Monday, 17 April 2017

Day 5 in Perth


Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah di Corica Pastries untuk membeli apple strudels yang sangat terkenal. Lebih kurang 2-3 blok dari rumah kami, maka kami hanya berjalan kaki dan membungkus appel strudels untuk anak-anak. Harganya AUD 22, dan boleh dimakan lebih kurang 8-10 orang. Saiznya sangat besar.


Hari Jumaat, maka kami ke Fremantle Market. Pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu sahaja. Jumaat - Ahad. Terkenal dengan local produce seperti buah-buahan, madu dan sabun. Banyak juga kraftangan dijual di sini.
Singgah membeli sabun homemade untuk dibawa pulang, harganya variasi. Saya dapat 5 ketul sabun dengan harga AUD 12. Ada juga yang hi range, sudah tentu harganya lebih tinggi. Banyak juga sabun dibeli untuk dihadiahkan kepada ibu dan adik-beradik.
Kemudian, kami berjalan kaki untuk ke Cicerello's Fish and Chips. Antara tempat makan yang wajib singgah.

Bayaran parkir kereta di sini lebih murah daripada di tengah bandar berdekatan dengan Fremantle Market.
Mussels

Dan semestinya yang paling sedap, fish and chips. Memang sangat berbaloi walaupun harganya agak mahal. Maklumlah, kami bertujuh. Siap menambah-nambah.
Kemudian kami berjalan-jalan dan menghabiskan masa di kawasan bandar Fremantle. Fremantle terletak lebih kurang 22 kilometer dari bandar Perth. Menghabiskan hari terakhir di Perth sebelum esoknya berangkat pulang ke Malaysia.

Indeed,a refreshing trip and was really enjoyed by my family.

Monday, 10 April 2017

Hantaran merisik

Disebabkan si gadis sukakan merah jambu, makanya warna pilihan untuk hantaran: 
  1. Merah jambu
  2. Kuning
  3. Peach 
Walaupun sekadar merisik, disediakan juga 3 dulang untuk si gadis terdiri daripada cincin dan minyak wangi, jubah dan coklat.

Gabungan tiga warna

Hantaran ini siap di rumah mentua

Persiapan seminggu sebelum majlis

Hantaran si gadis dan si teruna.

Monday, 3 April 2017

Happy birthday Fahri cayamm

Boleh diharap. Hihihi...

Ok, selamat menjadi 10 tahun. Have an awesome 10 years of life!