Saturday, 31 May 2014

Ulasan buku: Ratu Yang Berani

Tajuk buku: Ratu Yang Berani
Penulis: Zainun Mustapha
No. ISBN: 9789674301910
No. resit ITBM: ITBM02000847 29/4/2014 11:48 AM


Ternyata, buku-buku di bawah siri Didik Ria tidak mengecewakan. Saya membeli buku bertajuk Ratu Yang Berani nukilan Zainun Mustapha untuk anak-anak mengetahui tentang kisah dongeng rakyat Malaysia. Ya, negara kita sungguh kaya dengan sejarah dan cerita.

Buku ini mengisahkan tentang keberanian Permaisuri Munira Sari. Sang permaisuri, yang menjadi balu akibat kemangkatan Sultan memegang tampuk pemerintahan negeri Nilam Purnama. Baginda memegang wasiat Almarhum Sulran, dan di bawah pemerintahan sang permaisuri yang bijaksana, ternyata Nilam Purnama menjadi semakin makmur.

Kehadiran seekor gergasi yang tinggal di Gunung Gelanggar menggemparkan rakyat Nilam Purnama. Lantas, Datuk Bendahara bersembah dengan menyatakan beberapa pendapat kepada Permaisuri Munira Sari untuk menyelamatkan nyawa rakyat jelata yang ketakutan. Sang permaisuri bijak berdiplomasi dengan memerintahkan agar para pemuda Nilam Purnama dikumpulkan dan dilatih dengan ilmu pertahanan diri. Hasil latihan tersebut, lahirlah ramai hulubalang muda yang bersiap siaga untuk mempertahankan keselamatan Nilam Purnama.

Hasil taktik serang hendap Permaisuri Munira Sari, ternyata baginda dapat menumpaskan sang gergasi yang membunuh ramai rakyat jelata. Sang gergasi ternyata termakan dengan muslihat sang permaisuri dan terperangkap. Sang gergasi akhirnya berjanji untuk keluar dari negeri Nilam Purnama dan tidak membunuh manusia.

Usai menutup buku ini, saya sedar bahawa ilustrasi buku ini terutamanya watak Permaisuri Munira Sari, adalah seperti terinspirasi dari patung wayang kulit (sebuah persembahan seni yang sangat terkenal di Kelantan).

Sebuah kisah rakyat yang mengesankan tentang keberanian dan kebijaksanaan seorang pemerintah. Kisah ini secara keseluruhannya mengangkat dan meraikan martabat wanita. Watak sang permaisuri digambarkan seorang intelek dan berfikiran rasional dalam membuat keputusan. Dibantu oleh para penasihat, ternyata buku ini menerapkan nilai murni terutamanya bekerja secara berkumpulan (sebagai contoh; berlatih bermain alatan perang) dan bermesyuarat sebelum mencapai sesuatu persetujuan (contoh: perbincangan sang permaisuri dan Datuk Bendahara).

Amatlah saya galakkan anak-anak untuk membaca buku ini kerana unsur-unsur nilai murni yang diterapkan di dalam penulisan dan lukisan

Saturday, 24 May 2014

Ulasan buku: Umang

Tajuk buku: Umang
Penulis: Isabella Jali
No. ISBN: 9789674301927
No. resit ITBM: ITBM02000847 29/4/2014 11:48 AM


Umang, merupakan sebuah kisah cerita rakyat yang diadaptasi dengan baik oleh penulis.
Ilustrasinya berwarna warni, kisahnya jelas dan padat sudah tentu akan menarik minat pembaca cilik.

Umang menfokuskan kepada tema hubungan ibu dan anak. Umang, seorang anak yang baik tinggal di rumah panjang di Batang Ai bersama ibunya. Ibunya sangat menyayangi Umang.

Maka, pada suatu hari, ibu Umang berpesan kepada Umang agar tinggal di rumah kerana ibunya hendak mencari makanan. Umang ternyata ingkar dengan pesanan ibunya, dan keluar menuju ke titi di sebatang sungai.

Walaupun titi itu agak rapuh, Umang terus meniti lantas terjatuh ke dalam sungai. Ibu Umang sempat menyelamatkan Umang, dan Umang berjanji untuk mendengar kata-kata ibunya.

Buku ini memberi pengajaran bahawa pesan orang tua haruslah dipatuhi, kerana banyak isi tersirat di dalamnya. Isu keselamatan diketengahkan sebagai panduan kepada anak-anak. Ceritanya pantas dan sudah tentu anak-anak akan menghargai naskhah ini untuk bacaan mereka.

Friday, 23 May 2014

The evolution of Faiq Aysar

Yey, adik dah meniarap!


Bolat. Bolat. 

Monday, 19 May 2014

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara @ Sasana Kijang

Anak-anak (secara spesifik: Fawwaz) yang meminta untuk bawakan kami ke muzium. Ya, dia agak patriotik di situ. Alang-alang sudah ada cuti am (Hari Wesak) pada 13 Mei, jadi saya aturkan lawatan sambil belajar ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara.

Terletak di dalam Sasana Kijang, rupanya muzium ini bertentangan dengan Memorial Tun Hussein Onn dan Memorial Tunku Abdul Rahman. Betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur. Muzium ini dibuka setipa hari dari jam 10 pagi - 6 petang (ditutup pada Hari Raya Aidilfitri).

Dan yang seronoknya, ketika cuti, tempat letak kereta adalah percuma. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk memasuki muzium.

Terbahagi kepada 4 tingkat, dan kami memulakan lawatan dari Aras 3.

Aras 3 menempatkan Galeri Seni. Ada pameran batik, dan dengan malunya, saya mengaku, saya tidak kenal pakar batik Malaysia. Cantingan yang sangat artistik, berseni dan sulaman yang lain dari yang disajikan. Ada 3 pakar rupanya, Syed Jamal, Puan Fatimah dan Puan Silvam (aduh, nama mereka pun saya lupa) *_*.

 Cantik, kan batik yang dipamerkan?

Anak-anak tengah membaca dan memerhatikan hasil lukisan batik. Sebelah kanan gambar, kelihatan baju batik yang direka Puan Silvam dan dipersembahkan di hadapan Datuk Bandar Manchester ketika beliau melanjutkan pelajaran di sana.

Ini dia salah seorang pakar batik Malaysia, Puan Silvam. Tulisan tangannya untuk tesis sangatlah kemas dan cantik. Puan ini memakai sari ketika melanjutkan pelajaran di Manchester Art College.

Pameran ini menambahkan pengetahuan anak-anak.

Kemudian, kami ke Galeri Seni bersebelahan pameran batik negara.

 Unik, halus dan ekspresif. Sangat-sangat menghargai karya seni ini.

Ini lukisan cat minyak rumah di pesisir sungai Melaka. Kalau tengok mula-mula, macam tidak nampak rumahnya. Tetapi lihat lagi sekali dan baca pula deskrpisi di tepi gambar, barulah nampak lukisan ini.

Kami turun ke Aras 2, ada Galeri Numastik. Tempat dipaparkan duit syiling, duit kertas dan token.


Galeri ini sangat interaktif, anak-anak perlu letak tangan di tempat yang disediakan (seperti gambar bawah), dan skrin akan terpampang asal-usul duit syiling tersebut (skrin akan beku seketika) untuk bacaan bersama (seperti gambar di atas).


 Ada duit 1/4 (quarter pound). Syiling yang digunakan ketika zaman jajahan British.

Turun ke Aras 1; ada tiga galeri utama:
  • Galeri Bank Negara Malaysia
  • Galeri Kewangan Islam
  • Galeri Ekonomi
 Ini di dalam Galeri Kewangan Islam.

Permainan touch screen secara interaktif, anak-anak belajar konsep perbankan Islam dan permainan adalah berdasarkan produk perbankan Islam.

Sambil itu, kami singgah di Galeri Ekonomi, belajar tentang cara memasukkan duit di mesin ATM serta barang dagangan seluruh negara.

 Segala model pengangkutan bergerak di dalam kotak kaca itu.

Memasuki galeri Bank Negara Malaysia, kami secara interaktif belajar tentang peranan Bank Negara Malaysia, terma yang diguna pakai, serta belajar cara menguruskan ekonomi. Rupanya Tan Sri Zeti Akhtar merupakan gabenor bank pertama wanita dia Asia.

Dan akhir sekali, di tingkat bawah, Galeri Kanak-kanak. Ya, anak-anak suka galeri ini, memang sangat interaktif. Boleh mencetak duit, menulis cek, bermain permainan untuk meningkatkan pelaburan.

Tingkat bawah juga menempatkan tempat makan serta kedai cenderahati. A day well spent for the family :)

Antara muzium yang saya rasa wajib pergi.

Thursday, 15 May 2014

Out of the blue

Semalam, out of the blue, seorang rakan baik saya menghubungi.

Ketika saya menyambung pelajaran pada tahun 2010, dia juga mendapat biasiswa ACCA dalam negara, ditanggung oleh syarikat. Dan kakakku seorang ini, baru sahaja melahirkan anak keempatnya bulan November yang lalu.

Katanya, malu dengan saya. Dia bermula dari kertas F4: Corporate and Business Law, maknanya ada 10 atau 11 subjek yang perlu dia ambil untuk menjadi chartered accountant. Kertas F9: Financial Management, dia gagal lagi (ya, subjek F9 adalah subjek yang paling susah di dalam kertas asas atau fundamental paper). Masuk kali keenam dia ambil subjek itu.

Allah kak, motivasi tertinggi saya adalah saya tinggalkan Malaysia untuk sambung belajar di UK. Bawa keluarga pula tu, kalau gagal, bukankah sia-sia sahaja pengorbanan keluarga?

Tahun ini, sudah tahun kelima dia dijadualkan untuk menghabiskan ACCA. Tak apa kak, teruskan perjuangan, ada sahaja kawan kolej dulu gagal juga, entah sudah berapa kali subjek yang sama. Itu pun dalam keadaan tiada komitmen, dan masih lagi single.

Saya tidak kata ACCA itu mudah, malahan sebenarnya perlu beri komitmen yang sangat tinggi untuk lulus. Saya bangun dari tidur dan sebelum tidur dengan menghadap buku ACCA. Kalau zaman peperiksaan lagi parah, saya hanya berhenti untuk solat dan makan.

Ya, dan disebabkan saya rasa peperiksaan ACCA itu susah, saya masih ingat semua soalan ACCA yang saya jawab. Saya ada jawab soalan di bawah untuk paper P2: Corporate Reporting:


Dan untuk mereka yang meninggalkan komen di tulisan-tulisan saya sebelum ini, harap maaf saya tidak dapat layan. Kekangan kerja dan komitmen keluarga lebih penting. Apa yang saya nukilkan semua ada di dalam blog ini - tip belajar, cara hidup, bagaimana saya uruskan masa dan keluarga, bagaimana saya memilih kolej. Harap faham.

Monday, 12 May 2014

Pemerhatian Amni

Amni: suka menolong
Fawwaz: nakal, suka kacau orang
Fahri: suka menolong, kadang-kadang kacau orang
Fateh: suka mengadu
Faiq: suka menangis

Betullah tu kak, you summarise it well!

Monday, 5 May 2014

New environment


Starting 1 May 2014, I am transferring to a new division.
Allah, may You ease my journey.

Received a charm as my farewell gift. Thank you ^_^

Thursday, 1 May 2014

Kerepek pisang

Pertama kali buat kerepek pisang sendiri. Senang rupanya.

Hiris nipis dan goreng.
Bila sudah garing, masukkan sedikit garam dan daun kari.
Biar seketika dan angkat.

Terima kasih Farra bagi pisang dan daun kari.