butter Blueberry Lizard... Yumsss

Nutella Banana
Peanut Butter Blueberry Lizard
Something different for my birthday cake this December ^_^