Monday, 30 January 2012

Tawakal adalah keajaiban hidup

Itu intipati ceramah Dr. Maza.

Ketika aku masih bergantung harap kepada manusia, sepatutnya aku mesti bergantung harap kepada Allah secara total.

Kerana tawakal itu adalah keajaiban hidup.

Ada kawan aku tulis, apabila kita ditimpa ujian, kita sebenarnya dalam pemerhatian Allah. Moga Allah memerhatikan kita semua, dan moga kita tidak pernah tersasar dari landasanNya.

Aku suka apa yang Dr. Maza sebut dalam ceramah 'Mencari Sakinah':

Ketika Abu Bakar r.a. menemani Rasulullah s.a.w. di Gua Hira' dan beliau berasa cemas, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Abu Bakar, "La Tahzan (Jangan bersedih), sesungguhnya Allah bersama kita."

La Tahzan Aida, sesungguhnya Allah bersama kita :)

Thursday, 26 January 2012

Book review: Divergent by Veronica Roth

Oh jeez, I do not know about the existence of this book till I saw on Goodreads that Divergent was chosen as 2011's favourite book.

Then I Googled and found out that this is the first book written by Veronica Roth (she is a new author) while she is still studying at university, and it was reported that the movie right was sold even before the book was released.

Wow, not bad for a 22-year old eh?

Ok, so I started reading the reviews and got hooked.

First and foremost, let me warn you, this book is not for the people who love happy ending, adore fairies and gypsies. This book is for people who love robots, science fiction and really do not mind about  fighting.

And I learned that dystopia is the opposite of utopia. The book painted a depressed and bleak environment, which I am really sure I could not live in a dystopian world.

A short summary of Divergent:

In Beatrice Prior's dystopian Chicago, society is divided into five factions, each dedicated to the cultivation of a particular virtue—Candor (the honest), Abnegation (the selfless), Dauntless (the brave), Amity (the peaceful), and Erudite (the intelligent). On an appointed day of every year, all sixteen-year-olds must select the faction to which they will devote the rest of their lives. For Beatrice, the decision is between staying with her family and being who she really is—she can't have both. So she makes a choice that surprises everyone, including herself.

During the highly competitive initiation that follows, Beatrice renames herself Tris and struggles to determine who her friends really are—and where, exactly, a romance with a sometimes fascinating, sometimes infuriating boy fits into the life she's chosen. But Tris also has a secret, one she's kept hidden from everyone because she's been warned it can mean death. And as she discovers a growing conflict that threatens to unravel her seemingly perfect society, she also learns that her secret might help her save those she loves . . . or it might destroy her.

Debut author Veronica Roth bursts onto the literary scene with the first book in the Divergent series—dystopian thrillers filled with electrifying decisions, heartbreaking betrayals, stunning consequences, and unexpected romance.
 I had a love hate relationship with this book. At one point of time, I wanted to scream and ditch it. But I could not possibly do it since I was reading it on the Kindle application in my iPhone.

The start of the book was so promising. Beatrice is as tough as nail, she had her own mind and the perfect family. She must choose between staying loyal to her own faction (Abnegation) or leave her family and join another faction for life. It was interesting when she had to do the simulation test in determining which faction she should be in. And the result was unexpected. She is a 'Divergent' and cannot be classified in any of the factions.

On the choosing ceremony, she decided to join another faction, and leave her family forever. Now, that is when the book just went downhill. I could not understand how the first half of the book can be devoted to more simulation tests (and Ms. Roth has the gut to describe every simulation test as detail as possible, which makes me think she had no plot) and more training. Ahh, the training. It was brutal, you learned how to punch people till they hurt, you have to learn how to hold a gun and knife. It is just I wished Ms. Roth, at some point, stopped detailing every training that Beatrice had to endure, because there is no point telling the readers about the training since we will never learn how to hold a gun.

But then, when her mother came during visiting day, then it turned out interesting. Her mother, obviously, had secrets of her own. And I do mind if Ms. Roth had taken the time to explore more about Beatrice's family.

It is just when the factions started plotting and fighting that I found the book moved at break neck speed. And I wish Ms. Roth had started writing this part sooner than later. This book is seriously not for the faint hearts, since there seems to be lots of killings involved, and it consist of best friends and family. And of course, betrayals between family members and factions.

The ending is inconclusive, since there will be 2 more books in the Divergent series.

But, would I pick up this book again? It makes me feel depressed in a sort of dystopian way.

Will I be waiting for the second book? Yes, if and only if the second book elaborate more about Beatrice's family. Now, that would be worth waiting for.

Wednesday, 18 January 2012

Surviving ACCA

Ketika ditawarkan untuk menyambung pelajaran sepenuh masa,saya tidak tahu bagaimana hendak menerima berita tersebut. Dalam keadaan saya mengharapkan biasiswa untuk menyambung Sarjana, tidak tersangka saya ditawarkan untuk ACCA - kerana di dalam borang biasiswa yang saya isi, saya tulis ACCA / Sarjana, tetapi saya lebih mengharapkan saya mendapat tawaran biasiswa untuk Sarjana.

Saya masih di dalam keadaan serba salah sama ada mahu menerima atau tidak tawaran tersebut (dan saya dalam keadaan yang sedang mengandung anak ke-4 menyebabkan saya menjadi semakin tidak keruan). Yang menjadi turning point saya, adalah apabila seorang penceramah BTN menceritakan bahawa beliau menuliskan rekomendasi kepada seorang pelajar yang mendapat first class untuk Sarjana Muda Perakauanan dari sebuah universiti terkemuka di UK, tetapi akhirnya pelajar sebut tidak berjaya untuk mendapat biasiswa MARA untuk menyambung pelajaran dalam bidang ACCA di luar negara (dan saya adalah salah seorang yang terpilih untuk mendapat biasiswa itu ketika pelajar ini tidak mendapatnya, how lucky I am). Masya' Allah, sungguh Allah aturkan cantik perjalanan ini.

Selama setahun, saya hanya ingin lulus ACCA. Disebabkan sarjana muda saya, saya hanya perlu belajar untuk 6 modul sahaja (jumlah keseluruhan modul adalah 14). Dan ianya bukan mudah.

Apabila ayah saya mengetahui bahawa saya telah mencuba untuk mendapatkan biasiswa untuk ACCA, ayah memberitahu ianya susah. Dan saya teringat dia berpesan jangan cuba membandingkan diri saya dengan makcik saya yang sangat pandai, di mana dia lulus ACCA dan tidak pernah mengulang mana-mana modul.

Saya sendiri tahu bahawa ianya bukan mudah.

Disebabkan saya telah meninggalkan segala-galanya di Malaysia, bersama suami dan anak-anak yang mengikuti saya, telah membulatkan nekad saya untuk berjaya. Saya tahu peluang tidak datang bergolek, dan saya MESTI lulus 6 modul itu walau bagaimanapun. Setiap kali peperiksaan, saya tahu saya WAJIB lulus 3 modul.

Ketika itu saya rasa hendak menangis bila mula belajar.

Mungkin kerana tekad saya yang kuat, dan doa keluarga yang tidak putus-putus, saya hampir tidak menjadi gila kerana belajar ACCA. Hari kedua sampai dari Malaysia, saya terus ke kelas. Mujur ketika itu saya tidak jetlag. Hujung minggu, suami keluar ke IKEA dengan kawan membelikan meja belajar untuk saya. Saya sebenarnya sangat terharu.

Meja belajar saya yang menghadap dinding. Walaupun terperuk di bilik kecil, meja inilah yang banyak berjasa pada saya. Kadang-kadang saya memandang kosong dinding itu dan akan ternampak kad ucapan selamat dari ibu dan ayah saya. Kad itu antara motivasi terkuat saya untuk menghabiskan ACCA.
Lalu bermulalah episod saya sebagai seorang pelajar sepenuh masa. Saya adalah pelajar tertua di dalam kelas, dan ramai yang tidak tahu bahawa saya sudah berkeluarga dan mempunyai 4 orang anak. Hanya 1 orang tutor saya yang tahu saya sudah bekeluarga, dan beberapa orang rakan sekelas saya.

Saya menulis beberapa tip di bawah, hanya untuk panduan kepada rakan-rakan yang akan atau tengah mengambil ACCA. Kerana saya terasa perjalanan saya sangat-sangat sunyi ketika saya membuat ACCA. Hanya saya seorang sahaja pelajar post graduate Malaysia di dalam komuniti Manchester yang mengambil ACCA. Kesemua post graduate yang datang bersama keluarga sedang mengambil Sarjana atau PhD.

1. Jadualkan masa

Kelas ACCA saya tidak banyak, hanya dalam 6-7 kelas untuk satu modul. Maka saya perlu hadam banyak ilmu dalam masa yang cepat. Kelas bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 5 petang. Tetapi modulnya adalah setebal satu buku teks universiti. Kalau dahulu saya belajar dalam masa 3 - 4 bulan untuk subjek yang sama, di mana kekerapan kelas dalam 3-4 kali seminggu, saya perlu habiskan segala-galanya hanya dalam 6 kelas sahaja.

Jadi untuk hari yang saya tiada kelas, saya akan mula belajar selama 2 jam dari jam 10 pagi - 12 tengahhari dari hari Isnin - Jumaat. Kemudian, waktu malam saya akan sambung waktu belajar saya selama 1 atau 2 jam lagi.

Kalau kelas saya ada pada hari Isnin contohnya, saya tidak akan self study pada hari Isnin, tetapi hanya akan memulakan sesi self study saya pada hari Selasa. Hari yang ada kelas bagi saya terlalu menyesakkan minda, kerana untuk setiap kelas, pelajar akan menghabiskan 3-4 bab dalam satu masa.

Disebabkan saya belajar secara konsisten, maka saya dapat hadam dengan lebih cepat. Apa yang saya tidak tahu, saya akan tanya tutor saya secara bersemuka atau melalui e-mel.

Pointnya: Saya belajar setiap hari, walaupun ada masa saya rasa hendak muntah menghadap buku tersebut, saya akan rehat seketika dan kemudian sambung semula pembelajaran saya.

2. Duduk paling hadapan di dalam kelas

Trend pelajar, semestinya duduk di belakang sekali atau tengah-tengah. Sukar betul hendak duduk paling hadapan. Disebabkan saya ini orangnya cepat mengantuk, saya akan duduk paling depan dan kalau boleh saya biasanya menghadap tutor yang mengajar serta nampak papan elektronik yang beliau gunakan.

Jadi sayalah orang pertama yang akan mengangkat tangan sekiranya tidak faham. Dan sekiranya saya menguap, tutor saya jugalah orang pertama yang melihat saya menguap (memang berlaku beberapa kali).

3. Tanya, tanya dan tanya

Selagi saya tidak faham, saya akan bertanya. Saya memang tidak banyak bercakap dalam kelas, tapi saya akan bertanya dengan tutor saya semasa rehat. Belajar di Kaplan, saya kena banyak mengambil inisiatif sendiri. Tutor kami tidak akan memaksa kami menyiapkan jawapan, dan sebelum saya masuk peperiksaan ACCA, saya tidak pernah diberikan sebarang ACCA mock exam. Huh.

Saya pernah menyiapkan satu mock exam atas inisiatif saya sendiri, dan tutor saya sangat terkejut ada seorang pelajarnya yang menyiapkan kertas tersebut, lalu dihantar kepada beliau.

4. Cuba buat sebanyak mana kertas peperiksaan ACCA yang lepas

Sebulan sebelum kami menduduki peperiksaan ACCA, kami akan diberi revision plan oleh tutor. Dalam kertas revision plan itu, akan dinyatakan soalan di dalam kertas peperiksaan mana yang harus dicuba. Saya akan mencuba menjawab sebanyak mana soalan tersebut. Satu buku yang sangat membantu pelajar ACCA, adalah Kaplan Revision Kit. Dalam buku itu, Kaplan sudah memasukkan kesemua soalan ACCA yang lepas dalam satu buku, dan dipecahkan mengikut bab lagi. Dan paling penting, ada revision plan di dalam buku tersebut yang sangat-sangat membantu untuk pelajar ACCA yang self study.

5. Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan

Untuk setiap kertas, kita diperuntukkan 3 jam. Sebelum bermula 3 jam, kita ada 15 minit untuk membaca dan memahami soalan-soalan tersebut. Di sini, saya sudah kira masa untuk menjawab tiap-tiap soalan.

Disebabkan kertas ACCA berdasarkan praktis untuk tip no.4, saya akan bahagikan masa saya untuk setiap soalan. 1 markah adalah untuk 1.8 minit. Jadi jika soalan tersebut adalah 50 markah; 50 markah X 1.8 minit = 90 minit. Sekiranya sudah 90 minit saya menjawab soalan pertama, walaupun tidak habis, saya akan beralih ke soalan kedua.

Untuk lulus ACCA, kita harus menjawab semua soalan. Jangan ditinggalkan mana-mana sub soalan yang mungkin kita tidak tahu jawab. Dan paling penting, kita boleh jawab soalan yang kita rasa mudah sebelum menjawab soalan yang susah.

6. Masa untuk keluarga

Sabtu dan Ahad adalah masa untuk keluarga. Disebabkan itu, tip no. 1 bagi saya sangat penting :).

Tuesday, 10 January 2012

"Ibu, Fawwaz jadi ketua kelas"

"Iye ke? Alhamdulillah."
"Ni mesti sebab Fawwaz banyak cakap."
"Bukanlah, ustazah kata Fawwaz cepat buat kerja."
"Fawwaz duduk paling depan ke dalam kelas?"
"Ha-ah"

Rasanya dia dilantik ketua kelas sekolah agama.

Fawwaz ini orangnya peramah, berkawan dengan ramai orang (tapi tidak suka bercampur dengan budak perempuan).

Dan suka mengusik adik-beradiknya sampai mereka terjerit-jerit.

Monday, 9 January 2012

Bedak

Jumaat lepas:
Semasa ibu menggosok baju dan abah tengah mandi, rupa-rupanya sudah berjalan projek menghabiskan bedak di rumah.

Ibu turun sambil mengucap panjang nama Allah. Tidak marah pun, sebab adik siap pegang dust pan nak tolong sapukan bedak atas meja :)

Rupanya ini kerja awak ye Fateh?

Ish ish ish...

Sabtu lepas:
Abahnya balik dari kelas, "Fateh dah tidur ye?"
"Ha-ah"
"Kalau dia tak tidur, dialah orang pertama menjerit di grill bila awak balik."

Teringat pula kisah Fahri dan botol ajaibnya.
Baguslah tu, si Fahri yang tengah berNintendo Wii pun bertempek bedak di dahi, sama macam adiknya ni :)

Wednesday, 4 January 2012

Bah!

I do not know what I should write for my first new year post!

Basically, 2011 had been such a roller coaster ride for me. I do not have any new resolution (and this applies to every new year). 2011 went in a blink of an eye.

However, there are personal matters that I do not think that I should write it over here. It is always the happy news that should be shared, to record those happy moments.

2011 has been harsh for me, career wise. Career wise, maybe I am not destined to do great things.

But 2011 also signify a year which I passed my ACCA papers on first sitting and I got accepted as ACCA member. I realised that I am really good at over analysing figures and facts related to my work (which is evident with my high pass marks for P3: Business Analysis paper).

2011 has also pushed my husband to further his MBA, since I keep pestering him non stop. And he has high hopes that I will do my PhD (sabar bang, sabar), since he is proud that I have become an Islamic chartered accountant.

And 2011 shows that I am able to further my study in the UK (which is always my childhood dream).

And studying Accounting, even though I would never admit this, I realised that I really love accounting. but I am still hoping to do my Masters, and further specialise in Islamic Accounting. And I want to do it for the love of the subject.

I am still in pursue of being a better Muslim. And my kids, oh la la... how they have grown!

So how's your 2011 guys? Any interesting event?