Tuesday, 29 November 2011

Pelamin anganmu musnah

Wedding chaos.

Oh my, dari 7 dulang, jadi 10 dulang sebab sebelah lelaki tambah hantaran. Hari Jumaat baru cakap, time kami tengah drive nak balik Melaka. Hasilnya, bunga-bunga dan barang hiasan hantaran mahal-mahal kat Melaka. Polisterin pun RM 5 satu!

Ayah mertuaku pergi ambil kek hantaran 30 minit sebelum rombongan pengantin lelaki sampai. Kelam kabut siapkan hantaran terakhir.(Tolonglah jangan ada penambahan dulang hantaran pada saat-ssat terakhir. Menyesakkan kepala sebenarnya...)

Pelamin runtuh masa pengantin lelaki nak masuk rumah. Gila glamour rasa masa tu sebab duduk sebelah pelamin.

Tiba masa untuk berarak, satu keluarga jam 1.30 dah sampai, satu keluarga lagi belum sampai-sampai. Akhirnya, dengan muktamad, kami suruh je berarak jam 2 petang.


Elok-elok masuk rumah untuk bersanding selepas berarak, terus hujan turun menggila. Habis disuruh semua sanak saudara menepung tawar kerana menunggu keluarga lagi satu sampai untuk tepung tawar. Oh ya, kenduri serentak untuk 2 orang adik-beradik iparku. Berkali-kali minta maaf dengan dua-dua keluarga.

Mujur pak andam beritahu nak buat apa kat kakak diaorang ni. Dah blur manjang kat tepi tu.

Bila di meja makan beradab, boleh pula khemah bocor, air hujan turun mencurah-curah. Mujur kakak ipar dan abangnya (suamiku) tolong berdiri sebelah meja keluarga pengantin lelaki untuk memastikan tempias air hujan kena pada kami, bukan kepada tetamu. Basah kuyup suamiku dan adiknya (yang berbaju Melayu siap bersampin) tolong tolak air keluar.

Adik ipar lelakiku kelam kabut menjerit, "Kak Aida! Mana kek? Mana kek?"

Rupa-rupanya pengantin beli kek 3 tingkat, tapi tak cakap dengan kami dia simpan kat mana dalam rumah. Mujur le sepupu seorang itu agak terror menyusun kek bertingkat-tingkat. Kalau bagi kakaknya ni, lama dah rasanya runtuh kek 3 tingkat tu.

Petang tu terus pengsan kami.

Pengajaran: Kalau nak buat besar-besaran, jangan lupa bagitahu ahli keluarga tentatif majlis. Dan jangan lupa bagitahu kek bertingkat kat mana. Jangan lupa check khemah OK ke tak. Dan jangan lupa test pelamin untuk memastikan kekuatannya. Jangan lupa nak lantik event manager.

Wednesday, 23 November 2011

I am now an ACCA member.. insya Allah

Even after I have passed all the papers with flying colours (when I say it was with flying colours, I meant it was because I passed all the papers in first attempts), I still have to work hard for my membership. I have to answer tonnes of questions on my practical experience requirements (PER), and ACCA still require 3 years work experience to gain membership (I actually had met all the requirements, except for answering the PER questions :P)
Since my progress has been quite slow in completing my PER, I found out last week that my company is an ACCA platinum status employer, and affiliates are exempted to fill the PER.

I have submitted my ACCA membership entrance last week, and received the good news today.

Alhamdulillah. Thank you Allah for making my journey easy :). I am now a Muslim professional accountant.
 
Thank you for your email. I am pleased to confirm that you now appear to meet all of the requirements for ACCA membership.

Your membership status shall be fully confirmed within 12 working days - subsequent to the next meeting of ACCA's committee members. Written confirmation will be dispatched shortly thereafter. In the meantime, I would be grateful if you could log on to myACCA and review the following information:

·     your contact and employment details (this is to ensure that your welcome pack and membership certificate reach the correct address)
  • indicate which address (residential or business) you wish to appear in the online Directory of Members. If you opt out of the Directory of Members, only your name and year of admission will be shown in the directory.
Please note you can also make a payment towards the membership admission fee by selecting the option 'Administer your account and pay your fees'.

Your membership certificate will be sealed at the next meeting of council which is scheduled for the 26th November 2011 and will be dispatched soon thereafter.

Monday, 21 November 2011

Peneman ibu

Dua anak ibu jadi peneman ibu & abah hujung minggu ini.Kak Amni & abang Fawwaz balik Kelantan ikut menghantar adik ibu di universiti.

Alhamdulillah, pandai main sama-sama dan sangat behave semasa abah ke kelas.



Ini 2 budak, yang seorang sangat berisi. Seorang lagi kurus dan bersuara halus. Suka bertanya itu dan ini. Kadang-kadang sampai tak terlarat nak jawab soalannya.




Adik cuba buat tanda peace macam abangnya.

Teman ibu hujung minggu~ 2 budak comel ^_^

- Blog Press enabled

Friday, 18 November 2011

November babies & Hari Penyampaian Hadiah

November. Pejam celik, pejam celik, sudah hujung tahun rupanya.

Gambar November babies dulu, sebelum memulakan cerita Hari Penyampaian Hadiah. Sambut hari Ahad lepas, sebab tunggu abah mereka balik dari team building. Tiga orang anak saya lahir bulan November. Senang susun hadiah dan kek. Beli satu, boleh kerat untuk 3 orang.



Fateh menangis, sebab tengah demam. Mencabar betul sebab anak-anak dan suami demam berturut-turut. Alhamdulillah, esok hari tu terus toing lompat sana lompat sini sebab bagi antibiotik.

Beli kek keju coklat di Pistachio. Siap ada macaroon tu! Hadiah, disebabkan Fahri tak dapat hadiah yang canggih masa bulan April lepas, jadi kami belikan untuk Fahri sekali.

Amni: Twistable colour pencil
Fawwaz: Spiderman
Fahri: Chuggington train
Fateh: Tetris? - hahah, itulah benda yang paling menarik perhatian dia sebab permainan itu ada butang tekan-tekan dan berbunyi

The kids enjoy their presents very much, terutamanya Fahri. Memang minat betul dengan keretapi anakku seorang ni.

Ok, cerita seterusnya pasal Hari Penyampaian Hadiah Amni semalam di sekolahnya.


Terharu sebab adanya anugerah khas untuk program pendidikan khas. Yalah, walau anak-anak itu istimewa, mesti ibubapa rasa terharu bila sekolah bagi some sort of appreciation to their kids. Tanya adikku dan Aini, rupanya anugerah khas ini, pertama sekali diadakan pada tahun 1992 (masa tu kami darjah 6). Seronok sangat tengok anak-anak istimewa ni dipanggil naik pentas. Mesti rasa bangga, kan? Good for their self esteem. Walaupun pendidikan di Malaysia masih tak dapat cater serba serbi untuk anak-anak istimewa ini, at least the school showed some initiatives to recognise them.

I am really proud of my former school!


Sesi penyampaian hadiah hanya bermula jam 9.30 pagi. Jadi bawa anak-anak pergi kantin dulu. Fawwaz, alhamdulillah dapat nombor 17.. which is an improvement from last time. Dan walaupun dapat no. 17, tapi markahnya memberangsangkan. Sebenarnya malas nak menilai anak-anak melalui akademik sahaja, sebab pendidikan akhirat, serta kognitif sosial pun penting. Lagipun semenjak tengok filem Taare Zameen Par, I feel really appreciative of my kids.

Lawak semalam:
See my dad on the bench? Ada orang tanya dia, "Anak dapat nombor berapa?"
Huhu, cuculah datang ambil hadiah :P


Surau di belakang kantin. Hari tu kan ada menyuarakan rasa ketidakselesaan sekiranya anak-anak saya terlepas Zohor dan Asar kerana sesi sekolah petang. Rupa-rupanya, anak-anak saya tak lupa solat Zohor dan Asar di sekolah. Baru tahu minggu lepas, sebab terdengar Amni & Fawwaz berborak sesama sendiri yang mereka meminta kebenaran dari cikgu kelas untuk solat. Alhamdulillah, tak lupa mereka tunaikan solat.

Maknya ni memang pantang betul kalau diaorang tinggal solat. Sebab saya nak tanamkan, solat itu penting, tiang agama! Jangan sesekali pun culas.

Masa saya bersekolah di sini, surau ni masih tak wujud.



Persembahan boria. Wuhuu! Pasukan ni menang peringkat negeri. Akan mewakili Selangor di peringkat kebangsaan. Niche game: cricket, sekolah ini wakil negeri dan ada seorang pelajar mewakili Malaysia serta menjadi pemain terbaik.

Dulu pun sekolah saya ni memang sangat kompetitif. Masa 90-an, sekolah ni antara 10 terbaik di seluruh Selangor. Semalam, dengar ucapan guru besar, sekolah yang sama masih lagi terbaik di peringkat Selangor. Syabas! Dengan cambahan sekolah-sekolah di Selangor ni, alhamdulillah, masih lagi dapat mengekalkan prestasi.



Amni, tengah tunggu giliran ambil hadiah untuk kelas 2 Maju.


Walaupun Amni dapat no. 1 untuk peperiksaan akhir tahun, tapi rupanya sekolah ni prorate semula kedudukan dalam kelas. Jadi dia dapat no. 3 sebab ujian pertama dahulu, dapat no. 8. Kalau dapat no. 8, samalah macam ibunya masa darjah 1.. hihihihih


Dapat plak jer. Teringat pula kalau masa kami naik pentas dulu, dapat buku cerita. Punyalah seronok. As for my sisters, ada dapat water colour, jam dan macam-macam lagilah. Rasanya kalau dapat hadiah sebegitu, kanak-kanak lagi appreciative sebab boleh digunakan.




Saya bangga jadi anak didik sekolah ini :)

Monday, 14 November 2011

8!

Selamat ulangtahun ke 8 Firzanah!


- Blog Press enabled

Wednesday, 9 November 2011

Selamat ulangtahun yang ke 7 dan ke 2 sayang-sayangku!

Selamat ulang tahun ke 7 Fawwaz Amin.
Selamat ulang tahun ke 2 Fateh Aqmar.

Nampaknya harijadi tahun ini disambut dengan sesi demam.

Monday, 7 November 2011

Aidiladha

Disambut dengan 3 anak terunaku demam. Astagfirullah, moga dengan ujian kecil dariMu ini aku belajar erti redha dan sabar.

Demam-demam yang mengambil masa panjang untuk sembuh.

- Blog Press enabled

Thursday, 3 November 2011

Kakak dapat no. 1

Alhamdulillah, Amni balik semalam, dia kata dia dapat no. 1 dalam kelas. Sekarang dia tengah fikir lagi nak apa, sebab ibu sudah janji ada imbuhan.

Yang penting, ibunya dulu sekolah yang sama, tak pernah dapat nombor 1 (dan ada cik Aini yang asyik bolot no. 1). Competitive sangat-sangat sekolah kebangsaan tu.

Fawwaz pula, macam ibu pun ada, jenis nan hado nombor berapa. Janji dia belajar pun, dah alhamdulillah.

Tapi bila tanya budak-budak ni dapat nombor berapa kat sekolah agama walaupun ibunya kerah baca buku, terdiam pula ^_^

Tang agama-agama, kita serah kat abah dia. Yang pasti bingit telinga budak-budak ni, ibu dia suruh solat. Kalau tertidur tak solat Isyak, sanggup ibu dia kejut balik suruh solat.

Cuma sekarang agak susah hati, bila dua orang itu bersekolah kebangsaan sesi petang. Sebab pengalaman ibu di sekolah yang sama, solat Zohor dan Asar berkubur begitu sahaja. Memang susah. Mujur sesi petang hanya dari darjah 1 sehingga 3. Dilema betul ibu dia sekarang, sebab teringat masa kecil-kecil dulu liat nak solat, bila dah remaja pun masih culas-culas. Sebab tu dikerah dengan penuh tenaga untuk mereka solat supaya tabiat itu lekat sampai bila-bila.

Ibunya, bila dah dewasa, barulah terkejar-kejar nak gantikan solat yang dulu-dulu. Aduh, sempat ke nak tampal lompang-lompang dalam solat ni? Dan adakah solat yang dibuat sekarang pun sudah cukup penghayatannya? Takutnya sekiranya Allah tak terima amalan solat-solatku.

Dan apakah panjang lagi umurku untuk mengqada'kan solat-solat itu, lantas mengerjakan pula solat sunat lain, terutamanya solat dhuha dan solat witir?

Allah.... *_*

Amalan pertama yang Allah hisab ketika di akhirat, adalah solat 5 waktu. Maka jagalah solat agar solat kita bermutu. Dan lompang-lompang hisaban solat itu pula akan ditampal dengan amalan solat sunat lain, terutamanya solat dhuha dan witir.

Rujukan lanjut: Tazkirah