Monday, 22 December 2014

Nearing the end of the year

Year 2014 has been quite a long year for both of us, husband and wife.

In terms of career, both of us had made a major move. I would say last week my husband has decided to take a big step for his career. At the same time, my dream to pursue my higher education will be less prioritised right now because of his career move.

Work wise, it will be better for my husband. At the same time, I have bigger responsibilities in the office, and this has been a good personal development for myself. I was able to learn more in my new job function ( I changed division in May).

Next year will be a challenging year since my eldest will be taking her UPSR.

So, ending the year 2014 with a bang. Yesterday was our 12th wedding anniversary. Wishing the best for the upcoming years ahead, as well.

Friday, 12 December 2014

A tribute to Faiq Aysar

Faiq Aysar sudah berumur 1 tahun semalam. Pagi-pagi bangun, sudah sibuk hendak tengok kucing.

Teringat setahun lepas, menunggu hari. Sebenarnya, Faiq tidaklah pula dijangka akan lahir pada tarikh 11.12.13. Saya berjumpa Dr. Rahman pada hari Isnin, disebabkan buasir sudah makin teruk, doktor kata mungkin perlu bersalin minggu itu juga. Jadi kami sepakat pada hari Rabu (kebetulan pula tarikh harijadi saya).

Malam sebelum bersalinkan Faiq, memang saya tidak boleh melelapkan mata langsung. Maklumlah sudah tahu kena ke hospital. Anak-anak lain pula, pergi bercuti dengan datuk dan nenek mereka. Malam itu kemas rumah, baca buku dan buat segala yang patut. Faiq pun bukan mahu keluar lagi, duduklah bertakafur dalam perut tu dik.

Jam 7 pagi sudah keluar dari rumah. Wah, macam hendak pergi kerja pula. Jam 8 pagi sudah masuk wad bersalin, suami uruskan hal pendaftaran di kaunter kecemasan. Beberapa kali jururawat tanya, ada sakit hendak bersalin. Err tidak, tapi doktor suruh saya masuk hospital.

Kemudian bila jururawat periksa bukaan, masih kecil. Entah berapa kali diperiksa. Siap jururawat telefon doktor. Jam 9.30 pagi, doktor masih merempuh kesesakan untuk ke hospital (hehe, Hospital Tawakkal kan betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur). Doktor siap berpesan, mungkin boleh discharge. Tidak sampai 15 minit, doktor telefon semula, berdasarkan rekod, saya bersalin agak cepat sekiranya sudah ada tanda. Dalam 2-3 jam. Mungkin tidak boleh keluar hospital lagi, sebab kata doktor, kalau keluar, mungkin petang itu saya datang semula untuk bersalin. Sebabnya; bukaan sudah ada.




Jadi kami pun menunggu dan menunggu. Suami cakap lamanya. Bagi dia, memang lama sebab biasanya saya tunggu masa untuk bersalin sekejap sahaja. Doktor datang jam 10 pagi, masih lagi sama keadaannya. Pada masa sama, dari awal pagi, doktor sudah berpesan menyediakan bilik pembedahan (kerana kemungkinan untuk Ceaserian itu masih ada) disebabkan saya mempunyai sejarah bersalin secara pembedahan untuk anak sulung.

Posisi pula perlu diubah. Saya sebenarnya sudah sakit bersalin, tetapi disebabkan agak mild, saya tidak rasa sakit. Kemudian kami menunggu lagi sehingga jam 11, alhamdulillah.. bukaan memberangsangkan. Saya dapat bersalin normal.

Mungkin sudah lama menunggu, suami pula lapar. Katanya hendak turun makan pada jam 2 petang. Bila dia turun, ada jururawat lain periksa dan mendapati sudah hampir bersalin. Telefon suami suruh naik, tercungap agaknya dia makan kuih. Ingatkan lama lagi.

Yang paling bersyukurnya, sempat juga dia naik masa hendak bersalin. Bersalin pula sangat mudah, tidak sakit sangat. Memang saya pakai epidhural, tetapi biasanya masih lagi ada tanda sakit yang kuat bila makin dekat. Cuma yang ini, memang mudah sangat.

Alhamdulillah, pada 3.17 p.m. (eh ke 3.17 petang), Faiq Aysar selamat dilahirkan.

Dua minggu kemudian, kami kembali lagi. Kali ini sebab kuning Faiq terlalu tinggi. Jadi berkampunglah pula di hospital selama beberapa hari. Ulang alik ke nurseri kerana digalakkan penyusuan ibu. Cuma Faiq ini mungkin kategori lazy feeder, berat badan dia turun kemudian tidak naik sangat.

Sepanjang pantang, kami pula yang risau dengan berat Faiq.

Akhirnya, pada hari ke-20 atas nasihat doktor kanak-kanak (yang memang sangat-sangat positif tentang penyusuan ibu), mencadangkan kami memberikan susu formula dalam sebotol sehari. Dan berdasarkan cadangan itu, alhamdulillah, berat Faiq semakin naik.

Dan sekarang, Faiq sudah membesar bagaikan johan. Berat betul nak dukung dia sekarang....

Monday, 8 December 2014

Lego dari GM KL

Seronoklah melayan. Fateh sambut harijadi 9 November lepas, asyik minta Lego. Akhirnya, bawa ke GM KL untuk pilih sendiri. Kira hadiah yang tertangguh.

Siap dapat kaca mata hitam.


Dapat beli 6 kotak Lego figurines. Dia pilih sendiri. Siap belikan papan Lego untuk dia main.

Tidaklah seronok sangat ke GM KL. Kedainya sempit dan bila bawa budak-budak, tidak ada tempat makan pun. Mujurlah singgah rumah Zoe sempena makan-makan untuk harijadi Aydin.

Friday, 5 December 2014

Nurturing a bookaholic

FINALLY, after days of waiting for the event! I won the Big Bad Wolf 2014 preview pass! And I am bringing the girls to the party.*dancing joyously*

Since this pass will better be appreciated by book lovers, Aini, my sister and Amni, my daughter, with her cousin, Auni were able to enjoy the preview sale.

I was at the entrance when I asked for the BBW worker, "Can I keep this as memento?". Unfortunately, the answer is no... uhuk T_T

Waiting for the door to open.

The recruits. I am so proud I have been nurturing a bookaholic at home ^_^

The books.. gah! I am so impressed because this year, BBW has not managed to recycle the same book twice (like in last two years of BBW). No wonder people coveted for the preview pass, we got the books nicely on top of tables and there were so many boxed sets. My friends update us the special edition boxed set of Harry Potter was already finished yesterday.

The loots. Total damage was around RM 300.

For the first time in my life, Amni's book piles was higher than mine.

I found this series. Since it was at RM 5 per book, well, why shouldn't I buy it for Amni and myself to read?

Aah, Arabian Nights, the most original translated work that was ever published. Only RM 8!

Amni and myself. Spending quality time together. She loves the fact that this was her birthday present. Best ever!