Thursday, 27 March 2014

Faiq!

3 bulan. 5.4 kg.

Wednesday, 26 March 2014

Rezeki anak ke masjid

Alhamdulillah, dibesarkan dengan Tok Ayahnya suka ke masjid dan Abahnya suka ke surau.
Hari-hari anak-anak lelakiku akan mengikut mereka.

Dan tiap-tiap kali balik, ada saja buah tangan dari sana sekiranya ada program.

Murah rezeki anak-anak.

Thursday, 20 March 2014

Cerpen: Mencorak Mimpi

Menelusuri Oxford Street sejurus turun dari tren membuahkan perasan terharu yang kukira terpendam berbulan-bulan lamanya. Tidak kusangka detik ini tiba jua. Sepanjang perjalanan, angin sejuk awal musim bunga membelai pipi.

Baru sebentar tadi di rumah sewa yang kudiami kuperhatikan dari luar tingkap putik bunga dafodil yang mula memekar. Aku meninggalkan anak-anak yang masih belum hilang kantuk masing-masing untuk hadir mendaftarkan diri di Kaplan Financial College. Hari ini, Baiti, rakanku yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD datang membantuku untuk dibawa ke kolej selaku pelajar baru.

Ah, siapa sangka di umur aku yang menginjak 30 tahun, aku berjaya menjejakkan kaki di bumi Manchester. Niatku yang sekadar ingin mencuba membuahkan hasil. Aku kembali sebagai seorang pelajar di usia matang.

Bukan mudah untuk menghidupkan kembali mimpi yang kukira sudah lama terkubur. Aku ingin menjadi seorang akauntan profesional. Dikurniakan biasiswa ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ACCA (Association of Chartered Certified Accountants), aku menanam cita untuk menjadi seperti Ayah – seorang akauntan profesional yang berjaya.

Memoriku mengetuk kembali di saat kumemberitahu ibubapaku mengenai perancanganku. Poskad putih bersaiz A6 bercetak ‘Urusan Rasmi Kerajaan’ itu kuhulur kepada Ummi.

“Hah, Aida nak sambung ACCA di UK? Temuduga hujung bulan ini?” tanya Ummi dengan nada sedikit terkejut. Ayah menggeleng kepala sambil mengatakan,”Susah, susah, awak bukan pandai macam Mak Su.” 

Ummi mengalihkan pandangan ke arah lain. Ayah pula masih lagi dalam keadaan terkesima dengan berita yang tidak disangka ini. Ayah menyambung lagi bicaranya, “Anak jiran sebelah rumah ini pun entah berapa kali ambil paper ACCA, masih tak lulus.”

Aku tahu, Ayah. Aku bukan anak Ayah yang paling pandai. Aku tahu bahawa Ummi dan Ayah memang tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk aku mendapat keputusan yang terbaik di dalam pelajaran. Bukan senang untuk meyakinkan Ummi dan Ayah. Bukan calang-calang mereka yang boleh lulus peperiksaan untuk ditauliahkan sebagai seorang profesional yang mempunyai gelaran ACCA. Tambah-tambah lagi, dengan keadaan aku yang sudah membina kehidupan dengan berkeluarga dan mempunyai kerja yang stabil. Sekiranya aku berjaya meraih biasiswa, aku akan memulakan perjalanan yang panjang dengan menghadapi peperiksaan demi peperiksaan. Kemungkinan akan gagal lebih tinggi, tambah-tambah pula ingin menyambung pelajaran di negara orang.

Namun akhirnya, aku berjaya meyakinkan Ummi dan Ayah. Mungkin kerana Ayah tahu aku memang bercita-cita dari dahulu lagi.
***
Itu kisah sepuluh bulan yang lalu.

Aku mengambil risiko dengan meninggalkan segalanya di Malaysia. Dengan kejayaan aku mendapat biasiswa luar, aku mendapat berita cuti tanpa gaji aku telah diluluskan dan syarikat akan menaja elaun keluarga. Allahuakbar! Aku nekad membawa keluargaku bersama di bumi asing ini.

Aku dan Baiti tiba di sebuah bangunan yang masih mengekalkan gaya asal dari zaman Victoria British. Bata-bata merah kusam bersusun dengan elok mencengkam struktur bangunan ini.

‘Sudah sedia?’ Baiti bertanyaku. Aku mengangguk lantas menolak pintu utama kolej. Di sinilah aku akan memulakan perjalanan sebagai seorang pelajar.
***
Dalam keadaan kelas yang kukira agak sesak masanya dan tanpa henti, Manchester beransur memasuki fasa awal musim luruh. Daun-daun hijau bertukar warna menjadi merah, perang jingga dan kuning keemasan. Kaleidoskop warna daun yang berubah melatari pemandangan di Manchester.

Dikelilingi pelajar-pelajar yang kebanyakannya baru menggenggam segulung ijazah sarjana muda, aku adalah pelajar tertua di dalam kelas. Mereka tidak tahu aku harus bersengkang mata menjaga anak bongsu di waktu malam, atau suamiku yang mengorbankan segala-galanya dengan menjadi house husband demi cita-citaku.

Aku masih lagi rasa berdebar apabila perlu menelaah buku dan nota pelajaran serta melakukan latih tubi – antara kenangan di zaman universiti lapan tahun yang lalu. Sudah lama kutinggalkan perkara-perkara itu. Isi mata pelajaran seperti Financial Accounting dan Audit & Assurance kurasa payah untuk dihadam. Lalu aku tahu, aku harus belajar dengan lebih tekun untuk lulus peperiksaan nanti.
***
Awal bulan Jun. Hari penentuan itu tiba jua.

Selesai menghantar anak-anak ke Bowker Vale Primary School, suamiku memandu ke arah stadium Old Trafford. Aku bersama anak bongsu yang berumur lapan bulan, duduk di baris kerusi tengah Toyota Estima.

Tiba di destinasi, aku bersalam dengan suami memohon keredhaan. Aku tahu suamiku sudah lama mendoakan kejayaanku.

‘Abang tunggu di sini selepas Aida habis exam!’ jeritnya semasa aku berjalan ke arah deru orang ramai memasuki stadium. Ya, di stadium bersejarah ini, aku akan menduduki peperiksaan.

Aku melangkah masuk ke dalam dewan. Kot tebal warna biru laut yang kupakai kusangkutkan di kerusi. Kutinggalkan nota-nota di luar dewan sebentar tadi. Kertas peperiksaan sudah diletakkan di atas meja.

Dari pembesar suara, bergema arahan dari ketua pengawas,

‘Anda akan menduduki peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants untuk kertas P1: Professional Accountant. Sila pastikan anda telah meletakkan kad pengenalan diri dan slip doket di atas meja. Anda mempunyai masa selama 15 minit untuk membaca soalan. Hanya selepas selesai 15 minit tersebut, baru anda dibenarkan menulis di kertas jawapan.”

Dengan lafaz Bismillah, aku membuka kertas peperiksaan.
***
Saya merupakan seorang akauntan yang bekerja di bidang strategi. Percaya dengan peraturan “The 10,000 Hours of Practice” yang disebut berkali-kali oleh Malcolm Gladwell di dalam buku ‘Outliers’, saya mungkin setakat ini telah menulis karya kreatif sebanyak 4 atau 5 jam - di mana masih lagi berbaki 9,995 jam untuk saya berlatih menulis agar saya mampu menulis sebuah karya agung kelak. Hehehe :). Karya pertama muncul di sebuah majalah kanak-kanak pada umur 8 tahun. Menulis masih lagi minat saya walau sudah bertahun tidak berkarya.


Nota kaki:

Sekadar mencuba Projek Buku 50 Penulis, tetapi karya ini tidak berjaya. Cerpen ini siap dalam masa setengah hari. Ini pula merupakan deraf kedua. Deraf pertama, disebabkan sudah lama tidak menulis, saya rasa kekok dengan rentak cerita, lalu saya olah semula dari mula.

Banyak yang saya ingin 'nafaskan' dalam karya ini. Mungkin kerana kisah ini merupakan kisah saya yang ada juga diolah sana sini. Pembaca cubaan saya semestinya si suami. Sepanjang menulis, saya merindui suasana Manchester.

Komen pertama beliau: Mungkin orang tidak tahu bahawa saya sebetulnya mengambil peperiksan ACCA di stadium terkemuka Old Trafford, yang sinonim dengan Manchester United.

Saya ada nukilkan sebuah lagi karya, sekadar suka-suka. Tetapi karya ini yang saya pilih untuk dihantar, kerana temanya inspirasi.

Monday, 17 March 2014

Lasagne mudah


Bahan-bahan:

Daging kisar
1 peket keju (keju biasa empat segi yang anak-anak makan)
2 tin sos spaghetti (saya guna sos Prego Tomato dan Mushroom)
Lasagne sheet
2 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang merah - dikisar
Lobak merah - dikisar (sekiranya perlu)

Cara-cara:
  1. Goreng daging kisar tanpa minyak sehingga kering.
  2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan lobak merah.
  3. Masukkan sos spaghetti.
  4. Gaul rata. Agak-agak menggelegak, matikan api.
Turutan lapisan lasagne:
  1. Adunan daging kisar
  2. Lasagne sheet
  3. Keju

Susun mengikut lapisan. Pastikan lasagne sheet bukan di lapisan atas sekali kerana ada kemungkinan kepingan lasagne untuk tidak masak.
Keju dicarik-carik kasar.

Bakar di dalam oven pada suhu 250 Celcius (30-45 minit).

Friday, 14 March 2014

#PrayforMH370 #Pray4MH370

My last flight with Malaysia Airlines was on 18th March 2011, from London to Kuala Lumpur, where I was back for good after my 1-year study in Manchester.

Even though I had some issues on Malaysia Airlines during my flight back home, I actually teared up when I heard the pilot announced after the airplane touched Kuala Lumpur International Airport.

"Kepada para pelawat, selamat datang ke Malaysia. Dan kepada warganegara, selamat pulang ke tanahair."

Then, for short destination travel, we used Air Asia a lot.

But this one hit quite close to home. Maybe because Malaysian Airlines is a Malaysian company, it feels like that every update was crucial for every Malaysians.

I know that one of my university's junior, who was quite close with us (Aini and myself) is on that ill fated flight. I also got the news that the wife of one of the company's staff is also in there. And for us, the public to scrutinise every news, and en-devour it, I noticed that we were united in this.

Everyone that I know of, is praying for the safety of MH370. Regardless of religion. I am so proud to be a Malaysian in this crucial time.

I was thinking, how many misses and stop that we forget to be grateful for each single day. I was tearing up when I read the accounts of the family members, waiting in agony for the news. At the same time, there are also figures that emerged, that I have never known of, and that they are strong facing the reporters at the press conference.

During my maternity leave, starting last Saturday, my husband and I would sit in front of the TV, and watched the news. We will wait for the press conference, and hoping for good news. Then when he started working, I will update him the progress after every press conference.

When there are still no news, one of my friends said,"No news is good news."

Because I would rather believe the plane to be hijacked and the passengers are safe, rather that the authorities found the debris (which indicate the plane crashed).

I am still not losing hope. As Kapten Norudin said in TV3 last Monday,

“Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptaNya. Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke atasnya. Allah berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja. Di mana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula.”

Let us continue to pray for MH370.

Wednesday, 12 March 2014

Back to reality

Yes, my first day at work after a 3-month leave.

Life has to go on.