Monday, 31 July 2017

Nota untuk IGCSE Fawwaz

*Update #1 hasil dari Program Forum Dwi Sijil & Silaturrahim yg diadakan pada 29/7/2017:*

*Nota dari Sesi Dialog di antara MRSMKu dan Ibu Bapa*

*Pertanyaan berkaitan Dwi Sijil:*

1. Ibubapa perlu jelas yg program Dwi Sijil bermaksud bahawa pelajar adalah disasarkan utk mendapat dua kelulusan sebaik keluar dari MRSM. Hampir semua MRSM mempunyai sistem nilai tambah ini seperti MRSM Ulul-Albab, MRSM Teknikal dan MRSM Kepimpinan.  Objektif Dwi SIjil adalah agar anak2 lulusan MRSM mempunyai kelayakan tambahan selain SPM yg membawa kelebihan kepada mereka untuk sebarang pemilihan atau kelayakan untuk mendapatkan biasiswa, kerja, dsbnya.

2. MRSMKu menjalankan Dwi Sijil IGCSE- satu kelulusan dari Universiti Cambridge dan SPM. Dalam erti kata lain, anak2 kelulusan MRSMKu akan ada dua sijil kelayakan yg menunjukkan pencapaian mereka dalam kurikulum Cambridge dan Malaysia.

3. Secara asas anak2 akan mengalami pembelajaran dua dalam satu, dan pengukuran akan dibuat seperti berikut:
a. Ting. 1  saringan
b. Ting. 2  Cambridge Checkpoint untuk menilai tahap pencapaian.
c. Ting. 3  peperiksaan PT3
d. Ting. 4 peperiksaan “IGCSE O-level”
e. Ting. 5 peperiksaan SPM

4. Cambridge Checkpoint mempunyai 3 subjek iaitu English as a Second Language, Math & Combined Science.
Cambridge IGCSE mempunyai 6 subjek- English as a second language, Maths, Physics, Chemistry, Biology & Add Maths.
5. Setakat ini, pelajar yg cemerlang dalam IGCSE (seperti mencapai 6A/5A) berpeluang untuk “melompat” ke sistem pengajian tinggi dengan memasuki program2 seperti International Baccalaureate (IB) dan A-levels dengan tajaan MARA di bawah Skim Pelajar Cemerlang dan jika cemerlang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah (lebih awal setahun dari rakan sebaya). Di bawah skim ini, MARA telah menawarkan 150 tempat kepada top scorers IGCSE 2016 dari 13 buah MRSM Dwi Sijil - IGCSE & SPM. Walaubagaimanapun,  MARA tiada ketetapan  menghantar 150 top scorers IGCSE pd tahun2 berikutnya utk sambung belajar kerana ini bergantung kepada kedudukan kewangan MARA.

6. Selain itu, anak2 juga boleh juga melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi jika ibubapa sanggup menaja sendiri anak2. Jika ibubapa ingin menaja sendiri, memandangkan ada institusi yg mengiktiraf IGCSE sebagai kelayakan masuk, maka mereka boleh dibawa keluar tanpa menduduki SPM. Tapi TP menekankan bahawa penting utk anak2 mengambil peperiksaan SPM sebagai “backup” seandainya mereka menghadapi masalah dlm pengajian peringkat tinggi.

7. Implikasi dari perkara 5&6 adalah anak2 tidak mengambil SPM. Maka TP mengingatkan bahawa SPM adalah penting jika anak2 ingin berkhidmat dengan kerajaan kelak. Beliau juga memaklumkan bhw anak2 yg “melompat” di bwh tajaan MARA akan mengambil sekurang2nya 6 subjek peperiksaan SPM dan wajib lulus BM dan Sejarah. Pelajar2 ini akan menduduki SPM sebagai calon persendirian.

8. Setakat ini, semua pelajar di MRSM Dwi Sijil - IGCSE & SPM adalah wajib untuk menduduki dan membayar yuran Cambridge Checkpoint (F2)  dan IGCSE (F4).

9.Dalam konteks ibubapa yg ingin menaja sendiri anak2 ke peringkat tinggi, masalah yg dikesan adalah yuran pembelajaran yang dikenakan adalah mengikut yuran pelajar antarabangsa kerana anak2 masuk dengan menggunakan kelayakan IGCSE. MARA kini sedang berunding dengan beberapa institusi agar anak2 MRSM yg ingin melanjutkan pengajian di IPTA akan dikenakan caj yuran sbg warganegara Malaysia.

10.Yuran IGCSE adalah atas tanggungan ibubapa mengikut kadar tukaran RM kpd Pound sterling pada bulan Februari. Utk tahun 2017, yuran Checkpoint adalah lbh kurang RM352.50 & yuran IGCSE O-levels adalah lebih kurang RM1900  (tahun 2016 lebih kurang RM2200). Ibu bapa disarankan siap sedia menabung utk yuran2 tsbt.

11.Guru2 yang terlibat dengan subjek2 IGCSE dilatih oleh pakar dari Cambridge sendiri.

*#5 and #8 as amended by Tn Azmin*

*Pertanyaan-pertanyaan lain selain daripada topik Dwi Sijil:*

1. Aktiviti2 lain selain daripada penekanan akademik yang didedahkan kepada anak2 MRSMKu (cth : soft-skills, etc) --> Melalui proses KAT, anak2 didedahkan dengan pelbagai aspek kendiri dan soft-skills seperti bekerja berkumpulan(teamwork), pemikiran kritis dan analitik melalui projek2 dan teknik pembentangan (presentation skills)

2. Penerangan tentang School Enrichment Model yang diterapkan di sebahagian besar MRSM elit, termasuk MRSMKu --> satu teknik pembelajaran dari USA, diperkenalkan oleh Renzulli (boleh Google "Renzulli's School Enrichment Model @ SEM") dari Universiti Connecticut di mana beliau telah membangunkan 3 peringkat berlainan bagi pihak pendidik membentuk pelajar2 terpilih di sekolah masing2. Type 1 sehingga Type 3 mempunyai pendekatan berlainan bagi mengenalpasti potensi pelajar terpilih ini dan seterusnya menyediakan satu platform utk mereka mencabar diri mereka ke tahap yang lebih tinggi (pushing them beyond their normal boundaries). Penekanan ini akan bermula ketika mereka di F2.

3. Sebarang aktiviti intervensi utk students' poor performance akan bermula ketika pelajar di F2, iaitu apabila kemampuan akademik anak2 dapat dinilai secara lebih menyeluruh selepas setahun melalui F1 dan proses KAT berkaitan melaui Topic-based & Student-based intervention.

* Tqvm to the contributors from Form 1 Parents (Pn Tun Nazihah & Dr Azura) & Form 2 (Tn Syamsul Fozi, Pn Mazni, Pn Erica & Pn Juraini) who attended the program for the notes above *

1 musings:

Dewi Aja said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment