Wednesday, 31 July 2013

Harga syurga bukan murah

Rasa kosong selepas balik dari UK.
Belajar tinggi-tinggi, jadi akauntan bertauliah, hampir saja menggantung sijil itu di dapur.

Tapi aku tahu, masuk syurga pun bukan mudah.

Lalu hari-hari dititipkan di dalam hati agar sabar. Aku lihat ada orang lebih maju dari segi kareer, tetapi aku masih di sini. Banyak benar ujian Allah nak bagi lepas aku sambung belajar di negara orang. Lepas satu, satu bertimpa.

Allah sayang kita. Allah sayang kita. Sebab itu diujinya.

Payah benar hendak redha dengan keadaan sekarang. Tapi jangan lupa, harga syurga bukan murah. Allah bagi ujian mungkin untuk bagi aku duduk dan ambil nafas, lihat keadaan sekeliling.

Ada seorang pakcik di hadapan pejabat, bekerja di stesen minyak. Wah, sudah tua-tua sebegitu masih membanting tulang. Tapi sekurang-kurangnya dia berusaha, ibarat pepatah Arab, "Man jadda wa jadda" (Sesiapa yang berusaha, dia pasti berjaya). Sekurang-kurangnya dia tidak meminta-minta, atau tidak mengeluh seperti aku. Dan pakcik itu dengan muka yang tenang akan melayan motor-motor yang minyaknya perlu diisi.

Bila hati rasa mati, payahnya hendak buat kebaikan. Sekurang-kurangnya Allah sudah berpesan buatlah kebaikan di atas muka bumi. Tuai pula hasilnya di akhirat.

Pernah diceritakan di dalam al-Quran, seseorang yang mendapat segala ni'mat dunia, apabila Allah masukkan dia sebentar sahaja di dalam neraka, lalu Allah bertanya "Pernahkah kau menerima nikmat dari aku?", lalu orang itu akan berkata tidak pernah.

Dan apabila seseorang yang sentiasa ditimpa kesusahan, apabila Allah masukkan dia seketika di dalam syurga, lalu Allah bertanya, "Pernahkah kau merasai kesusahan?". Orang tersebut akan berkata, "Ya Allah, aku tidak pernah merasai kesusahan."

Betapa syurga itu indah-indah belaka. Dan betapa neraka itu sejelek-jeleknya. Tempat yang abadi.

Jangan lupa Aida, ada lagi ni'mat lain yang Allah berikan selepas mengalami kesusahan? Jangan sampai hati mati mengingati Allah, kerana mati itu pasti, dan jalan yang berliku itulah yang akan membawa kau ke syurga.

Jangan ingat ingin menjadi ketua bidadari syurga tetapi amalan masih tidak cukup. Jangan ingat pejam mata sahaja, syurga itu akan jadi milikmu. Allah bagi ujian pada hambaNya untuk hilangkan rasa riak di dada. Agar kita tidak alpa pada Dia.

Harga syurga itu bukan murah.

Astagfirullah T_T

Monday, 29 July 2013

Pot luck with the family

An impromptu pot luck to meet my husband's family members at Cheras, where my MIL is staying.

It was actually my niece's idea to have our iftar outside, but still, since it was not easy to gather everyone - and parents in laws do not want to eat out, we decided to throw a pot luck.

Of course, there were lots of food spread since there will be 10 adults and 9 kids.

My MIL prepared the rice and vegetables, together with kuih koci and banana fritters.

As for Aizu (my BIL), he brought satay and mini pavlova, baked by his wife.

Another BIL, Mal, prepared soya cincau drinks for buka puasa.

And I have volunteered to bring some oven baked roasted BBQ chickens.

Mini pavlovas in the making!
Anyway, after the iftar, the kids have been playing with some fireworks on the playground beside the house.

An intimate gathering. Now I can't wait for Raya.

Thursday, 25 July 2013

Bunga lili


Selamat hari jadi.
Maaf tak sempat lagi hendak beli basikal berlipat-lipat idaman cik Abang.

Harum tak pejabat hari ini?

Wednesday, 24 July 2013

On the 15th day of Ramadhan...


We had an iftar last week at a friend's house. I was so glad to meet my ex-MRSM Jasin friends after 16 years. In the wake up of Twitter, Facebook and other social medias, it has helped us to connect with each other.

And the girls are a close knit bunch of people for a very big batch. We know each other well, and stayed in the same hostel block.

I was laughing when Didi's husband asked us whether we were in the same class. No, we were not. But it was much easier to meet with each other since we have been friends for nearly 18 years. In 1996, MRSM Jasin was selected as one of the MRSM that offers high achiever program, which was called Program Khas Pelajar. And, to top it of, our MRSM is called MRSM Agama because we have lots of Islamic programs. As what Aini wrote, we had our daily tazkeerah before we go to sleep, and we had our weekly usrah during Jumaat prayer. We even had talks from ustazs and other speakers.

Thus, what a wonderful opportunity to engage back with the girls. Looking back, I miss my school days. I hope that I scored much better in my SPM. I know that my mom send me there because I really was lazy during my studying days.

And hey, after 15 days of Ramadhan, I still found Fawwaz sleeping on this chair before going for his sekolah agama in the morning. It was much worse before this, during sahur, he will wake up, but after he eats, he will go back to sleep.

We had to wake him up for him to take his morning shower, then after his morning shower, he will fall asleep again with only a towel to cover his body.

Then we have to wake him up again for his Subuh prayers.

So of course, this has been a vast improvement than last time. At least he is asleep after he has readied himself to go to school.

By the way, he went for tarawikh on daily basis. Of course, it might be tiring for him to handle everything in one day. Phew, a busy day for my boy.

Tuesday, 23 July 2013

Ada budak tengah demam

Lama dah tak demam budak-budak ni..

Fateh demam pula. Sudah masuk hari ke 3. Malam-malam hendak minum air badak (air penyejuk badan) lepas makan ubat.

Hari ini pergi kerja pun, demam macam dah kebah. Harapnya anak ibu sihat.

Thursday, 18 July 2013

Gantung periuk

Balik dari ceramah hari Selasa, Ustaz Joffri pesan "Jangan bersai'e di bazaar Raamadhan. Jangan membazir."

Kali pertama pergi Pasar Ramadhan Selasa lepas, terlebih pula beli kuih muih dan makanan lain. Jadi dua hari berturut makan makanan belian. Hari ini pun gantung periuk lagi sebab sudah buat pesanan untuk nasi dagang.

Monday, 15 July 2013

Iftar with family members

My uncle held an iftar at his house last Saturday, which is a first for our big family to gather during iftar ala potluck style. It was just a few days ideas, when my aunt suggested we gathered, and break fast with our tarawih conducted after.

And bless my uncle, he suggested the menu, so it was easier for us to organise what should we bring. I got the easiest part, bringing ice creams! Hehehe...

We were the first to arrive, and lo and behold, since my aunt had become maidless nowadays, we were busy helping her in the kitchen preparing the foods and drinks. She even cooked the white rice on her stove, ala kampung style, and when my other aunt arrived, she thought I was the one who did the rice cooking, since it was a well known fact that I cooked rice not using rice cooker (nowadays, I depends on the convenience of that machine, so my aunt need to retract back the statement).

We break our fast with kurmas dan iced rose syrup, with some traditional kuih-muih like tepung pelita dan akok. Ate variety of fruits, which was prepared by my cousin.

"Nasi bila nak makan, bah?" (loosely translated: When can we eat rice?), Fawwaz asked us after eating caramel pudding, assortment of Malay kuihs and fruits. I was like, "Oh gosh, no wonder my boy is so bulat nowadays, even though it is Ramadhan.."

We prayed Maghrib together. After the prayer, we started taking our heavy meals.



Alhamdulillah for the plenty of foods provided by the host and the excellent pot luck by our family members. My dad could not make it, because he had another engagement at the surau.

After all those food galore, we started our Isya' prayer, then 2-rakaat solat hajat for my deceased uncle (may Allah reward him in the hereafter) who passed away in Syaaban, and we had our 8-rakaat tarawikh.

Finished with our tarawikh and we had our moreh. My youngest aunt celebrated her **th birthday (I dare not say here, since she might be mad at me, but anyway Mak Su, you look 14.. ) with a big brownie cake, and I did mention that I brought ice cream, which was fully utilised as topping for the brownies.

Alhamdulillah for wonderful family members.

Wednesday, 10 July 2013

No. 1!

Walaupun sudah agak lambat menulis di blog, tapi yang pastinya, Fahri dapat no. 1 di dalam ujian di tadika lepas. Cikgu minta dia berada di no. 1 juga untuk mendapat Anugerah Tokoh Pelajar. Erk..

Fahri orangnya diam. Jadi cikgunya berkata, dia hanya bertanya apabila perlu. Tidak bercakap banyak dan bukan-bukan.

Hari ini puasa, tapi kami minta dia cuba puasa separuh hari. Maklumlah kali pertama.

Wednesday, 3 July 2013

Cemburu itu perlu

Semenjak dua menjak ni, asyik bertemu dengan bos-bos lama dahulu.

Seorang bos lama memberitahu, anak lelakinya yang semasa saya mula bekerja dahulu baru sahaja lepas SPM dan ditawarkan memasuki Oxford, sudah hampir habis PhDnya, di Oxford juga. Rupa-rupanya, rezeki anaknya ditawarkan biasiswa Yang Dipertuan Agong kerana anak beliau mendapat ijazah kelas pertama semasa program undergraduatenya.

Lalu dia berpesan pada saya, "Aida, kalau ingin sambung belajar, buat betul-betul. Insya Allah ada rezeki mungkin masa awak pula untuk dapat biasiswa sebegitu."

Terkedu seketika. Cemburu pun ada. Tapi yang pastinya cemburu untuk kita perbaiki diri sendiri itu agak bagus. Supaya kita pun akan cuba jadi lebih baik dari yang dahulu.

Kenangan dengan bos yang ini memang baik belaka. Beliau antara bos pertama saya yang melatih saya melakukan sesuatu dengan cermat dan bersungguh. Dari segi kerjaya, dia sudah pergi jauh, tapi yang saya belajar dari dia, keluarga lebih penting dari segalanya. Jadi pandai-pandai bahagikan masa untuk kerja dan keluarga.

Kemudian semalam, jumpa lagi bos lama yang lain pula. Orang lama, tapi tidak mahu kejar pangkat. Yang ini pun saya banyak belajar dari dia. Kalau jumpa di awal pagi, dia sedang sibuk membaca al-Quran di meja.

Baru tahu, anak sulungnya ditawarkan biasiswa ke luar negara. Tapi minta ditangguhkan kerana anaknya selepas SPM bercita-cita menjadi tahfiz. Lalu dimasukkan anak ke Darul Quran untuk belajar al-Quran dahulu, dan meminta penangguhan biasiswa ke tahun hadapan.

Lalu saya pun jadi cemburu jua, dalam keadaan orang lain mengukur dengan pendidikan formal di luar negara, anaknya pula bercita-cita untuk mencintai al-Quran.

Ya Allah, kau seimbangkanlah amalan aku di dunia dan akhirat. Moga hambaMu ini layak menjadi ahli syurgaMu dengan setiap ujian dan ganjaran yang Kau berikan.