Monday, 22 December 2014

Nearing the end of the year

Year 2014 has been quite a long year for both of us, husband and wife.

In terms of career, both of us had made a major move. I would say last week my husband has decided to take a big step for his career. At the same time, my dream to pursue my higher education will be less prioritised right now because of his career move.

Work wise, it will be better for my husband. At the same time, I have bigger responsibilities in the office, and this has been a good personal development for myself. I was able to learn more in my new job function ( I changed division in May).

Next year will be a challenging year since my eldest will be taking her UPSR.

So, ending the year 2014 with a bang. Yesterday was our 12th wedding anniversary. Wishing the best for the upcoming years ahead, as well.

Friday, 12 December 2014

A tribute to Faiq Aysar

Faiq Aysar sudah berumur 1 tahun semalam. Pagi-pagi bangun, sudah sibuk hendak tengok kucing.

Teringat setahun lepas, menunggu hari. Sebenarnya, Faiq tidaklah pula dijangka akan lahir pada tarikh 11.12.13. Saya berjumpa Dr. Rahman pada hari Isnin, disebabkan buasir sudah makin teruk, doktor kata mungkin perlu bersalin minggu itu juga. Jadi kami sepakat pada hari Rabu (kebetulan pula tarikh harijadi saya).

Malam sebelum bersalinkan Faiq, memang saya tidak boleh melelapkan mata langsung. Maklumlah sudah tahu kena ke hospital. Anak-anak lain pula, pergi bercuti dengan datuk dan nenek mereka. Malam itu kemas rumah, baca buku dan buat segala yang patut. Faiq pun bukan mahu keluar lagi, duduklah bertakafur dalam perut tu dik.

Jam 7 pagi sudah keluar dari rumah. Wah, macam hendak pergi kerja pula. Jam 8 pagi sudah masuk wad bersalin, suami uruskan hal pendaftaran di kaunter kecemasan. Beberapa kali jururawat tanya, ada sakit hendak bersalin. Err tidak, tapi doktor suruh saya masuk hospital.

Kemudian bila jururawat periksa bukaan, masih kecil. Entah berapa kali diperiksa. Siap jururawat telefon doktor. Jam 9.30 pagi, doktor masih merempuh kesesakan untuk ke hospital (hehe, Hospital Tawakkal kan betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur). Doktor siap berpesan, mungkin boleh discharge. Tidak sampai 15 minit, doktor telefon semula, berdasarkan rekod, saya bersalin agak cepat sekiranya sudah ada tanda. Dalam 2-3 jam. Mungkin tidak boleh keluar hospital lagi, sebab kata doktor, kalau keluar, mungkin petang itu saya datang semula untuk bersalin. Sebabnya; bukaan sudah ada.




Jadi kami pun menunggu dan menunggu. Suami cakap lamanya. Bagi dia, memang lama sebab biasanya saya tunggu masa untuk bersalin sekejap sahaja. Doktor datang jam 10 pagi, masih lagi sama keadaannya. Pada masa sama, dari awal pagi, doktor sudah berpesan menyediakan bilik pembedahan (kerana kemungkinan untuk Ceaserian itu masih ada) disebabkan saya mempunyai sejarah bersalin secara pembedahan untuk anak sulung.

Posisi pula perlu diubah. Saya sebenarnya sudah sakit bersalin, tetapi disebabkan agak mild, saya tidak rasa sakit. Kemudian kami menunggu lagi sehingga jam 11, alhamdulillah.. bukaan memberangsangkan. Saya dapat bersalin normal.

Mungkin sudah lama menunggu, suami pula lapar. Katanya hendak turun makan pada jam 2 petang. Bila dia turun, ada jururawat lain periksa dan mendapati sudah hampir bersalin. Telefon suami suruh naik, tercungap agaknya dia makan kuih. Ingatkan lama lagi.

Yang paling bersyukurnya, sempat juga dia naik masa hendak bersalin. Bersalin pula sangat mudah, tidak sakit sangat. Memang saya pakai epidhural, tetapi biasanya masih lagi ada tanda sakit yang kuat bila makin dekat. Cuma yang ini, memang mudah sangat.

Alhamdulillah, pada 3.17 p.m. (eh ke 3.17 petang), Faiq Aysar selamat dilahirkan.

Dua minggu kemudian, kami kembali lagi. Kali ini sebab kuning Faiq terlalu tinggi. Jadi berkampunglah pula di hospital selama beberapa hari. Ulang alik ke nurseri kerana digalakkan penyusuan ibu. Cuma Faiq ini mungkin kategori lazy feeder, berat badan dia turun kemudian tidak naik sangat.

Sepanjang pantang, kami pula yang risau dengan berat Faiq.

Akhirnya, pada hari ke-20 atas nasihat doktor kanak-kanak (yang memang sangat-sangat positif tentang penyusuan ibu), mencadangkan kami memberikan susu formula dalam sebotol sehari. Dan berdasarkan cadangan itu, alhamdulillah, berat Faiq semakin naik.

Dan sekarang, Faiq sudah membesar bagaikan johan. Berat betul nak dukung dia sekarang....

Monday, 8 December 2014

Lego dari GM KL

Seronoklah melayan. Fateh sambut harijadi 9 November lepas, asyik minta Lego. Akhirnya, bawa ke GM KL untuk pilih sendiri. Kira hadiah yang tertangguh.

Siap dapat kaca mata hitam.


Dapat beli 6 kotak Lego figurines. Dia pilih sendiri. Siap belikan papan Lego untuk dia main.

Tidaklah seronok sangat ke GM KL. Kedainya sempit dan bila bawa budak-budak, tidak ada tempat makan pun. Mujurlah singgah rumah Zoe sempena makan-makan untuk harijadi Aydin.

Friday, 5 December 2014

Nurturing a bookaholic

FINALLY, after days of waiting for the event! I won the Big Bad Wolf 2014 preview pass! And I am bringing the girls to the party.*dancing joyously*

Since this pass will better be appreciated by book lovers, Aini, my sister and Amni, my daughter, with her cousin, Auni were able to enjoy the preview sale.

I was at the entrance when I asked for the BBW worker, "Can I keep this as memento?". Unfortunately, the answer is no... uhuk T_T

Waiting for the door to open.

The recruits. I am so proud I have been nurturing a bookaholic at home ^_^

The books.. gah! I am so impressed because this year, BBW has not managed to recycle the same book twice (like in last two years of BBW). No wonder people coveted for the preview pass, we got the books nicely on top of tables and there were so many boxed sets. My friends update us the special edition boxed set of Harry Potter was already finished yesterday.

The loots. Total damage was around RM 300.

For the first time in my life, Amni's book piles was higher than mine.

I found this series. Since it was at RM 5 per book, well, why shouldn't I buy it for Amni and myself to read?

Aah, Arabian Nights, the most original translated work that was ever published. Only RM 8!

Amni and myself. Spending quality time together. She loves the fact that this was her birthday present. Best ever!

Monday, 24 November 2014

Tahniah anak-anak!

Majlis sambutan konvokesyen tadika Fateh Aqmar pada 15 November
Khas untuk abang Fawwaz Amin, tahniah! Mula-mula cikgunya kata dapat nombor 2, bila kira balik dapat no. 1, tapi sebab cikgunya beritahu sehari sebelum Majlis Anugerah Kecemerlangan, Fawwaz kekal nombor 2
Tak apalah Fawwaz, jangan merajuk ya sayang (berhari-hari merajuk dengan cikgunya sebab tersalah letak nombor). Fawwaz kan budak pandai.

Firzanah Amni dapat naik kelas lagi tahun 6 2015. Dan dia dapat keputusan ketiga terbaik untuk peperiksaan percubaan UPKK.

Fahri Ahmad dapat hadiah sebab cemerlang kehadiran ke sekolah agama untuk Tahap 1.
Ha yang ini, kejayaan dia mengigit ibunya dengan berjaya selama sebulan. Mementang ada gigi sebatang atas sebatang bawah.

Monday, 10 November 2014

Tahniah

I am so proud of you.

Wednesday, 5 November 2014

Hari jubah {suami} saya

Serindit Photo juga menjadi pilihan.Kali kedua di sini, selepas drama bergambar Raya tahun 2011 (ya, sini yang gambar rasmi!)

Encik Firdaus patutnya ke konvokesyen tahun lepas tetapi saya pula yang sarat menunggu hari. Skrol pun belum ambil, sudah sibuk buat preshoot.. heheh

Gambar rasmi 1

 Gambar rasmi 2

Saya hendak mencuba topi konvo.

Anak-anak yang sudah berlima.

Kami. Dia kaku. Saya tidak. Hihi...

Yang paling senang bergambar.

Sukanya gambar beramai-ramai ini.

Skrol UUM tiada, pakai sahajalah skrol MMU yang dahulu. Ada kenangan juga kan. Saya bawa skrol ACCA saya.. *sob, terharu*

Akhirnya, tahniah bang. Sebuah pengorbanan. Sebuah impian.

Thursday, 30 October 2014

I have won the BBW Preview Pass

*happy dance*


Ipoh & Taiping





Cuti sekolah yang lalu, sebelum kejadian tangan dijahit, kami ke Ipoh dan Taiping.

Menikmati mee udang ketam diraja.

Dan singgah di Taiping untuk meraikan sebuah perkahwinan.
Singgah sebentar untuk lawatan di tanah perkuburan. Moga tenang-tenang sahaja di sana.

Friday, 24 October 2014

Umur 63?

Adik baru 10 bulan. Tapi giliran haji yang adik dapat masa adik berumur 63 tahun.

#sigh#

Tuesday, 14 October 2014

Hello Amina Yasmin

Assalamualaikum dear baby, welcome to the world.

You have a loving mom. Congrats Ifah for your new bundle of joy. She is my closest friend in Manchester.

Thursday, 9 October 2014

Tertangguh 2

Kejadian berlaku pada 20 September, hari Ahad lebih kurang jam 2 petang. Tangan saya tertusuk kaca semasa hendak menutup pintu almari kaca.
 
Saya kira tidaklah teruk sangat, maklumlah luka di tangan. Tetapi rupanya, darah tidak berhenti-henti keluar. Memang banyak, bayangkan sepanjang perjalanan darah keluar bercucuran. Pergi ke klinik di rumah dalam jam 2.30 petang. Kemudian bila doktor hendak mula jahit, bila dibasuh, darah masih belum berhenti. Disebabkan luka yang severe, doktor minta ke hospital dengan segera. Luka berukuran 4 cm X 0.5 cm.

Terus bergegas ke wad kecemasan di Hospital Tawakkal. Kes saya masuk zon merah. Doktor on standby pun tidak berani jahit. Apa lagi, terus saya kena masuk wad dan berjumpa pakar bedah ortopedik.

Disebabkan ada terkena blood vessel, dan doktor perlu bersihkan luka dengan segera (ya, darah saya masih lagi mengalir tanpa henti), saya dijadualkan untuk pembedahan pada jam 10 malam. Terus dipengsankan menggunakan general anesthesia. Sebabnya, kalau saya ambil bius dalam keadaan masih sedar, doktor tidak dapat menenangkan saya untuk mencari saraf dan salur darah (paling penting, bersihkan kaca dari luka).

Bangun-bangun dari tidur tengok tangan sudah berbalut, mujur tidak disimen sahaja.

Doktor bagi cuti sakit 3 minggu. Saya pula menulis menggunakan tangan kiri. Temujanji dengan doktor pada hari Rabu selepas pembedahan, rupanya ada saraf yang putus. Tangan masih kebas sehingga hari ini. Dressing pula perlu ditukar di klinik.

Minggu pertama memang terasa sangat tangan sengal dan kebas. Ada suami minta memandu kereta, rasa berdenyut-denyut tangan.

Semalam, berjumpa doktor semula untuk membuka jahitan. Sakitnya masa doktor cabut benang macam kain baju ditetas. Tiada bius.. huhuh.

Dan harga pembedahan tangan? RM 7,000.
Fuh fuh, silalah ya melanggan insuran perubatan.

Monday, 6 October 2014

Tertangguh

Saya tertangguh menulis sebab ini.
Tangan saya dijahit pakar orthopedic 2 minggu lepas. Masih lagi perlu buka jahitan di klinik doktor pakar.

Sekiranya ada kesempatan, saya ingin mencatat mengenai cuti-cuti di Ipoh dan Taiping.

Agaknya perlu sebuah catatan tentang kemalangan saya.


Monday, 15 September 2014

Model lampin


Setiap kali buka plastik lampin baru, akan dapat komen sebegini daripada kakak dan abang-abangnya, "Ee, yang dalam gambar ini macam adiklah ibu."

Ok, where is the talent agency? ^_^

Thursday, 11 September 2014

Usrah di alam pekerjaan

Saya percaya, bukan mudah untuk meneruskan usrah apabila anda mula bekerja. Dek kerana kekangan kerja dan keluarga, menyebabkan kita hampir tiada masa untuk melakukan benda-benda lain.

Saya masih lagi dengan usrah yang sama semenjak dari universiti. Memang ada pasang surutnya. Ada masa hanya boleh dibilang dengan jari siapa  yang hadir ke usrah. Ada masa usrah terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Jadi, untuk yang ingin memulakan bulatan gembira, ini antara yang dapat saya gariskan:
  1. Mulakan dengan niat yang baik, insya Allah apa yang kita usahakan akan menjadi mudah
  2. Kumpulkan rakan-rakan usrah. Sekiranya tiada, cadangkan kepada mereka yang ingin untuk berusrah
  3. Ajak rakan-rakan yang bukan dari kebiasaan untuk datang, walau sekadar suka-suka. Minat boleh dipupuk kemudian
  4. Tidak perlu berpendidikan agama untuk menyertai usrah
  5. Anda tidak perlu mencari ustazah untuk menjadi naqibah, anda sendiri boleh tentukan siapa di dalam bulatan usrah anda untuk mengupas topik
  6. Kebiasaannya, kami akan menggilirkan topik kepada ahli-ahli lain. Contoh: kupasan surah, kemudian isu semasa. Maknanya kami tiada naqibah tetap, tapi kami telah tanggungjawabkan ahli-ahli untuk sama-sama membantu dalam usrah
  7. Tidak perlu ada silibus tetap. Jadikan usrah itu sesuatu yang seronok!
  8. Di zaman teknologi, sekiranya mempunyai kekangan masa, anda boleh melakukannya secara atas talian melalui WhatsApp atau secara audio conference. Mungkin tidak seefektif dengan cara berkumpul secara fizikal, tetapi yang pastinya, kita mencuba.

Insya' Allah saya cuba tambah lagi tip-tip di hari kemudian.

Saturday, 6 September 2014

Gatherings

Last week, with the Merdeka celebration, spent some times with friends and families.

Attending aqiqahs, weddings and even a house warming. Sharing the joys with our closest, that I hold dear in my hearts. Of course, it was with such warmth and joy that I had connecting with old friends that I have not met in years, or celebrating a wedding of my cousin.



Those above have become my favourite pics. It was not easy to capture the expression of this young boy. My ex-schoolmate held an aqiqah for her 6-month old daughter. I find the swing was elaborately decorated, and after mingling with my friend, I started to put Faiq in it and start clicking away.

And this picture always bring a smile on my face. I did not realise how much I love this bunch of people. We got reconnected after losing touch for so many years. Love that baby Raudhah.

Isn't it amusing not to find that my sister does not look alike me in this picture, but my cousin looks like me? I suspected because of the spectacles and the same face pose. Anyway, congratulations Kamilah ^_^. She is my cousin by marriage. My aunt married a widower with 6 childrens.

And the elaborate aqiqah set up goes to Nida and her newborn baby boy. The event was held in a famous restaurant, and we had nasi arab as the main dish. Nida was my primary school friends, so could you imagine the years that we have not seen each other? This is the first time after more than 20 years.

She just gave birth 7 days ago in this picture *ark* Please do not say that I stored fat.

After months of planning with the warm host, Suzen, finally we came to her house for the housewarming. The apartment was tastefully decorated and I do love the fact that this picture shows the depth of our friendship.

Good food, good company.

Thursday, 28 August 2014

Captured

Sometimes, watching your youngest occupied with his daily tasks did wonders to uplift my spirit.

Alhamdulillah, a simple pleasure in life. But gratifying.