Thursday, 4 May 2017

Aini, sang pejuang

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa kembar saya, Aini, sedang dalam fasa pemulihan kerana strok. Disahkan menghidap strok pada 4 Februari lepas, dan masih lagi tidak boleh berjalan sehingga hari ini.

Aini, kembar saya yang sentiasa kuat walaupun ditimpa pelbagai ujian.
Seingat saya, Aini tidak pernah tidak sakit. Ada saja sakit yang akan bertimpa, dari rhumetoid arhtiritis, kemudian cyst. Pernah juga ditimpa sakit mata sehingga perlu ke hospital, dan ada juga beberapa sakit lain.

Semangatnya kuat. Hari-hari Aini tanpa gagal akan ke fisio. Dan Aini sudah memulakan fasa cuti sakit berpanjangannya.

Dan ketika PBAKL berlangsung, penulis kegemarannya datang ke KL. Ya, berapa kali sudah dia sebut, ingin bertemu. Lalu kawan kami, titipkan autograf untuk Aini dari Tere Liye.



Semangat selalu Nurul Aini, titip Tere Liye

Saya pula, mungkin tidak ke PBAKL, biasanya pergi dengan Aini. Rasanya sangat pelik bila tidak ada Aini menemani. Dia kuat hasut saya membeli buku. Antara kaunter yang akan kami pergi, PTS dan Jemari Seni. Dan ya, tahun lepas Creative Enterprise pun termasuk dalam senarai.

Moga cepat sembuh Aini.

1 musings:

Aidura Sofiee said...

assalam. Syafakillah. Get well soon aini..

Post a Comment