Sunday, 21 January 2018

Mewarna semula?


Alkisahnya, hari ini aku mula mewarna sebab semalam nak beli berus watercolour kat anak aku.

Aku suarakan hasrat aku kepada sang suami
"Hmm, ok gak kalau saya beli berus ni kan"

Maka encik suami berkata,
"Dah tak payah, berapa banyak barang mewarna awak ada? Tak mewarna pun.."

Sebab rasa kena sindir, terus aku mewarna malam ni dengan alatan yang ada di rumah. Pinjam barang seni Amni.

Kaku tengok poster colour.. lama dah tak mewarna pakai cat air 😅. Tengoklah pilihan warna yang agak kusam.

I need to practice again, kali terakhir mewarna menggunakan cat air semasa umur 22 tahun. Jangan tak percaya tau, aku pernah mewakili sekolah untuk pertandingan melukis dan mewarna.

Terima kasih kepada Cikgu Shafie dan rakan sekelas darjah 6 yang banyak bagi tips warna air. Serta Cikgu Faridah, guru Seni MRSM Pasir Tumboh, yang mengajar tentang komposisi.

0 musings:

Post a Comment