Friday, 8 September 2017

Antara salah satu sebab saya suka program #neckslimfit ni, sebab diasingkan group antara lelaki dan perempuan. Jadi aurat anda lebih terjaga, dan kami menghormati privasi peserta.

Ada peserta yang berpurdah, dan tidak mahu menunjukkan mukanya. Ya, kami faham dan menghormati permintaannya.

Ada peserta yang suami tidak bagi sekiranya kumpulan #neckslimfit ini bercampur antara lelaki dan perempuan, disebabkan masalah aurat dan keterbukaan untuk bertanya tanpa segan silu.

Yang bestnya, jurulatih kami orang perempuan. Krew pun sama jantina. Kan senang gitu

Jujurnya, saya boleh kata, saya boleh bilang dengan jari berapa kali saya bersenam di luar rumah, antara sebab kerana susah juga nak jaga aurat sebab kadang-kadang bila berjogging, mungkin ada masa tudung terangkat.

Semua senaman yang jurulatih bagi saya lakukan di rumah. Sudah lebih setahun bersenam di rumah tanpa alasan perlu ke luar rumah.

Senang, kan? Yang penting privasi saya terjaga.

Aida

#neckslimfit
#noweveryonecankurus

0 musings:

Post a Comment