Thursday, 23 March 2017

Day 3 in Perth

Hari ketiga di Perth, kami ke Lancelin Sand Dunes yang terletak lebih kurang 130 km daripada bandar Perth. Perjalanan menaiki kereta adalah selama 1 1/2 jam. Kawasan tarikan pelancong ini tidak mengenakan apa-apa bayaran.

Kami berhenti di kedai Lucky 7 / Have A Chat di Lancelin untuk menyewa papa luncur pasir (sand board) dengan harga AUD 10 untuk 2 jam (deposit AUD 50 untuk sekeping papan). Sekiranya anda tidak berjumpa kedai itu, tidak mengapa. Di tapak Lancelin Sand Dunes, disediakan perkhidmatan tersebut. Tidak ada caj letak kereta di kawasan ini.

Setibanya di sana, kami meluncur di atas pasir. Menyeronokkan dan suatu pengalaman yang berbeza untuk semua.

Cuaca walaupun panas, tetapi berangin dalam 23 darjah Celcius.

Fateh di atas kawasan tinggi, melihat abang-abangnya bermain. Dia tidak berani untuk meluncur.



Mendaki bukit pasir untuk meluncur.
Balik semula ke Perth, kami singgah di Blue Boat House. Tempat letak kereta di sini berbayar (AUD1 untuk 1 jam). Hanya untuk sebuah rumah comel biru, kami turun mengambil gambar.

Berlatar belakangkan Blue Boat House. Cantikkan ada kapal belayar di belakang, seperti gambar di dalam poskad. Bukan semua musim ada kapal belayar tu.

Berdua dengan suami.


Dalam perjalanan pulang dari Lancelin, kami singgah di Charcoal Chicken Express, Dianella. Menu cadangan yang wajib rasa adalah lamb ribs. Cuma sosnya agak manis bagi saya. Untuk 2 pinggan lamb ribs dan 1 pinggan charcoal chicken, bil berjumlah AUD 42. Porsi makanan sangat besar da cukup untuk kami sekeluarga. Kami bawa air kosong sendiri untuk jimatkan duit dari membeli air.

Untuk hari ketiga, kami hanya ke dua tempat tarikan kerana perjalan pergi balik ke Lancelin telah mengambil masa lebih kurang 3 jam ke atas.

0 musings:

Post a Comment