Friday, 31 May 2013

Geng lunch

I have this set of friends, that we nicknamed 'Geng Lunch' for obvious reasons. Because our 9 members love to eat, and we eat heartily.

I don't know how we started to hang out with each other, in the first place. Maybe because we came from the same university, and entered the workforce at the same time. In fact, the daily ramblings in e-mails or SMS has been non stop for the ladies.

Then we had 2 more kakaks in the group, kak Tie and kak Elin. Both has been really catching up with us, and we would chat over lunch time.

I think it is wonderful that we patched things up and started to tell about our work, even though we work in the same company, ahaha. So of course, lunch had been the time that we will meet - not necessarily the 9 of us together, but there will always be like 3 to 4 ladies meeting up just for a quick lunch.

I do think that this set of friends keep my sanity in check. I had been through one of the toughest working years in my life, and they always backed me up. And then the husbands unnecessarily (or necessarily) knows about us and they were like, "Tak cukup lagi ke masa jumpa kat office?" because we will keep texting each others non stop when we had something exciting to tell. Usually for others, it might seems like a mundane stuff, but for us we had our girls talks (plus of course our work talk).

And when we do our online shopping, we will do it in style. We will poll together the orders and do bulk ordering, usually on scarves.

I kinda like that each of us had different characters. I am sort of hard headed and temperamental, but others are soft heart even though they looked stern in the outside.

Anyway, we do keep up to date with current issues, which is quite interesting.. hehe

Taken from Farra's blog
Unfortunately, the picture above does not include all of us in the geng.

Anyway, for a friendship that will last forever.. even we become old.. or even when we switch companies (if there is any) later.

Thanks for keeping me sane, girls!

Tuesday, 28 May 2013

6 bulan

Bila suami cerita mak mimpi nampak seorang lelaki berjubah putih, kemudian di belakangnya ada seorang perempuan berbaju putih dan seorang kanak-kanak lelaki berbaju putih, soalan pertama terkeluar dari mulut aku;

"Eh bang, tu abang Kimi, kak Leila dengan Faris ye?"

Bab-bab ni, bagi aku, perlu kepastian lebih. Memang dalam kategori blur.
Apa orang kata lambat sikit nak pick up.

"Mak tak perasan."

OK.

Tapi mesti mak senyum bila dapat mimpi tu.
Mak mertua aku ni hijab dia dengan Allah macam mudah sahaja.
Mungkin sebab dia jaga amalan dan hati dia tidak pernah fikir yang bukan-bukan.

Masa tahu berita kebakaran pun, dia redha sahaja walhal kak Leila dah tiada. Tahap kesabaran dia tinggi betul.

Aku? Aduh. *pang*

Friday, 24 May 2013

Tuesday, 21 May 2013

Busy as bee

In the midst of product cum service launching, my team has the privileges of attending meetings and UAT and whats not in between.

At one point of time, most of the engagements will be at the same date and the same time. I once got to attend 3 meetings, which started at the same time - thus I have to prioritise and give each meeting an hour each.

As for workshops, I got to know I have to attend 3 different workshops at the same date and the same time. Talk about being redundant, or cloning myself would be the best solution. Most of the time, I just asked my superior back which one that I should attend and which one I should forgo since for him, everything is important and I should attend all 3.. hehehe

Life should be made easier, since already received lots of warning on the stress level of my current job. I am not the one to lament about work, but this one has taken its toil on me too much. Imagine running from A to Z and the maximum speed is still not enough.

But at least when I am back home, I will not think about work - since it has been quite stressful for my health.

Thursday, 16 May 2013

Kad hari Ibu


Terima sekeping kad hari Ibu dari Fawwaz dengan tulisan, "Fawwaz minta maaf ibu"
Oh Allah, lepas dapat terus peluk Fawwaz kuat-kuat

Ibu pun minta maaf ye Fawwaz T_T

Selalu marah kalian, tapi sebenarnya ibu sayang anak-anak.. muhasabah T_T

Friday, 10 May 2013

Ulasan buku: Ibu Melayu Mengelilingi Dunia

Tajuk buku: Ibu Melayu Mengelilingi Dunia: Dari Rumah ke London
Penulis: Tan Sri Dr Hajah Aishah Ghani
No ISBN: 9789830689586
No resit ITBM: ITBM02000847 29/4/2014 11:48 AM (pembelian kali kedua pada KLIBF 2014 kerana sangat menyukai buku ini)

Ini antara buku yang saya sangat suka, dan dibeli baru-baru ini di KLIBF. 4 bintang untuk penulisan yang mendahului zamannya.


Saya memang mencari salinan buku ini apabila membaca reviu penulis, kak Nisah Haron. Bukan mudah untuk berjumpa dengan buku ini, kerana salinan asal hanya ada di 2 tempat: 1. Perpustakaan Universiti Malaya, Malaysia dan 2. British Library, London.

Terima kasih kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) kerana mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku ini semula.

Alhamdulillah, dalam masa 6 jam, saya selesai membaca buku autobiografi Ibu Melayu ini. Saya bersetuju dengan kak Nisah Haron yang menyatakan buku ini dinobatkan sebagai buku autobiografi pertama oleh seorang wanita Melayu.

Buku yang ditulis pada era 1950-an ini masih mempunyai banyak buah fikiran yang sehingga kini relevan. Tan Sri Dr. Hajah Aishah Ghani menulis dengan ringkas tetapi padat. Isinya terus ke mata hati. Penulisannya kritis dan tajam.

Dan saya kagum dengan seorang Ibu Melayu yang ingin mengejar cita-citanya untuk menyambung pelajaran, pada umur 30-an. Antara keluarga dan cita-cita, kental semangatnya. Begitu juga kasih seorang suami kepadanya, yang memahami cita-citanya dah menjaga anak mereka selama 3 tahun.

Ibu Melayu ini banyak berpandangan jauh ke hadapan melampaui zamannya. Malahan melontarkan beberapa ide dan pendapat mengenai hak keistimewaan seorang wanita di Britain tika itu. Pada zaman 50-an, hanya England telah memberikan hak mengundi untuk wanita, tetapi Switzerland masih belum meluluskan rang undang-undang mengenai hak mengundi untuk wanita.

Dalam masa sama, walaupun beliau memuji beberapa hak di Britain, tetapi beliau juga tidak ragu mencela pergaulan bebas tanpa batas anak muda mudi di sana.

Dan harapannya untuk Tanah Melayu. Ya, anda harus ingat, beliau ke England pada ketika itu ketika Tanah Melayu masih dijajah oleh British.

Tan Sri Aishah juga sempat melawat Kolej Malaya: Kirkby College dan Brinsford Lodge College, kedua-dua kolej perguruan untuk guru-guru dari Tanah Melayu. Pada masa yang sama beliau melontarkan, bahawa ruginya ekonomi Tanah Melayu apabila wang mengalir keluar, walhal guru-guru ini yang 100% dari Tanah Melayu boleh sahaja dididik di Kirkby College cawangan Tanah Melayu.

Begitu juga kita melihat kritis pemikiran seorang ibu muda. Apabila beliau menyatakan betapa sastera di Tanah Melayu masih dipandang rendah. Dan nilainya semakin hilang.

Walau bagaimanapun, buku ini seperti tergantung dan saya kira tidak akan ada sambungan lagi apabila penulis baru sahaja meninggal dunia.

Saya lebih suka sekiranya penulisan ini dikekalkan dalam bahasa Melayu lama dengan ejaan lama, nampak keindahan bahasa Malaysia yang berubah mengikut aliran zaman. Umpama buku-buku tulisan Shakespeare atau JRR Tolkein, masih dikekalkan penulisan menggunakan bahasa lama Inggeris untuk mengekalkan rasa aslinya.

Friday, 3 May 2013

Komik dan komik lagi

Berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 semalam bersama suami. Cadangnya suami saya hendak mencari satu set buku Tafsir Ibnu Khathir.

Dan isterinya pun, sebagai pembaca buku tegar tentu akan menyatakan pada suatu tika dahulu (2 atau 3 minggu lepas) bahawa si suami boleh mencari set tersebut di PBAKL yang akan berlangsung pada hujung bulan April.

Saya hanya akan pergi membeli buku bahasa Melayu apabila ada pesta buku sebegini. Sudahlah pengedar dan penjual buku berada di satu tempat, kemudian kita akan diberikan diskaun lagi di atas pembelian. Tambah menarik ada juga tambahan seperti beg kertas yang comel, penanda buku ataupun pen. Dan untuk memudahkan pergerakan, kami hanya pergi suami isteri tanpa membawa anak-anak. Dalam kesesakan begitu dan anak yang 4 orang, risau juga hendak membawa mereka.


Ini katalog buku PTS.. sangat comel macam majalah walaupun percuma. Bagi Fateh dan Amni tengok. Amni lagilah, dia kan suka membaca.

Semua buku latihan dibeli. Ingat hendak pass ke rumah nenek mereka. Buat latih tubi dengan ibu sekali. Yang darjah 1 punya pun saya beli, sebab hendak ajar Fahri. Fahri pun suka buku. Semalam dia tidur dengan buku gerak kerja ini. Sabar anakku. Hujung minggu nanti ibu ajar.

Buku yang dibeli di booth Pustaka Al-Hidayah. Pernah membaca Jangan Bersedih edisi bahasa Indonesia. Saya tidak suka edisi yang panjang-panjang, kerana buku asal Dr. Aidh ini sebenarnya pendek dan sarat dengan mesej.

Dua buku lain milik suami. Sibuk memilih set Tafsir Ibnu Khathir, akhirnya dia hanya membeli Tafsir al-Munir untuk juz amma. Set di Pustaka Al-Hidayah banyak beza harganya dengan set yang dijual di ruang legar bawah. Memang agak murah.

Buku yang tidak disangka akhirnya berjumpa di booth ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia). Masya' Allah. Semasa kak Nisah Haron, penulis sastera novel Melayu menyatakan adanya sebuah biografi wanita Melayu pada tahun 1950-an, saya sangat teruja. Cuma apabila saya bertanya kepada kak Nisah, kak Nisah menyatakan naskhah keluaran pertama buku ini hanya ada dua salinan. Satu di Perpustakaan Universiti Malaya dan satu lagi di British Library, London. Dan naskhah asal dicetak dalam setting typewriter font.

Terima kasih ITBM atas penerbitan semula ini. Saya sempat beli semasa happy hour (jam 10.30 - 11.30 pagi) dan mendapat diskaun 40%. Hanya tinggal 2 minit sahaja lagi sebelum habis happy hour apabila terpandang buku ini! Harga asal buku adalah RM25.

Dan saya habiskan bacaan buku ini semalam juga! Sangat teruja dengan travelog seorang wanita Melayu yang meninggalkan keluarganya untuk menyambung pelajaran pada tahun 1950-an di London. Antara cita-cita dan cinta. Travelog yang tidak meleret, namun sarat dengan isi.

Al-Fatihah kepada Tan Sri (Dr.) Hajah Aishah Ghani yang telah meninggal dunia 2 minggu lepas. Nampaknya buku ini tidak akan ada sambungan lagi.

Semalam, balik dari rumah neneknya, Fawwaz mula membaca komik GempakStarz. Saya beli siri sains mengenai Eksplorasi Tubuh Manusia. Ada 3 buah buku semuanya. Harga asal sebuah komik: RM 8.50. Bercampur juga dengan beberapa komik PTS serta buku membuat origami dan seni kotak untuk Fawwaz.

Dan akhirnya, pengedar buku Humaira Bookstore menerbitkan komik pembangunan jiwa. Komik pertama dalam siri 33 Pesanan Nabi telah dinobatkan sebagai komik terbaik Indonesia pada tahun 2011. Harga RM 14.90 untuk sebuah komik.

Semua harga yang diletakkan adalah sebelum diskaun. Maka ketika Pesta Buku inilah anda akan dapat membeli dengan harga diskaun.

Buku Inggeris yang terbitan terbaru dan berunsur akademik banyak terdapat di PBAKL, namun saya sebagai pengumpul dan pembaca buku tidak kisah membeli buku edisi lama. Saya akan menunggu untuk siri jelajah Big Bad Wolf untuk mengumpul buku bahasa Inggeris pula.