Wednesday, 23 December 2015

Nota umrah: Ziarah luar Madinah

Ahad, hari ketiga di bandar Madinah, diisi dengan ziarah luar Madinah.

Tempat persinggahan pertama: Masjid Quba'.

Masjid Quba' merupakan masjid pertama yang dibina Rasulullah s.a.w. ketika tiba di Madinah.
Malahan mengikut hadis yang diriwayatkan seperti di bawah

Shalat di masjid Quba memiliki keutamaan. Menurut Hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif radhiyallahu ‘anhum, ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia shalat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah no. 1401) - See more at: http://www.rumahallah.com/2013/02/masjid-quba-sejarah-dan-keutamaannya.html#sthash.ieqRfmrn.dpuf
Diriwayatkan dari Sahl bin Hunaif Radhiyallahu anhu berkata, "Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ

Barangsiapa bersuci di rumahnya kemudian datang ke Masjid Quba', kemudian dia mendirikan shalat di sana, maka dia mendapatkan pahala umrah [HR. Ibnu Majah dan lainnya]. Kami mendirikan solat dua rakaat di sini.
Shalat di masjid Quba memiliki keutamaan. Menurut Hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif radhiyallahu ‘anhum, ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia shalat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah no. 1401) - See more at: http://www.rumahallah.com/2013/02/masjid-quba-sejarah-dan-keutamaannya.html#sthash.ieqRfmrn.dpuf
Shalat di masjid Quba memiliki keutamaan. Menurut Hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif radhiyallahu ‘anhum, ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia shalat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah no. 1401) - See more at: http://www.rumahallah.com/2013/02/masjid-quba-sejarah-dan-keutamaannya.html#sthash.ieqRfmrn.dpuf

Shalat di masjid Quba memiliki keutamaan. Menurut Hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif radhiyallahu ‘anhum, ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: “Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia shalat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah no. 1401) - See more at: http://www.rumahallah.com/2013/02/masjid-quba-sejarah-dan-keutamaannya.html#sthash.ieqRfmrn.dpuf

Berhadapan Masjid Quba

Pemandangan Masjid Quba'
Kemudian, kami ke Jabal Uhud. Masih ingat kisah peperangan Uhud? Disinilah syahidnya tentera Muslimin apabila mereka turun dari bukit untuk mengambil harta rampasan perang. Saidina Hamzah Abdul Mutalib telah menghembuskan nafas terakhirnya di sini.

Dan beberapa kali datang di sini, ini adalah kali pertama saya memanjat Jabal Uhud. Rezeki anak-anak, agaknya.

Mendaki Jabal Uhud. Ya, anak dara saya sudah tinggi daripada saya.

Perhentian terakhir di ladang kurma Ajwa. Kurma Ajwa adalah kurma yang ditanam oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.

Kali pertama juga ke sini, ya rezeki anak-anak juga. Kami sendiri tidak pernah menjejakkan kaki di kawasan ladang kurma Ajwa.

Berlatarkan ladang kurma Ajwa

Selain kurma, kedai kurma juga menjual kacang-kacang untuk kudapan, heheh. Bagus la, kami peminat kacang gajus
Suasana di kedai. Sedar tak papan penyata yang bergantungan itu? Ya, kawasan ladang kurma Nabi ini disempadani bekas kawasan telaga Saidina Uthman bin Affan r.a.
Teringat kisah Saidina Uthman membeli perigi tersebut dari seorang Yahudi, kerana kekurangan air di musim kemarau. Saidina Uthman r.a. telah mengisytiharkan kepada penduduk Madinah bahawa mereka bebas untuk mengambil air dari perigi itu tanpa sebarang bayaran.

Disinilah terserlahnya sifat dermawan Saidina Uthman r.a.

Kami bertolak kembali ke hotel sebelum Zohor agar sempat bersedia untuk solat di Masjid Nabawi.

Monday, 14 December 2015

Big Bad Wolf 2015

Aini won a preview pass on 3rd December for the BBW sale!

Look at me smiling with joy. In book heaven, hahahah.

And that OH SO AMAZING piles of books. Untouched. Pristine. All according to its genres (yes, I am OCD like that!)

Because raising a bookworm is a tough job, since you have to bring them along to any book fair or book shop.

And hey, I won tickets to TEDxKL event! Yes, I am a big fan of the TED talks. And the speaker line ups are amazing. Kuddos to the organisers:

  • Anna Karina Jardin - visual artist from Phillipines
  • Kid Chan - photojournalist (5th from right)
  • Jason Leong - a doctor and comedian (7th from right)
  • Umapagan A. - radio presenter (8th from right)
  • Davina Goh - entertainer (6th from right)

And this one guy, he wanted to go to BBW sale, because he was disappointed I only bought 2 books for him. So, let's go!

Tuesday, 8 December 2015

Nota umrah: Merindui Masjid Nabawi

Saya merindui Masjid Nabawi. Kami berada di Madinah dari 20 sehingga 23 November. 4 hari yang sangat menyeronokkan.

Dan Allah berikan kesempatan untuk kami tiba di sini lebih awal dari jemaah-jemaah lain. Memang sangat untung, diberikan peluang sebegitu sekali. Kami dapat ke masjid dengan selesanya, dan lapang.




Sangat lapang sehingga ketika azan pertama dilaungkan, kami masih sempat untuk masuk ke Masjid Nabawi dan mendapat saf pertama. Gambar-gambar di atas adalah ketika azan pertama dilaungkan dari masjid.


Sekiranya tiba di sini, ke Raudhah itu satu kewajipan. Malahan pernah diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri bahawa,

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam, beliau bersabda,

مَا بَيْنَ بَيْتِى وَمِنْبَرِى رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ   (رواه البخاري، رقم 1196 ومسلم، رقم 1391)

"Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga." (HR. Bukhari, no. 1196 dan Muslim, no. 1391)


Dibawa ke Raudhah pada keesokan harinya, Sabtu, 20 November. Masa para muslimat untuk ke Raudhah adalah seperti berikut:

Selepas Subuh sehingga sebelum Zohor
Selepas Zohor sehingga sebelum Asar
Selepas Isyak sehingga tengah malam.

Waktu solat di Madinah / Mekah pada masa ini adalah dalam lingkungan berikut:

Subuh - 5.20 pagi
Zohor - 12.15 tengahari
Asar - 3.20 petang
Maghrib - 5.30 petang
Isyak - 7.05 malam

Kubah hijau di dalam gambar merupakan petanda bahawa makam nabi ditempatkan di bawah kubah itu.

Raudhah biasanya bersesak dan dipenuhi orang, untuk para Muslimat. Sepanjang berapa kali ke sini, saya tidak pernah lihat Raudhah itu tidak padat kerana ketetapan masa yang diberikan. Waktu pagi kami di Raudhah, bersesak dan bertolak-tolak. Sekadar untuk mendapat masa beberapa minit untuk masuk ke kawasan makam Rasulullah s.a.w, Abu Bakar r.a. dan Umar r.a.

Karpet hijau muda inilah kawasan Raudhah. Ketika suami memperlihatkan gambar ini, saya dan Amni berkata, "Beruntungnya!".

Kami perlu berebut-rebut dan bersesak untuk memasukinya. Amni dapat solat di sebelah saya, cuma apabila dia sujud, sedar-sedar dia sudah masuk ke telekung solat orang lain. Begitu rapatnya kedudukan kami ketika di dalam Raudhah dengan jemaah lain.

Di dalam hati, saya berdoa dan berdoa diberi peluang untuk masuk ke Raudhah. Raudhah adalah antara tempat yang mustajab doanya, dan berdoa agar kami diberikan taman syurga.

Alhamdulillah, doa dimakbulkan. Hari Ahad, malam Sabtu, saya beritahu suami ingin ke Raudhah pada waktu malam. Begitu lapang sehingga kami dapat solat dengan selesa dan duduk lama di sini. Malahan, di sebelah saya, ada seorang wanita mendudukkan anak kecilnya dalam lingkungan 1-2 tahun di kawasan Raudhah!

Berpesan pada Amni, ambillah kesempatan dan kelapangan ini. Bukan mudah untuk masuk di Raudhah dalam keadaan sebegini. Siap berpatah balik untuk masuk semula ke 'taman syurga' itu. Allahuakbar!

Selesai di Raudhah dalam jam 10.30 malam.


Fawwaz ketika menuju ke Raudhah. Ini antara kerusi yang disediakan untuk tok guru mengajar kitab-kitab agama. Kelas di sini diadakan pada tiap-tiap hari, selepas Subuh sehingga sebelum Zohor. Kawasan di dalam masjid diliputi dengan karpet merah. Hanya Raudhah sahaja berkarpet hijau.

  
Ahad. Malam terakhir di Madinah.

Wednesday, 2 December 2015

Nota umrah: Perjalanan dari KL - Madinah

Perancangan semasa Ramadhan untuk melakukan Umrah pada bulan November terlaksana jua. Sebenarnya, agak berdebar apabila visa umrah masih lagi tidak kelihatan beberapa hari sebelum tarikh perjalanan. Risau tertunda dengan kekangan kerja. Walau bagaimanapun, agensi memaklumkan ini adalah perkara biasa (walaupun sudah beberapa kali kami telah menunaikan umrah), kami telah membanyakkan doa secara khusus agar tertunai niat kami untuk melaksanakan umrah pada bulan November 2015. Tambahan pula, kali terakhir ke sini adalah pada penghujung November 2006. Sudah sangat merindui Madinah dan Makkah.

Tarikh 20 November telah dipilih, dan syukur alhamdulillah, status visa diketahui pada 19 November lebih kurang jam 12 tengahari (sehari sebelum berangkat). Perkara ini adalah disebabkan Arab Saudi baru sahaja membuka kemasukan umrah dari luar negara. Rombongan kami adalah penerbangan pertama yang memasuki Madinah untuk umrah selepas haji.

First umrah flight arrives in Madinah from Malaysia

Saudi gazette report
MADINAH — The first Umrah flight arrived at Prince Muhammad Bin Abdul Aziz International Airport in Madinah carrying a total of 489 pilgrims from Malaysia.

The Umrah season which started on the first day of Safar (Nov. 13) will continue up to Shawwal 15, 1437H (July 20, 2016). Flights carrying Umrah pilgrims from India and other countries have already started arriving in Jeddah.

The pilgrims were given a warm welcome by officials of the Haj Ministry and other departments involved in the Haj services.

“The use of modern technology is helping us provide Umrah pilgrims with fast and consummate services,” Haj Minister Bandar Al-Hajjar said.

He said e-services include the ministry’s e-portal which facilitates the procedures for obtaining Umrah visas and helped increase the number of Umrah pilgrims to six million last year.

“The system has also helped cut down the number of overstayers drastically,” he added.

The minister made it clear that Saudi diplomatic missions abroad do not levy any charges for Umarh and Haj visas.

“The Haj and Umrah visas are given free of charge to pilgrims. The Kingdom is spending billions of rivals every year to make Haj and Umrah an easy and enjoyable trip,” Hajjar said.

He said pilgrims are being served by 41 companies which have about 3,500 foreign agents in 81 countries.

The Kingdom is planning to triple the number of visas it issues for Umrah.

Hajjar announced in October that as many as 1.25 million pilgrims are expected to arrive each month. This compares with 400,000 a month previously.

The new system would allow full use of massive expansion projects at the holy sites. A multi-billion-dollar expansion at the Grand Mosque in Makkah began four years ago.

Bermulalah perjalanan kami dengan menaiki MH 8208, penerbangan Malaysia Airlines. Sebenarnya, tidak banyak syarikat penerbangan dibenarkan untuk mendarat di Madinah. Ini disebabkan Madinah merupakan tanah suci bagi orang Islam, dan bukan Islam tidak dibenarkan memasuki Madinah.

Berdasarkan pengalaman, saya pernah menaiki Saudi Air dan Malaysia Airlines untuk ke Madinah. Kami memilih THTS dan penerbangan ke Madinah telah mengurangkan perjalanan bas dari Jeddah ke Madinah (kebiasaannya, penerbangan antarabangsa akan mendarat di Jeddah, dan jemaah akan terus menaiki bas dari Jeddah ke Madinah selama 7 ke 8 jam).

Dengan niat untuk membawa anak-anak menunaikan umrah, Amni dan Fawwaz telah mengikuti kami untuk perjalanan rohaniah ini.

Penerbangan dari KLIA ke Madinah mengambil masa dalam 8 jam. Sepanjang dalam perjalanan, banyakkan berdoa agar dimudahkan segala urusan sepanjang menunaikan umrah.

Kami tiba di Madinah pada  jam 2.15 petang waktu Saudi. Disebabkan Madinah memasuki musim sejuk, waktu Asarnya adalah dalam lingkungan jam 3.15 petang. Agensi telah menasihatkan kami untuk melakukan jamak takhir, kerana urusan di imigresen selesai lebih kurang jam 4 petang.

Harus bersabar dengan sikap orang tempatan dalam menguruskan kemasukan jemaah di imigresen. Walaupun terpaksa beratur panjang, pembukaan kaunter imigresen boleh dibilang dengan jari.


Jemaah umrah menunggu di imigresen lapangan terbang Madinah.
Tiba di Madinah dalam lingkungan jam 6 petang, waktu Maghrib adalah sekitar jam 6.30 petang. Kami menginap di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick. Alhamdulillah, jarak kami ke perkarangan Masjid Nabawi umpama sejengkal. Hotel tersebut betul-betul di deret pertama bangunan yang menghadap masjid.

Disebabkan anak-anak keletihan, mereka tertidur di hotel. Kami suami isteri bertekad untuk ke Masjid Nabawi bagi menunaikan solat Isyak.

Masjid Nabawi di waktu malam