Wednesday, 30 April 2014

PBAKL 2014

Ambil cuti rehat semalam dengan Aini. Nak pergi buat stock take untuk buku revision anak-anak dan tambah bahan bacaan Bahasa Malaysia. Memang PBAKL ini acara tahunan kami, senang sebab banyak diskaun yang ditawarkan untuk buku dan pelbagai hadiah menarik disediakan.

Gerai yang wajib pergi, tanpa gagal setiap tahun:
  • Sasbadi
  • Institut Terjemahan & Buku Malaysia
  • PTS Publication
  • Gempak Starz
  • AnaMuslim
  • Jemari Seni
  • JS Adiwarna
 Sampai sana jam 10. 30 pagi, singgah dulu di kedai Ain Maisarah, dan beli set novelnya.

Satu set: 8 buah novel, 4 buku kecil cerita pendek, 2 poster, 4 button badges dan 1 buku nota berharga RM 150 (harga asal dalam RM 190++). Saya bahagi dua dengan Aini. Ain Maisarah adalah antara penulis yang saya dan Amni minat dan baca buku-bukunya. Jimat, kan gitu? Ibu dan anak suka.



Aini comel tengah pegang beg Hero dari kedai Ain Maisarah.
Kemudian, singgah pula di gerai Sasbadi. Hmmm, siap ada Lego di Sasbadi rupanya. Harganya jangan cakaplah *_*. Sambil-sambil itu, semua buku kerja dibelikan untuk anak-anak.

Sasbadi ada menerbitkan komik Sains, saya beli satu untuk anak-anak baca.

Ohmoo... ini pula penulis seterusnya yang memang saya dan Amni baca siri popular beliau, Dear Yayah. Puan Farihah Iskandar, siap keluarkan buku baru siri Dear Yayah. Amni pula pesan belikan komik Dear Yayah dalam Dunia Didi terbitan PTS. Disebabkan saya memang baca, saya pun beli siap dapat tandatangan kak Farihah dan button budge satu.

Ini pula, dah second round terjumpa kak Lily Haslina Nasir. Ya, saya membesar dengan buku beliau. Dia baru melahirkan anak bongsu Airis, berumur 14 hari. Kelakar katanya, misi di hospital ingatkan ini anak pertama beliau. Bila dikatakan tidak, misi ingatkan Airis anak tabung uji. Anak sulung kak Lily dah berumur 21 tahun. Memang kakak kita ni tak pantang langsung.

Terus saja beli buku baru beliau, siap kak Lily yang bukakan plastik dan sain terus. Hahaha, kemudian baru saya bayar.

Antara lambakan komik di PTS. Banyak juga saya beli di sini, untuk lengkapkan koleksi Dear Yayah. Fawwaz baru pesan komik lain. Aduh, nanti beli di rumah pula.

Bila datang masa hari kerja, senggang sikit nak ambil gambar posing comel-comel pun tak segan. Tengok tak beg tarik dan beg lipat itu? Dah penuh, rasa nak patah pinggang. Tapi gigih tarik sana sini. Rasanya orang lain ada kot dengki tengok saya tarik beg, tak larat nak bawa buku banyak-banyak. Sling bag pinjam Amni punya.

Gerai terakhir, singgah di JSAdiwarna. Sayalah peminat setia kak Noor Suraya. Dan amazingly, kak Su masih ingat saya 5 tahun yang lepas. Kali terakhir ketemu kak Su di PBAKL tahun 2009. Dan kesemua buku kak Su saya beli secara atas talian atau di kedai. Memang tidak mengecewakan.



Cukup-cukuplah tu Aida.... *_*

Friday, 18 April 2014

Ata's bachelorette party


Alhamdulillah for 17 years of friendship (has it been 17 years we finished our SPM?).

We are from the same school, and we are very close with each other. In a school with 330 people in one batch (mix of boys and girls), I am so impressed we managed to keep in touch with each other.

Yes, the emergence of Facebook, WhatsApp and other social apps really help us.

And we celebrated Ata, who is going to marry in September (insya Allah) last Saturday at Red Box, The Gardens. First time entering the place, first time to karaoke with all girls only (yes, women voice is aurat).

And my girl also joined with her 'Let It Go' song. Which we have to listen like 4 times... ^_^

Finally, the goodies bags.. haruslah cantik luar dan dalam kan!

Wednesday, 9 April 2014

Omooo..

Nook Glowlight has safely arrived!

Screammm^^

Friday, 4 April 2014

3 April: Selamat Hari Jadi Fahri

Selamat berumur 7 tahun sayang.
7 tahun untuk seorang budak yang bijak dan rajin.

Kalau anak-anak lain minta belikan buku cerita (macam ibunya), Fahri akan minta belikan buku matematik.
Malam-malam sebelum masuk bilik akan siapkan bermuka-muka latihan.

Rajinnya lain macam. Siap mengikut atuknya ke kelas Arab.
Dan sekiranya membuat kerja sekolah, sangat bersungguh-sungguh.

Untuk Fahri, jadilah manusia yang hidupnya sentiasa diredhai.