Tuesday, 27 January 2015

Happy birthday Siha!

Even though we worked in the same company, it was really hard to meet each other because we are in different departments.

Siha was my university's mate and housemate. he is still one of my best friends. Coincidentally, we met up today because we had an event. I was even had a lunch with her and catch up with the good old days.

Today is her birthday. We talked about our life milestones and our dreams. We are already at the age that we know what we want in life.

Having an 'our time' together after such a long time was amazing.

Wishing you the best in life and hereafter.

Friday, 23 January 2015

Hanya satu dulang hantaran

Dua minggu lepas, saya menerima satu permintaan dari senior universiti dahulu.
Buatkan hanya satu dulang hantaran cincin untuk majlis pertunangan. Saya sendiri tidak kenal tuan badan yang ingin mengikat tali pertunangan. Seorang jejaka di syarikat yang sama.
Segala urusan diserahkan kepada kakak senior ini. Kakak inilah yang asyik menghubungi saya bertanya tentang hantaran.

Mula-mula, katanya hantaran bertemakan kuning emas. Mujur pula emak jejaka menyatakan warna merah jambu dan ungu. Siap diberi gambar sampel hantaran.

Sehingga kini saya masih tidak kenal klien misteri itu. Dan akhirnya, sebuah dulang ini dizahirkan. Dia sangat suka.. alhamdulillah. Tahniah untuk hari pertunangan anda!

Tuesday, 6 January 2015

Faiq Aysar berjalan!


Semalam, sudah dapat berjalan tanpa bantuan pada umur 1 tahun 25 hari.

Monday, 5 January 2015

Edisi jimat bajet: Muzium Negara

Disebabkan hendak berjimat, jadi kami sepakat untuk ke Muzium Negara atas permintaan Fawwaz. Fawwaz memang agak patriotik, dia sangat suka kalau kami bawa ke muzium. Dan selalunya, dialah orang pertama yang akan mengajak kami ke muzium.

Menggamit kenangan juga hendak ke Muzium Negara. Kalau tidak silap, kali terakhir menjejakkan kaki di sini di zaman sekolah rendah dahulu. Lebih 20 tahun sudah rupanya..

Muzium Negara dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang (ditutup hanya pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha). Harga tiket masuk untuk warganegara Malaysia hanyalah RM 2 untuk dewasa, dan untuk kanak-kanak, ianya percuma.

Terbahagi kepada 4 galeri:

Galeri Sejarah Awal

Galeri ini mempersembahkan segala maklumat dan bukti-bukti tinggalan kebudayaan (material Culture) masyarakat awal di Malaysia. Melalui kajian sejarah dan kerja-kerja ekskavasi di lapangan oleh ahli-ahli akademik dan arkeologi mendapati bahawa masyarakat terawal di negara ini muncul kira-kira 500,000 tahun SM. Masyarakat ini menjalani kehidupan dengan berburu dan mendiami kawasan tebing-tebing sungai, tasik dan juga gua. Zaman ini dikenali sebagai zaman batu berdasarkan penemuan artifak-artifak yang diperbuat daripada batu dan lukisan yang terdapat pada dinding gua seperti yang ditemui di Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak), Ulu Tembeling (Pahang) dan Tingkayu (Sabah). Pentarikhan (Geo-Paleontologi dan Geo-Morfologi) yang dilakukan ke atas kawasan dan tinggalan artifak ini menunjukkan terdapatnya perkembangan kebudayaan dan corak hidup masyarakat yang dibahagikan kepada tiga zaman iaitu Paleolitik, Hoabinhian dan Neolitik. Selain itu, galeri ini juga memaparkan maklumat dan artifak-artifak dari Zaman Logam, Kebudayaan Megalitik dan Proto Sejarah

Galeri Kerajaan Melayu Awal

Galeri ini menyelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu selepas zaman pra sejarah dengan pembentukan kerajaan-kerajaan awal yang mempunyai sistem kenegaraan, ekonomi, keagamaan dan kebudayaan sebagai jatidiri wilayah Alam Melayu (Malay World) termasuk Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo. Kemunculan penempatan dan kerajaan awal yang digambarkan dalam galeri ini secara tidak langsung dapat membuktikan perkembangan sosio-politik Melayu, jaringan sistem ekonomi terutama perdagangan antarabangsa dan perluasan ciri-ciri kebudayaan serta keagamaan kelompok rumpun Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan awal ini diperkuatkan lagi dengan pameran artifak-artifak yang mempunyai pengaruh keagamaan yang menjadi mercu tanda sesebuah kerajaan itu.

Galeri Era Kolonial

Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing yang bermula pada tahun 1511 menerusi penceroboh Portugis ke atas Kota Melaka. Siri Penjajahan ini berlarutan dan silih berganti kepada Belanda dan menular ke seluruh negara menerusi penguasaan British dan Jepun. Tarikan kepada kuasa asing ini adalah hasil-mahsul bumi Melayu. Mereka datang untuk menguasi perdagangan rempah serta mengeksploitasi bahan mentah, khususnya bijih timah yang merupakan bahan mentah yang terpenting semasa tercetusnya revolusi perindustrian di negara-negara Eropah pada kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlaku selama lebih 400 tahun. Tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot dan dieksploitasi menyebabkan timbulnya bibit-bibit kesedaran dan semangat perjuangan anak bangsa untuk bangkit membebaskan diri dari belenggu penjajahan. Turut dimuatkan adalah perubahan-perubahan sosial, politik dan ekonomi yang berlaku di sepanjang tempoh tersebut.

Galeri Malaysia Kini

Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja rundingan. Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu entiti politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan termasuk pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit turut menjadi paparan galeri ini.
Mengimbau kembali buku Sejarah, siap jumpa rangka manusia berumur 10,000 tahun. Betapa lamanya tidak ke Muzium Negara, galerinya pun banyak yang menarik perhatian. Fawwaz suka, sambil dia tunjuk artifak, dia akan berkata "Dalam buku Sejarah, ada ini.."

Teringat zaman belajar dahulu, ada penempatan awal di Gua Cha, Kelantan. Banyak rupanya rangka manusia zaman dahulu kala dari gua tersebut (dalam 25 kubur).

Kitab suci Al-Quran tulisan tangan ini ditempatkan di Galeri Kerajaan Melayu Awal. Ada bermacam-macam alat kebesaran diraja dipamerkan. Ada ditunjukkan susur galur Parameswara dan kedatangan Islam ke Tanah Melayu.



Model kilang bijih timah di Galeri Ketiga: Galeri Era Kolonial. Zaman penjajahan British, Jepun dan Belanda dipaparkan di sini. Kagum juga dengan beberapa arca yang ditunjukkan. Ada sebuah meja bulat (yang asal) digunakan semasa Sultan Kedah menandatangani Perjanjian Langkawi dengan pihak British.

Bunga emas yang digunakan sebagai mahar untuk dihantar kepada Raja Siam pun masih ada. Sebelum ini, asyik tengok gambar di dalam buku teks sahaja.

Ha, tengok ni. siap arca pintu kota A Famosa. Memang sangat informatif, dan pada masa yang sama, anak-anak banyak belakar apabila melihat di depan mata.

Setem hari pertama sempena kemerdekaan. Pameran ini di Galeri Keempat: Malaysia Kini. Pada masa yang sama, rasa sangat terharu apabila melihat gambar-gambar sebelum kemerdekaan. Kalau hendak tengok bagaimana Kuala Lumpur suatu tika dahulu, memang sangat sesuai menelek di galeri ini.


Selain daripada empat galeri yang dinyatakan; ada juga pameran Khazanah Dari Istana Musim Panas. Kebanyakan barang yang dipamerkan adalah dari Summer Palace, China. Pameran ini berlangsung dari 15 Disember 2014 hingga 3 Mac 2015.

Kemudian, kami ke Pameran Khas yang dianjurkan: Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia. Pameran ini bermula dari 20 September 2014 - 20 Februari 2015. Harga tiket masuk hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Kami hanya dicaj RM 2 untuk 5 kanak-kanak. Baiknya adik kaunter tiket itu... macam tahu-tahu je tengah bajet. Hihih


Masuk pameran ini, semua senjata dapat tengok. Dari segala negara pun rasanya, tapi yang paling menarik adalah replika pedang Khalifah Al-Rasyidin dengan Rasulullah s.a.w. Sambil tengok, fuh, nampak besar dan panjang pedang itu. Hai, agaknya kalau kita yang angkat mahu sakit bahu seminggu.

Selepas keluar dari Muzium Negara, ada dua lagi muzium mengenai ekologi Melayu dan orang Asli. Kedua-dua muzium ini tidak mengenakan sebarang bayaran. Hanya perlu mengisi butiran di dalam buku tetamu yang disediakan.

Seronok juga sebab sudah lama tidak ke tempat sebegini. Insya' Allah akan cuba ke muzium-muzium lain seperti Muzium DiRaja dan Muzium Alam Semulajadi.

Saturday, 3 January 2015

"Amni, perempuan suka makan apa?" tanya Fateh.
Ibu jawab, "Kek".

"Lelaki suka makan apa?"
Fateh jawab, "Karipap."

^_^