Wednesday, 22 February 2017

Melawat Fawwaz di Kuantan

Kami mengetahui Fawwaz mendapat tawaran melalui SMS yang diberikan oleh pihak MARA. Tak tersangka sebab sebenarnya saya menunggu Aini memberitahu bahawa Auni mendapat tawaran pada 23 Januari lepas.

Saya sampai tidak boleh tidur malam, sebab masih terkejut. Kemudian, apabila melihat surat tawaran secara atas talian, ternyata Fawwaz ditawarkan ke MRSM Kuantan. Pilihan kami ketika itu sebenarnya adalah MRSM Bentong. Catatan ini bukanlah bermaksud saya ingin berbangga diri atau riak. Alhamdulillah, dah dilorongkan pula rezeki dari Allah, Fawwaz ditawarkan ke MRSM.

Kami memberitahu Fawwaz pada keesokan harinya, dan ketika itu beliau masih ingin berfikir untuk menerima atau menolak tawaran tersebut. Malahan, keputusan diberikan pada malam itu kepada kami. Suami pun positif dengan penerimaan Fawwaz.

Lalu bermulalah 2 minggu itu, kami sibuk menyediakan barang-barang ke asrama. Pendaftaran pada 6 Februari (2 hari selepas Aini disahkan stroke), jadi agak gundah gulana juga ketika menguruskan barang-barang keperluan. Mertua datang dari Melaka untuk satu hari, bagi menguruskan anak-anak yang bersekolah. Terima kasih Mak Ayah sebab membantu.

Bertolak ke Kuantan pada 5 Februari, dan pada malam itu, kami telah ke sekolah untuk melihat kawasan MRSM tersebut. Sekadar melihat jalan dan menganggarkan masa yang diperlukan esok semasa pendaftaran.

Alhamdulillah, hari Isnin semasa pendaftaran, kesemuanya selesai secara pantas. Juga mengambil kesempatan untuk bertemu Cikgu Naszeri, guru Pendidikan Jasmani di MRSM Jasin dahulu, yang telah dilantik menjadi Pengetua MRSM (mungkin saya akan bercerita kisah ini kemudian, hahaah).

Fawwaz ditempatkan di blok dorm J, dan para pelajar senior membantu Fawwaz untuk sesi pendaftaran serta membawa barang ke asrama.

Dalam dorm.

Menunggu sesi penerangan dari Pengetua.

Selesai urusan, kami ke Teluk Cempedak, meluangkan masa.

Fawwaz membawa Faiq melihat biawak
Selepas selesai segala urusan, kami bertolak balik ke KL. Kami telah berjanji melawat dia pada 18 Februari (balik bermalam) sambil membawa adik beradiknya makan angin di Kuantan.

Alhamdulillah, he is coping well. Minta juga dia doakan agar Aini cepat sembuh.

Yang kelakarnya, ketika kami mengambil beliau, sampai sahaja di homestay, dia terus tidur.

Dia siap komen kepada Amni, "Amni tidak tahu nikmatnya tidur sehingga masuk asrama."
Hahaha. Maklumlah dia perlu tidur jam 12 tengahmalam dan bangun jam 5 pagi. Selepas itu dia bertanya pada saya, dan saya menjawab, " Ya, ibu faham. Ibu juga budak asrama."



Tuesday, 7 February 2017

I love this hadith

Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya.” 

(Hadits shohih. Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2999 dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiyallahu ‘anhu).

You hang in there, Aini

Friday, 3 February 2017

Hydrotherapy

We switched hospital since the previous doctor's appointment was too jammed packed to fit our schedule.

Suddenly, Fawwaz's schedule was filled up with physiotherapy.

He went for hydrotherapy yesterday and will meet the doctor tomorrow.