Tuesday, 21 March 2017

Day 2 in Perth

Alhamdulillah, selepas berapa lama merancang perjalanan ke luar negara, akhirnya menjadi kenyataan.

Mulakan dengan  hari kedua, sebab hari pertama kami sebenarnya habis di dalam kapal terbang, dan kami terus mendaftar masuk ke penginapan.

Jadi pada hari kedua, kami telah ke Caversham Wildlife Park. Tempat ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Krismas. Harga tiket untuk dewasa AUD 28 dan kanak-kanak (3-14 tahun) AUD 12.50.

Berikut adalah senarai aktiviti dan persembahan di taman ini:

- Meet wombats & friends (11.00am, 2.00pm, 3.45pm)
- Meet the koalas (11.30am-12.00pm, 2.30pm-3.00pm, 4.00pm - 4.30pm)
- Feed the kangaroos (9.00am - 5.30pm)
- Farm show (10.00am, 1.00pm, 3.00pm)

Membawa anak-anak melihat binatang secara hadapan dan dapat disentuh, seperti kangaroo dan koala.

Di taman bersama kangaroo. Kami diberi peluang untuk memberikan makanan kepada kangaroo tersebut. Tiada caj dikenakan untuk harga makanan.
Fawwaz semasa sesi Meet the Wombat and Friends
Ya, kali pertama untuk kami memegang ular.
Di hadapan sangkar musang, huhuh..
Kami akhirnya berehat santai dan makan di kafe berhadapan dengan Caversham. Harga makanan agak mahal (lebih kurang AUD60), dengan pembelian 2 pinggan makanan serta 3 jenis air.
Seterusnya, selepas berehat seketika, kami ke Margaret River Chocolate Factory, berhampiran juga dengan Caversham
Singgah di sini untuk membeli speciality chocolate. Kami bukan pemakan coklat tegar, jadi membeli tidaklah banyak mana. Tidak lama di sini, dalam 30 minit. Ada juga tempat yang disediakan untuk chocolate tasting.

Seterusnya, kami singgah di kilang Megabes, tempat membeli cenderahati dengan harga yang murah. Sebenarnya, Megabes mempunyai kedai di Fremantle E-shed Market dan ianya dibuka dari Jumaat-Ahad. Walau bagaimanapun, kami telah singgah ke kilangnya di Malaga. Sepatutnya, untuk datang ke sini, kami perlu membuat temujanji dahulu.

Tuan empunya kilang ini merupakan orang Singapura dan sangat-sangat peramah. Kami berborak dengan anak lelaki beliau, dan beliau telah mencadangkan beberapa tempat untuk kami pergi - seperti Hillary's Boat Harbour, Blue Boat House dan Cottlesloe Beach.

Singgah di Masjid Mirrabooka untuk solat jamak.

Ke Conventry Village berdekatan untuk membeli barang makanan, serta minyak wangi dan vitamin.

Untuk penutup hari kedua, kami singgah di Hillary's Boat Harbour. Cuaca agak sejuk dan sangat berangin kerana bersebelahan laut.

0 musings:

Post a Comment