Thursday, 23 January 2014

Fahri dan sekolah

Orang yang paling seronok hendak pergi sekolah semestinya Fahri.

Pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Sudah darjah 1.

Hari pertama sudah ada tragedi jatuh dari motor. Bawa ke klinik dahulu. Berhari-hari kaki kena urut.

Macam-macam hal.

Friday, 3 January 2014

Neonatal jaundice

Penat. Sebab sudah lama tidak ada bayi.

Sebab itu tidak sempat hendak menulis. Dan beberapa soalan tentang ACCA, bagaimana hendak apply, boleh rujuk kepada catitan terdahulu berlabel ACCA (harap maaf, sangat tidak sempat hendak menjawab satu persatu).

Pengalaman bersalin pun mudah dengan Faiq Aysar.

Cumanya minggu lepas berkampung di Hospital Tawakkal 4 hari 3 malam kerana Faiq kena sakit kuning. Tinggi pula tu bacaan, 18.1. Masuk fototerapi (lampu ungu) 2 hari. Ibunya pun berkampung sama di hospital.

Faiq baby yang aktif. Dia menyusu setiap 1-2 jam. Tidak tidur lama. Dan ibu pun tidak makan jamu atau benda panas seperti lada hitam dan halia kerana risau anak kuning. Doktor pakar kanak-kanak maklumkan, kemungkinan besar kuning sebab jenis darah O positif.

Faiq dapat jiran pula dalam nurseri. Ada seorang bayi Cina lelaki masuk sekali. Duduk sebelah menyebelah dalam tempat fototerapi.

Hati ibu pun kena kuat. Sebabnya Faiq menyusu badan. Ibu duduk di wad, bila tiba masa menyusu, jururawat telefon suruh datang menyusu. Lebih baik dia duduk di nurseri. Kalau duduk sekali dengan ibu bawah fototerapi, asyik kena angkat sahaja.

Bacaan kemudian jatuh ke 13.6 dan pada hari Rabu, jadi 9. Kemudian bebas dari fototerapi dan room in sekali dengan ibu, dan bacaan menurun lagi ke 8. Keluar hospital hari Khamis minggu lepas.

Kemudian hari ini ada follow up dengan doktor, dan berat Faiq tidak memberangsangkan sangat. Dia turun berat 500 gram semasa kuning tempoh hari, dan berat dia naik dengan sangat perlahan. Naiknya hanya sikit dari minggu lepas, jadi doktor cadangkan untuk beri susu formula 2 kali sehari di samping susu ibu.

Hai anak, cepatlah naik ya berat. Risau ibu.
Tolong doakan ye kawan-kawan