Thursday, 23 February 2012

Kempen kenapa saya perlu Galaxy Tab

Well that sums up the reason quite well, don't you think ?

Tuesday, 21 February 2012

Resipi nasi ayam (cara Aida)

Disebabkan catatan saya yang dahulu sudah hilang (20 Okt 2004), saya tulis semula untuk Aishah Jepun :). Jangan lupa upload gambar di Facebook selepas selesai memasak.

Resipi ini saya cipta hasil pemerhatian makcik saya memasak, kemudian saya mudahkan lagi kerana saya seorang ibu bekerja. Alhamdulillah, resipi ini memang hit di kalangan keluarga saya dan mertua. Ibu saya yang pandai memasak pun sangat suka resipi ini.

Happy cooking kawan-kawan!

Resipi nasi ayam (cara Aida)

Untuk ayam:
Ayam 1 ekor - dibelah 16
Sos tiram
Kicap manis
Bawang putih 2 labu - diketuk
Halia - sebanyak yang boleh - dihiris kasar

Cara memasak:
1. Ayam dimasukkan dalam periuk. Masukkan air sehingga paras menenggelami ayam.
2. Masukkan sos tiram dan kicap secukup rasa (saya biasa letak banyak untuk dapatkan kuah yang pekat).
3. Taburkan bawang putih dan halia.
4. Rebus ayam di atas api sederhana.
5. Untuk menambahkan kepekatan kuah, tambahkan sos tiram dan kicap sekiranya perlu semasa merebus.
6. Reneh dalam 30-40 minit.

Untuk nasi:
Beras - mengikut sukatan yang diingini
Halia - dihiris kasar
Bawang putih setengah labu - diketuk
Marjerin - 1/3 buku

Cara memasak:
1. Panaskan marjerin, bawang putih dan halia di dalam periuk nasi (saya guna rice cooker). Gaul sebati.
2. Masukkan beras. Gaul sebati dengan bahan-bahan no. 1.
3. Masukkan air melebihi sukatan beras.
4. Tunggu sehingga nasi masak.

P/S: Anda boleh juga menambah kismis atau gajus mengikut citarasa.

Untuk sos lada merah:
Cili merah 8 tangkai - dibuang biji dan tangkai
Bawang putih setengah labu
Halia - setengah inci
Cuka - 2 sudu besar
Gula - 2 sudu besar
Air masak - setengah cawan

Cara penyediaan:
1. Masukkan cili merah, bawang putih, halia, cuka, gula dan air masak ke dalam pengisar (blender).
2. Kisar bahan-bahan.
3. Tambahkan air masak sekiranya sos terlebih pekat.

Wednesday, 15 February 2012

A passing and a child

I was one the few that received the first SMS yesterday:

Kak *, kak * n kakak2 sekalian.. rapat dgn kak aziah tak? Aziah mmu.. diorg accident depan mmu cyber... hubby meninggal... dwen sms sy minta no waris... tolong carikan sapa2 kenal keluarga waris... & terus call dwen. Tq

And I called the first person that came to my mind, who I know is close to my friend, Ida.

Ida received the news first hand from me, and the rest is history.

Inna lillah hi wa inna ila hiraa jiun.

Kepada Allah kita kembali.

He left her behind with their 6 year old girl, and they found out she is pregnant with their second child, the day before. Astagfirullah..

Monday, 13 February 2012

Neck strain

Source: Engadget
I got a neck strain due to too much reading done on my phone using the iBook and Kindle application.

I was bed ridden for 2 days because of high fever and I finished at least 1 book per day while trying to sleep due to the fever. And the books are around 400-500 pages each.

I am still tired today, due to the fever effect, but managed to cramp my time reading more books.

I have discovered back my passion for reading, after being a lazy bum last year, due to my professional exam stress. And thanks to many free e-book applications, and after countless ogling of Kindle Touch, Kindle Fire, or just plain Kindle, I decided to read books on my phone.

Which is kind of fun and I find it weird to read e-books on computers nowadays.

And since it was so easy to find free books, for example from Project Gutenberg, I decided to download the books on my phone.

At least I have something to read while waiting for my turn at the bank.

And now the problem is, I have the same version of book in my laptop, my phone and sometimes the book itself since I could not stop reading. 3 versions of books versus 1 version of it (the real book).

Thursday, 9 February 2012

Pusat Sains Negara; 22 Januari 2012

Kami ke Pusat Sains Negara semasa cuti Tahun Baru Cina lepas. Masuk percuma (tidak pasti promosi sampai bila), dan anak-anak seronok ke sini. Saya rasa, masyarakat Malaysia kurang minat untuk datang ke tempat sebegini. Kami bertolak dari rumah jam 9 lebih, dan tiba di sana dalam jam 9.30. Keluarga pertama yang sampai (kira pembuka tetamu lah hari tu).

Lain benar dengan masyarakat UK yang suka membawa anak-anak mereka ke tempat sebegini (lihat catatan Glasgow Science Centre), di mana pusat sainsnya sangat-sangat ramai yang datang. Masya' Allah, anak-anak saya yang minta hendak ke Pusat Sains. Sangat seronok!

Tengah cuba buat lidah bergulung, Tidak berjaya.

Keluarga pertama tiba di Science Corner. Ada sukarelawan melayan kami cara-cara membuat kapal terbang. Saya dan suami mencuba untuk membuka besi di tangan. Tidak ada orang, tapi seronok juga sebenarnya sebab sukarelawan itu melayan kami sahaja!

Melompat di atas tilam berisi udara yang sangat besar.

Anak-anak laki saya tengah mencuba memancing bola :)

Kami masuk ke galeri yang memaparkan patung android manusia (Actroid). Hanya bahagian ini sahaja berbayar. Disebabkan patung tersebut berupa manusia, saya seram sebenarnya. Jadi kita tunjuk gambar tangan patung sahaja. Kuku, rambut dan bulu mata patung itu diambil dari manusia. Kami juga orang pertama tiba di bahagian ini.

Bermain di luar Pusat Sains Negara sebelum balik.

Keesokkannya, kami ke sungai. Bawa anak-anak mandi manda. Fateh saja lebih action, padahal tak mandi pun. Siap berswimming suit.

Tuesday, 7 February 2012

A library in a shopping mall

And it is tucked between retail shops :)

Friday, 3 February 2012

Pimpinlah saya sampai ke syurga

Saya rasa mungkin catatan ini akan terperap sahaja. Tapi selepas suami saya baca draf ini semalam, dia memberi keizinan.

Suami saya seorang pendengar yang setia, dan merupakan rakan karib saya. Saya pula, bukanlah selalu menjadi pendengar yang setia, dan saya sendiri tidak pasti adakah saya rakan karib si dia (saya rasa mungkin saya rakan karib dia - ini memang kes perasan sendiri). Malahan selalu juga mulut ini membebel tidak sudah, sehingga perangai membebel pun ada kala sudah turun kepada suami saya *_* (aduh, kena muhasabah diri balik ni).

Sudah bertahun-tahun kami bersama, saya selesa berkongsi hidup dengan dia. Alhamdulillah, dalam pegangan agama, kami sefikrah, dan rakan-rakan kami dari golongan yang sama. Lebih mudah kami berdua bertukar pendapat, dan ada masanya, dia akan kongsikan kisah-kisah tauladan atau isu semasa yang dia baca. Tazkirah dia biasanya tepat terkena batang hidung saya.

Dia jugalah yang memperkenalkan saya kepada ceramah-ceramah agama walaupun secara tidak langsung. Minatnya mendengar ceramah dari CD-CD yang dibeli, dan akhirnya kami sekeluarga akan mendengar ceramah itu di dalam kereta.

Musim sejuk di Crumpsall Park, Manchester (Winter,2010). Kedamaian yang indah.
Kadang-kadang saya terfikir, apakah cukup amalan saya ini untuk melayakkan diri saya ke syurga? Ya Allah, sungguh daif amalan hambaMu ini.

Sebenarnya, saya selalu terbayang-bayang sekiranya saya dapat meniti masuk ke syurga bersama suami. Saya ingin menjadi ketua bidadari, yang mendamaikan hati suami di syurga. Saya ingin bersama dia sampai bila-bila. Begitu mendamaikan suami saya untuk saya, dan saya berharap saya juga dapat mendamaikan hati dia.

Saya malu hendak menghadap Allah dengan keadaan serba kekurangan. Tapi saya tahu, suami saya akan pimpin saya sampai ke syurga. Dia akan pastikan amalan-amalan beribadat diteruskan di rumah, dan ini saya sangat sanjung. Anak-anak sudah mula bersolat semenjak dari darjah 1 secara lengkap. Ketika di Manchester, anak-anak saya membaca Iqra' dengan bapanya, yang mungkin dia rasakan diri dia tidak layak lagi untuk memimpin jemaah, tetapi sangat layak memimpin saya dan anak-anak.

Di Powerscourt House and Gardens, Republic of Ireland (Summer, approaching Autumn 2010). Saya merindui saat-saat ketenangan sebegini. Berjalan bersama keluarga di taman-taman tanpa mengira musim.
Dahulu, saya tidak pernah terbayang akan mendapat jodoh yang sebegini. Allah berikan lebih daripada yang saya minta. Seorang suami yang mementingkan pencapaian akhirat, kerana dia akan pimpin saya dan anak-anak sampai ke syurga.

Ketika ayah saya mengakad nikahkan saya, mungkin sudah tergetar di hati suami, bahawa dia perlu mendidik saya (personaliti yang agak peramah dengan semua orang) yang serba serbi kekurangan ilmu akhirat di dada. Saya dapat seorang suami yang senang sekali saya bersoal kemusykilan saya, dan dia dengan sabar akan menjawabnya, walaupun seremeh mana pun. Mungkin disebabkan sikapnya itu, saya tidak takut untuk bertanya lebih-lebih, dan tidak kekok untuk mengaku saya naif.

Bertahun-tahun berkenalan dengannya sebagai seorang rakan maya, dan kemudian mengenali rakan-rakan beliau yang sefikrah, alhamdulillah saya memilih dia sebagai teman hidup saya.

Dalam banyak detik penting dalam hidup saya, dia sentiasa ada di sisi. Dan dia jugalah yang sentiasa mendoakan saya dalam apa jua keadaan - ketika saya gembira, bersedih, atau ketika jiwa ini tenang. Saya sangat percaya dengan kekuatan doa dia sebagai seorang suami, yang meredhai saya sebagai isterinya. Doa suami, saya memang yakin sangat-sangat mujarab dalam saya melakukan sesuatu.

"Abang, doakan Aida ye."
"Abang doakan Aida lebih daripada apa yang Aida minta."

Abang, jangan lupa doakan Aida memimpin tangan abang sampai ke syurga ya.
Aida hendak masuk syurga dengan Abang.

Catatan dari hati seorang isteri..

P/S: Suami saya kata dia bukan baik sangat, tapi tulisan di atas adalah pandangan mata saya.