Thursday, 30 April 2015

Faiq yang banyak akal

Dah besarlah orang kata. Banyak betul kerja dia sekarang.

Monday, 27 April 2015

Alhamdulillah

Disimpan untuk kenangan.. masjid buat program minggu lepas untuk semua golongan. Anak-anak suka sangat.

Fahri ada dalam gambar. Tapi terselit di celah-celah mereka yang lain.

Moga anak-anakku tetap hati ingin saja ke masjid. Terima kasih Tok Ayah sebab bawa mereka hari-hari.

Wednesday, 15 April 2015

Rezeki

Alhamdulillah, terima berita baik pada hari Isnin. Work wise, I am happier now - even with tonnes of workloads. Ada masa saya tertidur dengan bermimpikan kerja pejabat.

Which is not a good sign, I suppose? Being a workaholic?

Tengah sengih. Tapi balik rumah (semasa cuti), saya kena sambung buat kerja pejabat
Tahun-tahun yang lepas sangat menguji dari segi kerjaya. Saya dapat majikan yang sangat-sangat membantu (dan memang kuat berkerja). Dari segi itu, saya bersyukur. Pada masa yang sama, 2015 adalah tahun besar bagi Amni. Ya, dia akan menghadapi UPSR pada tahun ini. Dan, pelan untuk membuat latihan satu muka sehari sedang dijalankan dengan anak-anak.

Meluangkan masa bersama anak-anak semasa cuti sekolah pun, sudah cukup menggembirakan. Azam tahun ini pula, hendak tidak jadi too workaholic sampai masa dengan anak pun terpaksa disekat-sekat.



Meluangkan masa di musim cuti sekolah lalu bersama anak-anak di IKEA
Kau mudahkanlah urusan kami, ya Allah.

Friday, 10 April 2015

Laksa Dewy yang sedap: 5 April 2015

Mini gathering dengan rakan-rakan darjah 6 dahulu. Yang pastinya, sangat drama menunggu hidangan utama sampai. Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita hendak merasa laksa kawan sekolah yang sangat-sangat menggugat kalbu.

Terima kasih Huda kerana menjadi tuan rumah. Antara kawan yang paling lama tak ketemu selepas darjah 6. Masing-masing membawa haluan sendiri. Dari Australia, balik Malaysia selama sebulan untuk persediaan PhDnya.

Dan, dalam ramai-ramai tak terjumpa juga, adalah Fatin. Jauh di Johor sana..











Friday, 3 April 2015

Fahri sudah 8 tahun!

Selamat hari lahir Fahri Ahmad. Sudah 8 tahun rupanya.

Suka bertanya.
Suka eksplorasi.
Suka melukis.
Suka sangat dengan kerja sekolah. Oh!

Dan sayang sangat dengan adik-adiknya, si Fateh Aqmar dan si Faiq Aysar.

Thursday, 2 April 2015

Sabarlah ya dik

Tidurlah dulu. Ibu dan abah sayang kamu.