Monday, 24 November 2014

Tahniah anak-anak!

Majlis sambutan konvokesyen tadika Fateh Aqmar pada 15 November
Khas untuk abang Fawwaz Amin, tahniah! Mula-mula cikgunya kata dapat nombor 2, bila kira balik dapat no. 1, tapi sebab cikgunya beritahu sehari sebelum Majlis Anugerah Kecemerlangan, Fawwaz kekal nombor 2
Tak apalah Fawwaz, jangan merajuk ya sayang (berhari-hari merajuk dengan cikgunya sebab tersalah letak nombor). Fawwaz kan budak pandai.

Firzanah Amni dapat naik kelas lagi tahun 6 2015. Dan dia dapat keputusan ketiga terbaik untuk peperiksaan percubaan UPKK.

Fahri Ahmad dapat hadiah sebab cemerlang kehadiran ke sekolah agama untuk Tahap 1.
Ha yang ini, kejayaan dia mengigit ibunya dengan berjaya selama sebulan. Mementang ada gigi sebatang atas sebatang bawah.

Monday, 10 November 2014

Tahniah

I am so proud of you.

Wednesday, 5 November 2014

Hari jubah {suami} saya

Serindit Photo juga menjadi pilihan.Kali kedua di sini, selepas drama bergambar Raya tahun 2011 (ya, sini yang gambar rasmi!)

Encik Firdaus patutnya ke konvokesyen tahun lepas tetapi saya pula yang sarat menunggu hari. Skrol pun belum ambil, sudah sibuk buat preshoot.. heheh

Gambar rasmi 1

 Gambar rasmi 2

Saya hendak mencuba topi konvo.

Anak-anak yang sudah berlima.

Kami. Dia kaku. Saya tidak. Hihi...

Yang paling senang bergambar.

Sukanya gambar beramai-ramai ini.

Skrol UUM tiada, pakai sahajalah skrol MMU yang dahulu. Ada kenangan juga kan. Saya bawa skrol ACCA saya.. *sob, terharu*

Akhirnya, tahniah bang. Sebuah pengorbanan. Sebuah impian.