Thursday, 30 October 2014

I have won the BBW Preview Pass

*happy dance*


Ipoh & Taiping





Cuti sekolah yang lalu, sebelum kejadian tangan dijahit, kami ke Ipoh dan Taiping.

Menikmati mee udang ketam diraja.

Dan singgah di Taiping untuk meraikan sebuah perkahwinan.
Singgah sebentar untuk lawatan di tanah perkuburan. Moga tenang-tenang sahaja di sana.

Friday, 24 October 2014

Umur 63?

Adik baru 10 bulan. Tapi giliran haji yang adik dapat masa adik berumur 63 tahun.

#sigh#

Tuesday, 14 October 2014

Hello Amina Yasmin

Assalamualaikum dear baby, welcome to the world.

You have a loving mom. Congrats Ifah for your new bundle of joy. She is my closest friend in Manchester.

Thursday, 9 October 2014

Tertangguh 2

Kejadian berlaku pada 20 September, hari Ahad lebih kurang jam 2 petang. Tangan saya tertusuk kaca semasa hendak menutup pintu almari kaca.
 
Saya kira tidaklah teruk sangat, maklumlah luka di tangan. Tetapi rupanya, darah tidak berhenti-henti keluar. Memang banyak, bayangkan sepanjang perjalanan darah keluar bercucuran. Pergi ke klinik di rumah dalam jam 2.30 petang. Kemudian bila doktor hendak mula jahit, bila dibasuh, darah masih belum berhenti. Disebabkan luka yang severe, doktor minta ke hospital dengan segera. Luka berukuran 4 cm X 0.5 cm.

Terus bergegas ke wad kecemasan di Hospital Tawakkal. Kes saya masuk zon merah. Doktor on standby pun tidak berani jahit. Apa lagi, terus saya kena masuk wad dan berjumpa pakar bedah ortopedik.

Disebabkan ada terkena blood vessel, dan doktor perlu bersihkan luka dengan segera (ya, darah saya masih lagi mengalir tanpa henti), saya dijadualkan untuk pembedahan pada jam 10 malam. Terus dipengsankan menggunakan general anesthesia. Sebabnya, kalau saya ambil bius dalam keadaan masih sedar, doktor tidak dapat menenangkan saya untuk mencari saraf dan salur darah (paling penting, bersihkan kaca dari luka).

Bangun-bangun dari tidur tengok tangan sudah berbalut, mujur tidak disimen sahaja.

Doktor bagi cuti sakit 3 minggu. Saya pula menulis menggunakan tangan kiri. Temujanji dengan doktor pada hari Rabu selepas pembedahan, rupanya ada saraf yang putus. Tangan masih kebas sehingga hari ini. Dressing pula perlu ditukar di klinik.

Minggu pertama memang terasa sangat tangan sengal dan kebas. Ada suami minta memandu kereta, rasa berdenyut-denyut tangan.

Semalam, berjumpa doktor semula untuk membuka jahitan. Sakitnya masa doktor cabut benang macam kain baju ditetas. Tiada bius.. huhuh.

Dan harga pembedahan tangan? RM 7,000.
Fuh fuh, silalah ya melanggan insuran perubatan.

Monday, 6 October 2014

Tertangguh

Saya tertangguh menulis sebab ini.
Tangan saya dijahit pakar orthopedic 2 minggu lepas. Masih lagi perlu buka jahitan di klinik doktor pakar.

Sekiranya ada kesempatan, saya ingin mencatat mengenai cuti-cuti di Ipoh dan Taiping.

Agaknya perlu sebuah catatan tentang kemalangan saya.