Thursday, 28 February 2013

Salero Negori with the husband

Salero Negori is a restaurant that is quaintly decorated and tucked in the second floor of Amcorp Mall in PJ. My introduction to the restaurant was by Farra, one of my good friends. Then, my husband and I started to come here more often.

Our first taste of Padang cookings was way back in 2011, when we went for our family vacation in Padang & Bukit Tinggi, Indonesia.

Salero Negeri, even though it was focusing toward Padang recipes, but there are also mix of Negeri Sembilan dishes.

Since we went to Amcorp Mall, to redeem some book vouchers, we decided to have our lunch here.

I love the old and antique items that were displayed in the shop. Reminds me of old kopitiam with their furnitures and decorations.




The decorations are the centre of attraction of the restaurant - an old iron, antique blender, teapots as the decorations. In fact, I think that some of the decorations are up for sale. Look at the plates on the wall beside the mirror. What a nice touch.



And even though it is just akin to nasi campur, we ordered daging salai, sambal hijau, bergedel, sayur lemak pucuk paku and fried chicken with floss. Very the kampung, but we love it to the max. And of course, not to forget, the famous Teh Botol - which can be found in Indonesia.

And to end our lunch, we had sagu gula melaka :)

Tuesday, 26 February 2013

You know you have a fulfilling day

...when the highlight of last Friday's meeting is about a snake.

Ular sawa. Big ular sawa.

They found one crossing the road between our office building and the other building.
And it has been living in the parking lot all this time.

Totally awesome and gross at the same time.

Thursday, 21 February 2013

Kisah setem dan keinsafan

Adik posmen itu memandang aku dari dalam kaunter, "Kak, ada duit kecil tak?"

Aku terkebil-kebil. Kisahnya, hanya ingin mengepos 2 keping surat bersampul panjang, aku hanya membawa sekeping nota merah. Tidak ada duit syiling atau duit bernota biru atau hijau. Kos sekeping setem untuk sampul panjang itu hanya 80 sen.

Aku menggeleng.
Lalu seorang pakcik di meja kaunter berkata lagi, "Hari ni semua duit merah dik. Kami pun tak ada tukar."

Dan adik posmen itu kemudian bertanya lagi dan aku katakan aku hanya bawa RM10 ini sahaja.
Kemudian dengan baik hati dia menawarkan, "Takpalah kak, kira kami buat amal jariah. Akak nak pos 2 keping surat je kan? RM 1.60 je. Boleh je kami poskan tanpa kos."

Hati aku terusik. Hanya kerana aku pernah membaca artikel pada tahun 2010 bahawa kenaikan gaji posmen dilakukan, kerana gaji posmen di bawah taraf kemiskinan. Hanya pada tahun 2010 ada pelarasan gaji untuk mereka. Yang setiap hari tanpa jemu melakukan tugas untuk memastikan surat kita sampai kepada penerima.

Apalah sangat harga setem 80 sen itu dengan gaji aku.

Lalu aku pun berkata, "Takpa dik takpa. Nanti akak pergi minimart atas beli apa-apa untuk tukar duit."
"Tak payah kak."
"Takpe takpe, kejap sahaja. Kaunter buka sampai jam berapa?"
"Sampai 5.30 kak! Tapi kami nak pergi pos surat dah ni." Ketika itu jam sudah menunjukkan jam 3 petang. Adik posmen itu sebenarnya sedang mengambil surat-surat yang dihantar pelanggan untuk diasingkan dan dihantar.
"Takpe, esok lusa pun boleh pos lagi surat ni,"aku berkata padanya.

Lalu aku membeli barang dan menukar duit di mini mart.
Kemudian turun semula dengan genggaman RM 1.60 di tangan.

Apalah sangat RM 1.60 pada kita, tetapi bernilai besar untuk mereka.

Dan di dalam hati aku, apalah sangat harga setem yang dahulunya hanya 50 sen untuk sampul surat panjang dan kemudian dinaikkan kepada 80 sen itu. Sudah berpuluh-puluh tahun harga yang sama itu dipakai. Semenjak aku masih di sekolah rendah.

Percayalah bila aku katakan, kadar yang diberi Pos Malaysia itu tersangatlah murah. Itu pun apabila aku pernah duduk di negara orang dan membandingkan kadar British Post.

Wednesday, 13 February 2013

Moga tautan ukhuwah itu berkekalan

Sudah lebih 10 tahun rupanya, pertama kali berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan. Malahan, secara retorik saya nyatakan kepada salah seorang senior, bahawa saya sudah kenal beliau hampir 15 tahun. Bukan mudah untuk berkekalan ukhuwah seperti itu.

Lalu kemudian, berjumpa lagi dengan adik-adik yang bezanya 10 tahun dengan saya. Graduasi dari universiti yang sama. Ada seorang berkata, sekiranya dibandingkan dengan rakan-rakan lain satu universiti, kami yang lebih rapat antara satu sama lain. Hanya dengan tautan usrah dan ukhuwah. Sekiranya ingin mencari manisnya ukhuwah, maka di sinilah kekuatannya. Walaupun hanya sekadar rakan seusrah dan sefikrah.

Di kesempatan cuti panjang ini, bertemu kembali setelah sekian lama bukan mudah. Tahu-tahu, ada yang sudah bertambah bilangan mujahidnya. Dalam sedar, semakin ramai mujahid, tetapi bilangan mujahidah boleh dikira dengan jari. Mungkin ini perancangan Allah, agar anak-anak lelaki kami akan menjadi imam kepada keluarga apabila dewasa kelak. Agar mudah mereka mengemudikan kehidupan dengan Islam sebagai asasnya

Rasa bergetar juga dalam hati, apabila suami menyatakan ingin meneruskan usrah secara konsisten, kerana arwah kakak ipar dan suaminya juga begitu. Berusrah lebih 20 tahun, semenjak dari zaman universiti. Bukan mudah untuk mengekalkan komitmen. Lalu azam untuk mengejar akhirat itu juga harus ada.

Lalu harus bagaimana ibu bapa itu ingin mengemudi keluarganya sekiranya ilmu akhiratnya kurang? Inilah masa untuk menambah pengalaman serta berkongsi visi akhirat.

Terima kasih kepada adik-adik yang menganjurkan. Sangat berpuas hati dari segala aspek. Walaupun saya sendiri orangnya tegas, tetapi mereka menerima arahan dan melaksanakan tugas dengan sangat baik. Masya' Allah, moga tautan ukhuwah itu berkekalan. Dan semestinya matlamat utama, kita akan menjadi ahli syurga dengan konsistennya amalan akhirat. 

Nasi ayam menyambut kedatangan kami. Harus membasuh pinggan sendiri di kem ini.

Surau menjadi tempat wajib untuk ahli-ahli berjemaah.
Kanak-kanak suka dengan air sungai yang jernih. Landskap yang mendamaikan menenangkan jiwa mencari ilmu.
Terima kasih Zul kerana sanggup mengambil gambar keluarga bersantapan.
Hidangan BBQ untuk makan malam yang dibakar oleh ahli-ahli seusrah. Moga kalian mendapat pahala menyediakan makanan untuk anak-anak.

Rezeki pakcik ini murah. Alhamdulillah, walaupun sekadar menjual aiskrim, moga dengan apa yang dijualnya itu merupakan jalan untuk dia ke syurga. Mencari rezeki halal untuk keluarga.

Sunday, 10 February 2013

Family day

Monday, 4 February 2013

Hello Monday!

Taken from The Sun today.
This is SO me!

Sunday, 3 February 2013

Minggu membasuh

Sudah berminggu-minggu jadi rajin terlajak. Siap buat marathon basuh langsir dan kusyen sofa. Itu semua atas kerja rumah yang biasa.

Kerja biasa
Contohnya: basuh bilik air sebelum nak tidur walhal masih lagi pada hari bekerja.

Selepas itu, buat kerahan tenaga sekeluarga mengemas rumah. Abahnya pun sudah menurun perangai mengemas rumah. Haha... lama tuu ambil masa untuk pastikan abahnya jadi rajin mengemas :p

Walau macammana pun, puas hati lihat rumah bersih.

Semalam berus selipar anak-anak yang kotor. Ini memang kes terlebih rajinlah sangat.