Thursday, 28 January 2016

Tahniah abang Fawwaz!

Teruskan momentum untuk UPSR dan PSRA!

Friday, 22 January 2016

Nota umrah: Masjidil Haram

Meninggalkan Madinah serta Masjid Nabawi pada hari Isnin berikutnya. Kami melakukan ziarah wida' di Masjid Nabawi sebelum bertolak ke Mekah.

Bermiqat di Bir Ali, lalu berterusan di dalam bas selama 8 jam ke Mekah. Jarak perjalanan yang jauh itu dihiasi pemandangan padang pasir. Yang pastinya, tempat hentian bas sudah banyak kemudahan, dan ini sudah tentu menyelesakan perjalanan kami.

Berdasarkan pengalaman lalu, kami tidak mengharapkan apa-apa yang istimewa dari tempat perhentian bas. Sekadar tandas dan ruang solat yang bersih. Alhamdulillah, ternyata walaupun tidaklah 5 bintang, cukuplah sekadar menyelesaikan solat jamak qasar.

Kami tiba pada waktu malam, hampir jam 9 malam. Kali pertama menatap Masjidil Haram semula selepas bertahun-tahun, membuahkan rasa sayu da bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk ke sini lagi.

Bas telah berpecah mengikut hotel penginapan masing-masing. Mungkin agaknya rezeki anak-anak, dan kami sendiri menempah pakej, kami telah mengambil pakej yang berharga pertengahan untuk keselesaan.

Ternyata Hotel Anjum merupakan hotel yang baharu bersebelahan dengan pembesaran Masjidil Haram. Walaupun perlu menuruni bukit apabila hendak ke masjid, dan mendaki semula untuk kembali, kami dapat memotivasikan anak-anak dengan menyatakan jarak antara hotel dan masjid tidak jauh.

Setibanya di hotel, kami berkemas (ya membasuh baju) dan kemudian terus ke masjid untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah, kami dapat menyelesaikan umrah pada malam itu juga. Amni dan Fawwaz telah melakukan umrah pertama mereka :)

Gambar wajib sekeluarga di depan masjid

Pemandangan di hadapan Masjidil Haram.

Pembinaan struktur baru yang saya kira 50% siap. Kami berkesempatan menunaikan solat di kawasan baru ini.

Penambah baikan masjid serta meluaskan kawasan masjid itu perlu untuk menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat.

Karpet hijau! Dahulu, Masjidil Haram berkarpet merah

Tuesday, 12 January 2016

Fateh ke sekolah

Tahun ini memang agak istimewa. Banyak perkara besar pada hidup anak-anak.
Tidak dilupakan, Fateh yang menaiki darjah 1 pada minggi sudah. Oh pejam celik sudah besar rupanya si Fateh.
Begnya lebih besar pada tuan.
Moga Fateh belajar dengan bersungguh-sungguh dan niatkan belajar itu sebagai suatu ibadah. Insya Allah...

Friday, 1 January 2016

New phase of life for her

She said she wants to be a doctor. Or a teacher.

She said she was afraid to enter high school. She was overwhelmed with the next phase in her life.

We went for orientation yesterday. Many of her friends from her primary school was there.

And the school is really close to our house. May Allah ease our journey.

Amin ya Rabb.